Archive for the ‘experience’ category

~ Bagaimana Saya Pam Susu Sewaktu Bekerja? – Pasti Rindu ~

June 4th, 2010

I will miss this moment..  Now pun dah rindu.. Even kekadang saya adala terasa malasnya… tipula kalau saya ckp best je… haahaahahahaha tp bila fikir anak, i really ok… :p and yes saya memang dah tak pam dah sekarang ni di office but saya masih bagi direct lagi dengan Khayra. Amat sukar nak pisahkan Khayra dengan buah hati dia.. Ada jugak kadang-kadang sayamacam tak nak kasi sebab luka and sakit. And Khayra macam tau je, dia akan cium-cium je hinggakan saya tak sampai hati then bagi je dia. then sukerrr.. adoh… pandai pujuk.. ;p

Masa mula-mula saya pam, saya memang penyegan orangnya.. Malu sangat bila nak pam-pam bagai nih. Rasa macam orang pandang semacam je.. Jadi comfirm-comfirm pam dalam office saya, bukan pilihan utama. Dah la masa awal-awal saya masuk tu, saya sorang je perempuan. Bos pun laki.. Nak minta kebenaran pun segan. Hehehehhe Masa tu saya ada 3 pilihan. Pam dalam kereta, ( yep saya beli set lengkap sekali inverter..betul ke eja.. yang dalam kete tu.. ), Pam dalam surau or pam dalam toilet. TOILET??? Wahhh… terus saya tolat choice maha hebat tuh.. Sedangkan saya pun tak lalu nak makan kat toilet. Even toilet kat floor saya ni memang bersih giler sebab time tu yang guna toilet tu selalunya saya sorang. Hahhahahahhahahah Rata-rata office lain tu semua dimonopoli lelaki. Ada perempuan pun 2 orang je tapi diorang marketing. So reject terus. Kereta? dok fikir tak selesa sangat sebab kat parking lot. Then saya pilih surau. Surau tu memang tempat saya turun sembahyang sebab office saya takde surau. Sebabkan pinjam surau, saya adala rasa ralat sikit. Segan la kan sebab nak tumpang pam. Tapi bos saya cakap, memang surau tu open for public. So.. dengan muka tak malunya saya tebalkan bedak 20 inchi saya pam kat sana. :P

Awal-awal tu memang menyorok and tunggula orang takde baru nak pam. Kelakar kan? Saya akui saya memang penyegan orangnya.. hahhahaha Bila orang masuk memang la orang dok pandang and usha kan.. So, saya sehabis baiknya cari masa-masa yang orang tak ramai kat surau tu. Itu yang membuatkan saya jumpa kawan semasa pam. Bila dah ada kawan, perasaan tu sikit-sikit hilang. :)

So, memang di awal mengepam saya pam di surau. Ermm, kalau ada tempat kerja yang ada bilik khas ke, or tempat yang sesuai ke, boleh je jadikan tempat untuk pam. Cuma janganla pilih toilet kalau ada option lain. :)

Tak lama lepas tu, kawan saya tu pindah office, tinggalla saya seorang. Hinggakan makcik-makcik cleaner( sebab diorang suka melepak dalam surau kalau takde kerja) semua dah kenal dah muka saya ni. Tiap pagi, tengahari and petang. Bila dah tinggal sensorang ni, macam bosan gak nak turun naik turun naik kan.. :P Akhirnya saya memberanikan diri untuk tanya bos saya, boleh tak saya pam kat office / cubicle saya je.. Bila bos saya bagi je, bermulala proses mengepam saya di office sahaja. Senang giler.. bila-bila saya nak je, saya pam. hehehehhehehehe

Persediaan saya semasa pam di office/cubicle? Saya sediakan selendang, tak pun saya guna blazer saya je untuk cover masa saya menjalankan projek. (ceh ayat.. ). Then saya position kan pam saya kat atas cpu saya yang kat bawah then pumping. Nasib spectra saya bunyi tak kuat sangat, makanya, saya pam dengan senang hati je la sebab nobody notice unless diorang datang kat tempat saya.

Guna blazer masa awal-awal nak pasangkan pam.

Dah siap pasang semua….

