Dalam islam ada menyuruh kita untuk berbaik sesama jiran dan kenal jiran-jiran kita. Tetapi dalam zaman sekarang ni, dengan kesibukan bekerja dan mencari duit untuk menyara hidup, rasa-rasanya segelintir sahaja yang mengenali jiran mereka terutama yang duduk di bandar. Saya tak cakap semua ye, saya cakap segelintir. Mungkin sebab tu jugak saya tak suka duduk di tengah bandar KL..
Oh, saya bukan nak cerita pasal jiran-jiran ni, tapi saya nak cerita pasal apa yang jadi pada saya baru-baru ni masa beraya.
Semasa raya ke-2, lepas kami habis beraya rumah sedara mara, petang tu saya dah totally exhausted. Dengan sakit belakang saya yang belum sembuh sepenuhnya lagi, saya pun melelapkan diri la sekejap. Dah tak amik kisah dah pasal Khayra. Hehehhehe Time tu dok fikir pandai-pandaila abang jaga. Saya cuma nak lelapkan mata sekejap je..
Saya and abang paling akhir sampai rumah. So, kami memang dah make sure pagar tutup and pintu kunci. Masa tengah enak-enak tidur tu, tetiba ada telefon saya berbunyi. Inilah part yang saya nak cerita ni…
Masa saya angkat telefon tu, saya dengar suara perempuan cina bagitahu yang dia jiran saya. Dia nak bagitahu yang pintu pagar rumah saya time dia lalu tadi terbuka. Masa tengah mamun tu kan, saya ada jugak la terfikir, jiran saya kalau cina pun ada sorang je, itu pun dia duduk jauh dari rumah kami. Jiran terdekat semua melayu. Tapi saya yang tengah mamun tu, takde la terasa syak apa-apa kan. Then dia cakap rumah macam takde orang. Bila macam tu, terus saya cakap, rasanya semua ada kat rumah, saya pun kat rumah ni, saya dah tutup pintu pagar tadi. Bila dia dengar saya bagitahu semua ada kat rumah, terus dia cakap ok and letak telefon. Sempat tau saya cakap thanks… Hahahhahahahha Then saya sambung tidur… ZZZZZZZZZZzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz
bila saya bangun dari tidur, baru saya duk fikir-fikir and saya bagitahu pada abang. Abang pelik la bila saya bagitahu pasal tu. Masa otak dah clear, tak mamun semua baru saya boleh fikir dengan betul. Jiran-jiran saya kat sini, mana tahu nombor telefon saya. Yang diorang ada of coursela nombor telefon PIL saya kan. Bila tanya-tanya takde sorang pun dapat call except saya seorang. Lagi menambahkan syak kami yang mungkin diorang ni call bila dapat alamat rumah dari internet atau mana-mana, then saja-saja buat call untuk tahu sama ada tuan rumah ada di rumah ke tak. Then saja-saja je la cakap pintu pagar terbuka la dan sebagainya. Untuk first time kena, mungkin tak perasan pun. Nak-nak saya tengah tidur.. Tapi Allah SWT nak tolong, just happen kami semua memang ada kat rumah. Kalau saya tiada kat rumah, mungkin masa tu saya akan cakap, saya tiada kat rumah.
Ini mungkin satu taktik baru perompak-perompak ni nak merompak. Jadi, berhati-hati la bila-bila masa, terutama sekali kalau ada yang menyamar jadi jiran anda call.
Nota: Itulah pentingnya kita kenal sesama jiran kita…
Luv,
UmmiKA
Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung















Recent Comments