Salam bersiaran… Hehehhehe allright, kali ni saya nak post pasal halangan yang kita mungkin hadapi bila kita pilih untuk breastfeed anak kita. Sebagai permulaan, sepanjang saya menyusukan Khayra, memang banyak halangan yang saya hadapi masa awal-awal saya dan abang memilih untuk breastfeed Khayra. Al-maklumla time tu saya sebagai first time mother, and both side pulak baru dapat cucu sulong plus tiada siapa dalam family yang fully breastfeed anak masing-masing sambil bekerja. Permulaan tu memang tough jugak. Walaubagaimanapun, bila saya fikir balik, ibu-ibu di luar sana mesti lagi banyak halangan yang ditempuh especially kalau husband kita sendiri tak supportive. Bila mengingatkan itu, saya rasa bersyukur sebab suami sayalah orang yang benar-benar membantu saya dan memberi semangat serta menyokong saya bila-bila je ada yang melemahkan semangat saya.
Bagi pendapat saya, ada 4 penghalang utama yang seringkali saya rasa kita ibu-ibu baru ni hadapi bila kita pilih untuk menyusukan anak kita dengan susu ibu secara ekslusif adalah:
1. Kurangnya sokongan daripada suami, keluarga, saudara-mara or even kawan-kawan bila kita pilih untuk breastfeed anak kita.
Saya rasa sebagai permulaan, kekurangan sokonganla menjadi punca seseorang ibu itu untuk berpaling daripada breastfeed anak mereka. Inilah cabaran terbesar yang perlu kita handle terlebih dahulu. Alhamdulillah, saya ada suami, cousin and rakan yang menyokong saya walaupun most of the family tidak berapa setuju dengan konsep menyusukan anak dengan susu ibu secara eksklusif ( Hanya susu ibu untuk 6 bulan pertama). Seringkali saya disogokkan dengan suara-suara,’ baby ni tak cukup kenyang… kene bagi makan.’ ‘Acik dulu dalam pantang dah sumbat nestum.. Lepas dapat makan, baru dia senyap. Kalau tak asyik menangis je’.’ Better beli formula sebab nanti susu badan tak cukup. Malnutrition budak tu nanti’.’ Macam mana nak bagi susu badan nanti bila dah start keje. Baik biasakan dengan formula’.
Banyak lagi yang saya rasa ibu-ibu di luar sana biasa dengar. Tetapi saya tak salahkan mereka-mereka yang mengeluarkan statement tu. Sebabnya,kekurangan pengetahuan tentang penyusuan susu ibu yang membuatkan mereka berfikiran begitu. Seperti kena bagi makan sebab baby lapar dan asyik menangis je.. Baby seperti yang kita sedia maklum, memang akan menangis je bila nak something. Tak selesa, minta tukar diapers, lapar, sakit, sejuk dan lain-lain lagi yang membuatkan anak kita terasa tak kena, hanya dengan cara menangis sahaja untuk memberitahu kita apa yang mereka rasa. Kalau tiba-tiba diorang ni cakap dengan kita nak tukar diapers, ada jugak yang terkejut beruk pulak nanti kan? hehehehhehehhe Jadi, menangis bukanla masalah tetapi peringatan kepada kita, ibu-ibu ni.
Saya tidak salahkan mereka jugak sebab dah jadi seperti satu kebiasaan, susu formula adalah perkara biasa untuk bayi yang baru lahir. Ramai beranggapan susu formula adalah pilihan yang terbaik especially untuk ibu-ibu yang bekerja.
Jadi, kita yang dah tahu tentang kebaikan susu ibu ni, macam mana nak maintainkan susu bila kerja, kenapa baby tu nangis dan lain-lain lagi, seharusnya slow-slow terangkan pada diorang kenapa kita nak fully breastfeed, kebaikan dia dan sebagainya. Bagi pendapat saya, bila kita nak terangkan pada diorang untuk certain things tu bergantung kepada apa yang mereka cakapkan dan cuba buat diorang faham. Jangan bagitahu semua yang kita tahu tu sekaligus, terangkan sikit-sikit and dont aspect diorang akan terima terus cakap kita tu. It will take time.