Saya yang sedang menjalankan proses mengepam. Hehehehhehe

Mula-mula memang akan rasa malu.. tapi bila dah biasa, kita akan terbiasa and rasa benda tu takde benda nak malukan. Asalkan kita proper tutup and jaga aurat kita. :)

Saya pasti merindui detik-detik tu nanti.. Kalau saya masih bekerja lg, saya akan ulang lagi bila baby ummi ni lahir.. Heheheheh Kenangan yang harus di simpan nih.. :)

Luv,

UmmiKhayra

Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

~ Breastfeeding While Walking? Don’t Believe Me? ~

February 24th, 2010

Yes.. ladies and gentleman, May I present to you…. Percayala, kita mampu untuk breastfeed our baby while we walking. :)

Oh.. Dont get me wrong here.. I wrote this just in term of encouraging mothers out there, breastfeeding is easy. Bukan saya nak bangga diri or apa… Because some people used to say “susah la nak keluar nih.. Nanti kalau anak nak menyusu tengah jalan cemana? Takkan nak bagi kat situ jugak.. Nanti orang nampak la.. “. dan macam-macam lagi.

Yeke? Macam tak percaya je.. Serius ke?
Betulll.. pelik tapi benar… :) This is what I do, especially at place that very difficult to find a proper place to feed our baby. Daripada saya biarkan anak saya kelaparan, menangis-nangis, memberontak, baik saya sediakan apa yang anak saya nak. Don’t believe me? Let the pictures talk. :)

breastfeeding-while-walking? Crazyy? breastfeeding-while-walk1

This pictures taken while I was at Jalan Tunku Abdul Rahman. Oooo, serius i didnt notice my husband take this picture. I think everybody knows, how Jalan TAR it is. Full with people and i think only SOGO provide nursing room. It didn’t make me feel susah, tension, stress or what-so-ever. :)

Yeke tu kamu?
Oh, tak percaya tu saya?Hehehhe tak nampak muka kan? Kalau saya, saya tahula tu saya… :P  Hah.. biar saya kasi gambar saya nampak muka. Cuma jangan gelak ok, tengok muka comel. Kata gambar candid kan? Hahhahahahhah Inilah gambar saya… :P Time ni muka pun macam apa je… terima je la muka ‘unik’ saya ni ye… :P

breastfeeding-while-walk2

Haah la… Betul la… Cemana awak buat nih?
Macam mana saya buat? Hehehhe Saya berani untuk melakukan aksi berani sebegitu hanya bila saya memakain pakaian yang bersesuaian. Kalau saya pakai baju yang kena selak dari bawah tu, alamatnya, kami duduk sogo je la.. :D Ketika ini, saya memakai pakaian yang di reka khas oleh adrinis untuk ibu-ibu yang menyusukan anak ini. Dalam bahasa omputihnya, nursing wear. :D Kalau kita memakai tudung, lebih mudah nak sorok.. Especially tang anak yang suka buka-buka tuh… :P

Cara lain, boleh jugak bawak susu EBM tu bersama, then bagi guna botol je. Sebab utama saya tak buat gitu, saya malas nak bawak-bawak beg besar bagai untuk letak ice pack, botol dan pam. Dah kita kasi guna botol, makanya kena la pam kan? :) Saya memikirkan, macam mana la saya nanti bila anak saya dah lebih 2 tahun, then time tu dah kasi FM ke… ermmm.. tu kemudian punye cerita. :P

Tak Malu ke?
Soalan paling power nih.. Adeh…. Nak cakap tak malu, saya malu ( masa awal-awal ), kemudian, perasaan tu, start slowly turun turun turun samapi ke satu tahap, saya rasakan, kalau orang tak perasan, tak nampak, buat apa saya nak malu. Bukan saya buat free show ke apa. :D

Tu je ke gambar yang ada?
Oh.. tak cukup lagi ke dengan gambar nih? Meh gambar lain lak.. :P

Breastfeeding while walking...

Gambar ni saya ada upload kat entry nih. Saya quote la dari entry tu sikit.  Malas nak taip balik… :P

Time ni saya memang kat tengah bandaraya.. Khayra dah start nak cranky2.. Saya cari tempat tersorok sikit, abang cover for me, then jadi… nobody notice saya breastfeeding sambil saya berjalan. My mum and auntie pun, cakap memang tak perasan sebab saya dengar diorang cakap, daripada biarkan Khayra nangis, baik bagi je.. Tapi kena la pandai nak cover.. and masa tu, baju saya memang memainkan peranannya. Bak kata makcik saya, Memang tak nampak. Ingatkan Khayra tengah tidur je… Hehehhehehhehe

