~ Alhamdulillah Khayra dah Discharged ~

Alhamdulillah, Sabtu lepas 5/9/2009, Khayra dah discharge. Hasil daripada fisio, neb dan makan ubat, akhirnya dah clear dah dada Khayra. Thank you untuk semua yang mendoakan Khayra. :) Sangat menghargainya… :)

Sorry sebab lama tak update, sebab sangat busy dengan anak and keje. Secara kebetulan, minggu lepas adalah minggu busy sedunia kali ke berapa saya dah tak kira. Sudahnya, hari Khamis tu, saya kene pegi office sekejap untuk amik keje and buat di hospital. Malam tu lepas buka, kene balik opis balik untuk hantar keje. sangat gigih ok… :) So,pagi tu lepas fisio, minta abah tolong jagakan sekejap. Ingatkan dah boleh keluar khamis tu sebab fisio hari sebelumnya, macam sikit. Rupa2nya, Khamis tuh, banyak lagi kahaknya… so, kene stay lagi.

Tup-tup hari Khamis tu, kami kene pindah bilik. Time abah jaga Khayra tu, abah called kata kene pindah bilik, sebabnya ada patient bilik sebelah kitorang tu, positive H1N1. Time tu saya dah risau dah and terfikir jap, nape boleh lepas dapat bilik? Doktor sendiri cakap, kalau positive H1N1 kene duk kat wad khas. Kenela khayra pindah jugak ke tingkat lain. Kitorang dapat pindah ke wad and bilik yang sama masa Khayra admitted usia 6 bulan aritu. Sampai sana, sume nurse kenal Khayra lagi.. Sume dok tanya apa dah jadi dengan rambut Khayra. Hahahahhahaha sebab sume ingat rambut Khayra dulu comei… ekekkekeke takpela labu… senget2 pun rambut anak ummi still comel… And Khayra suka sangat dengan Pn. Rahmah, unit manager kat situ. Pn tu pun suka nau mendukung Khayra bawak jenjalan.. Nasib baikla Khayra ok je duk spital tu..

Alhamdulillah, Khayra sihat2 je.. Takde demam cuma kahak and sesema je.. Batuk pun dah kurang. Tup2, jumaat tu, ummi dia lak yang sakit tekak, batuk2 and selesema.. Hehehheheh Mula-mula agak risau jugak manala tau kan.. Mohon dijauhkan la.. amin… pagi tu, sebelum pegi keje, cepat2 pegi check kat klinik. Alhamdulillah, lepas check sume, and MA tu pun cakap saya takde demam, shud be ok.. Dont worries. Pada fikiran saya, mungkin aircond kat bilik tu kot, saya lupa nak tutup. Sebab saya bukan boleh sangat dengan aircond2 nih… :D

Then tghari jumaat tu, lari balik ke hospital sebab abang nak kene g masjid lak. Lepas tu, balik lak ke opis and keje sampai pukul 8++. Hari jumaat tu, doktor cakap, kene stay lagi hospital sebab ada lagi kahak Khayra.. aduii… ingatkan dah boleh balik jumaat tu.. Takpela, asalkan Khayra sihat kan? Sabtu lak kene keje… bos cakap kene datang opis jugak.. Tapi boleh datang lambat.

Hari sabtu tu, lepas fisio, and seperti hari-hari pertama buat fisio, masuk bilik fisio je, Khayra dah start membebel2.. Bila nampak bantal je, dah mula nangis and berpeluk kuat dengan saya. Tak nak di tiarapkan langsung. Bila boleh tiarap je, sampai kene 3 orang pegang Khayra. Kalau idak, tak leh buat langsung. Suara? pergh… 1 kawasan boleh dengar. Punyerla kuat suara minah kecik tu. Time fisio, kene 4 orang pegang. Kalau tak Khayra boleh gerak2 and bukak bedung tuh.. FUhh… Sampai nurse kat situ dah kenal dah sape Khayra.. This time tgk macam banyak gak lagi. Dalam hati duk fikir, tak boleh balik lagi kot nih… Tup2, bila doktor check, horrayyyyy, kami boleh balik… Syukur sangat sebab keputusan nya minimal je.. and bila doktor check memang dah tak dengar dah wheezing bagai… Alhamdulillah.. So, aku tunggu la lepas sume settle, baru g keje. Last2, bawak Khayra sekali g keje.. Lagipun, sabtu petang ada iftar dengan family kat subang. Lepas tu buat terawih and tahlil sekali. So, bgtau bos siap2 tak leh balik lambat. 630 balik terus. Tu pun ada keje malam tu jugak kene hantar.

