~ Kenapa Lama Membisu? Adrini’s Nursing Wear Macam Mana? ~

~ Kenapa Lama Membisu? Adrini’s Nursing Wear Macam Mana? ~

ehem… Saya memang lama membisu… Saya dah lama tak blogwalk. Maaf ye kawan-kawan, saya sangat busy since this pass few weeks. Saya sempat jengah sekejap-sekejap je. Dengan bawak Khayra ke sana sini, fuhhhh… sangat letih. Ok… Ni saya nak promote baju nursing kurung moden from adrini’s. Hehehhehe

Yep, tu pun one of the reason kebusyan saya yang tak dapat saya elakkan… T_T  Oh… Baju kat bawah ni hanya ada saiz S sahaja. Dan hanya satu-satunya warna purple kosong dengan batu ini. Saya anggap exclusive tau… hehehhe

Nursing Baju Kurung Moden

Ni pre introduction la… Yang lain insyaallah, more to come… Sesiapa yang ada weekend ni, 9 – 11 July, moh ramai-ramai ke stadium malawati Shah Alam untuk melihat lebih dekat lagi kain-kain yang lain. :) Oh, yang pasti baju kat atas ni hanyalah 1.. The only One…

Itu je ke yang sibuknya? ala, orang lain lagi sibuk tau… :P

Hehehhehe saya sibuk menolong adik saya la…. Tolong apa?

Taska Little Khyara now Open Hah… Cuba teka…

Luv,

UmmiKA

Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

~ Adrini’s @ 1SK-MBP Family Day ~

~ Adrini’s @ 1SK-MBP Family Day ~

Hari ahad lepas, saya dengan abang and Khayra sama-sama turun untuk memeriahkan family day 1SK-MBP merangkap kepada upacara perasmian Bling Lustre di Puchong. Kali ni, saya buka booth kat sana tau. :D Ni kira first time adrinis untuk bukak booth and saya rasa banyak kekurangan dari pihak saya sendiri. Chewahh… Meh saya citer dari awal.

Saya baru je setup nak bawak apa, nak sediakan apa malam sebelum nak bukak booth tu tau. Ikutkan ahad lepas memang saya tak leh datang pun sebab last minute bos saya cakap weekend ni kita kene keje for the last weekend. ( Entah berapa kali last la kan? Hahahhahaha ) Lepas tu, yes, saya masih lagi bertungkus

lumus menyiapkan project yang delay-delay tak sudah-sudah. Jadi memang saya sangat sibuk tahap gaban la kan.. Balik malam-malam dah penat-penat badan. Nak layan Khayra lagi yang sangat demanding sekarang ni, memang end ups, saya tertidur dengan Khayra sekali. Ekekkekekke Sudahnya, last minute baru nak prepare.

Saya dah tempah banner untuk adrinis. Sape yang datang aritu mesti tak nampak kan? Sebabnya, boleh tak last minute orang yang buatkan banner saya tu, terlupa nak hantar kat saya, then malam tu dia dah balik kampung. Sangat dahsyat ok time tu.. Saya dah call dia banyak kali, tak angkat-angkat kan, then last minute bagitau saya dia terlupa banner saya and dia kasi isnin nanti. Huh… Memang menguji betul.

Bila dah settle kemas-kemas, esoknya berdebar2.. Bolehla kan berdebar macam kita lak nak kene buat perasmian. Kalau Lyna ke, or commitee ke yang seangkatan nak debar-debar logikla kan? hahahhaha  Sekalinya hari tuh, tengahari tu, hujan sangatla lebat. Memang time tu doa banyak-banyak minta hujan berhenti masa time berlangsungnya majlis. Alhamdulillah, walaupun still hujan renyai-renyai, tapi tidakla lebat sangat.

Kat sana saya ada jumpa ramai blogger yang dah kenal and baru kenal. Tapi sebab saya memang pemalu orang nya sudahnya senyum je la yang saya pandai.. huhuhu tolongla ajar saya bagaimana nak menjadi peramah…. Saya bukan sombong tapi saya pemalu…. :P

Oh, gerai saya di apit oleh gerai c’ sue dan gerai intan – my giveaway. Borak-borak dengan diorang.. Senyum-senyum.. Layan customer? hahahahha memang kelakarla untuk saya yang first time contact terus face to face. Selalu guna email/sms je..

gerai adrinis yang vogue?

Pengalaman saya? Banyak pengalaman yang saya dapat sebagai orang yang first time bukak booth nih. Yela, tengok gerai lain, lengkap je.. Hehehhehehe Ramah-ramah lak tu. Kene belajar lebih lagi nih… :)

Oh, event yang berlangsung? Saya tengok memang meriah. Makanan lak sedap…. Macam lauk kenduri pengantin bak kata sue. Heheheheh Tapi memang betul pun.. Ada ayam masak merah, nasi beriani, daging, acar etc. Makanan memang marvelous… I likkeee…. :P Tapi dapat makan sikit je.. Sebab saya makan lambat, so apa yang tinggal je la… :) Takpe, asalkan dapat kan? :)

Overall memang meriahla event hari tu. Cuma masa saya sampai tu, agak terkial-kial gak la sebab tak tau nak setup booth kat mana. And tak nampak pulak orang yang in charge untuk booth tu. Tu yang terpaksa kacau lyna. Sorry ye lyna, i ada num you jek.. :P

Khayra dah tak takut clown sangat walaupun still was-was. tapi sebabkan nak belon, berani tuh nak pegi.. Hahhahahahah jumpa geng blogger kat sana. Macam nia, tifa, haiza, najwa, kak ros, cik lily, azza ( nampak dari jauh je, tak sempat tegur), sumijelly dan ramai lagi la… :)

Nota: Ermmm…. meriah dan best gak kalau kita aktif berblog ni kan? boleh jumpa ramai kawan….. :)

Luv,

UmmiKA

~ Jumpa Kami Di 1SK-MBP Family Day ~

~ Jumpa Kami Di 1SK-MBP Family Day ~

Yes…

Adrinis Online akan bersama-sama memeriahkan lagi

1SK-MBP Family Day pada

9th May ini…

Apa yang kami tawarkan? hehehhehe Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Nursing Wear

Luv,

UmmiKA

Related Posts with Thumbnails