Back to the future part 2

Errmmm….. Cakap pasal alahan ketika mengandung ni, teringat keadaan aku masa first semester of my pregnancy… hehehehhehe…. Alhamdulillah.. Sepanjang awal2 pregnancy, aku tak facing alahan yang teruk… Aku cuma alami sakit kepala… n muntah… muntah tu pun sekali sekala je and it happen bile petang je…. hehehehehe pepagi tu mual2 je la…. tp kekadang tu, sbb konon nk mengada2 dgn hubby ku, saja2 la wat mcm teruk.. especially time sabtu ahad kan… ekekkekeke terukkan? ala.. nk bermanja.. bukan dgn org lain pun… suami sendiri…. apa la salahnyer… hehehehhehe

Pastu, apa lagi ek yang aku rasa time awal2 tu…. haaa, aku xboleh langsung makan bende2 manis.. kalau makan je aku terus hilang selera and rs nak muntah je.. loya2… tak sedap tekak la…. maksud aku bende2 manis ni, masakan2… lauk pauk… kuih muih…. gula-gula…. etc… satu makanan manis yang paling aku suka and aku boleh telan, buah… hehehe kalau buah tu mmg aku xkisah….mungkin dia bukan manis gula….. makan sehari berbiji2 pun aku sanggup… xkisah la buah tu panas ke.. sejuk ke… tembikai la especially yang paling aku suke makan awal2 dulu… pastu epal… nak2 epal yang uncle dekat opis aku jual tu manis2 and rangup2… lagila aku suke….

Tapi, takkan nk makan buah je kan? so, aku pun buat la eksperimen, jenis makanan apa yang aku boleh makan and apa yang aku xboleh makan… finally, setelah diselidik, di eksperimen… ( poyola pulak… ekekekkeke ) akhirnyer, aku tau yang aku banyak makan, and berselera makan..bila lauk2 tu adalah jenis masakan yang pedas2…. xkirela masakan apa… asalkan pedas…. pergh.. tu mmg sedap… aku yang mmg jenis xmakan pedas ni, tibe2 suke makan pedas, mmg family aku terkejut la… lagi pedas masakan tu, lagi aku suke… sampai makcik aku nasihatkan jgn makan pedas sgt.. sbb xelok tuk baby… huhuhu tp nk buat cemana… dah tu je yang aku suke… kalau x, sikit je la aku makan… berat pun kurang la… hehehehheh ( alasan… =p)
kire, ni salah satu kebaikan yang aku dpt time aku preggy ni la… boleh makan pedas2…

errmmmm…. bile aku baca artikel yang aku copy paste tu kalau kite alah elakkan makanan pedas and bykkan makan biskut kering kan… nmpknyer saranan tuk elakkan makanan pedas tu xbape jalan la untuk aku….. aku kene makan pedas jugak… jadinyer, kesimpulan yang leh aku buat, lain org lain dianyer “peel”… so, mmg susahla kite nak jangka org lain pun akan sama macam kita gak… hehehhehehehe

sama macam alahan ketika awal2 kita mengandung… lain org lain cara dia…. ada yang kene teruk, ada pulak yang langsung xder pape… even muntah or loya pun… so, semua tu bergantung kat nasib kite la… and ada yang masa first baby, teruk alahan dia, then bile second baby, rileks je… macam takde pape…. jadi semua2 ni bergantung pada nasib and takdir kite jugak… kalau kite alah teruk xbermakna org lain pun akan alah teruk jugak… xbermakna org lain tu akan kene jugak macam tu… masing2 ada bahagian masing2… kita kene terima and redha je dgn semua yang jadi kat kita….

