Check list for new born? Hehehe Baru-baru ni, saya dapati banyak reader yang akan sampai ke post saya yang berkaitan dengan pregnancy. Sudah lama saya tak bercerita mengenai hal-hal pregnancy, breastfeeding and cerita mengenai KA kan? Hehehhe Give me more time blog ku…
So, kali ni, saya nak share pasal check list untuk baby baru ni dengan kawan-kawan semua dan juga sebagai simpanan dan rujukan saya nanti. Hehehe Nak tambah lagi ke? Hahhahahhahhaha tu kena nanti la eh… Adyan baru 10 bulan hujung bulan ni hokey…
Untuk check list yang nak saya listkan ni, adalah more on my experience. Dari pengalaman saya yang saya rasakan apa yang saya betul-betul perlukan dan apa yang saya tak perlukan sangat. Kalau nak ikutkan kata hati ni ha, mahu je borong semua… hehehhehehhehe Tapi kena rasional la sebabnya, anak kita ni membesar.
Based on experience saya dengan 2 orang anak ni, yep.. memang kebiasaannya kalau dapat anak first mesti terlebih excited sampaikan semua benda nak beli, compare to second child, dah mula tahu apa yang patut dan yang tak patut…
Tu pun ada jugak yang terlajak.. Hehehhe Saya pun, masa anak first terasa macam semua benda nak beli, nasibla daku ada suami yang boleh menghalang niat saya…
Kalau suami pun jenis ok sayang.. belila.. rasa-rasanya penuh jugak rumah tu dengan barang yang tidak perlu..
Jadi meh saya senaraikan apa yang saya rasakan perlu sangat-sangat.
1. Baju / Seluar
Baju dan seluar ni memang la perlu.. Even anak kedua dan seterusnya pun, saya rasa memang kena beli. Sebabnya? Dah baby baru, biarla dia pakai baju pun baru kan? Hehehehhehe Kalau nak recycle yang kakak/abang punya pun boleh. Tak menjadi masalah. Cuma still, saya rasa at least ada jugak baju baru..
Yang patut ada, baju lengan pendek, lengan panjang dan seluar. Saya sarankan kalau nak beli baju, lebih mudah kalau baju-baju yang di beli tu jenis ada butang. Bukan jenis sarung. Kenapa? Kalau butang senang nak pakaikan baju tu. Nak-nak kalau tiba-tiba dapat anak kecik. hehehehe nak sarung2 ni, takut diorang lemas sebab time nak masukkan,mesti macam menjerut kat leher. =)
Selain itu, apa yang saya biasa buat, saya pastikan beli baju anak-anak saya saiz besar sikit. Untuk baju new born, kalau rasa nak beli, boleh la dalam 2 – 3 helai. Saya, banyak beli baju 0-6month..
Pengalaman saya dengan anak pertama, baju yang dibeli sangat menjimatkan SEBAB? Badan Khayra tak besar sangat walaupun berat badan dia sentiasa naik. Naik tak banyak sangat. Hhehehe Jadi ingatkan Adyan pun macam tu. So, belila baju dia yang new born, 0-3 month… Sekalinya…. sekejap je baju dia dah ketat. Pakai baju 6-12month pun muat. Sudahnya, baju-baju yang cantik (bagi saya) baru pakai 2,3 kali dah masuk dalam kotak.
Oleh itu, walaupun baju/seluar ni perlu tapi berpada-pada la sebabnya takut pakai 2, 3 kali then dah ketat. Lagi pulak, kita kena ingat yang keluarga/saudara/kawan juga ada kemungkinan besar bagi baju/seluar sebagai hadiah..
2. Barut / mitten / booties / sock / Bedung
Yang ni perlu sebab awal-awal baby baru lahir, kita memang pakaikan semua ni untuk elakkan kembung anak kita. Anak saya, pakai mitten paling sekejap. Dalam area umur 2 bulan je, saya dah tak pakaikan dah. Nak-nak bila dia dah pandai masukkan tangan dalam mulut. Saya dah tak pakaikan dah mitten tu. Nak kasi dia rasa muka dia, belajar genggam etc. Itu ikut orang la sebab ada jugak yang pakaikan mitten lama sikit.
