Esok pagi-paginya ( sabtu 26 Dec) kami bangun untuk bersiap-siap ke Klang untuk family day keluarga belah FIL saya. Kami sampai ngam-ngam tengah amik gambar untuk semua keluarga. Nasib baik sempat. Sempatla nak amik gambar dengan semua family. Cuma time tu Khayra sedang susu. Hahahha Tak kisahla, janji gambar ada di dalam.. Hahahhahahhahaha Lepas tu, barula tangkap gambar untuk setiap adik-beradik atuk dan nenek. Time tu baru la Khayra dah bangun. Malangnya, saya belum ada lagi gambar untuk tahun nih. Tak sempat nak amik kat sesapa pun.
Tak tau pun sapa yang ada.. Hehehhehehehhehe
Tahun ni, jumlah yang datang kurang sikit compare to last 2 years. 2 tahun lepas, dekat 400 orang kot yang datang. Tahun ni, kurang sikit yang join, mungkin sebab ramai takde sebab cuti krismas. Amik cuti panjang sambung ke new year. Tapi, still kitorang enjoy.
Pagi-pagi tu, lepas tahlil semua, ada penyampaian sumbangan kepada anak yatim kawasan kampung tu, lepas tu anugerah kecemerlangan untuk anak-anak, cucu-cucu and puyut-puyut keluarga besar Abdullah & Rubingah. Time ni tahula sape yang dapat spm 10A, yang dapat PMR 8A etc. Ini kira macam penghargaan dan galakan la kepada yang lain untuk lagi berusaha dapatkan yang terbaik.
Habis sume tu, kitorang ada sukaneka untuk semua.. Untuk budak-budak bawah 5 tahun, diorang kena kutip gula-gula. Memang kelakar sebab ada yang nangis tak dapat, ada yang bijak, tunggu je tepi, kutip je gula-gula yang dah ketepi-tepi tu.. Then yang lain tu, memang just nak seronok-seronok je berebut-berebut.
Lepas tu untuk umur 6-10 thun, perlawanan, tiup belon sampai pecah. Awal-awal tu macam takde sape yang boleh pecahkan belon-belon tu, tapi bila dah sorang pecah, berturut2 pecah jugak. Saya? fobia gak sebenarnya bab belon-belon nih. Nasib baik time tu Khayra selamat tengah tidur. Kalau tak, ada jugak la dia pun berebut nak belon tu jugak. Khayra dah la pantang tengok belon ni. Mesti nak punyer la…
Lepas tu buat aktiviti untuk remaja pulak. Cari pasangan selipar masing-masing yang dah gi campur-campurkan. Yang ni memang ganas.. sampai bertindih-tindih tu.. Hhehehehe takpe yang penting mereka happy.
Sebenarnya nasib baik ada juruacara yang best. Kalau tak hambar jugak la majlis hari tu. Juruacara itu keluarga sendiri jugak…
Habis sukaneka, kitorang di hiburkan dengan aktiviti persembahan daripada 6 kumpulan. Diorang diberi masa 1 jam untuk fikirkan persembahan pendek apa yang menarik. Siap ada juri and juri pun memberi komen jugak. Ala-ala akademi fantasia la bak kata DJ tuh..
Ada boria, dikir barat, pocho-pocho pun ada…
Acara akhir sekali, adalah bowling buah kelapa. Ni untuk pasangan yang dah berkahwin sahaja.. Memang kelakar la sebab bowling kelapa ni, nampak je konon-konon senang nak baling, tp cuba try boleh kena ke idak?
saya? Satu pun tak kena… :))
Hari tu memang enjoy la. Habis semua acara, sume balik and petang tu pulak, kitorang keluarga-keluarga adik beradik abah pulak buat BBQ malam tu. Khayra sepanjang petang tu, berjalan je keja. Main dengan pakcik-pakcik and makcik-makcik dia yang umur lebih kurang dia je.
Nasib khayra la, sebab buat ketika ini, Khayra la paling kecik antara semua. Tahun depan, ada 4 orang kawan Khayra bakal lahir. 2 orang makcik/pakcik, 2 orang lagi sepupu Khayra. Makin bertambah besar lagi la keluarga ni. Malam tu bincang untuk family day keluarga kitorang je untuk tahun depan. Jadi, plan tahun depan sampaila ke bulan 6 dah ada… Huh… Bulan 1 ( insyaallah MBP gathering..
– tetiba je masuk MBP.. Hahahhahahha ), Bulan 2 ada planning gak tapi tak sure lagi… Apa plan dia? Hehhehehhe nanti la.. ni sume yang dah pasti je…
Bulan 3 ke kelantan (kawin sepupu abang), Bulan 4 langkawi ( family day belah MIL), Bulan 5 ( kawin sepupu belah abang), bulan 6 genting highlands ( family day FIL). Ni yang comfirm dah. Enjoy lagi la tahun depan..
Nota: Khayra lak dah makin membesar… Rindula kat baby ummi yang kecik comei2 dulu… Hahahhahahhahahhaha
Luv,
UmmiKhayra














Recent Comments