~ Perbualan Antara Ummi Dan Anak ~

Minggu ni adalah minggu bali lewat sedunia. Pukul 930pm baru saya sampai di rumah. Khayra apa lagi, nampak muka saya je, berlari nak dapatkan saya, lepas tu apa lagi, dipeluknya la macam dah lama tak jumpa. :D Lepas bersihkan badan Khayra, (memang biasa buat sebelum nak tidur), tukar pampers, tukar baju ( satu hari baju dia je dah 4,5 helai guna… bila hujung minggu, berderettttttt baju Khayra.. Hahhahahha ), then baru masa untuk menyusu… Tu part paling di tunggu oleh si anak ummi ni. Maka perbualan pun bermula….

Ummi : Hari ni Khayra jadi good girl kat sekolah?

Khayra : Angguk….

Ummi : Khayra main je ye kat sekolah?

Khayra : Angguk…

Ummi : Khayra suka susu ummi?

Khayra : Sambil pandang saya, angguk….

Ummi : Khayra nak tak susu lain?

Khayra : Geleng-geleng…

Ummi : Kalau ummi kasi susu lain nak? :P

Khayra : Nanak…. sambil geleng-geleng kepala

Ummi : Tak nak? kenapa? Susu ummi sedap ye?

Khayra : Anggukk….

Khayra pun continue menyusu.. sampai dia puas then macam biasa, sebelum tidur main-main dengan abah n ummi, tak lama lepas tu, baru tidur…..

Nota: Susu Ibu itu Sedap… bak kata Khayra… :P

Luv,

UmmiKhayra

~ Breastfeeding While Walking? Don’t Believe Me? ~

~ Breastfeeding While Walking? Don’t Believe Me? ~

Yes.. ladies and gentleman, May I present to you…. Percayala, kita mampu untuk breastfeed our baby while we walking. :)

Oh.. Dont get me wrong here.. I wrote this just in term of encouraging mothers out there, breastfeeding is easy. Bukan saya nak bangga diri or apa… Because some people used to say “susah la nak keluar nih.. Nanti kalau anak nak menyusu tengah jalan cemana? Takkan nak bagi kat situ jugak.. Nanti orang nampak la.. “. dan macam-macam lagi.

Yeke? Macam tak percaya je.. Serius ke?
Betulll.. pelik tapi benar… :) This is what I do, especially at place that very difficult to find a proper place to feed our baby. Daripada saya biarkan anak saya kelaparan, menangis-nangis, memberontak, baik saya sediakan apa yang anak saya nak. Don’t believe me? Let the pictures talk. :)

breastfeeding-while-walking? Crazyy? breastfeeding-while-walk1

This pictures taken while I was at Jalan Tunku Abdul Rahman. Oooo, serius i didnt notice my husband take this picture. I think everybody knows, how Jalan TAR it is. Full with people and i think only SOGO provide nursing room. It didn’t make me feel susah, tension, stress or what-so-ever. :)

Yeke tu kamu?
Oh, tak percaya tu saya?Hehehhe tak nampak muka kan? Kalau saya, saya tahula tu saya… :P  Hah.. biar saya kasi gambar saya nampak muka. Cuma jangan gelak ok, tengok muka comel. Kata gambar candid kan? Hahhahahahhah Inilah gambar saya… :P Time ni muka pun macam apa je… terima je la muka ‘unik’ saya ni ye… :P

breastfeeding-while-walk2

Haah la… Betul la… Cemana awak buat nih?
Macam mana saya buat? Hehehhe Saya berani untuk melakukan aksi berani sebegitu hanya bila saya memakain pakaian yang bersesuaian. Kalau saya pakai baju yang kena selak dari bawah tu, alamatnya, kami duduk sogo je la.. :D Ketika ini, saya memakai pakaian yang di reka khas oleh adrinis untuk ibu-ibu yang menyusukan anak ini. Dalam bahasa omputihnya, nursing wear. :D Kalau kita memakai tudung, lebih mudah nak sorok.. Especially tang anak yang suka buka-buka tuh… :P

Cara lain, boleh jugak bawak susu EBM tu bersama, then bagi guna botol je. Sebab utama saya tak buat gitu, saya malas nak bawak-bawak beg besar bagai untuk letak ice pack, botol dan pam. Dah kita kasi guna botol, makanya kena la pam kan? :) Saya memikirkan, macam mana la saya nanti bila anak saya dah lebih 2 tahun, then time tu dah kasi FM ke… ermmm.. tu kemudian punye cerita. :P

Tak Malu ke?
Soalan paling power nih.. Adeh…. Nak cakap tak malu, saya malu ( masa awal-awal ), kemudian, perasaan tu, start slowly turun turun turun samapi ke satu tahap, saya rasakan, kalau orang tak perasan, tak nampak, buat apa saya nak malu. Bukan saya buat free show ke apa. :D

Tu je ke gambar yang ada?
Oh.. tak cukup lagi ke dengan gambar nih? Meh gambar lain lak.. :P

Breastfeeding while walking...

