~ Hari Raya Pertama je Dah Tak Seronok Buat Saya ~

Yep.. Malam raya pertama, adalah malam pertama bermulanya hari raya saya tak seronok langsung tahun ini. :( Semuanya bermula dengan keadaan yang sangat seronok. Seperti biasa, sehari sebelum raya, sedara dah berkumpul beramai-ramai untuk masak rendang, ketupat dan lain-lain untuk persediaan raya dan juga untuk berbuka hari terakhir. So, semuanya berkumpulla ramai-ramai. Bercerita-cerita, gelak-gelak… memang best la…

Lepas berbuka, lepas habis takbir dan tahlil, saya dan abang bersiap-siap la nak bertolak rumah ibu saya. Tahun ni, pagi raya di rumah ibu pulak.  Maka bermulala cerita sedih buat saya. Saya tak tahu kenapa, masa dalam kereta tu, bahagian belakang saya dah sakit-sakit dan lenguh-lenguh. Saya dok fikir mungkin sebab buat keje siang tu yang saya rasa takde la tolong banyak pun.. :) Lebih kurang satu jam lepas tu, saya sampai rumah ibu saya, bermula la episodnya. Saya tak boleh baring, tak boleh mengiring, tak boleh duduk saja-saja. Kene bersandar je. Tak boleh buat apa pun. Dah la ibu saya masak rendang ayam kampung, rendang kerang, ketupat semua… Adik-adik saya pun dah balik, tapi saya tak boleh makan semua tu sebab perut saya senak sangat, belakang saya sakit sangat. Nak bergerak sikit pun tak boleh. Dari duduk nak berdiri pun tak boleh sendiri. Just imagine, macam orang yang useless je.

Malam tu, abang kene buat semua la. Sian abang.. tapi hehehhehe bila lagi kan nak suruh dia buat semua keje-keje yang melibatkan Khayra sepenuhnya. Hehhehehe Memang la abang tolong tapi tidakla sepenuhnya kan? hehehehhehehe Bila Khayra dah tidur, saya still tak boleh tidur lagi. Nak sembahyang pun kene duduk. Itu pun time sujud sekejap je boleh sebab tangan saya tak mampu nak tahan badan saya sebab sakit sangat. Sampai terasa boleh tersembam. Jadi malam tu abang tolongla urut2 kan sikit belakang saya sampai muntah-muntah saya dibuatnya. Banyak giler angin keluar dari badan saya. Malam tu memang saya tak boleh tidur langsung. Dapat tidur sekejap lepas tu terbangun balik sebab sakit sangat-sangat sehinggakan saya kene tidur sambil duduk.

Raya Pertama

Pagi raya tu, saya tak dapat sama-sama abang semua solat sunat hari raya di masjid :( Saya memang tak boleh nak gerak sangat. lepas habis beraya pagi tu, dalam nak dekat2 tengahari saya dan abang balik ke Klang rumah atok dan nenek belah abang. Sekejap je pun, dalam 30-40minit je dah sampai.. :) Time tu adik beradik abah dah berkumpul. Khayra pulak, dah jupa makcik-makcik, pakcik-pakcik dia, ( mereka lebih kurang baya je tau.. ) dah tak ingat dunia. Main je sepanjang hari. Nasib baik sebab saya memang tak larat melayan. Masa solat jumaat tu, saya bantai tidur kat rumah. Just imagine, bila dah duduk nak bangun pun susah. Lepas maghrib, saya memang tidur je.. pakcik-pakcik, makcik-makcik, sepupu-sepupu semua berborak sakan sambil makan-makan saya je tak join. Bila Khayra datang kat saya, saya tanya nak tidur ke, terus cakap nak tidur. Nampak sangat dah penat sangat. Lepas habis menyusu, terus tidur. Kalau saya sihat time tu, mesti lagi best sebab anak dah tidur.. :P

Tiba-tiba je abang kejutkan ajak balik. Tak sedar saya tidur dari pukul 8 sampai pukul 10. Pergh… tak sedar.. tapi, alhamdulillah, sakit dah kurang sikit. Abang cakap mungkin sebab saya penat sangat, dah sampai limit. Malam tu, abang yang tolong jaga Khayra, as he promise tapi abang memang bernasib baik la, sebab Khayra tak bangun-bangun minta susu sampai la ke pagi. Penangan bermain dengan pakcik-pakcik and sepupu dia sehari suntuk. :P Hari ni, Khayra memang sangat baik. Tak meragam macam biasa dia buat akhir-akhir ni.

Raya Kedua

Alhamdulillah, raya kedua ni saya dah sihat. walaupun sana sakit sikit, sini sakit sikit, tapi tidak la seteruk hari pertama sampaikan muka pun boleh orang perasan kan. Kali ni beraya belah mama pulak. Kami beraya dari pagi-pagi lagi menziarah saudara. Petang tu, sampai rumah macam orang kepenatan sebab perut penuh, badan letih. Khayra pun sangat mengada-ngada bila dengan family belah mama sebabnya sume dok manjakan dia.. Adeh… Penat melayan Khayra khayra lagi, kitorang pun, apa lagi tidur la sekejap sebab malam tu dah nak kena hantar mama ke KLIA. Mama kene pegi Toronto, Canada sebab mama kena kerja.

