~ Masjid Kristal – Taman Tamadun Islam – Kuala Terengganu ~

~ Masjid Kristal – Taman Tamadun Islam – Kuala Terengganu ~

Entry ni dah lamaaaaaa sangat dalam draft tapi asyikla postpone hinggala ke hari ini. :) Jangan tak tahu ye, ini cerita sebelum Adyan lahir lagi. Jadi cuba bayangkan la betapa lamanya post ni sebab sekarang Adyan bukan sahaja baru lahir tetapi dah berumur satu tahun. Hahahahhahaha

Lawatan kami ke Kuala Terengganu pada ketika itu adalah selepas kami ke Kelantan, menghantar pengantin. :) Jadi, lepas kenduri cousin kami selesai, dah alang-alang ke bahagian Pantai Timur, kami pun buat keputusan untuk berkunjung ke Terengganu. Untuk Post kali ni, saya nak bercerita tentang Taman Tamadun Islam dan Masjid Kristal.

masjid kristal Terengganu

Mula-mula sampai kami terus ke masjid Kristal. Masjid yang menjadi lambang kebanggaan Negeri Terengganu. Bila kami sampai, dan meronda sekitar kawasan masjid tu, masjid tu tidakla besar sangat. Kecik sahaja masjidnya. Bila kami masuk ke ruangan dalam masjid tu, kawasannya di bahagikan 2 bahagian. Ruang untuk solat dan juga ruang untuk pelawat melawat ke kawasan dalam tu. Alhamdulillah, kami sempat  solat di Masjid Kristal tu sebab masa tu dah masuk waktu zohor. :) Merasala kami solat kat situ. :)

Inner part of Crystal Masjid

Bagi pendapat saya berkenaan Masjid Kristal ni, masjidnya memang cantik cuma ketika saya melawat tu, keadaannya yang tak terjaga sikit. Mungkin masa sekarang ni, masjidnya dah sihat semula… Tiada cela dah… :)

Dome

Lepas kami habis solat dan menjelajah sekitar kawasan, kami pun pegi ke Taman Tamadun Islam pula. Jarak dari Masjid Kristal ke Taman Tamadun Islam tu tak jauh sangat tapi sebabkan ada shuttle bus, kami pun pilih untuk sesekali naik shuttle walaupun kena bayar sedikit.. :D

Untuk rate tahun 2010, untuk masuk ke Taman Tamadun Islam ni kene bayar RM15/seorang. Apa yang ada dalam Taman Tamadun Islam ni? Hehehhe Semua replika-replika atau model-model bangunan yang terkenal di dunia boleh kita lihat di sini. Antaranya adalah:

1.National Mosque,Malaysia
2. Kudus Minar, Central Java, Indonesia
3. Pattani Central Mosque, Thailand
4. Sulatn Omar Ali Saifuddin, Brunei Darussalam
5. Taj Mahal,Agra, India
6. Badshi Mosque, Lahore, Pakistan
7. Kubbah As-Sakrah, Baitul Muqqadis, Palestin
8. Great Mosque of Samarra, Iraq
9. Sheikh Luthfallah Mosque, Iran
10. Abu Nasr Parsa, Afghnistan
11. Al-Haram Mosque, Mecca, Saudi Arabia
12. Aleppo Citadel, Syria
13.Mosque of Mohamed Ali, Egypt
14. Nabawi Mosque, Madinah, Saudi Arabia
15. Suleymen Mosque, Turkey
16. Great Mosque of Qairawan, Tunisia
17. The Palace of Al-Hambra, Granada, Spain
18. Kalyan Minaret, Uzbekistan
19. Great Mosque of Agadez, Niger
20. Kul Sharif Mosque, Kazan, Russia
21. Xian Mosque,China
 Taman tamadun Islam Pandangan dari sudut atas
Ini antara gambar monumen yang ada di dalam Taman Tamadun Islam tersebut. :) Untuk menjelajah di dalam Taman Tamadun Islam ni, kita di beri pilihan sama ada ingin naik shuttle bus, sewa basikal ataupun jalan kaki. hehehe Kami pilih untuk naik shuttle bus. Penat kot nak memusing satu kawasan tu. hehehe Lagipun, ok juga sebab ada explanation daripada driver shuttle tu. :) Kami berhenti di certain tempat untuk lihat video, atau menjelajah kawasan monumen tu. Yang mana monumen yang ada ni, di buat lebih kurang bentuk bangunan yang sebenarnya. Monumen tu, agak besar sebab kita boleh masuk kawasan bangunan tu. Ada antara monumen-monumen ni sekali dengan bilik pameran dan mini teater. Mini teater tu menayangkan video tentang sejarah tempat tersebut. Boleh dikatakan kami menonton semua tempat yang ada. :)  Tak dapat melawat negara-negara tu, dapat tengok replika pun jadila kan? hahhahahhahahha
Di akhir pengembaraan menjelajah kawasan tu, akhirnya ada bangunan cafe. hehehhehe memang saja je diorg buat gini kan? sebab bila pelawat dah penat, comfirm nak membeli. hehehhehe
Depan Masjid Kristal - Kami dan Ibubapa
Ok.. rasanya cukup setakat ini. Kalau terasa nak berkunjung ke Terengganu, boleh set kan masa untuk melawat Taman Tamadun ni. Kita boleh melihat sendiri bangunan-bangunan bersejarah dari seluruh dunia, dan mengetahui sejarah setiap bangunan tersebut. Lawatan kami pada hari itu berakhir setakat Taman Tamadun Islam sahaja sebab masing-masing dah penat. Dari Kelantan terus melawat.. Excited terlebih. hehehehhe Lepas ni, misi mencari hotel.. Hehehehehe
Luv,
UmmiKA
~ @ Awana Genting – Genting Highlands ~

~ @ Awana Genting – Genting Highlands ~

Dari hari Jumaat (semalam) saya ada di Awana Genting. Bukan la bercuti sangat pun, tapi ikut abang je. Hehehehe Kat Genting ni apa yang ada? Untuk saya, macam takde pape je.. Hahahhahahha Sabar ye.. Kenapa saya cakap takde pape sebab saya sorang-sorang dengan 2 orang putera puteri saya yang perlukan perhatian. Saya tak naik Genting pun sebab Genting mesti ramai orang. Kalau saya seorang, rasanya tak mampu nak jaga Kakak Khayra yang sangat aktif dan tak boleh duduk diam tu. Takut saya memikirkan posibilities yang buruk, so, kami duduk je kat Awana ni. ;)

Apa yang ada kat sini?

Saya banyak habiskan masa kat bilik je. Adyan pun macam tak suka sangat kat luar kali ni. Tak tau pasal apa, mungkin sebab penat sebab setiap hari dari hari isnin saya kena keluar ada kerja. Mungkin sebab tu kot Adyan agak suka duk dalam bilik je. Kakak Khayra pulak, siap cakap dengan saya dia nak pergi work.. Then nak suruh saya bukak pintu nak keluar.. Tu rasanya dah tahap bosan tu kot… :P

Semalam, suasana agak mendung sikit. Cuaca kat luar berkabus dan memng tak nampak luar. Semalam memang banyak habiskan masa dalam bilik je. Pagi tadi, lepas sarapan ( sarapan yang agak lama.. Heheheheh ) saya dan isteri kawan abang berjalan-jalan la sekejap kat luar. Khayra jumpa kawan, memang sangat happyla dia. Siap pegang-pegang tangan lagi.

Khayra dah kawannya

Kami berjalan-jalan sekejap area kawasan Awana ni. Surprisingly, ada la tempat untuk bawak budak. Ada satu sangkar burung. Ada burung, itik, arnab dan ayam. Kat sini la kitorang habiskan masa pagi tu selain daripada berjalan-jalan ke kolam renang dan kolam ikan. Nasib baik kami bawak roti.. Jadi aktiviti memberi makan kepada ternakan tersebut.. Hehehhehe

Khayra sedang memberi makan kepada ternakan.. Mula-mula takut, lelama seronok… Hehehehehe

Oh, nampak tak di kepala itik tengah tu ada warna putih? tu jambul itik tu tau.. First time nampak itik ada jambul. Malangnya, saya menggunakan kamera hp je.. Tak nampak jelas.. Huhuhuh