Gambar ni saya ada upload kat entry nih. Saya quote la dari entry tu sikit.  Malas nak taip balik… :P

Time ni saya memang kat tengah bandaraya.. Khayra dah start nak cranky2.. Saya cari tempat tersorok sikit, abang cover for me, then jadi… nobody notice saya breastfeeding sambil saya berjalan. My mum and auntie pun, cakap memang tak perasan sebab saya dengar diorang cakap, daripada biarkan Khayra nangis, baik bagi je.. Tapi kena la pandai nak cover.. and masa tu, baju saya memang memainkan peranannya. Bak kata makcik saya, Memang tak nampak. Ingatkan Khayra tengah tidur je… Hehehhehehhehe

Masa ni, saya memakai satu lagi produk dari adrinis iaitu, nursing inner. Nursing inner ni tangan panjang.. so, memang sesuai dipakai untuk orang yang suka pakai baju lengan pendek. Ia bukan sahaja sesuai untuk baju-baju jarang, lengan pendek, tapi ia direka untuk baju yang bukan baju breastfeed. Kita selak baju luar, then inner akan cover badan kita. :)

Apa Kata orang? Negative reaction or positive reaction?
Time tu serius saya suka dengar mama and makcik saya. Bukanla saya nak riak ke apa.. bukan.. tapi saya rasa macam lama-lama diorang dah boleh accept pilihan saya dan tahu, pilihan saya tidak memudaratkan sesiapa pun. Totally tidak menyusahkan. Saya boleh buat sama macam parents yang sediakan susu FM. Malahan bagi saya lagi mudah. Saya tak perlu bawak beg besar untuk memuatkan segala macam gadget untul susu anak. :) Saya bukan bertjuan untuk riak, tetapi saya ingin buktikan yang memilih untuk breastfeed bukanla susah seperti yang disangka.

Takde gambar lagi
Udah-udahla… cukup la tu dulu… Expose banyak2 lak, nanti jadi riak pulak.. :P

Kesimpulannya?
Sekali lagi saya tegaskan, (dalam MBP articles pun saya ada beritahu pasal breasfeeding in public ini) memilih untuk menyusukan anak kita bukanla satu perkara yang membataskan dan mengurangkan aktiviti kita yang biasa kita lakukan. Kita boleh breastfeed di mana jua tempat yang kita rasakan sesuai. Ini cuma contoh saya… Kalau tak mampu untuk berjalan, kita boleh duduk. Cari mana-mana tempat yang sesuai, then susukan anak kita. Mudah kan? Bila kita dah biasa ia lebih mudah dari disangka. :) Oh, JANGAN sesekali…. cuba di toilet. Say NO to TOILET.. Korang nak ke makan dalam toilet? :P

Nota: Bukan niat saya untuk riak atau sombong ye. Syukur kepada Allah sebab beri saya rezeki ini.

Luv,

UmmiKhayra

~ Kuala Lumpur Ketika Malam Chinese New Year ~

~ Kuala Lumpur Ketika Malam Chinese New Year ~

Lama tak bersiaran dengan cara yang proper. ( proper tu macam mana ek? :P ). Sejak cuti Chinese New Year hari tu, sampaila hari ni, saya memang tak berkesempatan nak update blog dengan proper.. Nak bukak dashboard ni ha pun, tak berkesempatan. Alasan… :P

Entry saya sebelum ni, berkenaan shopping di hari jumaat tu, ye saya ada bagitahu kat situ yang saya cuti tergempar sebab nenek(arwah ) saya tenat. Masa saya sampai kat kampung tu, arwah dah ada kat hospital.  Saya sempat menjengah masa malam tu. Saya terpaksa balik ke Shah Alam hari Ahad pagi tu, sebab saya kene hantar kerja yang bos saya bagi masa weekend tu. Kerja tu saya patut siapkan masa hari jumaat tu. Kat kampung saya tak boleh nak buat kerja-kerja tu. Sebab makcik2 saya semua ada.. For me, tak baikla orang tengah sibuk-sibuk saya buat kerja lak kan.. tu yang balik kejap Shah Alam. First nak siapkan kerja, lepas tu nak amik baju and barang-barang sekali sebab kami bawak baju sikit je.. then balik semula jenguk arwah selasa tu. Nasib baik dekat je rumah kami dengan rumah nenek saya.. :) Sebelum saya balik ke Shah alam pagi tu, sempatla saya minta maaf, kat arwah, cium arwah.. Time tu, dada arwah tiba-tiba berombak kuat and saya nampak mata macam nak keluar air mata. Terkejut jugak saya sebab sebelum ni, arwah just baring je tak bergerak-gerak dengan mata tertutup. Masa tu, macam agak berat hati nak tinggalkan. Saya pesan kat ibu saya, call saya kalau ada apa-apa…

Sampai rumah dalam pukul 2 jugakla.. So, terus saya buat kerja yang bos nak tu. Rupa-rupanya, mama and makcik-makcik serta cousin abang semua dah plan nak g tidur kat KL malam isnin tu. Masa mama and abah tengah nak siap-siap pegi, datangla angin si Khayra nak ikut atuk and wan dia jalan. Aduiii…. Siap babai lagi kat kitorang masa atuk tengah dukung dia. Bila ummi nak amik, terus nangis tak nak ikut. Sudahnya, Khayra ikut wan and atukla jenjalan. ISk Isk Isk… Terpaksa kami ke KL petang tu tuk amik Khayra bila saya dah siap semua kerja.

