~ I Really-really-really love You So Much! Yes I Do!! ~

~ I Really-really-really love You So Much! Yes I Do!! ~

How you smile, how you laugh, how you talk, how you cry, how you ‘mengada-ngada’, how you ‘manja-manja’ how you cry just to attract attention, anything about you my dear, everything about you my love, really makes me love you more than words can say. I could find any words that can describe how i feel about you.. Khayra Amirah… Ummi And Abah Love you so muchhhhhhhhhh…. Be a good Muslimah, Be a good daugther, Be a good grandchild, Be a good girl. Sape rindu kat Khayra? Angkat tangan….. :)

khayrancat DSC00363 DSC00366 DSC00367

Semoga Allah lindungi mu dari sebarang keburukan, kurniakan kesihatan yang baik dan berikan hidayah dan petunjuk kepada dirimu agar menjadi muslimah yang beriman dan bertakwa kepadaNya. Amin….

Luv,

UmmiKhayra

~ Macam Mana Khayra Leh Admited Lagi? ~

Ikutkan kata doktor, kalau masuk dari start Khayra lahir, ini dah kali ke-4 Khayra masuk wad dalam masa 14 bulan. Kali ni bukan sebab 2 kes terdahulu tapi kes berlainan pulak. Pulak tu, 2 kes yang terakhir ni, dua-dua kene masa saya menjadi super busy di office. Aduhai.. Adakah Khayra tidak rela ummi dia balik lewat sentiasa? Sebab itukah? :D Pandai anak ummi ni ye? Kene berusaha lebih keras lagi la nampak gayanya untuk menjadi WAHM. :D

Khayra start kene cirit-cirit dari hari sabtu lagi. Jumaat tu pun, mama kata petang-petang je Khayra akan membuang. And malam ada la sekali je.. Yang kerapnya bermula hari sabtu. Bau dia, Astafirullahalazim…. Lain benar and sangat-sangat b***k. Tak tau kenapa. Kemudian, bila nak menyusu je, macam payah je. Hari ahad pun sama. Cirit-cirit jugak. Tapi aktif lagi. Makan and menyusu pun banyak. Cumanya, tiap kali lepas makan and menyusu, mesti akan poop. Malam tu, Khayra tidur macam susah sikit. Asyik nangis and macam susah je nak menghisap.

Esok pagi, amik keputusan pegi klinik nak check kalau-kalau ada pape. Doktor cakap sume ok. Cuma demam, selesema and batuk. AND cirit based on kami la kan? Check tekak semua takde. Agak tak puas hati, tapi sebab banyak sangat keje, hantar khayra ke nurseri. Malam tu balik lambat sikit. Pukul 9++ sampai umah. Mama cakap Khayra dah ok and berak jugak lagi. Malam tu Khayra dok nangis-nangis macam orang tak sihat. Badan panas balik. Jadi, esoknya saya terpaksa minta cuti dengan bos saya and buat keje kat rumah je. :( Satu hari tu, still berak-berak lagi and macam tak sedap perut. Malam tu, masa kitorang makan, saya susukan Khayra, tiba-tiba je Khayra mengamuk and menangis2. Bila saya tinggalkan meja makan then baru ok. Bila sume dah setel makan, mama amik Khayra then tidurkan Khayra. AKhirnya Khayra pun tidur tapi tiba-tiba dok terkejut-kejut and menangis menjerit2. Sume dah panik time tu. Mama cakap, bila mama bacakan surah al-falaq je Khayra akan menjerit-jerit. Surah lain ok je… Kalut gak la… risau dok tgkkan Khayra… Last-last muntah. Esoknya amik keputusan terus g Hospital.

Jumpa paed Khayra, Dr. Yasmin check semua, paru-paru ok. Cuma tekak Khayra je merah sangat. Mungkin sebab tu Khayra tak berapa nak menelan sangat sebab air liur akan meleleh banyak pulak tu. Lepas tu kalau meyusu pun kurang. Kalau batuk mesti macam nak nangis. SO, doktor suruh buat blood test and check najis sebab dah cirit lama. Untuk check najis itu untuk mengesan sama ada dijangkiti rotavirus atau tidak. ALhamdulillah, bila check untuk rotavirus, Khayra free dari tu. Cumanya, tekak Khayra je la. Doktor kata kalau nak kata ulser, tak nampak ada ulser. Fungus adalah kat lidah. So, doktor kasi gel daktarin tu. Saya tak pandai guna bende tu. Main taram je sapu kt lidah Khayra. Apa yang doktor dapat simpulkan Khayra kene jangkitan virus. Puncanya pun tak dapat di kenal pasti dari mana. Sebab biasanya virus lambat tunjukkan simptom-simptom tu. Kalau Khayra start kene jumaat, sabtu, berkemungkinan puncanya 2, 3 hari sebelum jumaat sabtu itu.

Hari ni berulang ke opis (2 hari lepas sebenarnya). Dalam keadaan macam ni rasa tekanan betul. Kerja memang banyak and bos pun macam xnak kasi saya cuti je. Sebab dia nak keje dia siap.Mestila kan? Dah nama pun bos. Kalau saya kt tpt dia pun risau. conferencenya minggu depan je, tp keje banyak lagi. Tapi at the same time saya memikirkan ank saya pulak. Dalam keadaan mcm ni, mestila dia nak saya kn? Kekadang saya fikir, mungkin sbb saya busy sgt lately ni yang Khayra masuk hospital kot. Sebab dah 2 kali jadi bende yang sama.   Tersepit dengan situasi mcm ni. Macam semalam, time tunggu bos saya habis dgn staff baru and kasi kerja, terasa lama giler tunggu. Abah lak ada hal tak leh jg lm sangat. Nak buat cemana? 2 jam lobih gak la…

Semalam, saya memang tak dapat datang keje. Lagipun tiada sape yang boleh tolong jagakan Khayra. Plus, hati ni lebih nak dengan Khayra daripada g keje. Nanti buat keje pun hati tak tenang buat apa kan? Nasib baikla bos ok. Dia kasi saya buat keje kat hospital ni je. And saya berjaya jugak menyiapkan keje-keje tu walaupun lambat siapnya.. :)

Hari ni, Sabtu 31 October 2009, kami masih lagi di hospital. Doktor cakap kalau tengahari ni Khayra dah tak cirit-cirit and dah tak demam, Khayra dah boleh balik.. HO yeahh…. I’m positive to say that today we will discharge.  Alhamdulillah, Khayra dah semaki sihat dan semakin aktif semula. Tidak seperti masa dia sakit hari tu, semuanya tidak kene. Semuanya nak nangis and semuanya salah je…

nota kaki: Harap-harap Khayra akan diberikan kesihatan yang baik dan membesar dengan sihat. Amin

Nota Kaki: Thanks to all my friends yang concern pasal Khayra. Ada yang saya tak sempat nak balas msg2 kalian sebab saya sangat busy dengan keje sambil menjaga Khayra. Entry ni pun dah berapa hari baru sempat publish. And entry sebelum ni memang entry schedule.. :)

Luv,

UmmiKhayra

~ Khayra Admited Lagi ~

Hari ni Khayra admited lagi. Pagi tadi pegi check, doktor cakap kene monitor on her and do blood test on her. Saya pulak sangat busy minggu ini, sebab minggu depan ada conference. Tak boleh nak update and cerita lebih lanjut sebab kekangan masa… Time ni abang yang jaga. Saya? DI office tengah bertungkus lumus menyiapkan kerja2 urgent… Tunggu ummi balik ye Khayra…

Related Posts with Thumbnails