Masa ni, saya memakai satu lagi produk dari adrinis iaitu, nursing inner. Nursing inner ni tangan panjang.. so, memang sesuai dipakai untuk orang yang suka pakai baju lengan pendek. Ia bukan sahaja sesuai untuk baju-baju jarang, lengan pendek, tapi ia direka untuk baju yang bukan baju breastfeed. Kita selak baju luar, then inner akan cover badan kita. :)

Apa Kata orang? Negative reaction or positive reaction?
Time tu serius saya suka dengar mama and makcik saya. Bukanla saya nak riak ke apa.. bukan.. tapi saya rasa macam lama-lama diorang dah boleh accept pilihan saya dan tahu, pilihan saya tidak memudaratkan sesiapa pun. Totally tidak menyusahkan. Saya boleh buat sama macam parents yang sediakan susu FM. Malahan bagi saya lagi mudah. Saya tak perlu bawak beg besar untuk memuatkan segala macam gadget untul susu anak. :) Saya bukan bertjuan untuk riak, tetapi saya ingin buktikan yang memilih untuk breastfeed bukanla susah seperti yang disangka.

Takde gambar lagi
Udah-udahla… cukup la tu dulu… Expose banyak2 lak, nanti jadi riak pulak.. :P

Kesimpulannya?
Sekali lagi saya tegaskan, (dalam MBP articles pun saya ada beritahu pasal breasfeeding in public ini) memilih untuk menyusukan anak kita bukanla satu perkara yang membataskan dan mengurangkan aktiviti kita yang biasa kita lakukan. Kita boleh breastfeed di mana jua tempat yang kita rasakan sesuai. Ini cuma contoh saya… Kalau tak mampu untuk berjalan, kita boleh duduk. Cari mana-mana tempat yang sesuai, then susukan anak kita. Mudah kan? Bila kita dah biasa ia lebih mudah dari disangka. :) Oh, JANGAN sesekali…. cuba di toilet. Say NO to TOILET.. Korang nak ke makan dalam toilet? :P

Nota: Bukan niat saya untuk riak atau sombong ye. Syukur kepada Allah sebab beri saya rezeki ini.

Luv,

UmmiKhayra

~ Tak Susah ke nak hantar baby pergi nursery kalau baby tu breastfeed? ~

February 8th, 2010

wooo… panjang pulak title saya untuk kali ini… hehehhehe kenapa tajuk ni? Masa saya cuba-cuba untuk kemaskinikan post-post saya.. tiba-tiba saya terpanggil untuk check comment yang saya dapat… sekalinya ada sorang viewer tu tanya saya soklan kat atas tu… “Tak Susah ker nak hantar baby pergi nursery kalau baby tu breastfeed?” komen tu dah lama… sejak dari saya gunakan blogspot lagi.. so sorry… lambat reply

Berbalik kepada soalan yang di ajukan tu, jawapannya bagi saya, tak susah pun.. mula-mula kita kene biasakan anak kita dengan menggunakan botol… so, dalam 2 minggu sebelum nak start keje, kita dah boleh mula untuk membiasakan anak kita.. sama macam kalau anak kita minum formula jugakla.. kene biasakan dengan botol kan? lepas tu, time pantang tu dh mula kumpulkan stok susu… Huh… cakap pasal kumpul stok nih, saya rasa macam saya tak leh jadi contoh. Orang lain semua ada gambar dalam freezer penuh dengan stok susu, saya? SILA JANGAN jadi macam saya, seminggu last baru nak kumpul stok.. ends up, tak cukup dan saya melalui detik-detik sukar sepanjang saya menyusukan anak saya… Serius…. Kalau nak tau, cubala.. :P

Nak guna bekas apa simpan susu?

Mula-mula saya memang tak tahu nak guna apa untuk simpan susu nih. Kalau sesiapa ad abaca tentang journey saya di sini, sini, sini, sini dan di 1superkids, tahula yang saya ni, memang kurang ilmu sikit pada awalnya. Jadi, masa tu, saya bekalkan terus dengan plastic container yang simpan susu anak saya tuh. Sudahnya, di complaint oleh pengasuh Khayra sebab katanya susah, nanti takut tertumpah. Dah la time tu, saya bagi, ada yang 5oz, 4 oz..tak tetap… :P Lepas tu, baru saya tahu, lagi senang gunakan bekas. Jadi next-next time, bila saya hantar anak saya ke nursery, saya dah beli siap-siap bekas-bekas susu yang nak kasi kat nurseri tu.. Saya gunakan avent container dengan botol MLO tu. Atau, boleh juga gunakan botol yang nak diminum terus oleh anak kita. Tinggal nak ganti teat je… guna terus… Tu pun boleh. J

Berapa Keperluan sehari?