Untuk sock@booties memang pakai lama… Cuma, saya prefer jenis macam stokin tu. Heheheh Saya rasa macam tebal sikit compare dengan booties. Sock ni, ikut kita juga. Cousin saya nak pakaikan sampai 1 tahun. Saya pulak, bila anak dah boleh merangkak terus xpakaikan. Sebabnya bila pakai jadi licin. Susah untuk dia merangkak.
Barut pulak, saya pakai sampai tak muat..
Actually barut sangat elok untuk dipakai sampai dia besar. Ini untuk elakkan kembung dan perut buncit…
Bedung pula sekarang dah ada moden punya. jenis wrap je. Ikut kehendak kita nak pakai yang mana. Adyan sangat suka dibedung. Cuma saya tak beli pun bedung untuk Adyan. Guna yang Khayra punya je. Nasib time khayra dulu, bedung dia semua warna biru. Hahahhahahahhaha
3. Minyak Baby
Minyak ni sangat penting untuk digunakan selepas baby mandi, basuh poo poo, basuh kencing dah sebagainya. Minyak ni nak elakkan daripada baby kembung perut. Suggestion saya, better gunakan minyak yang tak panas atau yang takde mentholatium. Takut ada setengah baby ni, kulit dia tak tahan.
Ikut pengalaman saya, Adyan tak boleh pakai minyak telon.. Kulit Adyan comfirm akan berbiji-biji merah. Kalau Khayra? sapu je la minyak apa pun. Still ok. So, better avoid sebelum kena.
Adyan guna minyak HPA je. Minyak bayi dia tak panas dan tiada mentholatium tu. Alhamdulillah, kulitnya ok.
Ada pelbagai jenis minyak baby yang ada. Minyak bayi HPA, minyak telon ( ni ada banyak jenis ), minyak yuyi ( ni ada yang cakap ada campurab tak halal-tapi dah di clarifykan rasanya.. Tak ingat…
Boleh pilih dan buat pilihan.
4. Termometer
Bagi saya termometer ni adalah sangat penting untuk mana2 new born baby terutama yang anak pertama. Termometer ni boleh didapati kat mana2 farmasi dan hypermarket. Kalau boleh, beli la termometer yang letak masuk kat telinga tu. Walaupun mahal, tapi berbaloi.
Based on pengalaman, susah nak guna termometer yang letak kat ketiak tu especially untuk baby yang lasak & tak nak duduk diam. Ada jugak yang suhu tak tepat. :-D
5. Car seat
Kegunaan car seat ni adalah untuk menjaga keselamatan anak kita bila dalam kereta. Kitorang agak bertuah jugakla sebab “ter”beli car seat 0-4 years masa time dapat Khayra sebab sampai sekarang masih digunakan untuk Adyan. Untuk car seat ni, cari yang berkualiti, yang lembut kusyen dan yang paling penting, yang boleh guna untuk baby and toddlers ala2 two-in-one. Buat pilihan dengan bijak dan ikut kemampuan. Banyak dah brands yang ok dan murah.
6. Diapers atau Cloth Diaper (CD)
Yang ni sangat penting kecuali kalau kita nak ajar anak kita pegi tandas bermula masa umur 1 hari. hehe Selalunya hospital2 (hospital kerajaan?) akan bagi sample diapers untuk new born baby ni. Tapi lebih elok kalau kita dah sediakan lebih awal. Kepada yang ingin berjimat sambil menjaga alam sekitar, boleh cuba tengok2 cloth diaper (CD). CD ni kain lampin macam dulu2 tu cuma dia dipermodenkan..
jadi sangat cantik.
7. Barang2 mandi
Untuk mandikan baby dengan senang, sila lah cari bath tub baby terutamanya kalau anak2 kita tu jenis yang aktif terlebih x nak duduk diam and hantu air macam Khayra & Adyan. Memang wrestling la nak kasi diorang duduk diam dan mandi. hehehehe Untuk sabun mandi pula, kalau boleh beli yang 2-in-1/head-to-toe je. Senang dan jimat sebab sabun yang sama boleh guna untuk satu badan.
Oh ye, jangan lupa jugak untuk beli towel. Kang menggigil sejuk baby lepas mandi
Itu je yang dapat fikir so far.. hehehe kalau ada siapa2 yang nak tambah lagi, sila la ye. Tapi bagi saya, untuk newborn, barang2 ni perlu sangat untuk persediaan sambut baby yang comel…











Recent Comments