~ Kes Kecurian Di Masjid ~

Opps… Sesiapa baca wall post saya di facebook mesti ingatkan saya yang kena curi kan? huhuhu so sorry… tu bukan saya.. husband saya.. dia melepaskan geram di FB saya sebab dia takde FB. Boleh tak? Hahhahahha Kongsi FB lagi tau.. Baru romantik… Ekekekkekekke Ok.. ok… cerita pasal kecurian tu kan, ni dah  2 kali husband saya kene copet kat masjid dalam bulan ni SAHAJA.

Yang pertama tu, kena curi kasut. Biasalakan kasut kene curi.. Yang pakai kasut g masjid buat apa?? Sebenarnya time tu abang jadi committe untuk satu majlis kat office dia. Tu yang kene pakai formal kat masjid tu sebab nak sediakan segala macam persiapan. Belum habis takat tu, minggu lepas, lepas balik daripada family day gathering kitorang, handphone and wallet pulak kena curi.

Macam mana kena curi? Satu handphone kat poket depan, wallet pulak kat poket belakang? Kami berhenti untuk solat jumaat di masjid wilayah. Sebab lepas tu abang nak ke LHDN. Sementara tu saya tunggu la kat area tu kan. Disyaaki kejadian berlaku semasa berada di toilet. Huhuhu Rasanya tak khusyuk la kot abang time tengah sembahyang jumaat tu.. Sebab lepas habis je, terus jumpa saya and suruh saya cepat-cepat pegi ke kereta nak cari wallet kot-kot la tertinggal dalam kereta. Lepas di pastikan takde, abang terus call pihak tertentu untuk block segala mak nenek yang boleh digunapakai oleh pencuri.

So, apa yang hilang? Nasib baik gak la abang tak pernah simpan duit cash dalam wallet. So, cash takde yang lesap. Yang hilang cuma segala macam kad je la.. Tu pun, abang terus call bank semua untuk block kan mana-mana yang berkenaan. Handphone pulak, nasib baikla handphone yang dicuri tu speaker dah rosak, ( kalau nak cakap kene guna loud speaker yang mungkin pencuri tu tak tau.. Hehhehehehe ) then penutup batery pun asyik dok terbukak je… Batery lama, memory card ciput. CUMANYA, apa gambar-gambar dalam handphone tu, num telefon dalam handphone tu la yang berharganya.. Huhuhu

Lucky, ada orang jumpa wallet abang. Nak tau jumpa kat mana? Kat giant Kelana Jaya. oh.. First of all Thanks to najwa sebab bagitahu kami pasal orang call bagitahu wallet dah dijumpai. Tak sempat nak ucap thanks lagi sebab handphone husband yang bawak ke hulu ke hilir sekarang nih.. :) Berbalik pada cerita tadi, mula-mula ingatkan orang yang jumpa tu duduk kat kelana jaya. Rupa-rupanya, wallet tu dijumpai di toilet giant Kelana Jaya. Just imagine dari Masjid wilayah le Giant Kelana Jaya. And thanks to adik tu sebab sanggup telefon balik and pulangkan wallet abang tu. Yang takde credit card dengan IC je. Yang lain semua ada. Alhamdulillah walaupun IC tu sangat penting ( takut jual kat black market) tapi dah ada rekod hilang kan? :D

Itula ceritanya.. Mula-mula agak kelam kabut gak la sebab nak kene buat balik IC, lesen semua tu balik.. nak buat police report and nak kene buat sim card lagi. Then bila dah jumpa balik lesen semua tu, abang cuma buat IC je la sabtu lepas. :)

Itula cerita kecurian di masjid. Kesian pencuri tu, dapat wallet takde duit, credit card pun bukan boleh guna, dah kene block, handphone lak, jenis yang tak laku sebab dah memang rosak teruk.. Free-free dapat dosa je mencuri.. Dah la mencuri kat rumah Allah… Tak malu betul… :(

Nota: Apa nak jadi la zaman sekarang ni…

Luv,

UmmiKA

Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

~ Cuti Sekolah – Hari Berbahagia ~

~ Cuti Sekolah – Hari Berbahagia ~

Setuju tak kalau saya katakan cuti sekolah merupakan hari-hari yang membahagiakan?

