~ Rindu Saya Tak? ~

~ Rindu Saya Tak? ~

Salam kawan-kawan semua…. rindu sama saya? hehehhe actually ni entry kedua saya selepas saya kembali dari hibernasi.. Ni entry yang ditaip saya dari hari sabtu lepas ok… Entry first tu saya masih di office, tengah frust sebab hari sebelumnya, boss bagitahu ala-ala ke arah weekend ni kene keje. Jadi saya dengan sengaja tidak membuat keje sebab saya rasa saya malas.. Hahahhaha Then petang tu boss saya bagitahu yang kami tak perlu kerja lewat dan tak perlu kerja weekend.. Time tu, senyum dah melebar tahap gaban dah. Hihihihi Dengan itu, secara rasminya saya kembali bersiaran… walaupun projek delay untuk launch, tapi major coding, major problem takde dah.. sume tinggal minor bug je. Alhamdulillah…

Oppss.. sebab dah sebulan saya kene polish balik skill menaip saya.. hahahhah macam dah setahun je tak tulis blog kan? ekekekek mengada betul. Tapi kenapa saya still tak update setiap hari macam dolu2? kerana saya mengalami demam dan sakit kepala yang berpanjangan. Alamak… Lepas balik dari Langkawi hari tuh, abang demam dari hari Khamis sampai ahad. Isnin still sakit tekak.. Ahad lepas Khayra lak demam… Hari ni pun tak baik lagi.. Me? Dari hari sabtu kepala sakit tak boleh nak buat apa. Sangat menguji kesabaran sebab Khayra demam2 biasala sangat crancky and asyik nak susu. Pastu nak macam-macam. Nak-nak bila dah pandai dok minta itu-ini… Ni baru anak sorang, cuba kalau lebih sorang? hahhahahhahaha

Harap-harap demam dan sakit saya akan cepat sembuh sebab weekend nih wedding cousin saya. hihihihi

Lama saya tak citer pasal Khayra kan? sekarang Khayra dah boleh sebut banyak jugak words. Cuma kalau hujung dia ‘ng’ macam abang, udang, tulang, semua digantikan dengan ‘m’. Abam, udam, tulam.. Kitorang dah faham la untuk simple words yang Khayra request. Tapi kalau tiba masa dia bercerita, masa untuk mengiakan je la… Satu butir pun tak faham. Hahahahhahaha

Pasal Langkawi, insyaallah saya update nanti… Sangat seronok and macam tak cukup masa je.. Hehhehehe kene g lagi sekali nih… :P

nota: entah apa la entry saya nih… hehehehehhehe

~ Me @12Weeks of Pregnancy ~

~ Me @12Weeks of Pregnancy ~

pejam celik pejam celik, serius, tiba-tiba je dah saya dah kandungan saya dah berusia 12 minggu. Wahhhh.. masa berlalu dengan pantas sekali. Serius tak perasan. Dengan kesibukan yang melanda dan tak sudah2 lagi tau… ( saya dah hampir nak resign je sekarang nih… ekekkekekek ) project is delay, so our weekdays is extend to the maxs, alhamdulillah, syukur sampai ke hari ini, saya tidak mengalami morning sickness yang membuatkan saya terduduk atau terkelepek tak bermaya.. :D Alhamdulillah, baby macam faham je ummi dia ni busy sampai tahap super duper saiya still, saya macam biasa, aktif macam biasa. Sesekali pening dan penat tuh biasala… Kalau tak pregnant pun kerja non-stop over the weekend for more than one months harusla kan? :P

Saya baru je buat check up semua last thursday hari tu. Itu pun sebab abang tiba-tiba demam, sakit tekak, pening. Dah alang-alang g klinik, pi la terus buat check up. Time tu redah je.. G kat klinik yang dah biasa g.. Dah biasa dengan doktor tu kan. ALhamdulillah, kandungan ok.. baby sihat.. membesar dengan elok. Cuma doktor cakap uri macam bawah sangat, tapi sebab saya takde bleeding takde apa, doktor cakap, nanti dia naikla.. lambat kot.. :D

Awal-awal risau jugak sebab saya dah la tak cukup tidur, makan tak menentu, makan lak semua yang express2.. tak banyak makan makanan kat rumah, tapi nasibla saya akan makan buah, makan prun, makan kismis, makan kurma. Benda-benda tu la kot membantu and tak lupa jugak makan folik asid. Time scan tu, khayra pun ada sekali.. Boleh la kan, dia dok sebut baby bila abah tunjuk kat dia adik… ekekek kelakar la anak ummi.. Sekarang dah nampak kepala, nampak heart beat dia dup dap dup dap.. nampak kaki and nampak tangan dah.. Jantina je tak nampak lagi.. hahahhaha bolehla pulak excited nak tgk jantina time baru 12 minggu kan? Lawakla…

Khayra pulak, since saya asyik balik lambat je, kurang masa dengan dia, sekarang ni sangat super sensitif. Tak boleh ada salah sikit, mesti nak merajuk. SIkit-sikit nak nangis.. Huhuhu Kekadang sangat menguji kesabaran saya yang tengah penat letih, pening nih melayan kerenah dia yang sangat-sangat manja. Hinggakan kekadang tertinggi suara dengan Khayra and kekadang dia nangis biarkan je.. Waaaaaa serius time tu rasa sedih bila dah terbuat bende-bende tuh. Kesian sangat kat Khayra.. Manala dia faham semua tu kan? But saya akui masa sekarang ni memang menguji kesabaran saya.

