~ Khayra’s On Medication ~

Sabtu tadi follow up untuk Khayra. Kan saya ada bagitau pasal kemungkinan Khayra kena makan ubat pencegah selama 6 bulan di entry yang lepas? Jadinya, memang doktor dah prescribe Khayra perlu makan ubat tu selama 6 bulan. Huhuhuhu Saya belum start lagi bagi Khayra makan ubat tu. Sebabnya saya nak cuba dulu kaedah lain ke. Tapi tu la, saya memang berbelah bahagi sekarang ni. Sama ada nak teruskan atau cuba cara lain dulu.

Masa doktor tu buat keputusan tu, doktor tu siap bukak lagi buku asthma management handbook dan tunjukkan pada saya. Untuk 6 bulan ni Khayra perlu makan ubat tu setiap hari. Cuma Khayra belum lagi sampai ke tahap kena gunakan inhaler tu. :( Apa patut saya buat ye? Bagi Khayra ubat setiap hari atau cuba kaedah lain? Saya agak buntu ketika ni.

Luv,

UmmiKhayra

~ Khayra’s Day 2 @KPJ Selangor ~

~ Khayra’s Day 2 @KPJ Selangor ~

Semalam, pagi-pagi lagi Khayra dah kene puasa sebab doktor tengok keadaan Khayra memang kene pegi buat fisio. Alhamdulillah, this time Khayra dah tak seperti masa-masa yang lepas, bila nampak bantal je dah nangis. :) Staff kat situ dah kenal dah dengan Khayra. Siap cakap, “masuk lagi Khayra”… Huhuhu And, memang kalau Khayra masuk buat fisio, ikut sejarah-sejarah sebelum ni, 4/5 hari tu memang dah cmfrm. This time? I hope she will recover early. Amin… Kali ni, bila tepuk-tepuk pun, Khayra cuma nangis slow2 and kekadang senyap je. Tapi bila masa fisio, fuhhh…. mulut tak nak bukak, and boleh dia gigit tiub tu tak nak kasi keluar or masuk. Phlegm dia memang banyak. Kali ni memang pekat and ada sikit kuning-kuning. Memang nampak teruk sikit compare to last time. But I hope she will recover soon…

Masa buat fisio tu pun, baby je ada dalam 13 orang. Just imagine, betapa ramainya baby yang kene bronkitis ni this time. Saya ada tanya doktor, manala tau, punca initiated bronko ni from the food, but the doktor said, “no, i dont think so.. Usually, its from the environment”. Sekarang ni pun kan musim hujan, cuaca tak menentu, mungkin sebab tu jugakla, ramai baby yang masuk.  Sebab my mum takut mungkin sebabkan ada bede yang khayra tak bolrh makan sebab dah 3 kali kene.

Ka-n-nebNi gambar Khayra masa tgh amik nebulizer… :)

Masa nebulizer, khayra ok je. kadang-kadang biakan je Khayra pegang sendiri and kadang-kadang saya pegang. So far so good. :) Tapi nurse tu cakap, kalau baby menangis time neb tu, sebenarnya lagi bagus sebab time tu dia nganga luas and memang senang masuk gas. :) Sebelum ni Khayra ada ambil pulmicot untuk neb but this time dengan doktor Hoe Khayra tak kene lak additional tu.

Nota: Sape ada sugestion macam mana nak kasi ubat kat anak kita tanpa perlukan paksaan? Saya terpaksa buka mulut Khayra masukka ubat then lepaskan Khayra, baru Khayra akan telan ubat tu. Lepas tu bagi lagi. But its really hard… :(

Nota : Nasib baik company cover all the treatment. Kalau tidak… Memang tak mampu la kami kat sini.. Thanks to the company… :)

Luv,

UmmiKhayra

~ Macam Mana Khayra Leh Admited Lagi? ~

Ikutkan kata doktor, kalau masuk dari start Khayra lahir, ini dah kali ke-4 Khayra masuk wad dalam masa 14 bulan. Kali ni bukan sebab 2 kes terdahulu tapi kes berlainan pulak. Pulak tu, 2 kes yang terakhir ni, dua-dua kene masa saya menjadi super busy di office. Aduhai.. Adakah Khayra tidak rela ummi dia balik lewat sentiasa? Sebab itukah? :D Pandai anak ummi ni ye? Kene berusaha lebih keras lagi la nampak gayanya untuk menjadi WAHM. :D

Khayra start kene cirit-cirit dari hari sabtu lagi. Jumaat tu pun, mama kata petang-petang je Khayra akan membuang. And malam ada la sekali je.. Yang kerapnya bermula hari sabtu. Bau dia, Astafirullahalazim…. Lain benar and sangat-sangat b***k. Tak tau kenapa. Kemudian, bila nak menyusu je, macam payah je. Hari ahad pun sama. Cirit-cirit jugak. Tapi aktif lagi. Makan and menyusu pun banyak. Cumanya, tiap kali lepas makan and menyusu, mesti akan poop. Malam tu, Khayra tidur macam susah sikit. Asyik nangis and macam susah je nak menghisap.

