~ My Breasfeeding Journey – Part 2 ~

Episode 2
Hehehehhe Macam drama pulak entry nih. Ada episode2 lak.. :P Sampai mana ye aku cerita? Ok.. Sampai yang kami balik dari rumah cousin kami and plan konon nak beli FM 1 kotak terus. Abang cakap, kalau macam tu pun consider as kedekut tak tau la… Hehehehhehe Aku time tu nak tergelak pun ada jugak. Yela, time tu dah dalam kete kan. Khayra pulak time tu, tiba2 je behave. Senyap and terus tidur. Wahh.. anak ummi ni, kecik-kecik dah pandai berdrama… Hehehehe
Aku bagitau abang, jangan tensen sangat. Biasala, kalau cucu ni, especially yang sulong, sayangnya terlebih extra. Semua bising-bising gitu, sebab diorang caring. Tak nak something bad happen to Khayra. Jadi, kita kenala prove kan, apa yang diorang fikir tu kurang tepat. Lama-lama abang cool down, and kami terus balik rumah. Tidur… Hehehehehehe Esoknya, mama ingat kami dah beli FM, rupanya takde. Terkejut jugak dia mula-mula sebab kitorang degil. Sebab bila kat rumah orang ( ni time raya tau ) aku kasi susu dalam botol. Mama ingat tu susu formula. Rupanya susu aku jugak yang aku pam. Aku pam siap2 dalam kete. Muka mama berubah jugak la.. tapi bila dengan aku, mama diam je.. :P Sorry mama, bukan tak nak ikut cakap, tapi pendapat kita berbeza dalam hal kebaikan Khayra :)
Tu antara peristiwa yang paling aku ingat sekali bila relate dengan keinginan kami nak BF Khayra sepenuhnya. Mungkin dengan kedegilan kami ni, still teruskan niat nak BF Khayra, menjadikan impian kami menjadi kenyataan. Walaupun, Khayra belum lagi berusia 2 tahun, tapi bagi aku cabaran yang paling berat masa umur anak kita below 6 months. Sebab time tu, kalau betul nak fully BF, dalam masa 6 bulan pertama, kene bagi susu ibu sahaja. ( Kalau formula 4 bulan dah boleh kasi makan. ) Lagi satu, cabaran yang dasat tu datangnya dari family kita sendiri. Ignore je la kata-kata dari orang yang tak de kaitan dengan kita. Tu cuma sekadar angin lalu je. Tapi family? Hehehehhehhe
Sebabkan kami tak nak kasi Khayra jamah apa-apa pun dalam 6 bulan pertama ni pun jadi issue jugak. ehhehehe Aku? As usual, hanya senyum and tak cakap pape. Kalau cakap pun, sesikit je la.. Kasi fact. And biasala.. Kalau tanpa bukti, sape nak percaya. Betul tak? Especially mereka-mereka yang dah makan garam dulu dari kita. Alasan paling best
Korang dulu pun kecik-kecik kitorang dah kasi makan dah. Elok je membesar. Pandai je pun. Masuk U je pun. Takde apa-apa masalah pun. ” – huhuhu bila compare kan cenggitu, memang la.. Abang bgtau aku, time tu nak je dia jawap “mana tau kalau sekarang ni masuk U, kalau kasi susu ibu, terlebih U pulak masuknya nanti.. :P ” Heheheh tu cuma mainan perasaan abang je la… Dalam hati aku lak “makanan dulu beza dengan makanan sekarang. Sekarang ni, macam-macam penyakit and macam-macam perasa.. bla.. bla.. bla… ” Ni dalam hati je la.. :p
Makcik dulu, time dalam pantang dah kasi makan dah tau. Asyik nangis je. Nestum tu masuk dalam botol, kasi je.. Baru diorang senyap and diam. And lama and lena tidurnya. Takde la asyik nak kene kasi susu je. ”  - time ni, aku still cuti and baru je lepas pantang. Time tu, Khayra memang kuat menyusu. Tiap 1 jam, mesti akan bangun untuk menyusu. Macam tak puas. Sebab tu la statement tu kuar. Mungkin sebab Khayra asyik bangun2 and diorang nampak tak kenyang kot. :) Aku senyum je.. Tak cakap pape.. Kalau cakap pun mesti diorang tu faham lagi. ( Bagi aku, memang biasala baby akan menyusu dengan kerap kalau direct BF ni. Sebab dia cepat kenyang. Aku buat dunno je.. )
Akak dulu pam jugak lepas pantang. Konon nak kasi BF jugak. Tapi sempat bg 3 bulan je. Walaupun kita pam, nanti lama-lama dia kering sendiri. Sebab akak penah dulu.” – Ni masa Khayra dah 3 bulan. Sebab aku dah start keje and aku bagitau yang aku pam bila kat opis. Aku cuma cakap “Yeke? Dia boleh kering sendirik ye? Ohh.. Saya pam je nanti selagi boleh.” Tak cakap banyak sebabnya, time tu aku baru je lagi. Pada fikiran aku, kalau aku bagitau pasal demand and supply tu, sure aku kene lebih teruk lagi sebab aku sorang time tu. Paling takut akan keluar ayat yang tak nak aku dengar. “Kamu baru lagi. Tu yang still banyak susu lagi tu. Tengokla nanti. Dah 4 5 bulan. ” Sebab tu tak cakap lebih-lebih. Nanti kene curse. :P
