~ Go Go Genting Highland ~

~ Go Go Genting Highland ~

Lama jugak saya menyepi kan? Hehehhe Ke mana saya menghilang? Saya dan keluarga bersama keluarga belah FIL saya ada family day di Genting Highland. Go Go Genting… Sebenarnya dari hari Rabu lagi kebanyakkan family belah FIL saya dah bertolak. Tapi saya and family bertolak after abang habis keje. Malam tu dah ada aktiviti. Nasib baik di Genting je. Dekat la kan? Hehhehehhe

Hari Pertama

Saya and abang sampai Genting dalam pukul 800pm macam tu sebab abang habis kerja pukul 7pm. Tiba-tiba ada meeting kata abang. Sampai-sampai je, semua orang dah makan, so saya and abang pun pegila cari kedai makan dulu. Oh, kami duduk di Genting View Resort. Kat bawah je, bukan kat atas Genting highland tu. So kami ke Gohtong Jaya untuk cari kedai makan. Mak aihhh… Semuanya kedai cina and jual bak kut teh. Sabar je la.. Yang ada Hotel Seri Malaysia.. ( Takkan la nak makan kat hotel situ lak kan.. Huhuhuh ), Kedai mamak… ( tu pun kami tak perasan sebab tiba-tiba ternampak kedai jual burger tepi jalan), Then jumpa la satu kedai melayu, Restoran KK nama dia. Makanan kat situ not bad la.. tapi memang sangatla frust sebab tak banyak choice.. Huhuhuhu

Habis makan je, kitorang balik and pertandingan karaoke dah start. Semuanya berjalan kat CRV club di Genting View. Habis pertandingan karaoke, memasing barula sibuk nak berkaraoke.. sabar je la.. Saya? hehehhe saya malu nak nyanyi.. Kalau ada bilik tertutup and saya je, mungkin saya nyanyi la kot.. hahhahahahahha  g karaoke pun tak pernah.. konon ada hati nak nyanyi.. :P

Hari Kedua
Pagi-pagi sarapan disediakan. Kemudian kami ada perlawanan futsal keluarga, perlawanan badminton keluarga and sukaneka untuk kanak-kanak. Di Genting View ni, ada disediakan court untuk badminton, futsal, tenis and other games. Jadi sangat convenience untuk kami bila choose untuk beraktiviti macam ni. :)

Khayra di pagi acara

Inilah gaya Khayra tiap kali suruh senyum.. Ada ka??

So, pagi tu, lepas makan banyak, breakfast kami ada nasi lemak, mee goreng, roti bakar, sup, buah, salad etc which mean, memang patut bersenam lepas tu.. hehehhehe kami berkumpul di dalam dewan untuk meneruskan aktiviti yang dirancang.

Khayra and abah tengah nonton atuk-atuk and pakcik-pakciknya main badminton.

Khayra di kerusi tepi kolam mandi sebelum kejadian. Kejadian??

Kejadian? Yep, hari tu, masa semua tengah main futsal kat dalam dewan, time tu semu auntie-auntie dia dah habis sukaneka kanak-kanak, so semua dok pakat nak mandi la. Khayra pun apa lagi, nak jugak mandi and main air kat kolam renang tu. Air nya sangat la sejuk.. Huhuhu and grand finale began… Khayra tiba-tiba time tengah duduk and makcik dia tengah pegang ( makcik Khayra baru berusia 5 tahun gitu.. ) :P tiba-tiba Khayra terbaring and tinggal muka je atas air and sempat diselamatkan. Hampir lemas.. Really putus semangat saya masa tu.. Terkejut sampai tergamam kejap nasib baik terus angkat Khayra cepat-cepat. Then terus dia nak naik.. Tak jadi nak main dah. Saya tukar baju dia, kemaskan khayra, tengok ok je.. Tak banyak ragam. Cuma nak dengan saya je, yang saya rasa common.

Habis je semua aktiviti tu, kami menghadap lunch then aktiviti bebas. :D So, kami sekeluarga memilih untuk naik atas Genting dengan menaiki???

yep.. Cable car…. Again abang kene naik.. :P

Sebelum naik atas tu, memasing tidur sekejap sebab penat sangat kan. Khayra lak, tidur terkejut-kejut. Tangan tergapai-gapai and nak orang peluk dia je. Mama takut Khayra trauma/teringat pasal kes hampir lemas tadi je.. Tapi masa jenjalan kat genting tu, Khayra ok je..

Saya and mama and Khayra

Sampai sana, jalan kejap, round-round then balik.. Kat Genting tu, wow… ramai giler orang. And kedai pun, of course la banyak kedai cina kan? hehehe siap ada jual frog leg poridge lagi. Hahhahahahahha Jalan kejap je kat sana sebab bukan nak masuk park apa pun. Just nak jalan-jalan je.. :D Kami kena balik sebab malam tu ada dinner pulakk. :) Dinner kali ni ada fesyen show kanak-kanak dan penyampaian hadiah untuk perlawanan yang berlangsung pagi tadi and sambutan father’s day too… :)

Malam tu, Khayra dah start demam tiba-tiba. Panas sangat badan dia and i know my mistakes sebab tak bawak preparation apa pun macam ubat demam, termometer dan lain-lain. Jadinya, fesyen show malam tu yang sepatutnya Khayra masuk, me pun kene bawak dia sekali. Fesyen show trend baru, berdukung sambil berplaster. Hahahhahahahha

Antara peserta and kalau nak tau, tu semua adalah makcik and pakcik Khayra kecuali yang pakai baju melayu hijau tu. hehehheheheh

Malam tu Khayra pakai cheongsam. Habis hilang keayuan.. :p

Inilah family Haji kadis dan hajah Musirah. Anak, Cucu and Cicit… :)

Inilah Khayra malam tu…

Nasib baik cousin adha ada bawak ubat demam. Malam tu bersengkang jugakla sebab Khayra tidur terkejut-kejut and tak boleh tidur sangat. Sian anak ummi… Next time kene more careful ye sayang…

Inilah kenapa saya tak update blog lama. :)

Luv,

UmmiKA

Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

~ Perbezaan Hari Pertama dan Kedua ~

Hehehehhe Kelakar je kan hari pertama je nak tulis pengalaman. Hari pertama saya tidak alami banyak masalah sangat sebab saya masih hantar Khayra ke Nurseri lagi. Jadi segala kerja-kerja saya masih berjalan dengan teratur.

