~ Credit Card – Keperluan Atau Kehendak? ~

Sebelum saya terus ke tajuk posting saya, saya nak masukkan la subjek perdagangan sikit. Boleh? Hahahhahhaha Apa maksud keperluan? Apa maksud kehendak? Anyone??

Keperluan?

Sesuatu perkara yang perlu ada pada setiap manusia untuk terus hidup.

Kehendak?

Sesuatu perkara yang menjadikan hidup manusia lebih selesa dan ia lebih merupakan pelengkap kepada keperluan.

Dapat tau dah apa beza keperluan dan kehendak? Hehehhehe Jadi berbalik kepada tajuk posting saya, diaplikasikan untuk zaman teknologi kini, credit card itu keperluan atau kehendak? Hehehehhehhe Kenapa saya tanya gitu? Rasanya, kebanyakkan yang dah bekerja paling-paling pun mesti ada 1 credit card.. Ye tak? (H) Jangan sorok-sorok.. :P

Mungkin untuk awal-awal tu, rasa macam bestla ada credit card nih. Tiba-tiba tak bawak duit boleh swipe je.. tapi kalau kene kat tempat CASH ONLY,  baru pakat nak gelabah.. :P Kiranya dah jadi trend la kot credit card nih. Lepas tu sales person pun bukan main lagi offer macam-macam. Gaji kecik pun boleh apply, comfirm approve dan sebagainya. Jadinya, adakah ia jatuh pada kategori keperluan atau kehendak?

As for me, credit card hanyalah kehendak yang menlengkapkan keperluan. Mungkin tidak lama dahulu sebelum adanya debit card, credit card tu penting gak la expecially bila nak deal dengan barang-barang yang mahal. Takkan nak bawak cash kan? Kena macam abang, memang dalam poket dia, paling banyak pun RM50. Lepas tu kalau nak beli barang online memang guna credit card and yang saya rasa ada gak kene mengena dengan kenapa ada credit card adalah sebab status.. :P  But still ia hanyalah kehendak. Dulu-dulu time awal-awal saya kerja, saya memang naif sikit la kot.. :P Mana yang ada credit card tu saya dah rasa kaya habis la.. Hahhahahahhaha Tapi lama-lama, baru saya tau, actually credit card ni menanggung hutang je kalau tak pandai guna.. Macam cite shopaholic tu.. :P So, adakah ia keperluan?

Sekarang ni dah ada debit card. Fungsi debit card ni sama je dengan credit card. Yang membezakannya, debit card ni dah ada duit dalam bank and bila swipe, kita guna duit kita. No charge fee. Kecuali yearly fee la kan? Hehhehehehe ATM pun dah boleh jadi debit card. Yang saya tau, Maybank memang boleh terus tukar atm card diorg ke debit card. Memang boleh guna di mana-mana. Dengan adanya debit card ni, adakah credit card keperluan?

Yes, ada yang pandai manipulasikan credit card untuk certain tujuan. Credit card sampai 10 keping tapi tiada masalah hutang semua sebabnya tau macam mana nak gunakan credit card nih. Hehehhe Kalau dia dah expert dalam financial, dah tau selok beloknya, mungkin untuk orang yang macam tu, tiada masalah. :P Kawan-kawan rasa macam mana pulak?

Nota: Adala gak terasa nak pakai credit card, tapi bila fikir balik, macam tak relevan je buat masa nih.. :P

Luv,

UmmiKA

Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

~ Kes Kecurian Di Masjid ~

Opps… Sesiapa baca wall post saya di facebook mesti ingatkan saya yang kena curi kan? huhuhu so sorry… tu bukan saya.. husband saya.. dia melepaskan geram di FB saya sebab dia takde FB. Boleh tak? Hahhahahha Kongsi FB lagi tau.. Baru romantik… Ekekekkekekke Ok.. ok… cerita pasal kecurian tu kan, ni dah  2 kali husband saya kene copet kat masjid dalam bulan ni SAHAJA.

Yang pertama tu, kena curi kasut. Biasalakan kasut kene curi.. Yang pakai kasut g masjid buat apa?? Sebenarnya time tu abang jadi committe untuk satu majlis kat office dia. Tu yang kene pakai formal kat masjid tu sebab nak sediakan segala macam persiapan. Belum habis takat tu, minggu lepas, lepas balik daripada family day gathering kitorang, handphone and wallet pulak kena curi.

Macam mana kena curi? Satu handphone kat poket depan, wallet pulak kat poket belakang? Kami berhenti untuk solat jumaat di masjid wilayah. Sebab lepas tu abang nak ke LHDN. Sementara tu saya tunggu la kat area tu kan. Disyaaki kejadian berlaku semasa berada di toilet. Huhuhu Rasanya tak khusyuk la kot abang time tengah sembahyang jumaat tu.. Sebab lepas habis je, terus jumpa saya and suruh saya cepat-cepat pegi ke kereta nak cari wallet kot-kot la tertinggal dalam kereta. Lepas di pastikan takde, abang terus call pihak tertentu untuk block segala mak nenek yang boleh digunapakai oleh pencuri.