Untuk satu hari, berapa kita kena bagi kat nursery tu? Tu jugak soalan saya masa awal-awal dulu. Mula-mula pun saya tak tau jugak.. Apa yg saya buat, saya cuba-cuba je kasi khayra berapa-berapa bile kat rumah, masa nak suruh khayra biasakan dengan botol… Lepas tu, saya ada cuba cari-cari kat internet, rupa-rupanya ada cara macam mana nak kira keperluan anak kita untuk sekali minum. Macam mana caranya?

Saya ada simpan guideline nih. Saya ada jumpa masa saya surf lama dulu.

berat anak kita dalam pound (darab) 2.5@3 (bahagi) 8

Contohnya:
berat dlm kg = 5kg so, tukar dalam pound siap2… darab dengan 2.2
jadi.. = 11pound

11 pound x 2.5 @ 3 ( memana je boleh pilih ) lepas tu bahagi dengan 8 = +-3.4oz

Namun begitu, saya rasa, formula ini tidaklah tepat sangat. ( Formula ni, kalau tak silap saya, untuk baby 1-6bulan. Yang belum start dengan solid food.) Bila saya applykan kat Khayra ( suatu ketika dahulu), takde la tepat cenggitu.. khayra minum kurang sikit dari tu… kira tambah tolak la….. hehehhehhe info ni saya dapat dari satu laman web seorang doktor kalau tak silap saya.. tapi saya tak ingat dah url dia… Saya ada cuba cari-cari tapi tak jumpa pulak.. :P Dulu, masa saya jumpa paed Khayra, bila dia tanya pada saya, macam mana saya boleh tahu anak saya menyusu berapa banyak, saya ada bagitahu saya kira cenggitu lepas tu try and error la kan, then dia senyap je and bagitahu, setiap keperluan baby tu memang berlainan. Kesimpulan untuk part ni, saya rasa, formula tu boleh jadikan guideline, tetapi kita pun kena try and error jugak la.. Try tengok berapa oz anak kita minum setiap kali feeding. :)

Apa yang perlu dibekalkan kepada nurseri?

Ok… bila dah tau berapa banyak nak kita bekalkan bila anak kita ke nurseri, pagi-pagi sebelum nak hantar Khayra pegi nurseri saya dah siap-siap letak dalam botol dan masukkan dalam bekas yang ada ice pack. Setiap satu bekas tu, saya sikan dengan amount susu hanya untuk sekali minum je.. Ia memudah kan pihak nurseri tu kalau nak panaskan susu anak kita.. Kira main amik je la satu botol tu, then panaskan guna air suam. Then kasi minum. Kalau kita bekalkan siap2 dalam bekas.. elok2, cantik2.. diorg tinggal panaskan je.. Kira dah menolong meringankan sikit beban pengasuh ni.. Tujuan nya, untuk buatkan mereka rasa, mudah sebenarnya untuk handle EBM ni. Betul tak? :D

Ada kawan saya pernah tanya pada saya, Kenapa nak buat cenggitu? tak boleh ke kalau kasi je dalam bekas besar then supply.. bile diorg nak, diorg leh sukat…

Untuk saya, boleh je.. Cuma, ia agak melecehkan sikit la.. Cuba kita imagine kita kat tempat diorang… Dengan keadaan budak yang ramai, and kadang-kadang tu, sana nangis, sini nangis… Dah kata nama budak kan? Then, dalam kelam kabut tu, susu tumpah bila nak sukat. Tak ke sayang? Tak pun, bila dah kena sukatla, panaskan la.. buatnya diorang malas dan rasa leceh.. panaskan je semua sekali harung… lebih-lebih lagi kalau susu kita bekalkan dalam plastik je.. (Guna plastik menjimatkan ruang.. :) ) lagila susah.. nak kena bukak getah lagi, pastu nak ikat balik.. kalau susu tu terkeluar dari plastik tu kena tangan semua, kan dah tercemar. Sebab tu saya sugest better isi cukup untuk 1 kali feeding dan letak dalam botol. :)