Mana cukup bagi susu ibu je. Nanti malnutrition budak tu karang, baru korang tau. ” – Ni la ayat yang biasa aku dengar bila masing-masing nak kasi Khayra makan, and kami? Tak kasi. Kami nak kasi masa Khayra 6 bulan and above jugak. Sebab kami percaya, susu ibu dah ada semua kandungan nutrisi seimbang yang diperlukan untuk Khayra. Aku tak pasti sama ada diorang sebenarnya tau and sengaja buat tak tau. Atau mungkin diorg memang tak tau. Atau mungkin diorang sengaja buat macam tu untuk kasi aku lebih semangat untuk BF Khayra. =) Cuma, almost everyday kami akan disogokkan dengan kasila makan. Kasi rasa sikit tak apa. Ala, lembut, bukan keras pun. Abah tak kasi Khayra makan, wan boleh kasi… etc.
Kasila budak tu air masak. Dia dahaga tu. Air masak bukannya tak elok.” – Huh.. ni pun amat susah nak menerangkan yang susu ibu tak perlukan air masak. Kandungan air dalam susu ibu tu sudah mencukupi. Kami tetap degil. :P
Inilah antara cakap-cakap yang aku dengar dari orang-orang terdekat sekeliling aku.. Kalau tulis semua, ada jugak la entry ni terlebih panjang lak.. :P Ni masa awal-awal lagi la. Sebab masa tu, memang diorang risau kalau Khayra tak dapat cukup susu, tak cukup nutrisi, and tak membesar dengan sempurna. Sebabkan Ummi and abah dia kedekut nak beli Formula Milk. Lebih rela beli pam yang harga lagi mahal dari Formula. =P
Oh.. lupa nak bagitau.. Kami, sampaila ke hari ini, almost 2 years already, still tinggal dengan mama and abah. Consider as my PIL la. Tu yang tak boleh nak elak wording-wording tu. And bonding mereka adik beradik sangatla kuat. Duduk pun area shah alam je semua.. So, faham-faham la kan. Macam my cousin cakap.. “The Power of 5″ =P
Bila Khayra dah membesar, perkembangan Khayra pun ok.. Bijak and keletah.. Senyum je.. Tapi gelak cukup mahal, baru masing-masing diam sahaja. Dengan bantuan dariNya and sokongan husband ku especially, aku dah buktikan, selama 6 bulan tanpa solid food, Khayra still boleh membesar dengan elok. Dan semoga, Khayra akan terus membesar dengan sempurna. Sebagai anak yang solehah and muslimah sejati. Chewaahh… Bukanla di sini aku nak membanggakan diri or nak rasa takbur or apa2 yang boleh membuatkan aku lupa diri.. Bukan.. Tiada niat pun nak rasa sebegitu rupa. Sebab semuanya kuasa Allah SWT. Aku cuma rasa pencapaian tu, membuatkan aku rasa bangga dengan diri sendiri. Sape tak bangga kan? Ada ke yang tak bangga? Jangan tipula kalau cakap tak bangga… ehheheheheh :P
Sekarang ni? Rasanya semua dah rasa yang tanggapan diorang dulu kurang tepat. Alhamdulillah, Khayra sebagai bukti yang dia boleh membesar dengan susu ibu sahaja tanpa bantuan formula milk. Syukur jugak, sebab aku dikurniakan dengan susu yang takla meriah macam orang lain, tapi cukupla untuk Khayra.  :)
So, tu la cabaran family yang bagi aku mencabar jugakla.. Nak buktikan kepada orang tua ni, tanpa mengecilkan hati agak susah jugakla.. Bagi aku, jalan paling mudah, mendiamkan diri sahaja. And kalau boleh mencelah, kita selitkanla reason-reason yang rasa-rasa boleh mereka terima.. :) kalau mampu la… ekekekekekke Mungkin ada yang lebih mencabar lagi journey dia compare tu aku. boleh la dikongsikan bersama.. :)
Lepas tu pasal stok. Huhuhu ni yang aku nak nangis jugak and dah nangis dah pun. Sebabnya? Tunggu next entry ye.. :P
Nota: Jangan lupa Vote saya untuk pertandingan nursing wear tu ye.. Klik kat vote button kat top right corner tu ataupun, Taip VOTE je kat komen saya.. Undian anda sangat la dihargai.. 
Terima Kasih daun keladi.. 
Nanti Undi la lagi.. :)