Apa tak bahagianya, masa tu la masa jalan-jalan terutamanya di Kuala Lumpur, mengalami kemerosotan penurunan statistik untuk jalan-jalan yang sesak. Keluar rumah macam agak bahagia je sebab lengang.. :P

 

Masa cuti sekolah ni jugakla ibu bapa ambil kesempatan untuk bercuti dan berjalan-jalan bersama anak-anak. Balik kampung lawat nenek dan atuk.. Main kejar-kejar dengan ayam dan itik.. Anak-anak sangat bahagia, ibu dan ayah pun bahagia sebab dapat spend time together dengan anak-anak. Poket mak ayah je kot yang tak bahagia.. Hahahhahahhaha Sesekali kan.. tak salah.. :)

Me and Family

 

Ha… yang paling utama, masa cuti sekolah ni jugakla akan menjadi hari yang paling berbahagia untuk pasangan-pasangan yang mendirikan rumah tangga. Cuti sekolah memang menjadi pilihan ramai pasangan untuk menjadi hari paling bahagia sekali dalam hidup mereka. Time ni jugakla, jemputan-jemputan untuk menghadiri perkahwinan sedara mara, sahabat handai akan sampai di post box rumah, tinggal kita nak amik je. Ada jugak yang jemput thru facebook je sekarang ni. Advance-advance…. :P

Jadi, weekend ni once again kami menghadiri majlis kahwin kawan abang. :) Minggu lepas kami berjaya menghadiri 4 kenduri sedara dan kawan-kawan sebab nasib baik, semuanya ala-ala dekat la. Sentul hari sabtu, Kuala Selangor, Rawang, Shah Alam hari ahad. So, this weeks, sabtu saya busy sikit, plus kemas bilik dulu apa yang patut. Ahah pulak? Kami berjalan ke Tambun.. Yeay… HEheheh Dont get me wrong, kenduri kahwin kawan abang memang kat Tambun. Dekat sangat rumah dia dengan Lost World Of Tambun. Kami bertolak dalam 10++, berhenti breakfast sebab Khayra dah lapar and semalam (13 Jun) memang hari Khayra banyak makan. Boleh dikatakan sepanjang masa, makan je.. Hehehehhe Hari yang enjoy for her yesterday.

Hari ni hari pertama saya menjadi FTHW.. Perasaan? Nanti la saya cerita.. hihihi lagipun, Khayra still saya hantar kat nurseri sebab belum habis bulan lagi. So, mungkin belum tibe challenge lagi. :D

Luv,

UmmiKA

Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

~ Entah Kenapa… ~

Entah kenapa, saya suka sangat dengan gambar ni.

Dah anak ko kan? ekekkekekke memang la suka.. :P Ni masa khayra kat taska.. Amboi anak saya… nak kene jual kat pasar ke? :D

Entah kenapa…..  bila tengok gambar ni macam speechless…

No komen at all… hahahhahahahhahahha

Muka saya yang tembam berkilat.. Time ni tengah pregnantkan Khayra.. Dah 7 bulan kalau tak silap…

Thanks kak alin tag gambar ni… ehehehhehehheheheh

entah kenapa..

nampak ayam BBQ ni terasa macam nak je.. tp sekarang bukan suka sangat pun dengan ayam neh… hahahhahahha i more to fish now tau…

Entah kenapa

Bila tengok gambar ni terasa nak balik rumah je sekarang nih… :P

Entah kenapa.. gambar ni mengingatkan saya yang kami bakal berempat lepas ni.. Insyaallah….

Entah kenapa.. gambar ini mengingatkan saya…  pada memori-memori lepas yang saya rasa sangat manis..

Dapat teka tak mana saya? Hahahhah time ni last day kat U. Masa tu, memasing konon nak meronggeng memalam.. last day kan.. lepas tu masing-masing nak bawa diri dah..  Bila bisa ketemu?

Gambar ni pulak bersama kawan baik saya since belajar dulu and tak sangka sama tempat kerja.. Then once memasing dah pindah, jarang dapat jumpa… 3 dah berkahwin, 2 bakal mendapat anak ke-2, sorang bakal mendapat anak, sorang lagi masih menjual mahal.. hehehhehe

Entah kenapa………..

Saya rasa kenapa masa sekolah dulu saya sangatla…………. Pk sendirik la… Hahhahahahahahhahahahhahaha

Ada lagi, tapi macam malas nak tunjuk muka tuh… Hahhahahahahhahahha

Entah kenapa.. saja saya letak gambar nih. Kasi balance balik gambar kat atas tadi.. dah evolve jadi cun la ek… Sila muntah… hahahahahhahah

Entah kenapa…

Hari ni saya post entry penuh gambar ni. Sebabnya hari ni last day? Mungkin.. sebab takde idea? Mungkin.. Sebab bosan? Mungkin… Sebab ada kerja tapi dah malas nak buat? Mungkin… :P

Apa alasan pun saya suka entry nih… :P

Enuff merepek… Nak siapkan email untuk kerja-kerja yang dah saya buat and apa yang saya buat untuk bagi kat bos saya.

Luv,

UmmiKhayra

Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

Related Posts with Thumbnails