Semalam birthday Khayra, hari ni pulak anniversary ummi dan abah..
Alhamdulillah, dah 3 tahun saya bergelar isteri orang. Pejam celik pejam celik, sekejap je masa berlalu. Kalau nak kata 3 tahun ni adalah lama, tidak jugak… Kami belum pun lagi melepasi fasa pertama perkahwinan. ( Kalau tak silap saya, saya ada baca melepasi fasa pertama bila dah lepas 5 tahun. ) Then kalau nak cakap sekejap pun, tak jugak.. Macam-macam jugak la yang jadi untuk mengenal hati budi masing-masing. Pengalaman pahit, masam, masin, manis itu semua rencah hidup berumah tangga. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri. Hehehhehe teringat rangkap lagu ni dalam filem P.Ramlee – 3 Abdul.
Sempena anniversary saya yang ke-3 ni, saya tak tau nak celebrate kat mana. Hahahhahahha dah 3 kali tak leh celebrate jauh-jauh. Tahun pertama, saya bagi hadiah dengan melahirkan Khayra sehari sebelum anniversary, Tahun ke-2 pulak jatuh pada bulan ramadhan ( Saya malas nak travel jauh-jauh kalo kata nak honeymoon pun..
) Tahun ni pun jatuh pada bulan ramadhan jugak which is bulan yang memang weekend je busy.. Bila nak jenjalan?
So, tahun ni saya plan nak masak sendiri je la kat rumah. Hehehehhehehe Jimat sikit belanja…
Nak masak apa ek?? Hehehehhe Tunggu………………………….. surprise…
Ya Allah,
Sempurnakanlah kebahagiaan kami
Dengan menjadikan perkahwinan kami ini sebagai ibadah kepada-Mu
Dan bukti ketaatan kami kepada sunnah Rasul-Mu.
Ya Allah…
Indahkanlah rumah kami dengan kalimat-kalimat-Mu yang suci. Suburkanlah kami dengan keturunan yang membesarkan asma-Mu. Penuhi kami dengan amal soleh yang Engkau redhai. Jadikan mereka Yaa…Allah teladan yang baik bagi manusia.
Ya Allah…
Damaikanlah pertengkaran di antara kami, pertautkan hati kami, dan tunjukkan kepada kami jalan-jalan keselamatan. Selamatkan kami dari kegelapan kepada cahaya. Jauhkan kami dari kejelekan yang tampak dan tersembunyi.
Ya Allah…
Berkatilah pendengaran kami, penglihatan kami, hati kami, keturunan kami dan ampunilah kami.
Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Amiin…
Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran kamu, dan bersedialah serta bertaqwalah kepada Allah supaya kamu Berjaya.
Surah Al-Imran Ayat 200.
Ni doa yang mak mentua saya bagi (dalam quote ni je) pada saya untuk saya amalkan setiap hari. Doa untuk kebahagiaan rumah tangga katanya.
Insyaallah.
Saya tak boleh nak paste kat sini ayat dia. Tafsiran je ek.. nanti cari sendiri..
![]()
Happy Anniversary to me and abang…. I love you so much. No kata-kata romantis ek, sebab tak pandai… Hahahhaahahhahahhahahhahaha
Selepas saya sah bergelar pn. adha
Me and my hubby… I love you so much dear…..
Luv,
UmmiKA
Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

hehehheeeh alhamdulillah…… Semoga anak ummi ni membesar dengan sihat walafiat dan dilindungi olehNya. Amin………….



So, kami sekeluarga memilih untuk naik atas Genting dengan menaiki???
















