Seriyes.. betul ni, saya memang nak tahu macam mana cara-cara untuk berforum? Haa.. Gelak2… Hehehheh Sebabnya saya pun nak gelak jugak kat diri sendiri. Dalam banyak-banyak benda dalam dunia online ni, bende ni la yang orang suka nak buat ( selain dari blogging.. saya rasa..
) yang saya tak pandai, tak reti nak buat. Sesiapa… Please help me!!…
Saya suka baca forum-forum ( walaupun saya kadang-kadang tak cukup masa untuk buat benda tuh.. ;p). Suka tengok orang berforum. Saya? Susah sikit kot.. Sebab saya ni pemalu sikit orangnya.. Jadi, banyak masa bila saya menjengah ke forum-forum ni, saya banyak jadi silent reader je. Memerhatikan perkembangan orang dan pendapat orang. Bagi saya, forum ni ala-ala berkomunikasi dalam satu conference chat cuma bukan dapat instant replyla… Sebab kalau saya nak chat dengan orang yang saya tak kenal sangat or baru-baru nak kenal, saya memang lemah la.. Sebab saya speechless dan pemalu… Hahahhahahahha Gelak kot kawan saya kalau tahu saya ni pemalu… Adoooi…. Eh, tapi seriyes.. Kalau dah kenal elok.. cantik.. ye, baru tahu saya macam mana..
Okeh, balik kepada forum nih.
Kat forum ni macam-macam yang saya boleh nampak dan lihat. Ada yang meluahkan perasaan, ada yang bertanyakan pendapat, ada yang memberi maklumat. Betull.. forum ni memang elok untuk kita bertukar-tukar pandangan dan nasihat. At least kita tidak sekadar mendengar satu-satu pendapat sahaja. Memang ada baiknya.. Cuma kekadang tu ada yang jadikan forum ni tempat untuk mengutuk orang, tempat untuk memfitnah orang.. ada jugak yang menyamar jadi orang yang sungguh perfect, bercerita itu dan ini, sekalinya terbongkar yang dia rupanya menipu.. Ada jgk orang yang macam ni kan.. Macam-macam la.. Huhuhu Tak baik gitu… Dan sepanjang saya menjadi silent reader ni, macam-macam yang saya baca.
Ya, saya setuju, dengan forum kita boleh dapat banyak pandangan tentang apa yang kita nak cari. Kalau nak cari tutorial untuk buat programming, pun boleh dapat dari forum. Ada discussion macam mana nak buat.. Kita bertanyakan masalah kita. Kalau nak tahu tentang pregnant pun sama. Kalau kita duduk jauh dengan mak, makanya kawan-kawanla sumber kita. Kalau tentang parenting pun sama. Jadi memang forum ni, bagus jugak untuk kita berkenal-kenalan dan bertukar-tukar pendapat. Ni semua based on pendapat saya..
Masalah saya? saya tak tahu macam mana nak berforum…. (W) Betulll… saya tak tahu macam mana nak mencelah.. nak beri pendapat sebab rasa macam semua dah ada yang menjawab. Adakah otak saya ni memang tak boleh berfungsi kalau bab-bab gini? Sebabnya saya rasa malu nak keluarkan pendapat or nak bagi pandangan or even nak bertanyakan soalan. Saya lebih kepada personal.. Tanya direct terus kat orang tertentu.. Kelakar kan?
Saya nak jugak join-join forum ni.. Hehehhe Kekadang tu register je.. Lepas tu senyap…. Hehehehhe Saya sungguh kagum dengan orang yang aktif berforum. Mesti yang banyak cakap kat luar kan? Ada sesiapa yang boleh ajar saya or paling-paling bagi guideline la cemana nak mencelah-celah nih… Hahahhahahahhahah betull.. saya memang hargainya…
Cheerss!!!!
Luv,
UmmiKhayra






Recent Comments