- Maternity & Children Expo Midvalley 2011 -

- Maternity & Children Expo Midvalley 2011 -

image

Salam semua,

Salam berhujung minggu untuk semua. Minggu ni, di Midvalley ada Maternity & Childresn Expo. Kalau ada kawan kawan yang masih mencari tempat untuk bershopping, inilah masanya. ;-)

Kali ni, Adrini’s tak buka booth di expo kali ni. Kami cuma letak baju kami di booth Lunatots dan booth Sarakids.

Mana-mana yang nak cuba baju dari kami, boleh cuba try and test di booth luna atau sara. Koleksi baru dari kami turut boleh didapati di sana.

Surprisingly, baju dress tebaru dari Adrini’s, hampir sold out. baik di butik Lunatots, mahupun di Sarakids.

Kawan-kawan yang dah ada kat KL, singgah2 la di expo midvalley, hall 1 masuk dalam terus. hehehhehe

p/s: jenjalan mode.

luv,
UmmiKA

~ Serba Sedikit Expo Parenthood di Mid Valley ~

Salam semua…. :)

Expo Parenthood di Mid Valley sudah seminggu berlalu. Penat, letih, lesu memang sampai sekarang terasa… Walaubagaimanapun, seronok, happy, terharu dan excited mengatasi segalanya.. :) 3 hari saya di sana, macam-macam parents yang saya jumpa. Sungguh seronok melayan kalian semua. :)

booth adrinis

Hari expo tu, adalah hari saya keluarkan produk hari raya kami.. Nursing kurung… Sambutan sangat menggalakkan… :) Terima kasih untuk semua pelanggan kami. Really appreciate your feedback, komen dan sebagainya. Maaf kan saya kiranya hari-hari tersebut saya tak terlayan kalian.. Yang menegur saya, terima kasih saya ucapkan.. :)

pelanggan

Hari tu, produk baru kami, Diana dan Qamelia 2 in 1 Nursing + Maternity memang macam pisang goreng panas.. :D Kena restock kembali.. Terima kasih kepada yang membeli.. :) Sekiranya ada sebarang permasalahan, pertanyaan boleh emailkan kepada kami.. :)

Super MomSaya bersama super mummy

Sepanjang 3 hari tu, anak-anak saya ada di rumah.. di jaga oleh abahnya.. Sangat rindukan mereka tika itu.. Masa hari last tu, belikan Khayra beg panda.. Tiba-tiba si kakak suka sangat dengan panda. :D

3 hari tiada di rumah, anak-anak macam kehilangan ummi nya ni 3 minggu.. sehingga ke hari ini, Adyan terutamanya, tak boleh langsung tengok saya hilang dari mata. COmfirm menangis dengan nada sayu. Even nak ke toilet pun. Padahal sebelum ni ok je… Adeh…. Tu yang ummi ni tak leh buat apa-apa sangat sekarang nih… Hehhehehhe

panda?nampak beg itu? bersama belon? sangat suka and sangat tak suka kalau orang nak pecahkan belon dia…  :P

Terima kasih juga untuk adik-adik saya yang sanggup membantu kakak mu ini.. I love u all….

 

makan time.....

Muka kepenatan…. thanks kalian… lain kali boleh tolong lagi… :P

Saya dalam process mengupload baju-baju kurung adrinis sekali dengan bra untuk ibu menyusu… tunggu ye.

Saya tak amik banyak gambar time tu.. Takde kamera.. ada sesapa nak sponsor kamera tuk saya? hehehhehehehhe

luv,

UmmiKA

Jom jenguk kedai online Adrinis

~ Sarakids Open Day & Gathering : Pelancaran MODU ~

Mungkin dah ramai yang tahu and mungkin ada yang baru tahu.. Yesss… Hujung minggu ni pada

24 APR 2011,

ahad ni la kiranya Sarakids akan mengadakan open day dan gathering untuk ibu-ibu yang menyusukan anak mereka sekaligus dengan pelancaran MODU, pam baru yang sangat comei lagi cute itu.

Event ni berlangsung di DARC – Denai alam recreation & riding club. Kalau lalu kat guthrie dari shah alam, selepas bukit jelutong, tol pertama, sebelah kiri. Boleh nampak dah club tu, tapi jalan masuk dia agak dalam sikit. SO jangan was-was, jalan ajer… :P Kalau tak tau boleh tgk map ni… And kalau tak tau jugak, guna gps ke google map ke.. :)

Okeh, event pada hari tu, ada macam-macam aktiviti. Bawak anak-anak pun, sekitar situ tiada masalah. Sebabnya kat situ ala2 macam taman la. Banyak benda boleh buat. Kalau anak dah boring ke, dah tak boleh duduk diam ke, bawak depa pegi tengok kuda, ada splash pool untuk anak-anak mandi.. Huh, ini kene bawak baju extra ni.. Kalau Khayra nampak, sure dia dah tak pandang lain dah. Hahahahhaha and ada game jugak untuk anak-anak kita. Bak kata orang MACAM-MACAM ADA. :D

Selain daripada itu, macam biasa, kalau dah ramai-ramai gitu, mesti ada booth punyer.. Hehehhe so, boleh shopping-shopping juga. ( inilah part yang encik-encik suami tak berapa gemar neh… :p ) Layan…. :P

Selain daripada games, pelancaran, gathering hari itu juga adalah untuk mencipta rekod malaysia yang mana seramai 400 orang ibu-ibu yang menyusu, akan menyusukan anak-anak mereka secara serentak. Kita boleh jadi part of the record tu. Nak tak? Hehehehhehehhe

Tema pakaian kita pada hari itu adalah:

Mommy : PINK – my favourite selain daripada purple. :D

Ayah : Hitam

Anak-anak : Merah – Khayra pakai baju family day dia la… :P

Banyak yang saya dengar pasal event ni. Ada press, ada vips, ada celebriti, bak kata orang HAVOC pada hari itu. Ikutkan kena register dengan sarakids untuk join the gathering, tapi kalau last minute plan nak datang atau tak register pun boleh je datang. Apa bezanya dengan orang register or not tu, yang registered and pay dapat kupon makanan untuk family. :) Tempat ada lagi ke tak, kena contact sarakids. Boleh email pada ain@sarakids.com

Saya percaya, ramai dikalangan yang nak hadir ni, kalangan blogger-blogger or kalangan group-group di facebook etc. Hah… apa lagi? Time ni la kita nak jumpa and kenal-kenal muka masing-masing. Biasa kat alam maya je kan? Hehehehe Ni open day sarakids, merangkak gathering rakan-rakan alam maya. :)

Jom kawan-kawan, kita memeriahkan lagi aktiviti bersama keluarga dan bersantai. :) Kalau saya tak perasan kamu-kamu, tegur2 la saya. Lambai-lambai ke.. Hehehhehehhe

Nota: Adrini’s pun insyaallah ada bukak booth pada hari tu, TAPI dok fikir, sape nak tolong jaga booth? Ada sesapa nak part time? Hehehehhehehehehe

Luv,

UmmiKA

Related Posts with Thumbnails