~ My Breastfeeding Journey – Part 1 ~

Sengaja aku buat post ni sebab? Sebagai kenangan aku.. Aku sengaja nak mencoretkan perjalanan aku selama 8 bulan lebih ni dalam melayari dunia breastfeeding. Takdela lama sangat compare to others, tapi aku nak jadikan ia sebagai kenangan tuk dibaca kembali bersama anak-anakku.. Sebagai kenangan aku, sebagai panduan aku di kemudian hari. Lagipun, aku nak abadikan kisah-kisah BFku ini, nanti-nanti, bila dah tua, or maybe 3, 4 years later, bila aku baca balik, mesti best kan? Hehehhehehhe Mesti terkenang-kenang, macam ni rupanya. hikhikhikhik
Aku nak start dengan apa ye dulu?Ok.. Secara jujurnya, sebelum kawin, aku tak pernah terfikir nak BF ni. Takde dalam wishlist aku bila nak kawin nanti, then dapat anak, anak tu aku nak BF kan dia. Mungkin sebab dalam keluarga aku sendiri, takde yang BF . My mum, memang BF adik aku yang lepas aku, tp time tu aku kecil lagi. Tak faham pun pasal BF ni. Lagipun, my mum memang tak keje. Pendedahan untuk BF anak sendiri ni memang kurang. Even sepupu-sepupu aku, semua bagi FM. Sampaila dah kawin. Ada sorang member aku nih, dia BF anak dia. And bercita-cita nak BF anak dia sampai usia 2 tahun. Time tu, dah tergerak di hati nak BF anak nih. Abang? Lagila.. abang supporter paling kuat aku. Lagipun, abang bgtau aku, walaupun bukan ada member kami ni pun, dia akan suruh aku BF anak2 kami. Wahh… Abang lebih advance dari aku rupanya.. hehehehhehe Bila aku disahkan mengandung, memang terus aku pasang niat, insyaallah aku nak BF anak aku sampai usia dia 2 tahun. Abang? Ikutkan abang, kalu boleh, dia nak aku fully BF Khayra untuk 2 tahun. Poyo kan? hahahahahah 
Walaupun cita-cita dah ada, and abang pun memang menyokong penuh and sometimes, dia yang terlebih over semangatnya dari aku (hehehhe Abang, really appreciate your support. :) ), aku still tak cari apa-apa info pun pasal BF ni. Yang aku selalu dig, semua pasal preggy. Apa yang elok, apa yang tak elok.. Kene buat apa tuk merangsang anak dsb. Anything about BF? No. Tak terfikir langsung time tu anak cari info ke apa. Sebab dok fikir, BF ni senang je. Tak perlu buat pape. Huh.. Fikiran yang tak patut di ikut ye kawan-kawan. Hehehehehhehe
Sampaila dekat-dekat due, barula aku start mencari pasal BF ni. My cousin, kak alyn yang mula-mula bg aku link ni, suruh aku baca. Dia tau pasal cita-cita aku n abang nk bf anak aku. Really appreciate it sis. :) Start dr situ, barulah aku search info pasal BF nih. Dr situla aku mula kenal susuibu.com. Kat situ aku hanya menjadi silent reader until now. :) Dengan ilmu yang ku korek tak seberapa itula, aku jadikan bekal untuk aku mengharungi dunia BF nih sebabnya? Khayra Amirah lahir awal seminggu. Ikut due 31Ogos. hihihihihi Lahir-lahir je, alhamdulillah, hospital deliver Khayra ni, support BF, lepas je lahir.. lepas bersihkan semua, terus bagi kat aku and aku pun terus BF Khayra. Time tu, perasaan aku.. Hanya Allah SWT yang tau. Mungkin sama kot perasaan mana-mana ibu, yang melahirkan.. nampak anak kat tangan sambil menghisap susu kita. Memang detik tak leh aku lupakan. Hehehehhe
Lepas keluar je dari hospital, awal-awal lagi nobody say anything about me BF Khayra. Even mama pun tak cakap pape.. Cabaran hanya bermula selepas 1 months after. Mungkin semua pelik, kami langsung tak beli FM tapi dok beli pam. Ohya, aku beli pam pun after delivery. Tak macam mummy-mummy lain yang beli time preggy lagi. Hehehehe Ni semua sebab pemikiran, BF ni senang je.. huhuhu which is, regret sebab tak banyak korek ilmu time awal-awal lagi. :(
Rata-rata semua terkejut bila aku n abang decided nak fully BF Khayra. Without giving her Formula buatkan diorang fikir boleh ke? Nak-nak insiden masa raya. Aku paling ingat insiden tu, yang mana kami kene giler-giler dengan family abang especially mama. Time tu, aku still dalam pantang. Hari ke 39 rasanya. That time kat rumah didi n mama uda. First raya. Kami masa tu, dah la berulang-alik dari shah alam ke sabak bernam then ke shah alam semula.. Mungkin masa tu, Khayra dah letih sangat. Bila menyusu dia menangis-nangis. And masa tu pun aku belum familliar dengan perangai Khayra lagi bila berjalan. Bila pam, susu aku tak keluar. Time tu bila mama tengok cucu kesayangan dia menangis-nangis macam kelaparan, and aku pam pun tak keluar satu titik pun, membuatkan dia bising suruh abang beli FM. Kasi Khayra FM jugak sebab susu aku dah takde. Kejam je ayat susu dah takde time tu bila aku dengar. 
Dengan tekanannya sume, cmfrmla susu tak kuar bila pam kan? Bila sume cakap, suruh bagi, suruh beli, abang still pertahankan pilihan kami. Semua serang abang ( giler la ayat aku nih kan? hehehehhe ) suruh beli FM sampai ada keluar perkataan jangan kedekut dengan anak. Hahahhahahaha Lepas tu keluar la ayat nanti anak tu malnutrition la.. tak membesar la.. and macam-macam ayat yang bisa meranapkan impian kami. Time tu aku cuma berdiam diri sambil tersenyum2. Sebabnya? Aku sendiri tak tau nak buat apa. Dah la keluarga mentua. Aku ni lak, sopan santun budi bahasa..( ayat poyo ) Tu yang aku cuma mendiamkan diri. Tapi dalam hati, aku mengomel2 jugak. Kenapa diorang tak faham dengan pilihan kami. Anak kami kan? Bagi aku, berdiam lebih baik dari aku turut menghangatkan suasana. Betul tak?
Perkara terakhir yang jadi time tu, sebab lepas dengar perkataan kedekut and berkira dengan anak, abang terus suruh aku siap2 and balik. Sebab nak pegi beli FM. Nak beli 1 kotak terus. Nanti takut kedai tutup. Aku pun terusla kemas and ikut abang balik. That time, i really pity my husband. Sebab aku tak tolong pun dia untuk defend pilihan yang kami pilih ni. And that time, cuma kak alyn je yang membantu. Tolong mencelah sesikit je. Ayat dia ” Biarlah.. anak diorang… Diorang tau la..” Even kak alyn cakap apa-apa pun, tetap tak memberi kesan pape kat sesapa pun. For me? Really touching. Ada jugak yang menyokong.. Thank you sis.. :)
Masuk kereta terus abang suruh cepat sebab nk pegi kedai beli FM. Khayra pulak, masuk kete je, diam and terus tidur… Apa jadi lepas tuh? heheheh
Tunggu la next entry ek.. :)

