~ Jenis-jenis Pam Susu ~

Bercakap pasal breastfeeding ni, perkara pertama yang kebanyakkan ibu-ibu yang berkerjaya ini akan fikir adalah bagaimana nak continue memberikan susu ibu kepada anak. Apakah caranya? Yes, dengan cara pam susu dan beri kepada anak ketika bekerja. Bagi saya ada pam terbahagi kepada 2 kategori. Setiap kategori ada jenis pam dia. :)

2 kategori pam susu tersebut adalah:

1. Free aka tidak keluarkan duit untuk pam anda.

Nak tau pam susu apa yang free? Ya betul…. Pam menggunakan tangan @ hand express @ Teknik Marmet. Pam ni sangat mudah untuk di bawa ke mana2 jua. Tak payah fikir nak cari tempat nak letak, and takkan terlupa nak bawa ke mana2. Ada ke orang yang senang nak tertinggal tangan dia? Hehhehe Gurau je.. :P Oh, saya tidakla expert bebenor dalam teknik ni. Awal2 dulu, masa zaman muda remaja, saya tak pernah terfikir na gunakan teknik marmet ni. Sebabnya saya rasa susah. Tapi lepas saya dah cuba, saya rasakan bagus pulak. Macam mana saya boleh terbelajar tahu teknik ni? Hehe disebabkan saya pernah kena breast engorged then puting luka.. Adehhhh, sakit tau time pam guna corong plastik tu. Heheheh Sebab tu la saya belajar macam mana nak express milk dengan menggunakan tangan.

Caranya:

1 : Letakkan jari dalam bentuk C di bahagian luar aerola. Kalau aerola besar, agak-agak la kat mana biasa anak kita menghisap.. :)

2 : Tangan tu, kita tolak/tekan ke arah dada kita.

3 : Picit ke bahagian dalam nipple kita. Hati-hati ye, sebab boleh terus memancut.. :). Buat 5 ke 10 kali perahan.

4 :  Lepas tu buat satu pusingan sekeliling aerola kita.

Kalau nak tengok gambar supaya lebih faham, boleh klik kat sini sini dan sini.

Tips yang saya rasakan berguna untuk saya dan saya nak share dengan kawan-kawan kat sini, saya dulu susu mmg kais pagi makan pagi and sedang elok je dengan keperluan Khayra. Bila saya dah tau cara gunakan tangan, apa yang saya buat, lepas pam je, saya gunakan tangan pulak untuk clearkan B saya. Masa saya cuba guna tangan, alhamdulillah, masih memancut lagi susu yang keluar. Maknanya saya tidak kosongkan betul B saya. Saya guna teknik pam kemudian marmet. Ada saya post kat blog saya and macam mana saya get the idea. Thank to Kakak sofia yang kebetulan jumpa masa dia ada kursus kat bangunan tpt saya kerja dulu. :)

Tak rugi belajar cara pam free nih.. :P

2. Kategori Berbayar

Dalam kategori berbayar ni, terdapat 2 jenis pam susu yang boleh jadi pilihan kita.

  • Pam Manual

Terdapat perlbagai jenis pam manual yang ada di pasaran. Ada dari jenama avent, medela, MAM, Pureen, Tolly joy, anakku dan banyak lagi pilihan dengan harga yang berbeza. Pam manual biasanya agak murah berbanding dengan pam elektrik.

Avent Isis Uno

Avent ISiS

Medela harmony

Ni pam medela harmony

MAM Manual BreastpumpMAM Manual Breastpump


  • Pam Elektrik/Bateri

Pam jenis elektrik atau bateri sekarang sudah menjadi pilihan kebanyakkan ibu-ibu yang bekerja. Kenapa? Selain daripada kebanyakkan pam jenis elektrik ini menggunakan double pumping, pam jenis elektrik ini juga mampu menjimatkan masa dan tenaga. Walaubagaimanapun, pam jenis elektrik ini agak mahal berbanding pam manual. Antara jenis-jenis pam elektri ini adalah:

Spectra 3 breastpump

Spectra 3

Medela SwingMedela Swing

Hospital grade breastpumpHospital grade ameda breastpump

medela freestylermedela freestyle

Huh.. banyak lagi jenis-jenis pam nih.. tinggal nak pilih and ikut budget je… :) Nanti saya share saya guna pam yang mana… Untuk next entry.. Ni kira kasi-kasi tengok je la mana yang berkenan… :)

Oh.. saya ada baca di baby center kalau tak silap saya. DI INGATKAN : Jangan beli BP yang macam horn basikal tu sebab dikuatiri getah yang digunakan untuk sucking susu tu boleh terkena bakteria yang tida elok. :) Till next entry.