2. Kurangnya pengetahuan mengenai breastfeed
Kekurangan ilmu mengenai penyusuan susu ibu juga merupakan salah satu daripada punca kenapa kita tidak mampu untuk menyusukan anak kita secara eksklusif untuk 6 bulan pertama dan seterusnya membantutkan niat ita untuk breastfeed anak kita. Bagi saya banyak perkara kita perlu tahu megenai penyusuan susu ibu ini. Kita perlu tahu tentang konsep demand and supply..Sebabnya, sesetengah dari kita tidak faham konsep tu. Dengan mudahnya berikan alasan susu takde. Bila tanya, kalau berjauhan ada pam tak ? Jawapannya tidak.. Bila bersama baby banyakkan direct feeding ke? Jawapannya tidak sebab baby tak nak hisap. Then macam mana susu nak ada bila demand dari baby tiada.
Kemudian tentang latch on/pelekapan yang betul sebab kalau tidak tahu cara yang betul bagaimana baby menyusu, bagaimana kita nak pastikan baby kita menyusu dengan betul. Sebabnya bila baby kita latch dengan cara yang salah, kita sebagai ibu akan mudah berasa sakit ketika menyusukan anak. It makes worse bila puting kita luka dan menyebabkan kita berasa fobia untuk terus menyusukan anak kita. Akhirnya? Berkemungkinan kita akan PUTUS ASA.
Untuk wanita yang berkerjaya pulak. Zaman sekarang, ramai wanita yang bekerja untuk membantu suami mencari nafkah. Sebagai ibu-ibu yang bekerja, kita perlu tahu tentang bagaimana nak maintainkan susu ketika kita bekerja, bagaimana nak bekalkan susu kepada anak kita bila anak kita ke nurseri, bagaimana nak simpan susu perahan, setiap berapa jam kita perlu pam susu, cara-cara nak panaskan susu, dan macam-macam lagi dalam menjayakan impian kita breastfeed anak kita selama yang mungkin.Kalau kita tidak tahu maka niat kita akan berkubur…
Kenapa saya katakan ilmu itu penting? Dengan kurangnya pengetahuan mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan penyusuan susu ibu ini, macam mana kita nak terangkan kepada suara-suara yang tidak menyokong susu ibu ini? Bagaimana kita nak terangkan kepada pengasuh anak kita cara-cara nak mengendalikan susu ibu yang sebenarnya mudah? Bagaimana kita nak continue memberi susu kepada anak kita walaupun kita bekerja? Kalau kita kurang ilmu, bagaimana kita nak meyakinkan kepada orang lain bahawa pilihan kita adalah yang terbaik?
3. Masalah Kesihatan
Yep, masalah kesihatan juga menjadi salah satu sebab yang menjadi penghalang untuk kita menyusukan anak kita. Sekiranya kita menghadapi masalah kesihatan yang menyebabkan kita tak mampu menyusukan anak kita dan sekiranya meneruskan juga, boleh mengundang bahaya kepada anak kita,memilih untuk tidak breastfeed anak kita adalah yang terbaik. Namun, kita boleh cuba untu mencari ibu susuan untuk anak kita :). Cuma, zaman sekarang ni, ada ke yang sudi? And banya lagi yang perlu kita timbangkan.. so, kita boleh cuba lagi untuk anak yang seterusnya.
4. Masalah Sifat M
Yep..
Sifat M aka Malas merupakan satu-satunya halangan yang membawa kepada kegagalan dalam penyusuan susu ibu. Walaupun hati kita berkeinginan sangat nak menyusukan anak kita, sekiranya kita MALAS, ia mampu membantutkan niat kita untuk breastfeed anak kita. Bila kita dah mula terfikir malas, contohnya malas nak pam etc, maka apa pun tidak akan menjadi.
Saya menyusukan Khayra dengan memakai Adrini’s nursing inner
Ermm.. cukup bagi saya 4 halangan utama ini yang boleh membawa seseorang itu ke arah PUTUS ASA dan tidak menyusukan anak mereka. Kenapa saya tulis 4 sahaja? Sebab bagi saya 4 penghalang ini, membawa kepada rangkaian-rangkaian atau halangan-halangan yang lain.