Hari ahad, nasib baik la tak payah g keje, g rumah sepupu untuk tolong siapkan kuih raya. Tapi bukan tolong sangat pun. Khayra asyik nak main je sepanjang hari.. Letih betul menjaganya. Dari kat hospital lagi. Ligat ke sana sini. Doktor cakap macam tak sakit je… :D :D Lepas tu, petang ada berbuka kat rumah atok and nenek kat klang. Sape2 yang keje kat selangor bestla hari ni cuti kan? Saya? Kat kawasan KL.. sangat jeles ok sebab saya takde rehat yang cukup. Sungguh letih sekali. Tapi saya happy sebab Khayra dah sembuh. Plus, ada hikmah disebalik Khayra masuk wad nih. Alhamdulillah, susu saya still macam biasa. And stok susu saya still ada lagi walaupun saya cuma ada dalam 20 oz sahaja. Hikmah di sebalik Khayra warded ni, insyaallah, stok tu cukup untuk Khayra sampai la hujung puasa nih. Amin… :)

Sorry sebab saya update lambat. :) Semua kengkawan, thanks sebab mendoakan Khayra… :)

~ Khayra Admitted @ KPJ Selangor Specialist ~

SELINGAN Sekejap : Mula-mula sekali, saya ucapkan terima kasih kat kawan2 semua sebab concern pasal Khayra. Maaf ye sebab tak berkesempatan nk membalas komen-komen dari kawan2 semua. Hadah untuk contest romantik get-away tu pun, belum setel2 lagi. Sebab ada beberapa orang yg belum beri saya alamat mereka. Nanti saya bagi nm anda2 semua ye. Sementara tu, mana yang dah hantar, saya proceed dulula. Kesian pulak kengkawan menunggu lama nanti. :) Maaf ye.
Rentetan daripada demam dan batuk-batuk yang Khayra alami lepas kejadian rabu malam khamis hari tu, Khayra kene admitted semalam sebabkan kahaknya dah masuk lung. Poor my lil baby… :( Pulak tu, minggu ni adalah minggu busy sedunia, ( again LOL) yang boss saya pun dah bagi notis awal2, balik paling awal pukul 8 malam sebab ada kerja-kerja urgent. Sian kat boss saya.. mesti dia kelam kelibut tuh. Dalam hati saya, of course la happy giler sebab tak payah balik lewat, ( but yet sedih sebab Khayra warded :( ) tapi macam tak patutla pulak.. so, saya request buat keje kat hospital je.. Baikkan saya? Hahahhahhaha
Semalam pagi tu, time nak pegi keje, batuk-batuk Khayra still tak baik lagi. Risau jugak sebab dah lama. Nak-nak kes H1N1 nih, so, saya dengan abang decide nak g check. Doktor check, memang ada wheezing kat peparu tuh ha.. Lepas tu, paed Khayra cakap la, nak buat test tuk H1N1 jugak sebab simptoms dia lebih kurang jugak.. Lepas buat test tu, doc kasi 2 option yang bagi saya bukan option langsung la sebab dua-dua kene duk hospital jugak. Huhuhu Satu, tu, kalau positif H1N1 ( minta dijauhkan la… ) kene isolated dengan pesakit2 tuh jugak. No visitors only me je yang boleh jaga. Kalau negatif, baru boleh ada bilik sendiri. Tu pun insisted jugak nk blik single sebab nanti susah pulak abang nk duduk sekali. Tambah-tambah dengan Khayra yang sangat aktif walaupun sakit.
Alhamdulillah, test untuk H1N1 negative. But, doc still cakap nk pantau sebab test tu cuma 50-50 je. Dalam hati doa banyak2 minta dijauhkanla dari Khayra. Amin.. Sudahnya, berkampungla saya di sini untuk berapa hari yang tak pasti. Pagi tadi dah buat fisio. Kali ni, si baby ummi ni, time tepuk belakang and dada pun menangis-nangis sambil sebut lapar. Sebabnya, doc lmbt naik. Khayra puasa dari pukul 7. Pukul 9 belum boleh pegi lagi. Tu yang mengamuk tak hengat. hihihihi Sampai nurse tu cakap, pompuan tapi tenaga lelaki..
Biasanya budak yang berusia bawah 5 tahun memang mudah terdedah dengan jangkitan bronkitis ni. Punca awalnya, batuk and selesema je. Saya ada baca satu artikel dari link ni. Sumber dari utusan malaysia. Dari artikel tu, kalau kita ada sedikit ilmu dalam fisioterapi, kita boleh praktikkan pada anak kita untuk membantu anak kita agar tak mudah kene jangkitan lain. Kalau start batuk and dengar wheezing tu mula la risau kan? Kalau kita biarkan lama-lama, ia akan jadi jangkitan sama ada jangkitan bakteria or jangkitan virus. Macam saya la. Sudahnya bawak ke hospital.
Bila saya baca artikel ni, rasa macam boleh dipraktikkan nanti. Sebelum batuk and selesema Khayra merebak ke jangkitan bronkitis, better saya cuba teknik yang mereka ajar nih. Teknik dia sama je dengan teknik sebelum mulanya fisio. Teknik tepukan ini dinamakan percussion.

