~ Busy Syndrome : Count Me In?~

Tak sempat2 saya nak update blog saya.. Huhuh Saya mengalami busy syndrome yang saya percaya di alami oleh semua orang, cuma waktu, ketika dan jenis je berlainan.

Kenapa sindrom ini menyerang saya?
Huh.. Sejak balik dari cuti chinese new year, sape perasan blog saya tak selalu nak update? Sape2 angkat tangan… :P ( macam blog pemes je suruh orang angkat tangan.. :P ). Start dari CNY tu, kerja saya tak sudah-sudah.. Tambah-tambah sorang staff yang penting, dah berhenti. Makanya saya kena ganti.. Sudahnya, tiap hari sampai rumah pukul 830, 9pm.. Sampai-sampai je, Khayra mesti akan terkam.. Takkan kasi saya buat apa-apa.. Even saya pegang baju pun, dia akan pegang tangan saya suruh buang baju tu, then pegang dia sahaja. Mak aihhh… Anak ummi ni… Rindu ke? :P Sampaila ke hari ini, saya masih lagi busy tahap apa saya tak tahu.. Memang tak sempat saya nak update tiap hari, walaupun banyak cerita saya nak tulis. :(

Sekiranya sindrom ini menyerang saya especially, maka tanda-tanda yang dapat di kesan adalah? Blog saya jarang berupdate…… bla.. bla.. bla.. bla….

Ha…. sape pernah alami situasi begini? Saya percaya, dan kalau kawan-kawan perasan, perkataan ‘busy atau sibuk’ ni, tak kirala macam mana cara disebut atau ayat di sebut, even untuk minta tolong buat something pun, alasan paling senang orang nak jawap/bagi adalah? ‘Busy… Sibuk…’ Ada tak yang cakap ‘malas’? hehhehehe ada-ada.. sayala tuh.. :P Kalau cakap alasan nih kat bos, comfirm kena pancung.. :D

Kenapa tiba-tiba saya mention pasal benda ni?

  1. saya nak membuatkan diri saya ini, walaupun busy macam mana sekalipun, saya pandai untuk manage masa saya supaya apa yang saya buat, apa yang saya plan, berjalan dengan efektif dan lancar. Aminn….
  2. Saya nak motivated diri sendiri untuk tidak memberikan alasan ini sebagai alasan utama saya untuk tidak update blog(chewah.. ini yang pertama tuh.. :P ), untuk tidak balik melawat parents, untuk tidak melawat saudara-mara, untuk tidak berjumpa kawan meronggeng, untuk tidak pergi ke kenduri dan macam-macam untuk lagi la… :)  Mampukah saya? :)

Apa masalahnya dengan busy syndrome nih?
Saya ada jumpa satu artikel tentang sindrom busy nih masa saya busy-busy (?) mengexplore mr.google. busy jugak.. :P Dalam artikel tu ada sebut:

Many times the people that talk about how busy they are, are actually the least effective. Look at the truly effective people in your community. They very rarely talk about being busy. They talk about what they have accomplished or maybe what they are working on. They talk about going on trips, child-related “adventures”, and business challenges or accomplishments.

Gina Robison-Billups, founder of Moms In Business Network

Mengikut artikel itu, orang yang selalu cakap diri mereka busy adalah merupakan orang yang tidak efektif dan tidak pandai dalam menguruskan masa. Mungkin dalam erti kata lain, orang tu cuba memberikan alasan yang mereka sibuk apabila tidak mampu untuk menyiapkan sesuatu tugas atau ingin berbuat sesuatu. Contohnya,:

‘ ko takpela ada banyak masa nak update blog semua.. aku ni, kerja dah berlambak, mana ada masa blog-blog nih.. teringin sebenarnya nak berblog nih’ …

Atau pun,

‘ko takpela anak ko dah besar, boleh la ko buat business.. aku ni, nak kene jaga anak lagi, nak kene buat kerja rumah lagi… busy la… ‘

atau..

‘ko takpela, masa ko tetap.. bos ko ok, aku ni walau nak breastfeed anak aku, aku takde masa nak pam-pam nih.. aku busy sangat ke sana sini.. jumpa client semua.. ‘.

