~ Percayalah……….. ~

Percayalah… Sekiranya kita percaya dengan diri sendiri, semua benda insyaallah akan menjadi.

Percayalah… Sekiranya kita percaya yang kita mampu untuk mengatasi segala rintangan dan cabaran, Insyaallah ia akan menjadi.

Bila mengingatkan tentang keyakinan diri, yang kita mampu untuk selagi kita berusaha, teringat saya lagu zaman saya belajar dulu.. Lagu fikirkan boleh… :) Sekarang dah jarang dengar lagu ni kat TV… Heheheh Lirik dia ala-ala gini

Jika kau fikirkan kau boleh, Kau hampir boleh melakukan
Jika kau fikirkan ragu-ragu, Usahamu tidak menentu

Jika kau fikirkan kekalahan, Kau hampiri kegagalan
Jika kau fikirkan kemenangan, Kau hampiri kejayaan

Engkaulah apa kau fikirkan, Terkandung dalam pemikiran
Kau fikir boleh melakukan, Fikirkan boleh

Percaya apa kau lakukan, Tabah apa kau usahakan
Bertindak atas kemampuan, Engkau boleh

 

Memang lagu ni kena dengan saya, sebab kadang-kadang saya ragu-ragu dengan diri saya. Kadang-kadang saya rasakan saya tak mampu untuk berjaya seperti yang lain.. Saya pun manusia biasa… Jadi saya akan berusaha untuk memberikan yang terbaik. Dengan doa dan bantuan serta pengorbanan dari suami tercinta, keluarga tersayang dan rakan-rakan yang dikasihi serta rezeki anak-anak. USAHA, DOA dan TAWAKAL. :)

p/s: saya sekarang betul2 dah hilang kick dalam berblogging… :P Banyak benda nak bagitau, tapi tak tau nak luahkan macam mana… Hehhehehehe

Luv,

UmmiKA

~ Perjalanan Adrini’s Dalam Usia Setahun ~

~ Perjalanan Adrini’s Dalam Usia Setahun ~

Fuh… Pejam celik, Adrini’s dah berusia setahun pada 18 January 2011 yang lepas. Terasa begitu pantas masa berlalu. Apa yang saya lalui sepanjang satu tahun ini, dalam memperkenalkan Adrini’s, saya akui bukan mudah. Banyak halangan-halangan yang saya tempuh. :)

adrini's nursing wear collection

Logo Adrini's

Adrini’s lahir daripada keperluan untuk memudahkan saya menyusukan anak saya terutama sekali apabila berada di khalayak ramai tanpa perlu menyelak baju atau menarik perhatian orang ramai. Apa yang saya fikirkan pada awal-awal perancangan saya dan suami, saya inginkan pakaian menyusu yang kelihatan seperti baju biasa. Kira macam bila orang tengok, tak tahu pun itu adalah baju menyusu. :) Selain daripada itu, saya inginkan baju itu berlengan panjang dan labuh but yet cantik. Baju-baju adrini’s cantik wooo… :P

Baju menyusu adrini's

Cantik tak baju ni? hehehe

Maka, lahirlah idea untuk membuat, mereka, dan menjual pakaian menyusu dengan jenama kami sendiri iaitu Adrini’s dan bermulalah perjalanan Adrini’s. Kami bermula dengan rekaan dan bilangan yang terhad. Alhamdulillah, kakak sepupu saya pandai menjahit dan dia lah yang banyak membantu saya dalam memberikan idea dan nasihat berkenaan rekaan-rekaan baju dan pilihan jenis kain dalam menghasilkan pakaian yang bermutu. :D

Untuk pengetahuan semua, pakaian yang ada di Adrini’s di jahit di Malaysia hasil daripada perahan idea dan perbincangan dengan suami saya macam mana sesuatu pakaian itu berfungsi. Dari segi pencarian material hinggala ke tukang jahit, semuanya saya dan abang yang buat. Lotih jugak di buatnya.. mengangkutla si anak kecil ummi tu, Khayra… hhehehehhe Dengan masa terhad, 2 hari in weekend + kenduri + family++++, akhirnya, Adrini’s lahir jugak.  Apa yang memotivasikan saya untuk betul-betul jadikan Adrini’s satu jenama, adalah untuk anak-anak saya juga. Jadi, masa ni la saya kena bekerja keras.

