~ Early Childhood Education @Wisma Bling Lustre ~

~ Early Childhood Education @Wisma Bling Lustre ~

Lama sungguh saya tak update blog saya. Entah angin M mana yang datang menyerang saya, hinggakan mood untuk berceloteh, mood untuk menulis, dan mood untuk mengeluarkan idea untuk mencoret-coret di dalam blog saya ni hilang. Hilang pergi mana ntah. Saya ada tulis draft untuk topik-topik yang saya nak taip, tapi semuanya berakhir dengan ayat-ayat yang saya sendiri tak faham. Boleh tak?

Untuk entry ni, yep, saya tahu, ni entry yang sepatutnya dah lama saya publishkan. Tapi macam yang saya bagitahu, mood dan skill saya hilang entah ke mana. Saya memang lately ni tiada mood nak berblog. Bloghop, blogwalking, apa pun tak buat. Dahsyat kan? Mesti banyak yang saya ketinggalan… waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa and ada ke yang rindu dengan saya? hehehhehehhehhe

Ok.. disebabkan entry pasal Early Childhood Education ( ECE ) ni dah berlalu dekat 3 minggu, so, saya tak nak la ceritakan pasal mini seminar tu je. Mesti other participant dah cerita dah. Dan saya rasa kebanyakkannya mesti sama je.. :P Walaubagaimanapun, saya nak bagitahu apa input yang saya dapat daripada seminar tu. Yess… Saya rasa lagi better kot. :P

Sebelum tu, on my personal opinion, mini seminar tu, saya rasakan berbaloi. Terutama sekali untuk parents yang bercita-cita untuk tengok anak dia menjadi bijak. Hheheheh Semua parents nak anak diorang pandai kan. Sape tak nak? So, mini seminar ni just untuk introduction untuk ibu bapa yang ingin tahu apa itu early childhood education (ECE). Dah kata pun mini seminar kan, then takkan nak expect semua sekali dalam satu seminar tu. Tetapi, rasanya time seminar tu memang dah banyak input yang Watie aka mummy of Q’s bagi pada hari tu.

Sebenarnya, saya dan suami memang suka benda ni. Kitorang adalah tahu sikit-sikit pasal ECE nih. Sebab tu, since dari baby lagi, saya dan suami memang cuba la untuk berikan terbaik untuk Khayra ( buat masa ni.. and adik Khayra, coming soon.. :P ) Macam kata watie la, tak lama pun, dalam 5-10 minit 2x sehari pun dah cukup. Since Khayra baby lagi, saya dan suami dah tunjukkan DVD or buku-buku yang kami rasa sesuai untuk khayra dan cuba bacakan.Masalah kami adalah, kami tidak sekonsisten macam watie. Ada jugak masa-masa mendung dan masa-masa mood takde. Bak kata paling mudah, kekadang tu malas sebab penat. Hahahahhahahha Sian Khayra.. hehehhehe

Kami ada belikan flash card dalam bahasa mandarin untuk Khayra sebab kami percaya otak bayi ni cepat absorb. Ikut kajian dari pakar pun, dan dari watie yang dah buat research semua tu pun, otak bayi di awal kelahiran sehingga berusia 5 tahun ( correct me if i’m wrong) adalah tahun-tahun awal untuk mereka ni cepat belajar sesuatu benda terutamanya masa awal kelahiran. Tu yang konon poyo la kan nak cuba ajar mandarin. Tapi disebabkan kemalasan kami…. hehehheheh oppss… okla, kemalasan saya….. stop macam tu je…. Adehhh…. Terasa menyesal jugak bila mengenangkan hal ni. Especially bila dengar apa yang watie cakap and prove yang watie tunjukkan dengan Qarissa. Saya rasakan saya ni macam main-main pulak dengan Khayra. Sekarang ni, Khayra memang suka tengok dvd-dvd macam brainy baby, your baby can read or any kind video yang buat dia belajar. Cerita-cerita di TV yang kami rasa tak membantu pun untuk Khayra, memang kami tak bagi tengok. Sebab tu Khayra tak berapa suka tengok TV kecuali pocoyo, wordworld dan little einstein.. Dulu-dulu upin-ipin, tapi la ni dia macam tak minat sangat. Hehehehhehehhe What a waste kan?

Dalam seminar tu watie ada cakap pasal phonics. Hehehhehe Saya tahu pasal phonics ni sikit-sikit sebab dulu saya buat software untuk tadika and one of the sylibus/software yang x-company saya buat adalah phonics. Walaupun kawan saya yang buat tajuk tu, saya tahu la jugak serba sedikit. Tapi walaupun tahu, saya tak ajar Khayra phonics pun. Sebabnya, saya fikir saya tak nak dedahkan Khayra dengan ABC lagi. Kelakar kan? Tapi bila dah datang seminar tu, memang dah terasa rugi lagi… Kita boleh dedahkan phonics sebab dia more on how to pronounce the words. So bukanla menghafal.