Cukupla kot 3 contoh ni.. :P Kalau difikirkan balik, semua orang kerja berlambak.. kerja sendiri? lagi la banyak keje yang nak kene buat. Tetapi kenapa ada jugak yang mampu untuk berblog dan mampu update tetiap hari dan rasa sungguh puas hati dengan kerja-kerja mereka? Saya? Yep… Personally, saya pun terperangkap dengan ‘I’m so busy’ mind-trap nih. Saya pun kekadang menjadikan alasan sibuk ini untuk tidak update blog saya. Saya pun tidak la pandai sangat manage time nih… Itula sebabnya saya nak mengingatkan diri saya ini untuk lebih motivated dan menuju ke arah yang lebih baik.. :P

Jadi apa yang patut kita lakukan untuk menjadi lebih efektif dan secara tidak langsung, kita tidak akan terasa sibuk? Ermmm… apa yang dapat saya fikirkan…

  1. Ukur baju di badan sendiri.
    Yep.. saya rasa ini perlu sebelum kita nak buat something. Ukur dulu kemampuan kita sama ada kita mampu atau tidak untuk menyiapkan tugas yang di beri atau kerja yang dicari. Kalau kita nak buat business sendiri, at the same time kita sedang bekerja, analisis dulu sama ada kita mampu atau tidak untuk melakukan kerja tambahan tersebut. Bukanla untuk menggalakkan berfikir negatif, tetapi be realistic adalah penting dalam menjayakan sesuatu kerja itu. Yela, takkanla tahu pasal busines lepas tu tetiba lak kena buat coding.. Harusla terjun lombong agaknya… :D
  2. Belajar untuk menguruskan masa
    yes.. ini yang paling penting. Pandai menguruskan masa perlu ada dalam diri masing-masing. Kalau kita mampu menguruskan masa, walau banyak manapun kerja-kerja kita, kita mampu untuk lakukannya dengan efektif dan sebaik mungkin.Kita tidak akan rasa sibuk sangat dengan kerja yang datang bertimpa-timpa. Bos saya selalu cakap, tuliskan apa yang perlu dibuat, catatkan apa yang perlu diingat dan uruskan masa dengan baik.
  3. Utamakan apa yang perlu diutamakan
    Sebelum nak buat something yang baru atau terlibat dalam sesuatu aktiviti ke, senaraikan apa yang kita utamakan dahulu.  Sebab kalau dalam hati kita lebih utamakan keluarga, nak bersama-sama keluarga lebih dari segalanya, then kita ada kerja yang menuntut sepenuh perhatian dan menuntut pengorbanan kita untuk tidak bersama keluarga, sebab kita akan sentiasa sibuk, makanya kerja itu akan menjadi sia-sia dan tidak mencapai tahap yang dikehendaki sebab hati kita lebih ke arah keluarga. :)
    Kalau kita nak buat something untuk keluarga kita, priority kat family, then kita berusaha gigih untuk mempersiapkan diri untuk bekerja di rumah, untuk memberi lebih tumpuan bersama keluarga, makanya pasti membuahkan hasil sebab kita memang dah set priority untuk keluarga dan kerja yang kita lakukan itu adalah untuk keluarga. Ia akan menjadi efektif.
  4. Berdisiplin
    Betul apa yang nadiah cakap… kita perlula berdisiplin dalam membuat sesuatu perkara atau sesuatu rancangan. Kalau ada disiplin, insyaallah, semua benda boleh jalan.. :) Taken From Nadiah point of view.. :)

Ermmm… ada lagi tak? Ada sesapa leh kasi idea macam mana untuk menjadikan lebih efektif and yet, organize dan tidak kelam kabut? :)

Luv,

UmmiKhayra

~ Kejam Tapi Berkesan ~

Hehehhe Tengok tajuk je macam ngeri dah kan? Kejam.. kejam.. kejam… Ish ish ish… Apa yang kejam? Sapa yang kejam? Nak tau sapa yang kejam tu?Dengan ini, saya introducekan, mereka adalah………

