Fully BF anak kita… mencabar tak?

Keazaman aku untuk fully BF sampai sekarang masih berjalan lagi.. hehehhe walaupun banyak gak halangan2 yang aku hadapi.. walhal, baru je umur anak aku 2 bulan lebih.. banyak gak memikir susah ke senang ke nak handle susu ni… bila nak pump nye.. nak kene simpan macam mana.. lepas tu nk kene beli barang2 tuk pump susu kita… bukannye murah.. tapi, dimana ada kemahuan, disitu ada jalan.. betul tak? memang kene melabur banyak gak la untuk awal2.. kene beli pump.. lepas tu nk simpan susu tu kene ada container dia… then pk nk simpan cukup tak ruang kat dalam peti ais tu… hehehhehe aku skrg guna pump manual avent je… sbb tu je yang mampu buat masa ni.. itupun beli masa time offer… dapatla kurang dalam rm100… ikutkan hati nak je aku beli yang medela travel kit tu… rm1, 688… pergh… xlarat aku.. tp productionnya ok.. rata2 yang guna pump tu, dalam 5-10minit dah leh dapat banyak… hehehehehe well, itu bukan alasan… sbb ada jugak yang guna manual, dalam 10 minit dia leh kumpul 8oz sekali pam… ok apa…. hehehhe so, chayok3….

memula aku risau jugak kalau2 susu aku ni xcukup tuk khayra.. and biler dia besar nnt cukup tak tuk dia… tp bile aku pump, aku perasan yang bile meningkat usia anak kita, penghasilan susu kita juga bertambah… macam awal2 dulu, sekali pump aku cuma boleh dapat paling banyak pun 3oz..skrg ni, paling sikit 3oz… kesimpulan yang aku leh buat, penghasilan susu kita ni based on demand anak kita and keperluan anak kita… betapa besarnya kuasa Allah SWT kan? Susu terhasil mengikut keperluan anak kita.. jadi tiadala pembaziran… hehehhehe and yang penting sekali kite kene selalu pump… jgn malas2… insyaallah kalau diizinkan Allah, susu kita ni tak kering… yang penting kene rajin… hehehhehe

Memandangkan anak aku ni cucu sulong untuk kedua2 pihak, so, khayra ni agak dimanjakan jugakla oleh atok, nenek and wan dia untuk 2-2 belah keluarga… so, perasaan takut khayra kekurangan nutrisi tu tinggi… especially wan dia… takut sangat kalau susu ummi ni tak dapat menampung keperluan khayra.. takut khayra lapar dll… untungnya khayra kan? syg anak ummi… hehehehhe siap pesan kat aku bile umur khayra 3 bulan nnt letak sikit nestum dalam susu khayra la… itula.. inila… fuh… memang menduga…. nak bgtau and explain kat parent ni cukup susah.. tkt diorg kecik ati or apa kan… kalau kene kat aku.. aku senyum je… diam je… dengarkan je.. tp kalau dapat kat adha.. of course dia akan lawan… dia akan cakap jugak dia tak nak anak dia diberi makan.. at least sampai umur 6 bulan, baru leh makan solid food… Doktor pun sarankan macam tu jugak.. usus baby kan masih belum dpt nk process dengan sepnuhnya… but guess what? “org dulu2 bagi je makan anak tu… takde pun sakit2.. sihat je… korang dulu 3 bulan dah kasi makan.. ok je…” tu la ayat2 biasa aku dengar bile cakap-cakap pasal khayra ni… memang betul diorg buat macam tu kat kite masa kita kecik2 dulu.. and tak dinafikan, kitrg pun pandai bile besar ( chewah….. hahahhahahahhaha ) aku fikir, rata2 yang kasi anak makan time baby lagi semuanya dah campur dgn susu formula.. bukan eksklusif breastfeed… mungkin statement aku ni silap.. tp masa aku kecik2 dulu, dua bulan dah kasi susu formula.. tu yg cepat lapar.. and mak aku pun kasi makan… adha pun sama… lebih kurang gitu gak.. wallahualam… aku pun xpasti.. harap2 dalam 6 bulan awal ni, khayra akan cukup hanya dengan susu ibu je… after 6 month, then baru bagi solid food… hehehehe usaha tangga kejayaan… hehehehhehe

apa pilihan korang.. fully breastfeed or formula?