Well…. for me, everything depends on our faith… and also depends on ourselves… our minds and our strength…. kuatkan hati… teguhkan iman… banyakkan doa pada yang Esa… supaya, kita tabah dalam mengharungi ujian and liku2 hidup yang bakal kita hadapi…. aku harap aku pun tabah dgn dugaan2 yang aku alami… kuat dgn cabaran2 dan ujian2 yang Allah SWT beri pada aku…. amin……

Alahan Semasa Mengandung

Ni something tuk di kongsi…. aku amik artikel ni drpd http://comelnya.com/mengandung/alahan-semasa-mengandung

Alahan semasa mengandung sering dikaitkan dengan muntah-muntah, pening kepala dan perut berasa sebu dan tidak selesa. Keadaan ini biasa berlaku apabila anda baru bangun dari tidur dengan mengalami sedikit pening dan muntah, namun ada juga yang akan mengalaminya sepanjang hari. Keterukan alahan bergantung kepada individu dan ada juga wanita yang bernasib baik yang tiada alahan langsung.

Punca alahan
Punca sebenar alahan sebenarnya masih kurang jelas. Kebanyakan penyelidik percaya yang alahan wanita mengandung disebabkan oleh perubahan fizikal dan hormon pada badan. Ada juga pendapat yang mengatakan alahan mungkin disebabkan oleh ketidak seimbangan paras gula dalam darah.

Bila alahan berlaku?
Kebiasaannya, wanita mengandung akan mengalami alahan dalam trimester pertama. Apabila usia kandungan mencecah trimester kedua, alahan akan beransur-ansur hilang. Walau bagaimana pun, ada sesetengah individu akan mengalami alahan yang berlanjutan sehingga bersalin.

Kebanyakan wanita yang mengalami alahan semasa mengandung akan sedikit sebanyak merasai kesannya pada rutin seharian. Ada yang terpaksa menukar perancangan harian untuk menyesuaikan diri dengan keadaan ini, malah ada yang terpaksa bercuti dari kerja kerana alahan yang terlalu teruk.

Kesan alahan terhadap kesihatan
Secara amnya, alahan dalam jangka masa pendek tidak akan menjejaskan kesihatan ibu dan bayi. Jika alahan anda terlalu teruk sehingga apa yang dimakan akan dimuntahkan kembali, bayi berkemungkinan akan kekurangan nutrisi untuk perkembangannya dan kesihatan ibu akan terjejas. Tambahan lagi, ibu akan mengalami dehidrasi (kekurangan air dalam badan). Simptom dehidrasi ialah pening-pening, dahaga dan air kencing sedikit daripada biasa. Jika anda mengalami simptom-simptom ini, anda memerlukan rawatan dengan segera. Ibu yang mengalami dehidrasi biasanya akan diberi cecair dan suplemen tambahan melalui drip.

Cara mengatasi alahan

Makanan

  • Apabila anda sedar di waktu pagi, makan kraker atau biskut dan rehat selama 15 minit, kemudian barulah bangun.
  • Bangun perlahan-lahan dan jangan terus baring selepas makan.
  • Kerap makan snek atau hidangan dalam kuantiti yang kecil supaya perut tidak kosong (contoh: setiap 2 jam) walau pun anda tidak lapar.
  • Makan apa sahaja yang anda mahu tapi elakkan mengambil makanan pedas, berlemak dan bergoreng.
  • Jika anda tidak tahan dengan bau yang kuat ketika memasak, buka tingkap dan kipas. Lebih baik jika orang lain yang memasak.
  • Makan makanan yang sudah sejuk berbanding makanan panas kerana makanan yang sudah sejuk kurang baunya.
  • Hidu bau limau nipis, limau kasturi atau halia boleh meredakan perut yang berasa sebu atau tidak selesa.
  • Elakkan mengambil kafein dan merokok.

Minuman

  • Minum air dengan kerap sehingga 12 cawan sehari.
  • Elakkan minum semasa makan serta sebaik sahaja sebelum dan selepas makan.
  • Pengambilan air halia boleh mengurangkan rasa mual.