Jadi, inilah cara saya supplykan susu kat nurseri…. and kalau nak lagi memudahkan mereka, kita boleh bagi food warmer kat nurseri tu.. so, kalau nk panaskan susu, suruh diorang gunakan food warmer yang kita bekalkan tu untuk lagi memudahkan mereka.. Lagipun, takdela terguna air panas terlampau.  hehehhehhe

Avent storage milk containerni antara contoh botol susu terus sekali dengan storage.. cuma letak teat je… mudah…

bottle container for milk
Saya guna storage yang ni…. Sampaila sekarang. Sungguh berguna.. :)
Luv,
UmmiKhayra

~ Baju Luntur Warna.. Kisah Tak? ~

January 8th, 2010

Alamak… Baju mana yang luntur ni? Aduuiii… habis la baju aku.. Kene beli baru ni nampak gayanya… :P

Haaaaa.. Inilah bahananya bila basuh baju

1. tak baca care label

2. Main campur je baju-baju yang nak basuh. Konon nak jimat.

Sudahnya? Ada baju-baju yang luntur warna dan akhirnya kena kat baju yang lain. :( Masa tu, barula nak konon nangis sedih depan husband sebab baju dah tak cantik.. ( dalam hati tu.. yeay.. boleh beli baju baru.. Hahhahahhaha ). Sape kat sini penah kena macam ni? Sayaaaaaaaaaaaa….. Hehhehehhehehhehe

Ye.. baju saya ada la beberapa kali saya tak perasan ( malas sebenarnya nak asing-asingkan.. :P ) saya main masuk je baju baru especially dengan baju lama then basuh terus.. Bukak-bukak mesin basuh, nampak baju lain dah kena warna baju baru yang di basuh bersama-sama. Time tu baru nak menyesal baru nak nangis.. Kononnya.. :P Kenapa boleh jadi macam tu? Sebab tak ikut care label satu.. Dan satu lagi, memang kebiasaan baju baru ni macam-macam mana pun akan turun warna jugak. Especially yang melibatkan warna merah, dark blue, indigo atau mana-mana yang warna gelap la.. Yang jadi mangsa? Kesian warna putih suci murni.. Dah ternoda dengan warna lain. :D Selain daripada tu, baju yang senang luntur ni adalah daripada baju jenis-jenis t-shirt dan juga jeans.. Tapi kebiasaannya, bila dah basuh 2, 3 kali dah ok dah warnanya.. So, please do extra careful on this garment. :)

Adrinis_wearIni bukan baju saya.. Ini baju Khayra.. Comel tak? :)

Macam mana tak nak kasi baju-baju tu turun warna dan nak memelihara warna baju tu daripada tak cepat kusam? Atau pun kalau jenis tak kisah, takpela kan.. basuh je la 2, 3 kali.. then lepas tu dah ok dah warnanya.. Hehheh Tapi pada yang peduli? Ha… ini anta tips macam mana nak elakkan atau kurangkan warna daripada luntur.

1. Baca arahan label.

Ye.. Ini penting sebab tu la manufacturer tu letak kat setiap baju depa. Diorang suruh kita baca bukan takat tayang je.. Nak-nak baju mahal-mahal ni kan? :D Ada yang suruh basuh guna air sejuk je.. ada yang air suam.. Lepas tu ada yang suruh jangan tumble dry.. Macam-macam lagi la instruction kat label tu. Mungkin ada yang cakap, susah la kalau camtu. ada jugak la nanti kena basuh 1 1.. Hehhehehhe Kalau perasan, kebiasaannya, baju-baju ni instruction dia sama je. Based on material la. Kan kita ada banyak material. Cotton, Linen, Silk, Satin dan sebagainya.

2. Basuh baju warna gelap dengan warna gelap. Warna putih dengan putih.

Saya akan separate kan la baju-baju warna putih, basuh warna putih.. baju merah, warna merah.. baju lain.. campur-campur kan aje.. :P  Kenapa merah saya asingkan? Saya asingkan terutama sekali baju-baju baru. Sebabnya merah ni, warna yang paling senang nak luntur. Namun,  saya suka warna merah maroon ni.. :P

3. Terbalikkan baju masa membasuh.

Ha.. bukan masa nak sidai je terbalikkan.. Time nak basuh pun terbalikkan jugak untuk memelihara warna dia. So, dia tak cepat kusam la.. :)