Esok pagi, amik keputusan pegi klinik nak check kalau-kalau ada pape. Doktor cakap sume ok. Cuma demam, selesema and batuk. AND cirit based on kami la kan? Check tekak semua takde. Agak tak puas hati, tapi sebab banyak sangat keje, hantar khayra ke nurseri. Malam tu balik lambat sikit. Pukul 9++ sampai umah. Mama cakap Khayra dah ok and berak jugak lagi. Malam tu Khayra dok nangis-nangis macam orang tak sihat. Badan panas balik. Jadi, esoknya saya terpaksa minta cuti dengan bos saya and buat keje kat rumah je. :( Satu hari tu, still berak-berak lagi and macam tak sedap perut. Malam tu, masa kitorang makan, saya susukan Khayra, tiba-tiba je Khayra mengamuk and menangis2. Bila saya tinggalkan meja makan then baru ok. Bila sume dah setel makan, mama amik Khayra then tidurkan Khayra. AKhirnya Khayra pun tidur tapi tiba-tiba dok terkejut-kejut and menangis menjerit2. Sume dah panik time tu. Mama cakap, bila mama bacakan surah al-falaq je Khayra akan menjerit-jerit. Surah lain ok je… Kalut gak la… risau dok tgkkan Khayra… Last-last muntah. Esoknya amik keputusan terus g Hospital.

Jumpa paed Khayra, Dr. Yasmin check semua, paru-paru ok. Cuma tekak Khayra je merah sangat. Mungkin sebab tu Khayra tak berapa nak menelan sangat sebab air liur akan meleleh banyak pulak tu. Lepas tu kalau meyusu pun kurang. Kalau batuk mesti macam nak nangis. SO, doktor suruh buat blood test and check najis sebab dah cirit lama. Untuk check najis itu untuk mengesan sama ada dijangkiti rotavirus atau tidak. ALhamdulillah, bila check untuk rotavirus, Khayra free dari tu. Cumanya, tekak Khayra je la. Doktor kata kalau nak kata ulser, tak nampak ada ulser. Fungus adalah kat lidah. So, doktor kasi gel daktarin tu. Saya tak pandai guna bende tu. Main taram je sapu kt lidah Khayra. Apa yang doktor dapat simpulkan Khayra kene jangkitan virus. Puncanya pun tak dapat di kenal pasti dari mana. Sebab biasanya virus lambat tunjukkan simptom-simptom tu. Kalau Khayra start kene jumaat, sabtu, berkemungkinan puncanya 2, 3 hari sebelum jumaat sabtu itu.

Hari ni berulang ke opis (2 hari lepas sebenarnya). Dalam keadaan macam ni rasa tekanan betul. Kerja memang banyak and bos pun macam xnak kasi saya cuti je. Sebab dia nak keje dia siap.Mestila kan? Dah nama pun bos. Kalau saya kt tpt dia pun risau. conferencenya minggu depan je, tp keje banyak lagi. Tapi at the same time saya memikirkan ank saya pulak. Dalam keadaan mcm ni, mestila dia nak saya kn? Kekadang saya fikir, mungkin sbb saya busy sgt lately ni yang Khayra masuk hospital kot. Sebab dah 2 kali jadi bende yang sama.   Tersepit dengan situasi mcm ni. Macam semalam, time tunggu bos saya habis dgn staff baru and kasi kerja, terasa lama giler tunggu. Abah lak ada hal tak leh jg lm sangat. Nak buat cemana? 2 jam lobih gak la…

Semalam, saya memang tak dapat datang keje. Lagipun tiada sape yang boleh tolong jagakan Khayra. Plus, hati ni lebih nak dengan Khayra daripada g keje. Nanti buat keje pun hati tak tenang buat apa kan? Nasib baikla bos ok. Dia kasi saya buat keje kat hospital ni je. And saya berjaya jugak menyiapkan keje-keje tu walaupun lambat siapnya.. :)

Hari ni, Sabtu 31 October 2009, kami masih lagi di hospital. Doktor cakap kalau tengahari ni Khayra dah tak cirit-cirit and dah tak demam, Khayra dah boleh balik.. HO yeahh…. I’m positive to say that today we will discharge.  Alhamdulillah, Khayra dah semaki sihat dan semakin aktif semula. Tidak seperti masa dia sakit hari tu, semuanya tidak kene. Semuanya nak nangis and semuanya salah je…

nota kaki: Harap-harap Khayra akan diberikan kesihatan yang baik dan membesar dengan sihat. Amin

Nota Kaki: Thanks to all my friends yang concern pasal Khayra. Ada yang saya tak sempat nak balas msg2 kalian sebab saya sangat busy dengan keje sambil menjaga Khayra. Entry ni pun dah berapa hari baru sempat publish. And entry sebelum ni memang entry schedule.. :)

Luv,

UmmiKhayra

Related Posts with Thumbnails