~ Aksi-aksi Khayra ~

Dah lama rasanya aku tak upload gambar-gambar Khayra. Hehehehe Inilah antara aksi-aksi Khayra lately… Enjoy…

Haip… Jangan kacau saya.. =)

Khayra khusyuk tengok Upin and Ipin. Bolehla ummi bersiap-siap dengan pantasnya.. =P

Feberet book Khayra. Tak bosan-bosan. And her feberet color is.. Orange and yellow… =)

Khayra nak kemaskan meja uncle meghe kan?

Ummi, Khayra nak dukung… waaaaaaa

Khayra nak ummi…. :P

Nota : Busy hari ni.. sempat upload je.. hehehhehe

Nota : Sila type VOTE di komen saya atau klik vote untuk mengundi saya.. =P

~ Bubur Nasi + Avocado + Kiwi ~

Menu Khayra untuk esok hari adalah…. Hehehhe Seperti tajuk entry di atas. :P Bubur nasi + Avocado + Kiwi. Kira spesel sikit. Sebelum ni biasa buat bubur+(buah/sayur) ataupun puree buah je. Tambah-tambah spesel lagi, kali ni abah Khayra yang masak sepenuhnya. Dari masak nasi hinggalah ke blend hinggala ke penyimpanan. Thank you so much.. =)
Mula-mula abang masak nasi dulu. Sambil-sambil tu, potong la avocado and kiwi.
Then, abang masukkan buah-buah tu dalam blender. Kemudian tunggu la sehingga nasi sudah menjadi bubur. =P

Lepas bubur dah masak, abang campurkan bubur tersebut ke dalam blender bersama-sama dengan avocado and kiwi. Kemudian blend. Tada…. inilah hasil bubur + Avocado + Kiwi hasil tangan abang… And aku dah rasa dulu makanan itu.. Yum yum yummm sedap… hingga menjilat sudu… :P
Lepas ni boleh buat lagi la ye abang.. :P

Nota: Pastikan buah avocado tu, masak betul ye. Kalau tidak akan rasa kelat-kelat sikit. Kalau nak tau buah tu dah masak betul ke tak, genggam dengan dua belah tangan and tekan dengan tapak tangan. Lembut ke tak. Ataupun susah-susah, potong je buah tu, then cuba korek. Kalau susah nak korek tu, tandanya muda lagi la tu.. :P
Nota: Jangan lupa Vote saya untuk pertandingan nursing wear tu ye.. Klik kat vote button kat top right corner tu ataupun, Taip VOTE je kat komen saya.. Undian anda sangat la dihargai..
Terima Kasih daun keladi..
Nanti Undi la lagi.. :)