4. Basuh dengan menggunakan air sejuk kecuali dinyatakan.

Ha.. kebanyakkan baju, memang disuruh basuh dengan air sejuk. Sebabnya, air sejuk memelihara warna. Mama saya pun suruh basuh dengan air sejuk kecuali tuala, guna temperature yang tinggi sikit. Sebab kain tak cepat rosak. Nak-nak baju Khayra, lagi la mama cakap jangan guna air panas.. Sebab tu la, baju Khayra yang dari lahir sampai sekarang masih ok lagi.. Hahhahahhahha Jangan tak caya ye, sape2 bagi Khayra baju, memang berbaloi2.. sebab sekarang ni Khayra still boleh pakai baju-baju age 3-6 months tau… :P

5. Tambahkan Cuka

Ha… sape penah dengar pasal ni? Masa basuh, masukkan cuka dalam basuhan. Walaupun bau dia kuat, cuka boleh dijadikan sebagai softener. Bau dia? Bila dah habis basuh, hilang dah bau dia.. Dont worry… :) Cuka ni, kegunaan dia sebagai bahan untuk mengekalkan warna. Cuka boleh membantu untuk mengelakkan baju daripada luntur.

Ini la antara tips-tips yang saya tahu macam mana nak memelihara baju dari cepat luntur warna nih. Sesapa ada tips lain? Meh kita share kan.. :)

Nota: Saya tak pernah kisah pasal baju luntur.. Anda kisah? :P

Luv,

UmmiKhayra

~ Teknik Penyusuan Yang Betul ~

November 17th, 2009

Masa awal-awal saya pregnant, memang saya dah berniat untuk fully BF anak saya. Pada masa tu, dah ada kawan saya yang memang fully BF anak dia. Masa tu, kawan saya ni beritahu saya, kalau betul2 nak BF kene kuat semangat sebab awal-awal BF ni sakit sangat. Nak-nak masa time anak menghisap. Masa tu saya tak nak fikir kan sangat pasal sakit2 ni sebab saya bersalin pun tak lagi.. :P Lepas saya bersalin, alhamdulillah masa saya di hospital, nurse tunjukkan cara lekapan yang betul sebab malam Khayra lahir tu, Khayra asyik menangis sebab tak dapat menyusu. Hehehhehe Jadi nurse datang and tunjukkan pada saya apa yang sepatutnya saya buat kalau nak BF baby kita. :)

Mesti ramai ibu-ibu yang macam saya jugakkan? Tak tau cara yang betul macam mana nak menyusukan baby kita especially tuk anak sulung. Itu yang kekadang membuatkan orang give up dari BF and terus kasi FM sebabkan tak tahan dengan rasa sakit tu.Oleh itu, kita perlu tahu cara yang betul bila menyusukan anak kita. Sebab BF ini sebenarnya tidak menyakitkan. :) Percayala… :)

Masa saya di hospital tu, nurse tu ajar kepada saya macam mana nak letakkan baby kita ketika nak memberi susu.  Masa tu nurse suruh saya rapatkan Khayra ke arah saya dan B saya. Lepas tu, kepala dan badan kena lurus dan selari. Masa tu, Khayra tengah dalam bedung dia… So, nurse suruh saya longgarkan sikit bedung tu untuk kasi Khayra lagi selesa. And then tampung bahagian belakang and punggung anak kita dengan tangan kita guna macam-macam mana pun, asalkan kita selesa. Macam saya, saya akan letakkan bantal bawah tangan saya and Khayra. Kira tinggi sikit. Lepas tu boleh la bersandar di kerusi. Sebabnya, kalau kita tak selesa, nanti anak kita tak puas menyusu kita dah lepas kan pulak. :)

Kemudian, semasa nak masukkan puting ke dalam mulut anak kita, kene pastikan daerah areola/ yang hitam tu masuk sekali dalam mulut anak kita. Ada setengah daerah hitan tu banyak kan? Jadi tak perlu la nak jugak masukkan semua. Ada jugak tercekik anak kita tu karang.. :D Masukkan ikut selesa kita. Then nurse tu cakap, ikut mana saya selesa. Nak tampung B or biakan je pun boleh. Nurse tu ada tanya saya, saya ada pegi class penyusuan tak? Serius cakap, awal-awal dulu saya tak fikir pun menyusukan anak ni susah. Bagi je B dah setel. Jadi saya memang tak terfikir pun nak pegi class apa pun. Even class sebelum bersalin tu pun tak pegi. Huhuhu Bila saya jawab takde, dengan rela hatinya dia mengajar saya macam mana cara-cara yang betul. Then nurse tu tanya, masa saya kasi susu tu, ada rasa sakit ke tidak? Bila saya cakap ok, tak sakit, then she said ‘ Then its correct position because u didnt felt it hurt’. Okay… Thanks to her. :)