Caranya macam ni. Mana yang penah tengok anak mereka di tepuk2 sebelum fisio, mesti dah tau macam mana caranya. Kita boleh guna cara itu untuk melonggarkan
  1. Pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal.
  2. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.
  3. Bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.
  4. Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekaligus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka.
PERINGATAN : Untuk menggunakan teknik ini, pastikan anak kita tidak menyusu / makan selama sejam untuk mengelakkannya muntah. Ala-ala puasa la… :P
Rutin Khayra, amik ubat, buat nebulizer pastu pagi-pagi buat fisioterapi. Macam dulu tu… MOga anak ummi tabah ye.. Cepat2 sembuh ye sayang.
Bila anak kita start hidung sumbat and batuk berkahak je, boleh la kita praktikkan teknik ni disamping menggunakan petua-petua tradisional yang pernah saya post kan sebelum ni kat sini, untuk mengurangkan selesema, batuk and kahak. :)

~ Selamat Hari Lahir Sayang ~

Pada tahun lepas tepat jam 12.46 PM ( sama waktu post ini dipublishkan), 25 Ogos 2008, lahirnya seorang puteri dalam hidup kami, sebagai penyeri hidup kami, penawar duka kami, segala-galanya buat kami bersama iringan doa dan kesyukuran dari saya dan suami dan semua keluarga. :)

Dengan berat sebanyak 3.2kg dan panjang 50cm, kami namakan puteri ini dengan nama Khayra Amirah Binti Khairul Adha. Semoga Khayra menjadi sebaik-baik puteri/pemimpin kepada keluarga dan menjadi puteri yang beriman kepadaNya. Amin…

Hehehhe Kalau ikutkan banyak sangat harapan dan doa dari kami untuk Khayra. Semua ibu bapa mesti menginginkan anak mereka menjadi anak yang beriman, insan yang berguna, bertanggungjawab, dan sebagainya kan? Banyak harapan ummi dan abah untuk Khayra. Insyaallah, ummi and abah akan cuba untuk membentuk Khayra menuju ke jalan yang benar dan menuju ke arah kebaikan. :)

Dalam masa 1 tahun ni, tak tergambar perasaan ni dengan tgk Khayra, alhamdulillah, membesar dengan sihatnya, cergasnya, aktifnya. Macam-macam bende Khayra buat. Nak2 bila dah mula pandai untuk mengexplore sendiri. Semua bende nak tahu. Hehhe tu yang buat makin comel tuh… :P Lebih2 lagi sekarang ni.. Nak tau apa Khayra ummi ni dah pandai buat masa nih? :) Alhamdulillah…. Banyak bende Khayra dah boleh buat. Apa yang ummi ingat je la ye.

