~ Perbezaan Hari Pertama dan Kedua ~

Hehehehhe Kelakar je kan hari pertama je nak tulis pengalaman. Hari pertama saya tidak alami banyak masalah sangat sebab saya masih hantar Khayra ke Nurseri lagi. Jadi segala kerja-kerja saya masih berjalan dengan teratur.

Pagi-pagi macam biasa hantar khayra ke sekolah dia, then saya terus pecut kereta saya 160 untuk hantar kain-kain untuk next stok. Kali ni insyaallah ada design baru untuk baju-baju di adrinis. :) Lepas discuss dengan tailor saya, apa nak buat dan sebagainya, saya pun balik ke Shah Alam balik sebab ada janji dengan adik saya untuk tolong dalam business baru dia. Saya pun sekarang dalam process nak belajar menjahit.. :P Saya jahit yang senang-senang tu taula sesikit tapi bila tang nak buat fesyen tu masih agak blur la.. :P

Balik rumah petang, Khayra atuk dah amik.. Ingat nak masak sup kaki ayam, tapi mama dah siap-siapkan barang dah untuk masak asam pedas… so, semua berjalan smoothly…

Hari ni? Fuh… sekarang baru saya bernafas sikit. Hahahhahaha Apa taknya, hari ni saya cuba untuk tidak hantar Khayra pergi nurseri.. Wahhh sangat menguji. Nak masakkan makanan untuk si Khayra pun sibuk berdukung. Sabar je la.. Hasilnya? Makanan dah masak, tapi kerja-kerja pembersihan semua tak boleh buat. Khayra macam obses kot sesekali saya kat rumah. Dia ingat saya still kerja lagi, so she’s really cannot tahan untuk berdempek je dengan saya. Jadi, petang ni baru saya dapat buat kerja online saya and kerja-kerja pembersihan yang lain, sebabnya sekarang Khayra tengah tidur.

Ermmm, cemana ek nak handle si tecik tu? Kalau gini tiap hari, boleh buat kerja time dia tidur je habisla saya. Sebabnya kalau dia bangun, laptop bagai semua saya tak boleh pegang. Even handphone pun. Kira nak balas mesej or jawap call ke, kalau ada dia, jangan harap. Di tolak-tolaknya tangan saya nih. Kene fikirkan cara macam mana nak handle. Ada idea tak? Meh share-share sikit :)

Luv,

UmmiKA

Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

~ Adakah Saya Still Breastfeed? ~

Mungkin ramai yang dah tau ( ramai ke? hehehehe ) yang saya sekarang dah pregnant.. :) Usia Khayra sekarang belum lagi menginjak ke 2 tahun. Yes, dulu azam saya memang nak susukan Khayra sepenuhnya sampaila usia Khayra 2 tahun. Tapi bila dah ramai kengkawan dapat anak.. then ramai yang pregnant lagi, lepas tu bila tengok baby, yep… saya rindu kan zaman itu.. Rindukan bau-bau bayi nih.. :P Sejak tu, rasa macam nak je tambah anak lagi.. :D

Tuhan makbulkan doa saya kot, terus dia bagi saya dan abang rezeki ni.. Yep, i’m really happy dengan berita nih. Serius happy… Walaupun tidak la beraksi macam dapat anak first dulu kan.. Kali ni, maintain cool… hahahhahahhaha Persoalannya sekarang ni, adakah saya masih breastfeed Khayra?

Masa mula-mula saya bagitahu mama pasal saya pregnant, mama dah terus cakap suruh berhentikan Khayra dari menyusu sebab tak elok. Susu tu dah takde khasiat. But yes, kami ( abang dan saya ) awal-awal dah search tentang tandem nursing atau ghilah ni. In case kalau ada ter’accident’. Al-maklumla, saya tidak menggunakan apa-apa protection.. :P Oh..  saya pernah buat post pasal tandem nursing atau ghilah ini kat sini. Sila la menjengah. Its open with new tab. :P Jadi, sebabkan saya dan abang dah ada sedikit pengetahuan tentang ini, maka kami tidak ralat bila family cakap tak boleh. Dengan jelasnya abang terangkan hal ini. Cuma keadaan adalah bergantung kepada saya. Sama ada saya mampu dan susu saya mencukupi.