Luv,

UmmiKA

~ Opppsssssi…. I did it again ~

~ Opppsssssi…. I did it again ~

Selasa lepas, kita menyambut tahun baru, selasa lepas juga saya menyambut kemerdekaan saya. (huh.. actually saya missed count… supposed the next day baru cukup harinya.. Hahahhaha alasan… :P ) Kira saya sambut merdeka untuk saya, hubby bawak saya jenjalan ke Motor Show PWTC. Konon celebrate saya habis pantang la tuh… Eleh.. sebenarnya dia yang teringin sangat nak pergi tengok kereta-kereta tu. Alasan konon nak bawak saya.. Hahahha Nasib minat kami sama… :)

Saya tak sempat nak cerita apa ada kat sana.. Nanti saya cerita dalam satu post khas untuk Motor Show tu je.. Yang ni saja nak menghupdate blog saya. Sebabnya saya sekarang tengah nak manage macam mana saya nak aktif balik and macam mana nak handle two kids in the blocks.. Hahahhahahhaha

Lagi satu, kalau ada je event or expo macam ni, saya acapkali terserempak dengan my BFF.. Heheheh Mungkin sebab tu jugak kot kami jadi BFF.. Minat sama.. suami dia pun minat sama dengan kitorang. Kalau teringat kisah kami dari 15 tahun lepas, hehehhehe memang terasa nak gelak-gelak je.. Both of us, seperti tak nak ingat.. Hahahhahaha But, saya suka saya di zaman dahulu walaupun orang cakap saya garang, sombong or what so ever… Sebabkan saya dulu la jadi saya hari ini. Hehehhehehhehe Sekarang masing-masing dah berkeluarga, masing-masing dah ada tanggungjawab, but still friendships always grow… Ala… ni buat saya rindu sorang lagi my BFF… heheheh

Khayra dah habis energy… Tidooo…

Arissa Qhaireen… Anak my BFF.. Jumpa aritu cum kawan Khayra… (badan lagi semangat dari Khayra.. ni baru setahun lebih.)

Opss… I did it again… Its me while nurse Adyan sambil berjalan, alhamdulillah.. Nasib ada baju menyusu… Hehehhe Promote2… Huh.. Tengok gambar muka sembab je.. Hahahhahaha

Sila- sila join contest saya.. For existing customer adrini’s apa lagi,moh join jugak.. :)

Nota: Saya tak sempat menjengah semua blog kalian yg join contest saya.. Ada pun, jengah kejap je.. Insyaallah, tunggu kedatangan saya ye.. :)

Luv,

UmmiKA

Breastfeeding get easier with nursing wear.. Visit us @ adrinis.com to see our collection.

~ Breastfeeeding in Public – How Do You Feel About It? ~

~ Breastfeeeding in Public – How Do You Feel About It? ~

Situasi 1:

Sejak mula mengandung, Julia memang berniat untuk menyusukan anak yang bakal dilahirkan nanti sepenuhnya dengan susu ibu. Tambahan pula, Julia merupakan seorang suri rumah sepenuh masa. Walaubagaimanapun, selepas habis waktu berpantang, Julia dapati sangat susah untuk menyusukan anaknya ketika berjalan-jalan. Oleh itu, Julia ambil jalan mudah dengan memberikan susu formula kepada anaknya tiap kali Julia berjalan-jalan.

Situasi 2:

Janice merupakan seorang ibu yang berkerjaya dan memilih untuk menyusukan anaknya dengan susu ibu sahaja. Walaubagaimanapun, Janice menghadapi masalah untuk menyusukan anaknya in public. Janice tidak tahu bagaimana dan berasa malu bila dia ingin menyusukan anaknya in public. Oleh itu, Janice memilih untuk lebihkan masa di rumah daripada keluar untuk berjumpa saudara, kawan dan juga berjalan-jalan. Keadaan ini menyebabkan ibu dan bapa Janice yang tidak menyokong anaknya memilih untuk menyusukan anaknya, menyarankan Janice supaya memberi susu formula sahaja kerana lebih mudah untuk ke mana-mana.

Situation 3:

Issabella sangat suka menyusukan anaknya. Ke mana jua Isabella pergi, Isabella sangat senang hati kerana tidak perlu membawa apa-apa yang berkaitan dengan susu, air panas dan sebagainya. Bagi isabella, breastfeeding adalah menyeronokkan walaupun in public. Ini kerana, Isabella sudah bersedia dah tahu bagaimana untuk handle situasi semasa di public area.