~ Worse Weekend ~

Minggu ni aku rasa, minggu yang paling tak menyeronokkan dalam tahun ni. Pernah tak korang beli rumah yang korang dah KIV kan, and then dapat tau unit rumah yang sama, dah ada orang yang beli at the same time korang beli? Semuanya sebab, tempat lain-lain. Lepas tu, bila call tanya macam mana kes tu, kita pulak disalahkan? Mula-mula salahkan sebab kat tempat diorang record untuk KIV tu takde. Salah kitorang ke? Lepas tu, bgtau kalau KIV kene letak duit sikit. Sebab orang yang entertain abang masa abang tanya pasal KIV tu tak mintak and cakap tak perlu, salah kitorang jugak ke? Last2, cakap tu open sales. so tak boleh KIV. Pulak.. salah kami jugak ke?? Dah tanya boleh KIV ke tak, then jawab ok, kami pun consider as ok la kan. Bila dah jadi macam ni baru nak cakap macam-macam.
Yang marah sangat sebab kami dipersalahkan and suruh kami pulak yg tukar unit sebab kami still ada kat tempat tu disebabkan berborak-borak terlebih. Kalau tau, baik lepas dapat semua dokumen, kami balik je. :( Lepas tu siap cakap, kami tak boleh nak salahkan pembeli tu. Abang cakapla, bila pulak kami salahkan pembeli tu. Kami tak mention pasal pembeli tu pun. Kami cuma tanya mcm mana hal ni leh jadi and solutionnya. Tu je..