Disebabkan urusan dgn tukang jahit, pencarian material, modal yang rendah, jiwa yang besar, maka 18 Januari 2010 officially butik online kami, http://www.adrinis.com mula beroperasi. Awal-awal tu pakaian tak banyak pun. buat sikit-sikit je.. Walaupun saya tahu kami bermula dengan modal yang rendah, tapi langkah pertama adalah sangat penting. Betul tak? Heheheh Sepanjang tahun 2010, jatuh bangun Adrini’s, hanya saya dan abang yang tahu. Kesibukan saya dengan kerja-kerja di pejabat hinggakan bila projek bermula, pukul 10 – 12 mlm baru balik, dengan saya yang pregnant anak ke-2 ketika itu, membuatkan kami membuat satu keputusan yang saya rasa agak berisiko untuk keluarga kami iaitu saya berhenti kerja. Time tu banyak yang difikirkan.. Boleh ke sustain, mampu ke kami survive, segala perkiraan masuk dalam kira-kira dan akhirnya, saya memilih untuk berhenti. Once saya dah berhenti, maka saya kena pulun la habis-habisan… :)

Revolusi tahun 2011, saya nak mengembangkan lagi product Adrini’s. Saya masih ingat kata-kata ex-boss saya masa saya bagitahu dia yang saya nak berhenti and saya plan nak buat apa. Dia bagitahu saya, marketing is the most important things in business. Without it, you failed. Wah wah wah… Thank you so much for remind me.. Dan Alhamdulillah, kami bermula dengan berkolaborasi dengan Sarakids yang banyak membantu kami, dan kali ni, kami share booth di MidValley. Banyak benda yang saya belajar ketika itu. Serius, pengalaman yang sangat berharga buat saya.

Kemudian, Adrini’s is featured di majalah keluaran Karangkraf, PA&MA untuk bulan Febuari 2011 yang lepas. Ini pun hasil kerjasama Adrini’s dan Bling Lustre – Bling Buubies. Thanks kalian sebab menawarkan kami untuk share-share page dengan kami. :)

adrinis dalam pa&ma

Adrini's in Pa&Ma

Sebenarnya masih banyak yang perlu saya lakukan. Banyak benda yang perlu saya belajar. Banyak lagi yang perlu saya gali. Saya masih mentah lagi dalam alam ini. Terima kasih kepada kawan-kawan saya yang sudi membantu. Mungkin ada yang tidak tahu, produk rangkaian dari Adrini’s adalah hasil tangan orang kita jugak. :) Di reka oleh Adrini’s.. Material pun di pilih oleh Adrini’s. Ye saya akui, kami tidak sempurna lagi.. Dari segi material, kami masih mencari yang terbaik untuk semua. Ke ada sesiapa yang nak suggest kat saya? :D Amat saya alu-alukan. :) Ermmm… Ni boleh apply untuk produk buatan Malaysia kan? Hehehehehehhehehehe

Nota: Apa yang ummi buat ni, untuk Khayra, Khaleel dan insyaallah untuk adik-adik kalian jugak… :)

Luv,

UmmiKA

MAri kita lihat wajah baru Adrini’s

~ Siapa Pernah Alami? ~

Siapa pernah alami tiba-tina je posting dulu-dulu MIA… Lepas tu nak retrieve balik memang tak dapek la… Lepas tu post yang MIA tu pulak post yang penting.. Post yang menggunakan perahan otak yang banyak untuk menghasilkan sesuatu yang baik…

Macam mana nak dapat balik ye post-post tu? Ke sebab ada masalah fail? Kalau pasal kena hacking, tak taula.. Ye ke? Dah jadi bahan attack ke? Sebab main adrinis.com dah 2x kena hack.. Huhuhuhu

Any sugestion? Yang bisa membantu memantapkan lagi security? Hehehhehehe

Terima kasih.. Saya memang tiada mood sudah.. baru je nak hantar email and nak publish something.. Lain dah jadinya… Mood dah terbang sebab rasa nak marah.. huhuhuhu Dah la 1 minggu ni saya memang tiada di rumah… Bersama Adyan(always) dan Khayra(sometimes) pergi sana sini. :(

Luv,

UmmiKA

Related Posts with Thumbnails