So, apa yang hilang? Nasib baik gak la abang tak pernah simpan duit cash dalam wallet. So, cash takde yang lesap. Yang hilang cuma segala macam kad je la.. Tu pun, abang terus call bank semua untuk block kan mana-mana yang berkenaan. Handphone pulak, nasib baikla handphone yang dicuri tu speaker dah rosak, ( kalau nak cakap kene guna loud speaker yang mungkin pencuri tu tak tau.. Hehhehehehe ) then penutup batery pun asyik dok terbukak je… Batery lama, memory card ciput. CUMANYA, apa gambar-gambar dalam handphone tu, num telefon dalam handphone tu la yang berharganya.. Huhuhu

Lucky, ada orang jumpa wallet abang. Nak tau jumpa kat mana? Kat giant Kelana Jaya. oh.. First of all Thanks to najwa sebab bagitahu kami pasal orang call bagitahu wallet dah dijumpai. Tak sempat nak ucap thanks lagi sebab handphone husband yang bawak ke hulu ke hilir sekarang nih.. :) Berbalik pada cerita tadi, mula-mula ingatkan orang yang jumpa tu duduk kat kelana jaya. Rupa-rupanya, wallet tu dijumpai di toilet giant Kelana Jaya. Just imagine dari Masjid wilayah le Giant Kelana Jaya. And thanks to adik tu sebab sanggup telefon balik and pulangkan wallet abang tu. Yang takde credit card dengan IC je. Yang lain semua ada. Alhamdulillah walaupun IC tu sangat penting ( takut jual kat black market) tapi dah ada rekod hilang kan? :D

Itula ceritanya.. Mula-mula agak kelam kabut gak la sebab nak kene buat balik IC, lesen semua tu balik.. nak buat police report and nak kene buat sim card lagi. Then bila dah jumpa balik lesen semua tu, abang cuma buat IC je la sabtu lepas. :)

Itula cerita kecurian di masjid. Kesian pencuri tu, dapat wallet takde duit, credit card pun bukan boleh guna, dah kene block, handphone lak, jenis yang tak laku sebab dah memang rosak teruk.. Free-free dapat dosa je mencuri.. Dah la mencuri kat rumah Allah… Tak malu betul… :(

Nota: Apa nak jadi la zaman sekarang ni…

Luv,

UmmiKA

Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

~ Cuti Sekolah – Hari Berbahagia ~

~ Cuti Sekolah – Hari Berbahagia ~

Setuju tak kalau saya katakan cuti sekolah merupakan hari-hari yang membahagiakan?

Apa tak bahagianya, masa tu la masa jalan-jalan terutamanya di Kuala Lumpur, mengalami kemerosotan penurunan statistik untuk jalan-jalan yang sesak. Keluar rumah macam agak bahagia je sebab lengang.. :P

 

Masa cuti sekolah ni jugakla ibu bapa ambil kesempatan untuk bercuti dan berjalan-jalan bersama anak-anak. Balik kampung lawat nenek dan atuk.. Main kejar-kejar dengan ayam dan itik.. Anak-anak sangat bahagia, ibu dan ayah pun bahagia sebab dapat spend time together dengan anak-anak. Poket mak ayah je kot yang tak bahagia.. Hahahhahahhaha Sesekali kan.. tak salah.. :)

Me and Family

 

Ha… yang paling utama, masa cuti sekolah ni jugakla akan menjadi hari yang paling berbahagia untuk pasangan-pasangan yang mendirikan rumah tangga. Cuti sekolah memang menjadi pilihan ramai pasangan untuk menjadi hari paling bahagia sekali dalam hidup mereka. Time ni jugakla, jemputan-jemputan untuk menghadiri perkahwinan sedara mara, sahabat handai akan sampai di post box rumah, tinggal kita nak amik je. Ada jugak yang jemput thru facebook je sekarang ni. Advance-advance…. :P

Jadi, weekend ni once again kami menghadiri majlis kahwin kawan abang. :) Minggu lepas kami berjaya menghadiri 4 kenduri sedara dan kawan-kawan sebab nasib baik, semuanya ala-ala dekat la. Sentul hari sabtu, Kuala Selangor, Rawang, Shah Alam hari ahad. So, this weeks, sabtu saya busy sikit, plus kemas bilik dulu apa yang patut. Ahah pulak? Kami berjalan ke Tambun.. Yeay… HEheheh Dont get me wrong, kenduri kahwin kawan abang memang kat Tambun. Dekat sangat rumah dia dengan Lost World Of Tambun. Kami bertolak dalam 10++, berhenti breakfast sebab Khayra dah lapar and semalam (13 Jun) memang hari Khayra banyak makan. Boleh dikatakan sepanjang masa, makan je.. Hehehehhe Hari yang enjoy for her yesterday.

Hari ni hari pertama saya menjadi FTHW.. Perasaan? Nanti la saya cerita.. hihihi lagipun, Khayra still saya hantar kat nurseri sebab belum habis bulan lagi. So, mungkin belum tibe challenge lagi. :D

Luv,

UmmiKA

Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

Related Posts with Thumbnails