[Resepi] – Home made Chicken Nugget  Tempura/ Cekodok Ayam

[Resepi] – Home made Chicken Nugget Tempura/ Cekodok Ayam


Me!  I'm a wife to my precious husband, Khairul Adha and a mother to my sweet little gorgeous princess, Khayra Amirah. I Love to breastfeed my baby.. :) I love my Family so much... :D


 

Salam semua,

Alahai, siannya blog saya ni.. heheh memang sangatla jarang saya update sekarang ni. Sejak dah jadi SAHM cum WAHM ni, baru tahu betapa masa itu amat mencemburui saya. hehe baru nak mengarang, sorang nak join sekali. hehehhe Adyan especially dah sangat pandai berblog juga.. :P

Alhamdulillah, sejak dah duduk rumah ni, rajin la sikit dalam hal nak buat home made ni.. Hehehhe Teruja sangat nak buat itu ini.. :P Ada beberapa juga yang saya dah buat sendiri, kek, home made beef patties, linguine carbonara with home made sauce etc. Semua dah ada tapi.. tak sempat nak share.. :0

Oh, actually saya baru je create satu lagi blog khas untuk resepi masakan sahaja. Hehhehehehe ( ada hati nak buat satu blog lagi tu.. :P ) Ni kira azam juga untuk tahun ni untuk cuba sedaya mungkin untuk update blog saya.

Tanpa membuang masa, meh saya kongsikan macam mana saya buat chicken nugget atau saya gelarkan cekodok ayam. :P

Bahan-bahan yang saya gunakan:

Isi ayam yang dah di cincang.

Kacang buncis di cincang halus

Telur di pukul

Tepung Gandum

Lada hitam/garam

Cara membuatnya :

Isi ayam tu,di cincang ikut kesukaan. Sama ada nak hancur betul atau nak kasar sedikit.

Kacang buncis yang dihiris, lada hitam dan sedikit garam digaulkan sekali bersama isi ayam tadi.

chicken chunck with beans and pepper

Ayam yang di cincang sudah di gaul bersama lada hitam, sayur dan garam.

Bancuh tepung gandum bersama sedikit air.

Kemudian, bentukkan isi ayam yang dah digaulkan tadi dan celupkan ke dalam telur, dan juga tepung gandum yang telah di bancuh.

Panaskan kuali bersama dengan minyak. Kemudian, goreng…. :)

and… tada…………….

 

cekodok ayam

Dah siap nugget ayam/cekodok ayam saya. Ooo kawan-kawan kalau lebih suka nugget yang ada crumb tu, boleh gantikan tepung tu dengan breadcrumb. Bila dah celup dengan telur, salutkan dengan breadcrumb tu. :)

Saya tak buat macam tu sebab kami lebih gemarkan nugget tempura. :) so, boleh di ubah nanti.. :)

Simple kan? Hehehhe kalau nak lebih mudah, buat banyak sekali gus. then boleh simpan di dalam peti ais untuk digunakan kemudian hari. :)

Ok.. next time saya share kek red velvet saya yang menggunakan beetroot. :)

Nota: Sekarang ni asyik nak buat sendiri je.. hehhee

Lots of love,

Sharini

 

 

Related Posts with Thumbnails

Comments

  1. Oh ini dia resepi nugget ayam :)simple je kan buat.tak untunglah ramly lps ni.:)

Speak Your Mind

*

:-[ (B) (^) (P) (@) (O) (D) :-S ;-( (C) (&) :-$ (E) (~) (K) (I) (L) (8) :-O (T) (G) (F) :-( (H) :-) (*) :-D (N) (Y) :-P (U) (W) ;-)