Dah hampir sebulan usia khayra.. penat? seronok? letih? apa perasaan aku time ni? macam-macam ada… ehhehhehe penat tu memang la penat.. tapi bile tgk je muka khayra, sume tu hilang… rasa seronok pulak.. dengan gelagat dia yang berubah2.. buat aku rasa seronok… hehehhe kadang2 perasaan cemas and risau pun ada gak aku rasa… al-maklumla… ni anak first and aku baru je first time jadi ummi… banyak bende yang aku tak tau pasal anak kecik ni.. aku belajar sikit demi sedikit untuk melengkapkan diri aku supaya dapat jadi ummi yang baik… finger cross… hehehhe

erm… apa kene mengena dengan tajuk tu ek? hehehe actually, aku nk share dengan korang semua pasal breastfeed ni… rata2 kita ni sume bekerja kan? kua pagi balik petang… bukan fully housewive… so, apa choice korang bile dah ada anak nnt? nk fully breastfeed or campur2 dgn susu formula? azam aku, walaupun aku keje aku tetap xnak kasi susu formula.. aku nak kasi susu yang Allah SWT jadikan untuk diberi kepada anak kita… kalau boleh aku nak bagi sampai usia dia 2 tahun… tinggi kan cita2 aku? lagipun, suami aku pun lagi suka kalau aku fully breastfeed… anak bijak and lagi rapat dengan kita katanya.. hehehhehe ikutkan memang mencabar sebenarnya… yela, nak kene pam kat opis la.. pastu nak kene simpan la… cuma kalau difikirkan mende yang susah tu la, bile akhirnya nnt akan jadi manis sekali…. jadi, aku berharap cita2 aku ni akan terlaksana… di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.. betul tak?

kat sini aku kepilkan sekali kebaikan susu ibu ni kepada bayi kita…

Sumber:

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu.’’ – Surah al-Baqarah.

Kelebihan susu ibu

* Susu awal ibu yang menitis pekat berwarna kekuningan mengandungi kolostrum yang tinggi khasiatnya untuk si manja. Antaranya: melindungi bayi daripada jangkitan dan alahan kerana ia kaya dengan antibodi, mencegah jangkitan dan penyakit mata kerana mengandungi vitamin A & E, kematangan usus dan mencegah alahan dan mengeluarkan mekonium dan mencegah jaundis (susu ibu juga sejenis laksatif).

* Mengandungi khasiat zat yang lengkap bagi memenuhi keperluan bayi
* Mengandungi protein, lemak dan asid lemak yang tinggi dan mudah dihadam. Perkembangan sistem penglihatan bayi yang menyusu juga mengumpul DHA di dalam korteks. (Kajian menunjukkan bayi yang menyusu adalah 5.2 mata lebih tinggi daripada yang tidak menyusu susu ibu. – American Journal Of Clinical 1991)
* Melindungi bayi daripada kolik, lelah, penyakit kulit, hidung dan alahan kepada makanan
* Mengurangkan penyakit-penyakit seperti batuk, jangkitan telinga, bronkitis, pneumonia, meningitis dan cirit-birit.
* Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti kanak-kanak bila mereka dewasa
* Mengurangkan risiko sindrom kematian bayi
* Mengurangkan masalah karies gigi, penglihatan, pertuturan dan menguatkan pertumbuhan rahang
* Mengurangkan risiko pencemaran berbanding penyusuan yang lain.

Sehingga kini belum ada susu formula mampu menyaingi khasiatnya kerana ada beratus-ratus faktor-bio belum dapat ‘ditambah’ ke dalam susu formula.

Pensyarah Kolej Perubatan dan Kesihatan Umum, Universiti South Florida, Dr Jane Carver, berkata kajian membuktikan kanak-kanak yang diberikan susu ibu membesar dengan lebih baik dan cepat.

Katanya, kanak-kanak yang dibesarkan dengan susu ibu didapati lebih cerdik, mendapat keputusan baik dalam pelajaran dan kecerdasan ini dipercayai berlanjutan sehingga dewasa.

Jadi… apa pilihan korang?????


Related Posts with Thumbnails