Bukan kami nak keras kepala, type yang kami nak tu, tinggal 1 unit tu sahaja. Sebab tu la insist nak yang tu jugak. Diorang suruh tukar kat type lain.. Eeh.. sebab orang yang satu lagi tu tak nak tukar, kami pulak yang kene beralah? boleh siap cakap pembeli tu dah beli pagi2 lagi padahal baru je salesman yang handle urusan kami tu cakap, pembeli tu baru sahaja balik. Lagi satu, kami takde la nak marah sangat kalau unit tu kami tak booking dulu. Kalau awal-awal diorang cakap tak boleh, kami conside as bukan rezeki kami la kan. Ni siap cakap kami boleh reserve sampai ahad pagi. kami sampai sabtu pagi. Then salah kami ke? Lepas tu boleh pulak suruh kami amik unit lain YANG dah ada nama orang KIV kan. Sebab tu jugak antara alasan kami tak nak tukar sebab kami tak nak la orang lain jadi macam kami . Dah setuju simpankan sekejap, tup-tup bila sampai, tengok-tengok dah di jual. Apa cerita kan? Lagipun, memang rumah tu jenis yang kami tak nak.

Kalau ada lot lain yang sama dengan yang kami nak tu, kami don’t mind tukar. Bukanla insist sangat nak rumah nombor tu jugakkan. Masalahnya, tinggal 1 unit tu sahaja. THE ONLY ONE. Kalau nak beli, better la kita pilih yang kita puas hati kan? Mana boleh main tangkap muat je. Betul tak? Last-last, dia bagi solution, selasa ni, dia tolong setelkan. kami cuma mintak, kalau ada lot lain yang sama type yang kami nak, then kami tukar. Kalau takde, diorang cakap, nak jumpakan kami dengan pembeli lagi satu. Kira nak bincang. Aku rasa, diorang just buat tak tau je. Tu cuma nak tenangkan keadaan je. Sebabnya, loan kami diorang suruh holdkan. Tapi tak bgtau pun, loan pembeli lain tu, diorang akan minta holdkan dulu. Ermmm… Abang cakap, hari ni dia akan called jugak diorang tya progress.

Lepas habis kes kecoh-kecoh itew, kami balikla ke rumah ibu. Sebelum tu pi makan dulu. Perut lapar dah. Sampai kedai tu je, lauk satu pun dah takde. pegi kedai sebelah, dah order air, then tya nasi ayam, nasi ayam tinggal 1 je. Nasi-nasi semua takde. Yang ada tinggal sup-sup. Wahhh… Apakah ini? Nasib baik la pekedai tu cakap, nasi ayam boleh jadi 2 pinggan. Tapi ayam dia cukup untuk 1 je. So, abang tambah sup tuk lauk abang. Pekedai tu cakap, memang rezeki kitorang la tuh. Semuanya yang last.

Malam ahad tu pulak, tiba-tiba je Khayra demam.. Temp sampai 38.1C.. Siap muntah-muntah. Wahhhh… Tak pernah-pernah Khayra demam n muntah dengan banyaknya. Dah la banyak kali. Malam tu, tak tidur sangat. Khayra pulak, asyik merengek je. Tak boleh letak, tak boleh buat apa pun. Aku kene dukung dia je. Tu yang dalam pukul 2 je terus balik shah alam. Ingatkan nak pegi kenduri aida plus menjenguk suzy, semua kene cancel. Sebabnya, Khayra asyik mengamuk and merengek je. Inila first time bila Khayra demam, dia buat perangai sampai macam ni. Sebelum ni takde la cenggini sangat.

Jadinya, agak penat la aku minggu ni. Part Khayra demam, i dont really mind sangat. Apala sangat anak demam kan? hehehhehe Mungkin dia nak pandai something or tibe2 je nak bermanja dengan aku.. kihkihkihkih Part rumah tu yang buat rasa.. really worse…. huh :(

Nota: Wan Khayra dah balik from O*****O.. Khayra dapat banyak baju dari wan dia.. Jeles ummi.. ekekkekeke Kata cucu sulung.. of course la… kesayangan.. manja sangat-sangat :P

Nota: Voting tuk nursing wear dah bermula. Silala vote saya.. =P (Tibe-tibe je )

Related Posts with Thumbnails