Jadi, which situation are you in? :)

Breastfeeding in public tends to be a big problem, terutamanya untuk first time mothers. Every mother has her own comfort level about breastfeeding in public.Bukan semua orang ada perasaan easy atau comfortable bila breastfeed anak mereka di khalayak ramai. Ada yang memilih untuk memberi anak mereka susu formula bila keluar berjalan-jalan dan ada juga yang bersedia dengan susu perahan masing-masing.

Saya mula menyusukan Khayra in public masa saya dah dalam pantang 38 hari. Hehehehe Time tu hari raya kan, of course la keluar dah walaupun belum cukup 40 hari. Hehehehhehe Sampaila sekarang, Khayra dah 2 tahun lebih and Adyan pula baru berusia 17 hari saya dah jadi biasa. Personally, saya tidak pernah letak blanket bila saya menyusukan anak saya walaupun ada ibu-ibu yang comfortable dengan cara tu. Sebabnya saya rasakan ia lebih mudah menarik perhatian orang. Untuk saya, cukup sekadar loose blouse atau baju menyusu saya, tudung dan anak saya akan buat saya tertutup dan terpelihara. :P

Actually, I have to admit that I also fell embarrass the first time I breastfed my daughter in public. Percayala.. tiada siapa pun yang akan terus ada kekuatan dan keberanian atau perasaan yang easy bila breastfeeding in public ni. Ia memerlukan latihan dan pengalaman untuk berasa comfortable dan yakin dengan diri sendiri. Nasib saya baik sebab di awal kegiatan saya.. :P, saya cuma perlu berdepan dengan keluarga saya sahaja. Makcik, pakcik, sepupu sepapat, cucu, cicit dan lain-lain. Al-maklumla, time tu time raya kan.. Sape lagi yang kita jumpa? Hehehhehehhe Other than that, abang sentiasa ada di sebelah saya untuk menyokong saya. Abang la yang pesan, jangan segan and buat tak tahu je sebabnya bila kita buat menggelabah or buat macam serba tak kena, lagi la orang nak tahu and perasan. Memang betul, sebab awal-awal tu, takde siapa pun perasan saya breastfeed Khayra sampaila diorang duduk dengan saya. Sebabnya? saya buat senyap-senyap je.. :P

Lepas tu, kitorang start untuk berjalan-jalan ke shopping mall. Yep, untuk permulaan tu, saya memang sangat particular dalam memilih mana satu shopping mall yang kitorang akan pergi. Saya akan pilih mall yang ada menyediakan bilik khas untuk breastfeeding mothers seperti One Utama, Mid Valley dan lain-lain. Kemudian, lebih banyak saya keluar-keluar, lebih confident saya rasakan. Sekarang? di mana-mana ua saya boleh breastfeed anak saya. Ohh… betapa bertuahnya Adyan ye sayang… Kakak Khayra dah memudahkan segalanya untuk Adyan. :)

Ok.. Untuk first timer especially, here are some tips on how to be more confident and comfortable while breastfeed in public.

1.Practice makes perfect.

Yep, ungkapan tu commonly used to those who wants to succeed.Tempat yang terbaik untuk mulakan membiasakan diri adalah di rumah kita sendiri. Kita perlu belajar macam mana nak menyusukan anak kita discreetly. Berlatih di hadapan cermin dan tengok macam mana cara kita menyusukan anak kita. Tertutup tak bila kita menyusukan anak kita. Family boleh kita jadikan bahan eksperimen untuk melatih diri kita bila kita nak menyusukan anak kita in public. Bila kita dah biasa, then kita dah tahu macam mana posisi yang terbaik bila menyusukan anak kita, then kita dah tahu macam mana nak handle bila kita menyusukan anak kita in public. Satu perkara yang perlu keep in minds, jangan sesekali menyusukan anak kita di dalam toilet atau bilik stor sebabnya, cuba tanya diri sendiri, nak ke kita makan/minum di tempat-tempat macam tu?

2. Pakai Pakaian Yang Sesuai

Kalau kita memilih untuk menyusukan anak kita, kita perlu fikir pakaian yang sesuai kita pakai bila kita keluar jalan-jalan. Paling senang, invest sedikit untuk membeli baju-baju menyusu. Sekarang ni ada pelbagai jenis baju untuk ibu-bu menyusu. Boleh lawat kedai online saya jugak. Ada pelbagai jenis nursing tops, inner, dan baju kurung yang orang tak menyusukan anak pun boleh beli jugak. :) Oppsss dah g e sesi mempromote pulak.. :P Selain daripada itu, baby sling juga membantu untuk public nursing. With your baby safely in a sling, you can nurse your baby and have your hands free at the same time. Baby sling tu, boleh cover kita dan juga buat orang tak perasan langsung yang kita sedang menyusukan anak kita.