Mata Adyan yang dah kuyu sebab time dia tido… Hehehehe

Khayra yang dah pandai bergaya… hehehhe

Genting yang berkabus

Keadaan Genting yang berkabus

Apa yang saya tak berapa suka di Genting ni, semua benda mahal. Makanan pun sangat mahal. TETAPI kali ni, baru saya tahu ada kedai makan yang murah di Genting ni. Nak tau kat mana? Hehehe Di Awana sky bridge. Berdekatan masjid tu. Ada kedai makanan melayu kat situ. Saya amik ayam, daging, sayur dengan air limau ais.. Total RM5. Tak murah ke tu? Murah kan? Hehehehehehe Mungkinla ada yang dah tahu tempat tu, tapi saya yang jarang ke sana, and bila sampai area kedai-kedai kat bawah tu kebanyakkan kedai cina je, saya rasa wow.. bila jumpa kedai tu. Hehehehehhehehe

Malam tadi abang ajak gi jalan kat atas.. tp anaj2 sedang tidur, so, rasa seperti malas nak berjalan… wasting time again.. Takpe.. next time.. Hahahahhaha

Nota: Entry dah berapa hari dalam draft… Bosan kalau bercuti(kononla) tanpa suami di sisi.. Hehehhehe

luv,

UmmiKA

~ Khayra @ Bukit Melawati ~

~ Khayra @ Bukit Melawati ~

Weekend lepas, kami sekeluarga balik ke tanjung karang dan pada hari ahad tu, kami sekeluarga bersama my parents pergi ke bukit melawati untuk bawa Khayra jalan-jalan sambil tengok monyet. Untuk hari sabtu dan ahad termasuk public holiday kereta tak boleh naik atas bukit. Pihak pengurusan ada sediakan kereta api atau shuttle untuk naik ke atas. Bayaran Rm3 untuk Dewasa dan untuk kanak-kanak berumur 4 tahun dan ke atas, RM1 dikenakan.

Khayra? Sangat excited bila sampai kat atas tu sebab banyak gila monyet yang sedang di beri makan. Kena berjaga-jaga ye sebab monyet2 ni akan grab je apa-apa yang dia nampak as makanan. Hari ni saya malas nak bercerita banyak.. Meh layan gambar pulak… :)

Khayra @ shuttle

Lepas menghabiskan masa di atas bukit melawati tu, sempat jugakla saya dan abang jenjalan masuk muzium yang ada di sana, tapi tak leh lama sangat sebab Khayra nak tengok monyet. Hehehehhe Khayra tak takut langsung dengan monyet kat situ. Lagipun monyet tu jinak.. Dah biasa dengan orang rasanya. Siap ada yang duduk kat kaki pengunjung kat sana. Cuma kesian tengok monyet-monyet tu sebab habitat dia memang dah takde. Kawasan situ dah bukan kawasan hutan lagi. Sekelilingnya dah ada pembangunan.

Sebenarnya masa kami pegi tu adalah masa untuk Khayra tido.. Memang dia tak tido la.. Masa makan lunch pun Khayra banyak main sebab dia nak lawan perasaan ngantuk dia. Kitorang makan kat tepi sungai and order udang sungai yang fresh. Wohoooo sangat sedap.. Udangnya pun manis sangat.

Khayra main, kami makan di tepi jeti sungai selangor.

Amacam? besar tak udang tu? Hehehhehehe

Bila bawak jenjalan kat jeti tepi sungai tu, sambil tengok bot, surprisingly, Khayra ajak balik sebab dia nak tido.. Hahahhaha kitorang gelak giler sebab biasanya dia yang tak nak balik. Mungkin sebab dah mengantuk sangat. Malam pun tido lambat sebab main dengan atuk and nenek sampai pukul 1 pagi. Pagi-pagi dah bangun.. So, balik tu, masuk kereta je, susu sekejap, terus tertidur. Dari pukul 2 lebih sampaila dekat-dekat pukul 5 baru bangun. Mengantuk sangat ye Khayra? :D

Related Posts with Thumbnails