Rutin harian

  • Berehat secukupnya kerana alahan akan bertambah buruk apabila kepenatan. Tidur sekejap di siang hari kerana biasanya pada trimester pertama, wanita mengandung kerap berasa letih dan mengantuk.
  • Dapatkan bantuan untuk mengemas rumah dan menjaga anak yang lain. Pastikan anda peruntukkan masa untuk berehat.
  • Bersiar-siar dan lakukan senaman ringan di luar rumah untuk dapatkan udara segar. Buka tingkap rumah untuk pengudaraan yang baik dalam rumah.
  • Elakkan tempat panas kerana kebiasaannya alahan akan bertambah teruk.
  • Jika pengambilan vitamin mengandung anda menyebabkan alahan bertambah teruk, minta nasihat doktor.
  • Bergerak perlahan-lahan dan elakkan pergerakan pantas.
  • Jangan gosok gigi sebaik sahaja lepas makan kerana ini boleh menyebabkan rasa mual.
  • Dapatkan sokongan daripada orang yang rapat (contoh: suami, ibu bapa, rakan)

Bila anda perlu dapatkan nasihat doktor?
Cadangan di atas tidak memberikan kesan.

  • Anda muntah lebih dari 3-4 kali sehari dan sebaik sahaja makan, anda muntah.
  • Berat badan anda menurun dengan banyak.
  • Muntah anda mengandungi darah atau berwarna hitam pekat.
  • Anda mengalami simptom-simptom dehidrasi.
  • Anda risau dengan keadaan anda atau merasakan perubahan serius pada kesihatan anda.

back to the future part 1

pejam celik.. pejam celik… saat2 yang aku tunggu dah makin dekat…bulan ni ada 2 tarikh yang penting dalam hidup aku… satu tu tarikh yang xpasti bile, and satu lagi tarikh yang mana status aku dari single telah bertukar menjadi isteri org… hehehehehhehe
satu tarikh tu, my anniversary… 26 august, xsabarnyer nk tunggu… :P
xtau nk buat apa n nk bg apa tuk sambut 1st anni ni… yela, sbbnye kalau nk g holiday ke, aku tgh sarat..
nak xnak kene kat area umh je la… buat candle lite dinner lak, kene la celebrate kat luar..
malu la sambut kat umh, dgn mentua aku and adik ipar aku ada… hehehehhehehehehe

tarikh satu lagi tu, menunggu kelahiran anakku yang pertama… bile2 masa je ni..
tgh menghitung hari… aku dah 37weeks lebih… sabtu ni 38weeks…
debaran sume dah ada..xsabar nk tunggu baby ni lahir pun iye jugak…

teringat balik detik2 awal aku tau aku pregnant… hehehehe
aku kan kene denggi awal bulan 1 tu, so, aku ingat sbb tu la aku lewat…
dekat 2 minggu jugak lewat.. pastu mkck2 aku.. sume dok tya ada pape ke
sbb aku demam kan… aku ckpla xder lagi… siap leh mandi kat kolam air panas lagi
… huhuhuhu org ckp kalau time awal2 xelok mandi air panas.. tkt pape
jadi kat baby… tp time tu aku xtau.. nk buat cemana kan…

last2 terdetik kat hati nk test… time nk beli alat tu, mmg lawakla..
aku punyela malu nk beli… siap hubby aku ckp, nk malu nape.. mcm org
xkawin je nk malu2… ahhahahahahha ala, dia pun malu jugak sbnrnyer..
mcm aku xtau je.. nk amik n byr pun suruh aku… ala2 aku gak tuh.. ekekekekkeke

mlm tu, terus test… xsabar la katakan… hahahahha tup2 naik 2 line…
aku mmg dah debar giler… terkedu kejap… biler ckp dgn hubby, hepi giler die…
siap cium aku lagi…hehehehhe

2 hari lepas tu terus jumpa doc… n alhamdulillah, test yang buat sendiri tu
menunjukkan result yang positif… syukur sgt time tu sbb aku bakal jadi
ummi and suami ku bakal jadi abah..

Related Posts with Thumbnails