Saya and abang…. :P

Kenapa kejam? Ni semua gara-gara kena kasi Khayra makan ubat la.. Apa lagi… :) Semua orang mesti akan hadapi keadaan yang sama.. Mesti susah nak kasi anak kita makan ubat. Ada jugak yang dapat anak yang senang je kasi makan ubat. Macam ada sorang kakak tu. Saya tengok mudah sangat dia nak kasi ubat kat anak dia. Anak dia dengan rela hati je nak makan ubat. Khayra saya? Huihhh… cukup susah cukup payah. Walaupun sekarang ni, tiap hari dah kena makan ubat, still susah jugak nak kasi Khayra makan ubat. Even, Khayra sendiri dengan sendirinya akan bagitau saya, ‘bat.. bat… ” ( ubat) bila tengok saya amik syringe, ok je… tapi start nak kasi baru la menangis-nangis.

Banyak cara dah saya buat.

1. Campurkan dalam air / jus

Khayra tau daripada bau. Bila dia bau je ubat tu, terus nanak. tolak cawan saya bagi. Mungkin asyik dok cium bau je… Even air dalam cawan yang sama dah tukar dengan air masak, still Khayra tak nak.

2. Kasi elok2.. cakap tu sweet…

Huh… terus di tolaknya sebab dalam syringe. Hehehhehehhe

3. Dulu-dulu, Khayra akan tutup mulut sebab syringe tu tak nak kasi masuk mulut.. so, kami akan pegang pipi Khayra atau paling-paling pun, letakla jari kita kat mulut dia kejap untuk kasi ubat.

Boleh dengan cara tu.. tapi Khayra tahan nafas.. bila kita ingat dah telan, dia keluarkan balik.. haiiipppp…

4. Kasi sikit-sikit. Maksudnya kalau 3ml, akan kasi 0.5ml sekali minum..

Berkesan time awal-awal, lepas tu, Khayra pandai simpan and terus keluarkan. Paling-paling dia akan sembur2 dulu,

Apa lagi ek? Dah tak ingat dah.. Jangan tak tau ye.. masa nak kasi ubat ni, memang semua jenis bunga silat or kaki-kaki silat la keluar.. sebab nak kasi Khayra makan ubat. Bab menjerit, tu semestinya. Nangis macam sakit sangat. Macam kena dera.

Akhir sekali, ada maid sepupu saya yang ajar.Cara tu memang berkesan untuk Khayra. Sampai sekarang, ( Khayra kan tiap hari kena makan ubat) tiada pembaziran ubat macam dulu. Kalau tak, tak sure bape banyak yang Khayra telan. Sekarang? Semua dah memang masuk dalam mulut. Hehehhehe

Macam mana saya dan abang buat?

Saya akan baringkan Khayra kat pangkuan saya. Sebab kalau berdiri, comfirm akan keluar balik. Khayra akan nangis dan bila Khayra nangis, Khayra akan nganga. Time tu saya akan masukkan sikit ubat ( jangan sekali tekan terus..), then abang pulak akan terus tutup hidung dia. Kenapa bukan saya yang tutup? sebab dengan Khayra kena cepat. Kalau tak, comfirm dia akan dapat keluarkan. Lagipun, saya kena pegang tangan Khayra. Kalau tidak, comfirm syringe tu dah tercampak jauh2… hehehehhehe Haaa…. cara ni memang berkesan pada Khayra. Ada jugak sekali tu, kononnya dia menahan ubat tu daripada masuk, dengan menahan daripada masuk dalam kerongkong. Mungkin sebab abang dah tutup hidung ngam-ngam masuk ubat, Khayra tak sempat nak buat helah macam sebelum nih.. Ya.. dengan cara ini, dah 3 minggu saya praktikkan.. ternyata hasilnya memang berkesan walaupun agak kejam sebab kena tutup hidung.. :)

Sesapa yang ada masalah nak kasi anak ubat, boleh la cuba cara ini. Ia mungkin berkesan pada saya, dan mungkin tak berkesan pada orang lain. Tapi, tak salah kan mencuba? :)