Selain daripada nursing wear, sekarang dah ada poncho, nursing cover dan banyak lagi alternatif lain yang boleh kita gunakan untuk memastikan ianya tertutup. Yang penting masih menutup aurat kita. :)

3. Pilih Tempat yang Strategik

Cuba cari tempat-tempat yang strategik yang agak privacy sikit kalau kita ada dalam restauran, mall ( kalau tak sempat cari breastfeeding room) atau mana-mana tempat yang crowded. Saya akan cuba cari tempat-tempat seperti di corner atau tempat yang agak tertutup sikit bila saya nak susukan anak saya. Kalau di Mall, biasanya ada disediakan kerusi-kerusi untuk merilekskan diri, so saya cuba cari tempat-tempat yang selesa dan strategik atau yang agak lengang sikit bila nak susukan Khayra. Dan pastikan segalanya tertutup. :)

4. Kalau Orang Pandang Macam Mana?

Saya akui situasi ni amat dikhuatiri oleh ibu-ibu yang menyusukan anak. Kita akan berasa sangat tak selesa. Betul tak? Sebelum saya cadangkan satu solution, meh saya beri satu contoh. Bila kita di Universiti, inilah masa untuk cari girlfriend/boyfriend kan? Lelaki ni pulak, kadang-kadang suka pandang kat perempuan yang dia suka. However, kalau kita pandang balik kat lelaki tu, apa yang lelaki tu akan buat? Dengan cepatnya dia akan palingkan pandangan dia. Betul tak? Hehehhehe So, situasi tu lebih kurang sama. Kalau ada yang pandang, kita pun pandang la balik. Cuba tengok apa reaksi diorang pulak.. :P Tapi, saya percaya, sekarang ni ramai yang dah aware dengan ibu-ibu yang menyusukan anak in public ni. Biasanya diorang akan buat-buat tak nampak. Yang penting, kitala jangan tarik perhatian sangat. :D

5. Know Your Child.

Ini penting bila kita nak breastfeed anak kita in public. Sebabnya ada baby yang prefer muka mereka ditutp dengan kain atau cover. Kalau dapat anak yang macam ni, sangatla senang. :) Ada juga yang tak suka muka mereka ditutup. Yang ni, kita boleh pakai baju menyusu dan cover bahagian yang perlu di cover tanpa menutup muka anak kita. Dan ada juga yang suka meraba-raba. Ha.. bab meraba-raba ni yang buatkan kita tak nak breastfeed in public sebab takut orang akan nampak bila anak kita meraba and cuba bukak-bukak. Khayra jenis yang suka meraba dan tak suka kita letak something kat muka dia. Jadi, saya gunakan something macam rantai atau soft toy yang kecil untuk dia main. Ni saya praktikkan masa kecil. Bila dah besar and faham apa kita cakap, Khayra dah pandai behave. :) Kalau tak jalan jugak, boleh la cari nursing room… :)

6. Be proud of breastfeeding.

Breastfeeding adalah sesuatu yang mulia. Inilah salah satu perkara yang kita buat untuk anak kita. Memberi sesuatu yang terbaik untuk anak kita. Jadi kita patut berbangga dengan diri kita sendiri bila kita memilih untuk memberi yang terbaik untuk yang tersayang. :)

I hope this tips will help. :) And kalau ada sesiapa yang sudi share cerita tentang people reactions bila nursing in public pun amat dialu-alukan.. :)

breASTFEEDING in publics

Notes: So if your a breastfeeding mum, please don’t stay at home! Go out, have some fun, and nurse in public. The more mothers nurse in public, the more accepted it will become.

Notes: Ni adalah version dalam bahasa melayu campur. Artikel ni saya pernah tulis untuk mombloggersplanet dalam english version. :)

Ni masa di jalan TAR

Ni masa kenduri cousin di Kelantan

Ni masa chinese New Year.. Berjalan-jalan di sekitar Bukit Bintang

Breastfeeding in Public

Ni semasa di port dickson

Saya bangga menyusukan anak saya in public. Sebab bagi saya ia bukanlah simbol keghairahan. Ia adalah suatu perkara yang tak boleh diluahkan dengan kata-kata.

Notes: My intention to write this article is to encourage mum’s out there to believe in their self and don’t give breastfeed as a reason for not socializing or going out. Saya bukan berniat untuk menunjuk-nunjuk :)


Luv,

UmmiKA

Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

Related Posts with Thumbnails