~ Quick Update From Me ~

A quick update from my side. Yes, dah lama tak update blog and ada komen yang tak sempat di reply. Sebabnya, seperti biasa, busy sampai tak hengat. Dapat la jugak g menjengah2 sekejap kat blog kengkawan. Ada yang sempat tinggal komen, dan ada yang tak sempat sebab bos tetiba keluar bilik.. Hahhahahahha ( Harus di ingat ya, blogspot, facebook, gmail you tube dan mana-mana yang seangkatan sudah di block di office ini. ) :D

Bagaimanakah saya boleh muncul di siang-siang hari ini ke rumah kalian? Hehehhehe saya menggunakan cara yang agak senyap.. Hinggakan kalau kat feedjit tu, kuar saya datang dari negara omputih. hahahhahaha apa-apa je la kan.

Nak update pasal MBP gathering, tak sempat.. sebab gambar takde kat office ni ha. Semalam sampai rumah pukul 9pm, harusla tak sempat. Nak layan minah kecik tu lagi. Oh.. dia suka tgk binatang avatar tu.. ingat itik tau.. siap buat bunyi itik lagi. Pek pek pek instead of Quack Quack Quack. :P Bila orang keluar, dia nangis suh tukar part yang ada makhluk ganjil itu. Apakah? :D

Khayra dah 1 tahun 5 bulan masa MBP gathering tu tau, which means 1 bulan lagi, she’s gonna be 18 months. OMG.. Cepat sungguh masa berlalu. Nanti saya update pasal Khayra. Tak sempat jugak nak karang-karang nih. :P

Oh… paling saya tunggu2… hari ni evaluation day saya… Baru tadi my boss skype saya cakap, ‘After lunch 2pm, we will go over your eval’. OMG! OMG! Alamak.. Alamak… Daripada buat keje dengan semangatnya terus hati dah tak keruan ok. Takut wooo… sebab saya rasa tahun lepas saya tak achieve pun apa yang dia nak. Kot la.. sebab saya banyak amik unpaid leave, MC habis, Anual leave habis. Lepas tu asyik tak keja je.. But tu semua bukan sebab saya ok. I have too. Bukan saja-saja excuse. Harap2 dia mengerti itu. Huhuhuhuhu

Saya bukanla tak boleh terima negative comment or apa, cuma saya takut.. Perasaan biasa di alami bila tiap kali evaluation day. Cuma bos saya ni, kalau cakap akan berhemah la. Takde la hentam keromo je kan. But still, saya takut.. Rasa nak nangis ok… Apsal la bos ni buat arini.. kasi la saya siapkan layout ni dulu… kan dah tak keruan. kan kan kan… :D Tu yang dengan rasa nak luahkan perasaan yang dh tak keruan ni, tinggal je keje tu sekejap, kasi update kat sini. Aci tak? Hhahhahahha

Dah la, saya pun rasa macam tulis dah macam orang tak keruan. Nanti lagi panjang entah jadi apa ntah entry ni. Kata quick update. Kenala ringkas. Ye tak? Hhahahhahahha orait2… sambung keja…

Nota: Kalau ada increament RM20 pun jadila kot.. Hahahhahahahhaha Baiknya saya nih… :P

Luv,

UmmiKhayra

Dongeng Cinderella, Snow White Ancam Psikologi Kanak-kanak

sumber

Erm.. Baru-baru ni, aku ada la dok menggodek sekejap dalam forum BicaraMuslim.com. Then aku ada terjumpa satu post tu, keratan dari berita harian tentang cerita dongeng macam cinderella, sleeping beauty, snow white etc boleh mengancam psikologi kanak-kanak. Itu menurut kajian daripada pakar psikologi barat.

Diorang cakap, cerita-cerita tu mampu mengancam psikologi kanak-kanak termasuk keganasan. Alasan yang diorang bagi, bila budak2 tengok cerita macam tu, diorang akan ada perception, kecantikan fizikal tu sangat penting. Bila cantik, tak yah belajar and bekerja rajin-rajin. Macam sleeping beauty tu, tidur je.. Then bangun2 terus dapat putera raja. Kira macam mengajar budak2 ini untuk berfantasi atau berangan-angan untuk dapat terus putera raja or orang kaya. And cerita-cerita ni jugak, membuatkan kanak-kanak ini berfikir yang kalau cantik, lawa, semuanya baik.. Hodoh, buruk adalah orang jahat, malas and patut ditindas. Kira buruk-buruk belaka la kalau orang yang hodoh ni.
Diorang ada bgtau, parents kene take part bila menceritakan kisah2 macam tu. Bagitau moral of the story, maksud sebenar cerita tu or mesej yang nak sampaikan. :)
Hehehhe tu based on research diorang. Bagi kita? Elok ke buku-buku ni untuk anak kita?

Nota: Bagus ke tak bagus ke, buku-buku tu tetap di jual malah dijadikan favourite tales untuk kanak-kanak. :D

Nota: Lagi suka belikan Khayra CD2 yang membantu developkan perkembangan minda and fizikal..