Paling saya suka masa chinese new year ni, seperti tahun-tahun yang lepas, jalan memang clear. Kami dari shah alam ke bukit bintang, amik masa setengah jam je.. Jalan memang lengang… Tu yang depa dok plan nak duduk KL cuti CNY nih.Gambar saya letak nanti la ek… Layan gambar lain dulu… Gambar nih tak sempat nak upload.. :P

Inilah jalan ke KL masa Chinese New Year. Actually this is the thing that we like most if cuti CNY. All roads are free to go.. Hahahhahahha
Masa kitorang sampai kat hotel, terserempak dengan abah tengah dukung Khayra yang dah lalok2 nak tidur.. Time tu diorang baru balik dari pavillion. Mama cakap Khayra sangatla excited lari sana, lari sini. Test baju la.. siap tunjuk kat atuk minta atuk belikan.. amboi anak ummi… bermaharajalela nampak ummi and abah takde ek? Hehehhehe

Budak ni terus tak jadi tidur bila ummi and abah sampai… Ni lepas mandi semua.. Nak sambung jalan malam ni pulak…

Dah alang-alang kitorang kat KL tu, saya n abang pun, amik kesempatan la konon nak merewang2… Lagi satu, saya ni nak la kononnya tengok pavillion tu cemana. To be truth, saya tak pernah lagi jejakkan kaki kat pavillion tu tau sejak dia bukak.. Bukan pavillion je, Times Square pun tak pernah sampai… Hahhahahahhahaha

Khayra dah siap-siap dengan beg bagai nak start jalan.

Pemandangan dari hotel ke arah kuala lumpur, not bad la.. Kami kat center, so, leh nampak la bangunan-bangunan yang ada kat KL ni di malam hari. :)

pemandangan kuala-lumpur-malam-hari

Kuala Lumpur Di Malam HariPemandangan dari bilik hotel mama and abah… :)

Lepas maghrib, semua plan nak jalan-jalan sekitar tu. Waahhhh… punyer ramai manusia… petang tadi punyer kosong. Mungkin sebab ni tempat orang melepak kan. Kami decide nak try makan kat Pak Arab… So, semua pilih kedai al-basha nih.. :)

Al-Basha Kedai ArabAtas kanan – Hehhehe ni bukan sebab menunggu makanan tak sampai ye.. Time ni belum order pun lagi… Hahahhaha Kak alyn je dah start buat gaya gitu.. :P

Memasing tengah khusyuk buat memilih menu.. Saya? Makan je apa yang dihidang… :P gambar makanan? Sorry la, saya tak sempat nak capture.. Sampai meja je, terus rakus semua orang menghabiskannya… Hahahhaha idakla, tak teringat nak amik gambar pun… :P

Lepas habis semua, baru la kami start jenjalan. Kami jalan kat sekitar kawasan tu je.. Punyer la ramai menjual.. Blackberry pun jual harga RM450. Biar betik kan? :P

Khayra suka sangat dengan duck... Ni gambar dari kak alyn.. Kami tengah posing kat depan duck tu.. Khayra siap buat bunyi duck cemana lagi.. :P

In front of pavillion during CNYSambil-sambil tengok orang…

Nampak gambar Khayra dah macam letih tu? Hheheheh itula dia budak yang dah sampai limit dia.. time tu dah nak dekat pukul 10 malam.. so, memang time for sleep… Muka pun macam ayam berak kapur.. sudahnya………

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

Breastfeeding while walking...

Inilah habuan untuk Khayra… Hehhehehe Masa ni, saya memakai inner breastfeeding yang adrinis jual. Time tu memang kat tengah bandaraya.. Khayra dah start nak cranky2.. Saya cari tempat tersorok sikit, abang cover for me, then jadi… nobody notice me saya breastfeeding sambil saya berjalan. My mum and auntie pun, cakap memang tak perasan sebab saya dengar diorang cakap, daripada biarkan Khayra nangis, baik bagi je.. Tapi kena la pandai nak cover.. and masa tu, baju saya memang memainkan peranannya. Bak kata makcik saya, Memang tak nampak. Ingatkan Khayra tengah tidur je… Hehehhehehhehe Tiada alasan ye breastfeed ni susah kalau nak jalan.. :P

Luv,

UmmiKhayra

Related Posts with Thumbnails