~ My Breastfeeding Journey – Part 1 ~

Sengaja aku buat post ni sebab? Sebagai kenangan aku.. Aku sengaja nak mencoretkan perjalanan aku selama 8 bulan lebih ni dalam melayari dunia breastfeeding. Takdela lama sangat compare to others, tapi aku nak jadikan ia sebagai kenangan tuk dibaca kembali bersama anak-anakku.. Sebagai kenangan aku, sebagai panduan aku di kemudian hari. Lagipun, aku nak abadikan kisah-kisah BFku ini, nanti-nanti, bila dah tua, or maybe 3, 4 years later, bila aku baca balik, mesti best kan? Hehehhehehhe Mesti terkenang-kenang, macam ni rupanya. hikhikhikhik
Aku nak start dengan apa ye dulu?Ok.. Secara jujurnya, sebelum kawin, aku tak pernah terfikir nak BF ni. Takde dalam wishlist aku bila nak kawin nanti, then dapat anak, anak tu aku nak BF kan dia. Mungkin sebab dalam keluarga aku sendiri, takde yang BF . My mum, memang BF adik aku yang lepas aku, tp time tu aku kecil lagi. Tak faham pun pasal BF ni. Lagipun, my mum memang tak keje. Pendedahan untuk BF anak sendiri ni memang kurang. Even sepupu-sepupu aku, semua bagi FM. Sampaila dah kawin. Ada sorang member aku nih, dia BF anak dia. And bercita-cita nak BF anak dia sampai usia 2 tahun. Time tu, dah tergerak di hati nak BF anak nih. Abang? Lagila.. abang supporter paling kuat aku. Lagipun, abang bgtau aku, walaupun bukan ada member kami ni pun, dia akan suruh aku BF anak2 kami. Wahh… Abang lebih advance dari aku rupanya.. hehehehhehe Bila aku disahkan mengandung, memang terus aku pasang niat, insyaallah aku nak BF anak aku sampai usia dia 2 tahun. Abang? Ikutkan abang, kalu boleh, dia nak aku fully BF Khayra untuk 2 tahun. Poyo kan? hahahahahah 
Walaupun cita-cita dah ada, and abang pun memang menyokong penuh and sometimes, dia yang terlebih over semangatnya dari aku (hehehhe Abang, really appreciate your support. :) ), aku still tak cari apa-apa info pun pasal BF ni. Yang aku selalu dig, semua pasal preggy. Apa yang elok, apa yang tak elok.. Kene buat apa tuk merangsang anak dsb. Anything about BF? No. Tak terfikir langsung time tu anak cari info ke apa. Sebab dok fikir, BF ni senang je. Tak perlu buat pape. Huh.. Fikiran yang tak patut di ikut ye kawan-kawan. Hehehehehhehe
Sampaila dekat-dekat due, barula aku start mencari pasal BF ni. My cousin, kak alyn yang mula-mula bg aku link ni, suruh aku baca. Dia tau pasal cita-cita aku n abang nk bf anak aku. Really appreciate it sis. :) Start dr situ, barulah aku search info pasal BF nih. Dr situla aku mula kenal susuibu.com. Kat situ aku hanya menjadi silent reader until now. :) Dengan ilmu yang ku korek tak seberapa itula, aku jadikan bekal untuk aku mengharungi dunia BF nih sebabnya? Khayra Amirah lahir awal seminggu. Ikut due 31Ogos. hihihihihi Lahir-lahir je, alhamdulillah, hospital deliver Khayra ni, support BF, lepas je lahir.. lepas bersihkan semua, terus bagi kat aku and aku pun terus BF Khayra. Time tu, perasaan aku.. Hanya Allah SWT yang tau. Mungkin sama kot perasaan mana-mana ibu, yang melahirkan.. nampak anak kat tangan sambil menghisap susu kita. Memang detik tak leh aku lupakan. Hehehehhe
Lepas keluar je dari hospital, awal-awal lagi nobody say anything about me BF Khayra. Even mama pun tak cakap pape.. Cabaran hanya bermula selepas 1 months after. Mungkin semua pelik, kami langsung tak beli FM tapi dok beli pam. Ohya, aku beli pam pun after delivery. Tak macam mummy-mummy lain yang beli time preggy lagi. Hehehehe Ni semua sebab pemikiran, BF ni senang je.. huhuhu which is, regret sebab tak banyak korek ilmu time awal-awal lagi. :(
Rata-rata semua terkejut bila aku n abang decided nak fully BF Khayra. Without giving her Formula buatkan diorang fikir boleh ke? Nak-nak insiden masa raya. Aku paling ingat insiden tu, yang mana kami kene giler-giler dengan family abang especially mama. Time tu, aku still dalam pantang. Hari ke 39 rasanya. That time kat rumah didi n mama uda. First raya. Kami masa tu, dah la berulang-alik dari shah alam ke sabak bernam then ke shah alam semula.. Mungkin masa tu, Khayra dah letih sangat. Bila menyusu dia menangis-nangis. And masa tu pun aku belum familliar dengan perangai Khayra lagi bila berjalan. Bila pam, susu aku tak keluar. Time tu bila mama tengok cucu kesayangan dia menangis-nangis macam kelaparan, and aku pam pun tak keluar satu titik pun, membuatkan dia bising suruh abang beli FM. Kasi Khayra FM jugak sebab susu aku dah takde. Kejam je ayat susu dah takde time tu bila aku dengar. 
Dengan tekanannya sume, cmfrmla susu tak kuar bila pam kan? Bila sume cakap, suruh bagi, suruh beli, abang still pertahankan pilihan kami. Semua serang abang ( giler la ayat aku nih kan? hehehehhe ) suruh beli FM sampai ada keluar perkataan jangan kedekut dengan anak. Hahahhahahaha Lepas tu keluar la ayat nanti anak tu malnutrition la.. tak membesar la.. and macam-macam ayat yang bisa meranapkan impian kami. Time tu aku cuma berdiam diri sambil tersenyum2. Sebabnya? Aku sendiri tak tau nak buat apa. Dah la keluarga mentua. Aku ni lak, sopan santun budi bahasa..( ayat poyo ) Tu yang aku cuma mendiamkan diri. Tapi dalam hati, aku mengomel2 jugak. Kenapa diorang tak faham dengan pilihan kami. Anak kami kan? Bagi aku, berdiam lebih baik dari aku turut menghangatkan suasana. Betul tak?
Perkara terakhir yang jadi time tu, sebab lepas dengar perkataan kedekut and berkira dengan anak, abang terus suruh aku siap2 and balik. Sebab nak pegi beli FM. Nak beli 1 kotak terus. Nanti takut kedai tutup. Aku pun terusla kemas and ikut abang balik. That time, i really pity my husband. Sebab aku tak tolong pun dia untuk defend pilihan yang kami pilih ni. And that time, cuma kak alyn je yang membantu. Tolong mencelah sesikit je. Ayat dia ” Biarlah.. anak diorang… Diorang tau la..” Even kak alyn cakap apa-apa pun, tetap tak memberi kesan pape kat sesapa pun. For me? Really touching. Ada jugak yang menyokong.. Thank you sis.. :)
Masuk kereta terus abang suruh cepat sebab nk pegi kedai beli FM. Khayra pulak, masuk kete je, diam and terus tidur… Apa jadi lepas tuh? heheheh
Tunggu la next entry ek.. :)

Related Posts with Thumbnails