Bagaimana keadaan saya?
Terus terang saya katakan, production saya memang sangat-sangat menyedihkan. Bila saya tahu saya pregnant, saya still pam susu saya bila saya bekerja. And sudah semestinya hasil yang dapat amat mengecewakan. Khayra pulak bila menyusu malam, mesti dia macam tak puas. Semakin hari, susu saya semakin kurang. Dan sekarang, saya di office dah tak pam lagi. Betul.. bukan saya give-up tapi tiap kali saya pam, saya hanya akan dapat 1oz paling banyak. Nasib baik saya dah tak perlu keluar rumah awal-awal pagi. Dan saya bekerja di kawasan rumah je. So, saya bolehla keluar lewat dari rumah, susukan Khayra siap-siap, time lunch, kadang-kadang saya menjengah Khayra tapi tidakla selalu… Dan yes, betul.. sekarang saya dah bekalkan Khayra fresh milk dan susu isomil untuk menampung keperluan Khayra masa kat nurseri sepanjang saya tiada. Serius, hanya Allah je tahu macam mana perasaan saya bila saya tak dapat nak fully breastfeed khayra lagi. Yep.. masa tu penahla terfikir, kenapa saya tak tunggu je Khayra 2 tahun.. Tapi cepat2 saya sedar, yang saya sepatutnya bersyukur dengan anugerah ini. Saya sepatutnya bersyukur dikurniakan rezeki yang tak ternilai ini. :) Bukan rezeki Khayra menyusu dengan ummi sepenuhnya, tapi still bila saya balik dari kerja je, susu ummi la jadi pelepas dahaga anak ummi nih… :) Khayra akan tunjukkan happy sangat bila saya bagi susu saya. Sangat menyentuh hati saya masa tuh.

Adakah saya still breastfeed?
yes and no.. Saya still breastfeed Khayra tapi tidak sepenuhnya. Saya still bekalkan susu lain semasa Khayra di nurseri sebab saya memang tiada stok susu langsung. Yep, saya tidakla keras kepala hinggakan tidak memikirkan keperluan anak saya. :) Bila malam hari, memang Khayra akan menyusu dengan saya sepenuhnya. Khayra memang takkan nak susu lain. Oh, ini mengingatkan saya kejadian pagi tadi bila saya masukkan isomil dalam beg nurseri khayra, punyala khayra berang and mengamuk. Siap di keluarkan dari beg dan di tolak-tolak dengan kaki lagi susu tu. Pandang ummi, no no no… Really ummi sedih time tu.. Tapi untuk kebaikan Khayra, ummi terpaksa buat gitu. Ke ada sesapa yang sudi jadi ibu susuan untuk khayra? :P

Saya ada tanya lyna pasal still boleh fully lagi tak kalau pregnant. Lyna ada bagitahu kalau bekerja agak susah. Waahhhhh adakah saya perlu berhenti tiba2? ahhahahahhahahhahahha

Nota: Ye, saya sedih pasal ni, tapi at the same time, saya happy sebab Khayra bakal jadi kakak… Hehehhe Tiap malam sebelum tidur, atau bila-bila dia menyusu dengan saya, Khayra mesti akan cium perut saya sambil cakap ‘adikkkk’.. then akan baring atas perut saya…  Saya suka moment itu…

Luv,

UmmiKhayra

~ Setiap Yang Hidup Pasti Akan Mati ~

~ Setiap Yang Hidup Pasti Akan Mati ~

Firman Allah Ta’ala :
al-anbiyaa

surah-al-Jumuah-ayat-8Yang bermaksud : “Katakan (wahai Muhammad) sebenarnya maut yang kamu melarikan diri daripadanya itu, tetaplah ia akan menemui kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Allah yang mengetahui segala yang ghaib dan nyata, lalu ia memberitahu kepada kamu apa yang kamu telah lakukan (serta membalasnya).


Tiap-tiap yang hidup pasti akan mati. Daripada Nya kita datang dan kepada Nya kita kembali.

Al-Fatihah untuk arwah nenek saya yang tercinta. Al-fatihah…

Luv,

UmmiKhayra

Related Posts with Thumbnails