Sekarang Khayra dah campur dengan formula. Tidak sepenuhnya BF dah. Susu saya memang kurang sangat. Tambah-tambah dengan kerja yang sekarang ni. Nasib baik Khayra takde problem untuk susu lain. Awal-awal je la kene bersabar, lepas tu dah ok. Dia pun macam faham je susu ummi ni dah kurang. Bila menyusu, tak puas baru dia minta susu FM tu. Then bila dia rasa dah puas, minta susu saya pulak. Baru lepas tu leh tidur.. Kekadang kelakar je dengan kerenah Khayra.

Apa-apa pun yang Khayra buat, still dia penghibur hati saya. Kerenah, keletah still xboleh nak tepis.. Saya rindu je kat gelagat tak boleh blah si Khayra.. ekekekke Dah jadi kakak ni, pepagi mesti akan peluk and kiss adik. Wahhh, skrg nampak macam suka.. nanti bila dah ada, harap-harap bolehla jadi kakak yang baik.. :) oh.. Khayra mesti akan sebut adik dia baby adam… lelaki ke? hahahahhahah no one knows… :P

Khayra @ KLIA.. Rambut lepas bukak tocang dua.. :)

Kerja???? Project kami delay lagi and most probably kami keje lagi weekend nih.. Wahhhh sangat dramatic ok… semua dah takde motivation diri.. Semua dah pakat nak mogok. Aduiii… serius saya pun dah tak larat… Saya rindukan kehidupan saya yang sebelum ini walaupun still takde kat rumah, but kami bersosial bersama keluarga. That’s the important things in my life as for me. :D ( ini makin menguatkan hati untuk resign jek.. Jangan terkejut sudah…. Hahahhahaha )

Welll………….. Weekend i really miss u…. Bila kita bisa ketemu? hehehehe ecececcece saya dah ada weekend saya last weeks.. tu lagi membuatkan team saya saya keciwa bila minggu ni kene keje lagi. Huhuhu Sudah dah la…. :P

Banyak saya nak cerita, tp masa tidak mengizinkan… jumpa next post. :)

Nota: Ummi tetap sayang KHayra walaupun Khayra bakal ada adik… Dont worry… :)

Luv,

UmmiKA

~ Saya Dah Muak Dengan Fast Food! ~

Yep.. saya dah muak dengan fast food macam KFC ke, McD ke, BK ke… Saya pun dah muak dengan makanan kat kedai kawasan office ni especially mamak.. Dalam erti kata lain, saya muak dengan makanan-makanan luar nih… huhuhuhu

Kenapa?
Just imagine, since hujung awal bulan 3, time table kerja saya average adalah 9am-8pm.. start intensif, 9am-9pm dalam 18/3…  ( sampai minggu ni… minggu depan till midnight.. apakah???? zombie????)  jadi makanan apakah yang akan masuk ke tekak saya? Yes.. makanan luar…. huhuhuh yang saya rasa  saya dah tak boleh terima dah.. Rasa nak muntah dah especially makanan fast food. Makanan goreng2 pulak, kalau takde pak aji/mak aji peneman setia memang tak sah la kan.. Kalau sikit2 saya leh la lg.. tapi kalau dia dah memonopoli kawasan, harusla saya akan pening… :(

Jadi?
Hehehhehe hari ni, pepagi saya bangun, of coursela dengan bantuan abang kan, kalau tak slow la progress memasak.. ( saya masak slow sikit.. ) so, saya pun masak la maceroni goreng untuk makan hari ini. Dan saya bawak ke office.. and semua dok puji masakan saya… hahahahhahah ala, of course la puji, mana nak lawan masakan luar kan? eekkkekeke jadi, esok pun nak plan masak apa tuk bawak ke office.. hehehe oh, mana yang tak tau, untuk saya hinggala ke 15APril nih, everyday is a weekday… hehehehehhe oh.. gambar maceroni? tak dapek nak tangkapla.. lagipun nak upload kat office? comfirmla tak boleh… :D korang just imagine je la…. sedap hingga menjilat jari… bos saya dok tambah2 tak kira dah bape kali… :P

Nota: Terubat rindu masakan dari rumah… :P

Luv,

UmmiKA

Related Posts with Thumbnails