Pagi-pagi macam biasa hantar khayra ke sekolah dia, then saya terus pecut kereta saya 160 untuk hantar kain-kain untuk next stok. Kali ni insyaallah ada design baru untuk baju-baju di adrinis. :) Lepas discuss dengan tailor saya, apa nak buat dan sebagainya, saya pun balik ke Shah Alam balik sebab ada janji dengan adik saya untuk tolong dalam business baru dia. Saya pun sekarang dalam process nak belajar menjahit.. :P Saya jahit yang senang-senang tu taula sesikit tapi bila tang nak buat fesyen tu masih agak blur la.. :P

Balik rumah petang, Khayra atuk dah amik.. Ingat nak masak sup kaki ayam, tapi mama dah siap-siapkan barang dah untuk masak asam pedas… so, semua berjalan smoothly…

Hari ni? Fuh… sekarang baru saya bernafas sikit. Hahahhahaha Apa taknya, hari ni saya cuba untuk tidak hantar Khayra pergi nurseri.. Wahhh sangat menguji. Nak masakkan makanan untuk si Khayra pun sibuk berdukung. Sabar je la.. Hasilnya? Makanan dah masak, tapi kerja-kerja pembersihan semua tak boleh buat. Khayra macam obses kot sesekali saya kat rumah. Dia ingat saya still kerja lagi, so she’s really cannot tahan untuk berdempek je dengan saya. Jadi, petang ni baru saya dapat buat kerja online saya and kerja-kerja pembersihan yang lain, sebabnya sekarang Khayra tengah tidur.

Ermmm, cemana ek nak handle si tecik tu? Kalau gini tiap hari, boleh buat kerja time dia tidur je habisla saya. Sebabnya kalau dia bangun, laptop bagai semua saya tak boleh pegang. Even handphone pun. Kira nak balas mesej or jawap call ke, kalau ada dia, jangan harap. Di tolak-tolaknya tangan saya nih. Kene fikirkan cara macam mana nak handle. Ada idea tak? Meh share-share sikit :)

Luv,

UmmiKA

Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

~ Khayra Takut Dengan…….. ?? ~

Sape nak tau, khayra kan, dia kan… takut dengan ………. SHREK… hahahahhahahah Memang kelakar la… :P Opps…. tetiba je…  gelak and cakap gini.. Okeh.. Isnin baru-baru ni saya cuti. Ehem-ehem… Pagi tu ada check up saya.. so, mestila tengahari gitu baru habis kan.. biasanyala.. :P so, dah alang-alang, saya ngan abang pun cutila… Hehehheheh So, petang tu tetiba kata nak g tengok wayang. Huhhh.. dah lama benar kitorang tak g tengok wayang.. tetiba rasa excited la kan nak g tengok… So, memang pilih nak tgk shrek sebab ni episod akhir and lagipun ank bawak khayra sekali.

Kitorang beli tiket kat cineleisure. Amik couple seat.. Hehhehe cukupla kalau dengan Khayra. Kitorang masuk-masuk je, dah start sikit.. Masa Rumpelstiltskin cuba nak menghasut Pinocchio amk deal dengan dia. Masa tu Khayra ok lagi… tiba-tiba…

Shrek kua… makanya… Khayra pun apa lagi.. menjerit…’ atuttttt’ …. ekekekke kelakar giler time tu.. Khayra cakap atuttt lepas tu terus peluk saya sambil tutup mata. Tapi kejap-kejap dia bukak mata tengok balik. Kejap-kejap atottttt… Last-last nak kua sebab gelap… Saya pun pelukla khayra.. barula dia ok… Ekekekkekekeke Nasib baik tak buat perangai time tu.. Dia peluk saya kuat-kuat sambil tutup mata je sebab takut tgk shrek.. Tu masa shrek kua je la… Dah la sound kuat kan.. Tak lama lepas tu.. Tiba-tiba je tidur…. mak aih… nasib takde tiket tuk khayra.. kalau tak… rugi je… ekekekkekekekeke

Overall cerita shrek ni tak seseronok citer yang  first la.. tapi untuk cerita ringan-ringan, not bad la… :) boleh tengok puss yang gemok.. and sangat comel ok… cute lak tu… especially tang buat mata minta kesian… ekekekkekek and memang lawak…. Dengan perangai donkey yang memang suka bercakap and kecoh… Oh.. cerita kali ni sebab shrek termakan hasutan Rumpelstiltskin. So semua milik dia dah bukan milik dia.. Kenapa shrek kene tipu? Sebab shrek tak suka jadi hero.. dia nak jadi binatang yang digeruni balik. Time tu kira dia tak menghargai apa yang dia ada la… So, cerita ni macam nak bagitahu, kita patut menghargai apa yang kita ada.. and kita sepatutnya bersyukur dengan kurniaan yang kita dapat/peroleh di dunia ini.

Nota: Membuatkan saya lagi tetap hati untuk sentiasa meluangkan masa untuk keluarga lebih lagi dan berusaha untuk menjadi isteri yang mithali and ummi yang penyayang. :)

Luv,

UmmiKhayra

Related Posts with Thumbnails