~ Stok.. Stok.. Stok… Di manakah Kamu? ~

My breastfeeding journey continued dalam topik stok. =) Sehingga hari ini, (21/5/2009) stok yang dapat aku kumpulkan untuk Khayra hanyalah 2 botol sahaja. Sikit ya amat kan? And stok tu, bukan dari baki yang aku kumpul dulu tau.. Just imagine, selama hampir 9 bulan aku BF Khayra, stok yang paling banyak aku kumpul dalam 30-40 bekas sahaja. Less than 50.. Masa Khayra 4 bulan tak silap aku, stok dah takde.. Sebab, apa yang aku pam, kurang dari keperluan Khayra.. Kalau ada pun, sikit2, dalam 3, 4 bekas, lepas tu habis.. Macam tu la perjalanan stok aku sepanjang 9 bulan nih. =P

Setiap hari, apa yang di pam hari ni, untuk kegunaan esok hari. Biasanya ngam2 je.. And beberapa kali jugakla aku balik Shah Alam, hantar susu. Sebabnya ” Kak, susu Khayra dah habis la.. Tinggal 1 botol je ni. Hari ni Khayra kuat menyusu.. ” Huh… Padan kat muka sendiri sebab tak mengumpul stok awal2.. Konon time pantang tu, pikir, boleh punye kumpul stok.. No problem.. time tula.. Sekarang? Alangkah bestnya kalau dapat kumpul awal2.. :P ( Pengajaran untuk aku.. )

Macam-macam dah aku cuba petua untuk membanyakkan susu. Air longan kering, jantung pisang, granola bar, pegaga, semua tak berapa jalan dengan aku. Sesetengah orang, minum longan tu, malam tu dah bengkak2 kan? Tapi aku? Aku takde rasa perubahan pape.. mungkinla ada, tp aku tak perasan.. Mungkin sebab tak banyak.. Walaupun cenggitu, aku tetap jugak makan and minum bende-bende tu. Mungkin lama-lama nanti dia akan meningkatkan produk aku. Mana tau kan?

Kalau bendera jepun mai, lagila… amat sedikit yang boleh di pam. Tu time awal-awal bendera jepun tu naik. Sekarang ni, aku cuma akan pikir yang kalau bendera jepun naik, aku still nak pk, susuku banyak. Kira psikologi la… hahahhahhahha And guess what? Alhamdulillah, kilang pemprosesan aku, berjalan seperti biasa. Syukur sangat. But still, tak mampu nak kumpul stok. Ntah pape je kan?

Sebenarnya, kalau aku pam malam2, mungkin aku dah ada stok untuk Khayra. Takpela kalau dapat 1 oz je ke kan? Kumpul2, mesti dapat banyak. Disebabkan kemalasan aku tahap melampau, and sebab keletihan lepas balik keje, tu yang aku jarang luangkan masa mengepam malam. Sebabnya? aku akan tertidur sekali dengan Khayra time menyusukan dia.. Ekekekkeekke Sekarang tgk? Apa dah jadi? Stok untuk Khayra takde.. :(

Aku bukan jenis yang banyak susu kot sebab kalau orang lain, sekali pam dapat la penuh 2 botol MLO tu. Or, mungkin sebab aku kurang sessi mengepam? Kalau aku pam, biasa 1 botol tu pun kadang2 susah nak penuh. ( ni dulu-dulu) Sekarang ni la, alhamdulillah.. dah meningkat. Sekali pam, aku dah boleh dapat 5/6/7 oz.. Syukur sgt3… Mungkin disebabkan aku sekarang dah start pam malam and pagi-pagi sebelum pegi keje kot. Lagi banyak kita pam, lagi cepat kosong B kita.. Bila dah kosong je, signal akan diberi untuk bgtau yang susu perlu banyak lagi.. So, more supply… Betul tak? Ni untuk yang working mum la.. kalau direct, aku rasa takde masalah. Sebab baby sentiasa dengan kita.. :)

Sebab apa aku dah start pam malam and pagi? Sebabnya……………….. mama dah bersuara-suara suruh beli FM untuk back-up time petang-petang sementara aku balik tu. Tiap petang, susu yang aku bekalkan tak cukup. 16oz.. untuk 7-5pm je.. Aku balik dalam pukul 7 cenggitu.. 2 jam tu la Khayra lapar.. Tiap hari gak dia suruh abang beli FM.. Kami buat tak tau je… Kejam tak? :P

Sekarang ni, memang ada peningkatan la start2 aku pam malam and pagi.. Susu aku macam dah ala-ala meriah gak la.. sangat2 gembira.. Khayra pulak, ala-ala faham je yang ummi dia ada banyak susu, selera pun makin bertambah. Hehehehhe

Inilah jadual pam aku untuk 1 hari.. =)

6.00 AM ( sebelum bersiap2 nak g keje… Kadang2 aku miss jugak =P )
8.30 AM ( ni sampai2 opis je terus pam. Sementara tunggu opis bukak )
1.00 PM ( Time lunch.. memang pulun la pam.. sambil merilekskan diri.. )
6.00 PM ( Time balik.. Kadang2 dalam kereta masa abang drive… :) )
10.00 – 11.00 PM ( ni aku akan pam.. siap2 semua, then tidur… )

Aku tau gap aku banyak jugak kan? Tapi aku tak mampu nak keluar pam tiap 2/3 jam.. huhuhu mungkin sebab tu jugak kot susu aku kurang…

Hinggakan hari ini.. detik ini… Sekarang ni.. alhamdulillah dah ada 2 botol stok untuk Khyara.. Hahahha baru 2 botol ye… Takpe, aku akan tetap berusaha keras untuk menjayakan cita-cita and impian kami berdua untuk menyusukan Khayra sampai 2 tahun. Insyaallah.. Doakan untuk kami ye :)

Nota: Stokk… dimanakah kamu? ada je ni ha.. tinggal kamu je mencari aku… :P

Nota: Pengajaran untuk aku and untuk semua… Simpanla stok sebanyak yang mungkin untuk bekap. Kita tak tau apa yang bakal kita hadapi kelak.. :)

Related Posts with Thumbnails