  • Khayra suka nangis… Hahhahahha Tiap kali bangun tidur pagi2 je, kalau ummi takde, mesti Khayra nangis. Lepas tu, sikit2 nangis… Silap sikit je nangis.. Nangis bukan kuar air mata pun.. Tapi nangis bunyik2 tu je… Nangis mengada2 org cakap.. Atuk marah sikit je, merajuk… Ada satu hari tu, Khayra tak sabar nk minum, bila atuk suruh sabar dengan nada tinggi ( sbnrnya gurau) terus muka macam sedih sangat. Lepas tu terus tak nak minum dah.. Apala Khayra nih. Manja terlebih nih..
  • Ummi balik keje, tgh elok2 main dengan wan/atuk/paksu dia, nampak ummi je, terus merangkak selaju2nya dengan gelak2.. Bila sampai kat ummi, terus lembikkan badan. Minta dukung. Lepas tu peluk sekuat2nya. Lepas tu tengok ummi… peluk2 lagi… Lepas tu…………. cari penawarla… hahahha
  • Bila tengok abah suka gelak2 senyum2 lepas tu konon nak nyorok2 kan muka. nak suruh abah agah dia la tu. Bila abah konon-konon buat tak peduli je, tangan akan dok tepuk2 abah. Siap panggil lagi.. Abahhhh… atahhhhh… tu memang abah la… Tp ummi xleh sebut penuh lagi.. Asyik miii je… eerrmmm….
  • Kalau baringkan kat katil memang feberet la.. Bila dapat baring kat bilik, suka sangat hati tu. Siap senyum2, golek2 lagi… Lepas tu bila ummi or abah kiss dia, akan sengih2 seronok.
  • Kalau tidur, kalau tak pusing sana, pusing sini, golek sana, golek sini, memang tak sah. Kekadang boleh bangun cari badan ummi and abah, lepas tu terus landing kat situ. Tak kirala kat mana. Leher, tangan, perut, dada, kaki.. Aci redah je…
  • Khayra dah pandai turun katil dengan cara yang ummi and abah ajar. Ni kitorang memang ajar dia turun sendiri sambil dipantau. Sebabnya, Khayra tau katil tu tinggi. Khayra paling2 pun akan letak kepala kat ujung katil je sambil capai2 nak turun. So, better kitorang ajar dia turun. So that, lepas tu Khayra taula cemana nak turun. Everytime nampak hujung katil je, Khayra akan turunkan kaki dia dulu. Bila sampai bawah je, mesti akan cakap daiii…. Sebab ummi and abah selalu cakap pandai kat Khayra kalau turun betul. :D
  • Khayra sekarang ni macam dah nak start jalan. Khayra suka nak pegang jari orang and dia akan bawak orang jalan mana Khayra nak. Letih ummi bila kene bawak Khayra tawaf 1 kawasan tuh. Tapi jalannya kelakar.. ehehheh sebab dah biasa menyusur, Khayra akan jalan ke tepi. Sume gelak kalau tgk Khayra jalan.
  • Khayra dah pandai pegang pen and akan mencontengla keje dia. Hehehhe Paling suka conteng tangan sendiri. Awal2 dulu takut tgk tgn ada conteng2 siap nangis2 lagi. Hehhehe Lepas2 tu, dah ok, dia lak makin rancak conteng tangan sendiri. Lepas tu dok genggam bukak, genggam bukak.
  • Khayra dah pandai tunjuk apa yang khayra nak. Macam contoh, Dalam pinggan tu, ada sayur, nasi, lauk. Bila ummi suapkan nasi, Khayra geleng2 kan kepala. Then tunjuk nak sayur. Bila bagi baru nak makan. Ada satu hari tu, ada buat orange and tembikai. Ummi kasi tembikai kat Khayra sebab takut orange tu masam. Geleng2 kepala tak nak.. Lepas tu tunjuk orange tu. Bila bagi orange baru nak makan. Macam semalam, sume tengah tunggu buka, Khayra asyik dok tunjuk periuk nasi je.. Ummi ingat Khayra nak pegang, bila tau panas, still tunjuk gak lagi. rupa2nya nak makan. Khayra tau nasi ada dalam periuk tu. Hehehehhe
  • And Khayra memang suka point to kat apa je yang dia nak, suka or nak tau. Bila ummi or abah explain bende tu apa, bila dah tau, baru tukar bende lain. Sweet je…..