Luv,

UmmiKhayra

~ Pentingnya Asid Folik Untuk Ibu Mengandung ~

Siapa-siapa yang dah beranak satu dan juga yang planning nak anak, mesti penah dengar mengenai asid folik. Betul tak? Especially untuk ibu-ibu yang sedang mengandung, asid folik ini sangat penting untuk mereka. Asid folik ini juga salah satu daripada keperluan utama untuk ibu-ibu yang mengandung. TETAPI ada ibu-ibu yang pregnant ni, kadang-kadang amik remeh je bende ni. Betul tak? Ada yang makan selang sehari, ada yang makan kadang-kadang bila teringat and ada juga yang tak makan langsung. Alasan? Terlupa, malas and tak boleh nak makan. Betul tak? :D Saya ni dikategorikan dalam golongan pelupa. Ecehhh.. :P Masa saya pregnantkan Khayra dulu, nasib baik ada husband yang sentiasa mengingatkan daku, dah makan ubat ke belum? Kenapa tak makan lagi? Bila nak makan ubat tu? Bla.. Bla.. Bla… ( mcm mak nenek pun ada.. :P ) Apa pun, thank you honey for remind me that time.. :) Alhamdulillah,  sebabkan ada suara-suara dibelakang itu la saya makan asid folik ni setiap hari. Lagipun, alhamdulillah, nasib saya baik ketika tu. Saya tak perlu makan banyak ubat. Setiap bulan, doktor hanya beri saya asid folik sahaja. Takde ubat-ubat lain. Tu yang senang je hati makan… :P Bulan-bulan terakhir je saya dah amik obimin. :)

Kenapa nak kisah sangat pasal asid folik ni? Penting sangat ke? Perlu ke? Sebenarnya perlu tau… Asid Folik ni untuk memastikan pertumbuhan janin/fetus/bayi seiring dengan pembesarannya. Asid folik ni penting untuk perkembangan saraf, pembinaan sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang bayi kita semasa dalam kandungan. Ada kajian yang menyatakan, dengan memakan asid folik, dapat membantu mengurangkan risiko kecacatan pada saraf tunjang dan tempurung kepala atau dipanggil “Neural Tube Defect” atau NTD.

Asid folik ini juga elok di makan sebelum kita pregnant lagi. Mana-mana pasangan yang plan nak pregnant, doktor mesti akan beri asid folik pada pasangan itu. Apatah lagi kalau dah pregnant. Itu pun, ada yang malas and tak suka makan asid folik ni. :)

Di Amerika Syarikat satu kempen dijalankan untuk memberikan kesedaran kepada wanita kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu yang sedang mengandung. Keperluan asid folik boleh didapati sama ada dengan memakan makanan yang diperkayakan dengan asid folik atau dengan pil asid folik. Jumlah yang disyorkan adalah sekitar 400 Microgram (400mcg) atau 0.4mg setiap hari, 2 ke 3 bulan sebelum merancang mengandung dan semasa mengandung. Pemgambilan asid folik adalah perlu namun dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor untuk pengambilan asid folik dan apa-apa penambahan makanan dan vitamin.

Asid Folik ini merupakan ahli kumpulan vitamin B. Oleh itu, antara sumber makanan yang membekalkan asid folik adalah: barli, daging lembu, membran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, BUAH KURMA ( saja saya highlightkan sebab Kurma memang banyak Khasiatnya- and saya ada buat post pasal kurma nih… :) ) , sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin.

Sekiranya kita kekurangan asid folik ini boleh menyebabkan :

  • Sakit disekeliling mulut.
  • Sakit lidah.
  • Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak.
  • Anemia.

Jadi kepada semua kengkawan saya yang tengah pregnant tu, rajin-rajinkan la diri ye untuk makan asid folik. Selain untuk diri sendiri, ia juga elok untuk bayi dalam kandungan kita tu. :)

Oh ye.. saya ada terjumpa e-book “Panduan Kesihatan Untuk Ibu Hamil“ yang boleh menerangkan lebih jelas berkenaan asid folik dan supplement2 lain untuk rujukan semua hehehe. :) e-book tu boleh dapat di link ini.

Nota: Setuju tak? :D

Sumber

Luv,

UmmiKhayra

Related Posts with Thumbnails