Tiba part qarissa dah boleh membaca. Ha… yang ni rasanya mana-mana yang dah baca blog-blog watie mesti dah tau Qarissa dah boleh membaca. That’s a prove.. Sangat kagum dengan Q… hehehheehe Watie ada bagitahu macam mana cara dia ajar Q untuk membaca dan mengenal huruf. Semuanya dengan memperkenalkan flash card yang hanya mengandungi tulisan sahaja. Kemudian baru tunjukkan apakah bendanya itu. Wow, kami memang eager tau nak buat bende tu dengan Khayra and surprisingly, Khayra sangat suka bila kami tunjukkan flash card yang menggunakan hanya perkataan sahaja. Siap ikut lagi bila saya sebut. Jadi sekarang ni saya tengah cuba untuk memperkenalkan flash card berbentuk perkataan pulak. Hasilnya? hehehhe Tungguuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu

Inilah antara aktiviti saya bersama Khayra sekarang ni.

Yep… menyusun huruf… Saya keluarkan huruf-huruf yang ada di mat tu, kemudian saya tunjuk pada Khayra dan suruh dia cari tempat yang sepatutnya… oh, saya selerakkan huruf-huruf tu. Ianya memang tidak tersusun.  Mostly, Khayra tau tu huruf apa dan akan cari mana sepatutnya di letakkan. Sangat seronok bila main macam tu… :)

Luv,

UmmiKA

~ Gelagat Khayra ~

Hari ni saya nak blog tentang Khayra. Hehhehe Dah lama si comel ummi ni tak enter frame. Minggu lepas kitorang bercuti la kononnya kat KL. Saja-saja je konon nak duduk KL. Hehehehe Hari akhir tu, kitorang pegi la berjalan ke Mid Valley. And singgah untuk lunch ni Secret Recepies. Sibuk dok panggil abang waiters tu bagitahu yang dia nak kek. Adoii… Suara dia saja. Penyudahnya, nak tengok? Hehehheheheheh

Saya sempat rakam time akhir je sebab kitorang dah gelak-gelak dah dulu baru terfikir nak rakam kan memori nih.. Adehhh rugi la pulak rasanya sebab boleh tunjuk kat Khayra bila besar nanti. Nak makan kek sangat sampai tertidur-tidur still suap dalam mulut lagi kek tu. Hehheheheheh

Luv,

UmmiKA

Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

~ My Little Khalifah – It’s A ….. ~

Alhamdulillah, saya dah masuk minggu ke 21. Rasa macam sekejap je rasanya tiba-tiba dah masuk minggu 21. Maksudnya dah 5 bulan la kan? Hohohoho Semua masih tidak nampak yang saya tengah pregnant. Pregnancy kali ni pun perut kecik. Baby kecik ke? Hehehehe biasa time awal-awal ni kalau ikt first one dulu kecik je, tapi bila dah masuk 8 bulan, start la dia membesar. hehehehe

Malam tadi saya buat checkup kat klinik. Pregnancy kali ni saya pegi klinik dekat rumah je. Kalau dulu awal-awal check kat PPUM. Time dekat nak bersalin barula pegi Hospital kat KPJ Shah Alam. Kali ni tak tau nak pegi mana lak.. Ada la gak terfikir nak try DEMC lak.. Hehehheh Sebab dia dah pindah hospital baru.. Hahahhahaha.. Tapi tak tau doktor mana yang ok. Kengkawan ada sugestion untuk DEMC tak doktor mana yang ok? Kalau kat KPJ Shah Alam, dulu dengan doktor Siti. Boleh je pegi sana tapi manala tau nak berubah angin lak kan.. Hehhehehhe

Malam tadi check, uri masih kat bawah lagi. Tak nak naik-naik la pulak kali ni. Doktor cakap tak payah risau lagi sebab baru 5 bulan. Tunggu je insyaallah dia akan naik balik. Asalkan tiada bleeding should be ok. Ermmm… Moga dipermudahkan olehNya.. Amin…

Bila doktor check semua ikut due.. bak kata doktorla tp saya tak nmpk sangat sebab doktor cakap baby dh besar. And…… Malam tadi dah nampak dengan jelas jantina anak ummi ni…. Nak tau? Insyaallah kalau betul dari scan tu………………………….

.

.

.

.

.

.

.

.

it's a cute boyhehehheeeh alhamdulillah…… Semoga anak ummi ni membesar dengan sihat walafiat dan dilindungi olehNya. Amin………….

Nota: Sepasang… tu yang khayra dok sebut boy je bila tanya…  hehheeheeheh

Luv,

UmmiKA

Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

Related Posts with Thumbnails