Kalau kita nk cmfrmkan yang cara kita tu betul atau tidak, kita tengok masa menyusu tu ada tak bunyi menelan datangnya dari anak kita? Lepas tu sakit ke tidak? Lepas tu tengok anak kita akan hisap..hisap..hisapp… lepas tu diam… hisap.. hisap.. hisap… lepas tu diam.. ada ke tidak? Then dagu dia cecah tak B kita? Pastu bibir anak kita macam terkeluar tak? Kalau ada ciri-ciri tu, especially tang sakit atau tidak semasa anak kita menghisap B kita, insyaallah, dah betul dah cara penyusuan kita tu. :)

Sambil menyusukan anak kita, kita boleh borak2 dengan dia. Walaupun mulanya macam dia tak faham, tapi sebenarnya otak baby dah start untuk dirangsang. Sekarang ni, Khayra dah besar. Dah tak pakai sangat dah posisi badan tu. Sebabnya Kahyra dah boleh buat adegan stunt menyusu sambil tertongeng2… Sabar je la saya… Cuma, posisi menghisap tu memang kene betul. Kalau tidak kene macam saya baru-baru ni. Puitng saya luka. Huhuhu Nanti next entry saya cerita. :)

Kalau nak gambaran lebih jelas lagi tentang posisi yang betul, cara lekapan yang betul boleh pegi kat sini untuk melihat gambar-gambar tu. :)

p/s: BF itu sangatla menyeronokkan.. Betull… Cubala rasa… :)

Luv,

UmmiKhayra

~ Khayra and Hantu Air ~

August 10th, 2009
2 Ogos hari tu(cite dah nak basi dah… Hahahhaha ), aku and abang ke ulu kalong untuk menyambut harijadi anak sepupu abang. Memang selalu kalau ada apa-apa function or terasa nak merileks2 kan diri, mesti family abang akan ke ulu kalong ni bermandi-mandian. Sebabnya tempat ni kawasan private, so, boleh la bersuka ria sesama keluarga je.. :) Sungainya pun kat sebelah rumah singgah tu je… :D

Apa kene mengena dengan Khayra and hantu air? Hehhehehe nampak gambar aku tu? Ha… tu tengah tengok hantu air la tu… Hehehehhehehe

Eeee…. Apa tu?

Hehehehhe Mana ada hantu air.. Hahahha Sebenarnya inilah kali pertama Khayra mandi sungai. Tepat pada 2 Ogos 2009. Dah banyak kali jugak la sebelum ni, letak Khayra kat dalam sungai ni. Malangnya, Khayra akan nangis takut. Tu baru letak kaki, terus menangis sambil bengkokkan kaki. Kali ni, aku cuba lagi sekali. Mula-mula kenekan kaki Khayra sikit2 je dalam air.. Lepas tu, saja bawak dia dekat dengan mama and my auntie2 and my cousin2.. Try celup, macam takut2 jugak. Last2 aku tukarkan seluar Khayra dengan legging dia. Magiknya, Khayra suka la pulak duduk dalam tu. Menakjubkan… Hehehehhe Mungkin sebab sebelum ni, air tu direct kene kaki Khayram tu yang dia tak nak kot. Sudahnya……………………..

Jeng
.
.
.
.
Jeng
.
.
.
.
Jeng

Khayra and wan bermain air bersama-sama…


Saya nak tangkap ikan… Kenapa tak dapat ni… Alahai….

Hehehheheh Apa tengok2? Khayra tak nak naik tau ummi…. Best woooo…

Khayra nak main air je nih… Seronok tengok air ni laju je ngalir…. :D

Inilah kesudahannya. Takde nangis takde apa2 sampaila ummi sendiri kesejukan and bawak Khayra naik. Lepas tu nak susu, then ZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Lenkali leh bawak lagi Khayra main air sungai yang sejuk itew… :P

Nota: Esok kat opis aku upload video Khayra main air. Kat rumah ni, malam ni buat hal la pulak internet nih. Hehehhehe



Related Posts with Thumbnails