Raya Ketiga

Pagi-pagi lagi saya dan abang dah keluar rumah. nak balik rumah ibu pulak. Beraya belah sana yang tak habis lagi. lagipun, macam tahun-tahun lepas jugak, raya ketiga, rumah makcik akan buat kenduri arwah. Sampai rumah ibu, sepupu saya dah ada, so, kami konvoi je la pergi rumah makcik saya. Habis kenduri, kitorang konvoi pergi sungai tengi pulak rumah makcik saya jugak. Bermulanya satu episod yang saya ingatkan dah habis. Huhuhuhu Masa on the way tu, badan saya start sakit semula. Saya dah risau takut jadi macam hari raya pertama tu. Bila sampai rumah makcik saya, saya still boleh tahan lagi. Tapi bila semua dah balik, kami pun nak balik ke tanjung karang, saya dah start sakit sangat-sangat. Sakit sangat terutamanya kat bahagian ulu hati. atas perut tu. Nak tarik nafas kuat-kuat pun sakit, nak gelak pun sakit, sampai tak boleh nak buat apa-apa. Khayra pulak, sibuk nak duduk dengan saya. aduiiii… Memang menguji betul. Sampai rumah ibu, dah maghrib, kali ni, saya nak sembahyang duduk pun tak boleh. Saya boleh sembahyang duduk atas kerusi. Just imagin, raya pertama saya boleh lagi sembahyang duduk bawah and lakukan sujud, tapi kali ni tak boleh dah. Sebab atas perut saya memang sakit sangat. Masa abang suruh saya baring,  saya cuba baring, tapi tak boleh sampai saya menjerit suruh abang angkat saya sebab sakit sangat dada saya, belakang saya and saya sampai tak boleh bernafas. Bila abang cuba nak urut saya or sentuh saya pun saya tak bagi sebab bila abang sentuh, lagi sakit. Saya statik je time tu sambil cuba rileks, bertenang and control pernafasan saya. Time tu abang suruh saya jangan tegang sangat sebab nanti lagi sakit. Saya memang sampai tak boleh nafas bila sakit tu menyerang. Masa tu serius saya rasa macam sakit sangat ingatkan nak bersalin dah. Hehehehehehe Lama jugak saya cuba bernafas sikit-sikit sebab tu je yang saya mampu buat. Masa sakit tu, automatik mengalir air mata saya. Teringat saya,  masa saya sakit bersalinkan Khayra pun saya tak menangis. Agaknya lagi sakit kot. Khayra pulak, tengok saya macam tu, tak nak pergi mana-mana. Nak dengan saya je, sambil nangis-nangis. Bila saya dah ok sikit, dia nak berkepit duduk sebelah saya je. Macam tahu je ummi dia tengah sakit. Bila dah kurang sikit, baru dia nak turun and main-main dengan pakcik dia.

Malam tu pun tak boleh tidur sangat sebab saya tak boleh bernafas betul. Bila dah ok bernafas, perut saya pula menyentap-nyentap. Abang je la yang tolong saya jaga Khayra and tolong angkat saya kalau nak solat semua.

hari ni? Dah kurang sikit. Ibu cakap kena angin tajam. Dulu ibu pun pernah kena especially bila dah dekat2 nak due. Abang suruh makan halia la, minum air halia la, makan garlic la.. hehehhe risau jugak dia.. Ermmm… sape tak sayang isteri kan? :P Tapi serius, raya tahun ni memang raya tak best langsung sebab saya tak menikmati raya pun. Abang pun mesti macam tu jugak kot sebab dok risau isteri dia ni. asyik dok tanya, adik ok tak.. perut sakit tak.. risau benor bakal anak teruna dia tuh… :P

Sekarang ni saya still sakit-sakit sikit.. tapi still boleh tahan. Tapi nak masak-masak semua macam tak mampu je. Dah la mama takde.. sorry la ye bang, kalau abang tak nak masak, abang beli je la.. sebab sayang memang tak larat.. :P

p/s: berblog boleh pulak ek… hahahhahahhhahaha

Nota: sape-sape penah tak kene macam ni? ada apa-apa petua tak? hehehehhehe

Selamat hari raya.. Have a safe journey balik semula ke rumah. :)

Luv,

UmmiKA

~ Selamat Hari Raya Aidilfitri Untuk Semua ~

Selamat hari raya aidilfitri untuk semua kawan-kawan saya.

Berkesempatan ini, saya memohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap, atau terlebih kata, terkasar bahasa, atau mungkin ada sesetengah entry saya, mahupun tindakan saya yang menyinggung, menyiat atau melukakan hati kawan-kawan semua atau apa jua kesalahan yang saya tidak sedari sepanjang saya berblogging dan sepanjang kita menjadi kawan.

Saya mohon ampun dan maaf di bulan yang baik lagi diberkati ini. :)

Oh, saya tak sempat nak buat kad raya.. hehehhe dah lama saya tak online blogging… Insyaallah, lepas raya saya kembali aktif….

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI UNTUK SEMUA….

GEMBIRA MACAM MANA SEKALIPUN, BERHATI-HATI DI JALAN RAYA, INGATLAH ORANG TERSAYANG.

p/s: baju raya, kasut raya, tudung raya, songkok raya, segala macam raya jangan sampai tertinggal pulak.. ada pulak yang meraung di pagi raya… :P

Lots of luv,

UmmiKA

~ Duit Raya – MySuperKids Special Aidilfitri Giveaway ~

mysuperkids giveaway

Sertai sekarang untuk voucher minyak PERCUMA!

weblog popular 1Malaysia

Okeh… Ni entry paling simple… Meh2 join mysuperkids duit raya giveaway…

Hadiahnya? voucher minyak tu… yey… Best tuh…. :)

puh3.. dapatla… :D :D :D

Related Posts with Thumbnails