Sebagai contoh: Sekiranya kita kurang pengetahuan, kita mesti tidak tahu macam mana kita boleh teruskan menyusukan anak kita walaupun kita bekerja sebab ada yang memberikan alasan bekerja sebagai satu halangan untuk tidak menyusukan anak. Sebabnya mereka tiada ilmu pengetahuan bagaimana cara untuk meneruskan pemberian susu ibu ini walaupun bekerja.
Tanpa pengetahuan juga, bila kita menghadapi masalah, seperti anak kita reject puting kita, atau anak kita seperti tidak puas menyusu, menyusu lama tapi still lapar dan sebagainya dengan mudah kita menyalahkan sesuatu itu yang menjadi penyebab kita tidak mampu untuk susu kan anak kita.
Contoh: Susu kita semakin berkurangan. Bila kita pam semasa bekerja pun, hasilnya sangat sedikit. Bila di kaji, rupanya semasa di office, kita hanya pam sekali atau 2x sahaja. Sebabnya? Tiada masa dan tidak sempat. Akhirnya susu semakin sedikit, kita pun tidak dapat continue untuk breastfeed anak kita. Sebenarnya kita perlu tahu, bila berjauhan dengan anak kita, kita perlukan banyak rangsangan untuk memberitahu yang kita memerlukan susu. Konsep Demand and Supply sangat-sangat penting bila kita berjauhan dengan anak kita. Tanpa demand, semakin kurangla supply.. Dengan kurang sessi mengepam, maka, semakin kurangla susu kita.
Contoh lagi: Anak seperti kelaparan walaupun menyusu lama. Rupa-rupanya cara latch anak kita tidak betul hinggakan kita berasa sakit, dan anak kita tidak mendapat cukup susu. Walaubagaimanapun, kadang-kadang ada juga baby yang suka melekap. Sebabnya, dia suka kan bau ibu dia. Kita sebagai ibu patut enjoy the moment. Sebabnya bila mereka dah besar nanti, dah tiadanya anak kita nak melekat dengan kita…
Biasanya halangan-halangan ini hanya berlaku bila kita kali pertama menjadi ibu dan kita adalah seorang ibu yang bekerja. Kenapa saya katakan begitu? Alhamdulillah, bila masuk anak kedua ni, penghalang utama iaitu kurangnya sokongan dari keluarga dan rakan-rakan, seolah-olah tiada lagi. Semasa Khayra dulu, macam-macam sogokan yang saya terima especially bab menyusukan secara eksklusif selama 6 bulan dan bagaimana nak maintainkan susu walaupun saya bekerja. Saya and abang tetap dengan keputusan kitorang dan cuba untuk bertahan dan berazam untuk membuktikan yang pilihan kitorang tidak salah. Berbekalkan ilmu pengetahuan yang kitorang baca mengenai penyusuan susu ibu ini, abangla terutamanya, akan bagitahu reason-reason kenapa itu tidak boleh, kenapa kena buat macam ni dsbnya. Bila ditanya kalau kerja nanti macam mana sebab dah tak boleh bagi direct, saya bagitahu, saya pam susu di office. Beri susu yang di perah di taska dsbnya.
Alhamdulillah, sekarang ni, perjalanan saya nak breastfeed Adyan, berjalan dengan lancar sebab semua dah terbuka dalam hal menyusukan anak dengan susu ibu.
Jadi, ibu-ibu di luar sana, kecekalan dan keazaman adalah sangat penting di samping lengkapkan diri dengan segala ilmu yang kita perlu tahu. Selain tu, kita kena pastikan yang kita sentiasa berada dalam keadaan yang tenang dan happy. Stress, sedih atau yang seangkatan dengannya perlu dielakkan kerana ia membantu dalam menyumbangkan pengurangan hasil susu kita. Lagi satu, kena rajinkan diri ok…
Nota: Kalau ada kemusykilan, better kita bertanya kepada yang arif tentang penyusuan susu ibu ini seperti kaunselor laktasi compare to doktor atau specialist di hospital sebab kadang-kadang mereka bukan pro-breastfeeding
Luv,
UmmiKA









Recent Comments