  • Khayra kalau bab salam orang memang boleh buat orang geram kat dia. Bila suruh salam, mesti akan amik tangan orang tu sambil letak ke mulut dengan bunyik2 sekali. “Arrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr” kisss tangan. Comei sangat. Hehehehhe
  • Khayra tak suka kasut sarung. Dia suka kasut ada ruang2 macam kasut orang besar. Bila pakaikan kasut sarung, mesti dia bukak. So, ummi and abah terpaksa cari kasut lain untuk Khayra sebab kadang2 Khayra sibuk nak turun bila jenjalan. Akhirnya jumpa kasut yang Khayra nak. Tu dia yang pilih sendiri. Kalau kitorang pilih, dia tak berkenan sure tak pakai. Macam hari tu. Akhirnya, memang pakai je la kasut tu.. Hehehehhehe For me, bila suruh Khayra pilih, dia boleh mengajar Khayra supaya boleh buat pilihan, tapi bukanla pilihan sesuka hati. Still me and abang akan memantau. Nanti karang Khayra dok pikir, suka hati dia je la pulak nk minta macam2.. :P
  • Dengar lagu memang suka sangat. Siap nari2 lagi… Lepas tu paling suka tgk CD brainy baby. Nampak ummi nak pasangkan je, dia dah siap duduk depan laptop sambil tepuk2 kaki dia. Ummi and abah selalu pasangkan CD untuk brain development. Macam left brain right brain. Kalau 2 cd tu, Khayra lagi suka tgk right brain. Left brain dia takkan khusyuk sangat tgk.. Errmmm… apa patern tu ek? :)
  • Alhamdulillah, Khayra suka makan sayur. Serius… Mula-mula macam tak percaya. Sebab biasa budak tak suka sayur-sayur nih. Sebab ummi pun bukan suka sangat. Hahahhahahha Ummi perhatikan je Khayra bila Khayra dah pandai pilih and pandai tunjuk. Bila ummi kasi nasi je, and ada sayur kat pinggan ummi, Khayra memang akan point kat sayur tu. Kekadang, makan-makan nasi, ummi lupa nak kasi sayur sekali, Khayra akan tunjuk sayur. Kalau dalam pinggan ummi or abah ada sayur macam brokoli, Khayra akan tunjuk brokoli tu. Bila kasi, memang sampai batang2 dia makan. Pelik gak tapi bila Wan cakap macam abah dia yang memang dari kecik suka sayur, tau la kenapa.. Ekekekkekekke
  • Khayra dah boleh sebut macam2. Mulut tu asyik bercakap je. Kalau ummi ke, abah ke, or sesapa tanya mesti ada je bende dijawab. Ada beberapa perkataan yang Khayra sebut, patern dia sama je and skrg ni, ummi dah tau dah maksudnya..
    • Atahh… or sometimes abah… – ni memang abah la…
    • appha – ni bila mulut bawak masuk dalam sekali. – Lapar
    • Mamam – makan
    • annas, ana – sambil membebel2 – Panas
    • mieee – ummi
    • Dai – Pandai.. Ni tiap kali lepas turun katil sendiri.
    • eeehhhhhhhhh – ni tandanya marah.. jangann
    • ar ar ar – no no no… ekekeke sebab Khayra tiru ummi la ni, bila buat something je, ummi akan ckp ” ar ar ar.. nanti Khayra..” ar ar ar bende tu bukan makanan” etc.
  • And, Khayra suka senyum sampai sepet2 mata… Suka sangat.. rindu ummi dengan Khayra.

Apa- apa je yang Khayra dah pandai buat and akan buat, Ummi and abah berdoa agar Khayra membesar menjadi seorang hambaNya yang bertakwa dan beriman. Menjadi seorang puteri yang solehah dan bertanggungjawab dan menjadi manusia yang berguna kelak. Doakan ummi and abah jugak agar berjaya mendidik Khayra menjadi anak yang solehah, manusia yang berguna, insan yang bertanggungjawab dan yang penting menjadi hambaNya yang beriman dan bertakwa. Amin…..

Related Posts with Thumbnails