Lama jugak saya menyepi kan? Hehehhe Ke mana saya menghilang? Saya dan keluarga bersama keluarga belah FIL saya ada family day di Genting Highland. Go Go Genting… Sebenarnya dari hari Rabu lagi kebanyakkan family belah FIL saya dah bertolak. Tapi saya and family bertolak after abang habis keje. Malam tu dah ada aktiviti. Nasib baik di Genting je. Dekat la kan? Hehhehehhe
Hari Pertama
Saya and abang sampai Genting dalam pukul 800pm macam tu sebab abang habis kerja pukul 7pm. Tiba-tiba ada meeting kata abang. Sampai-sampai je, semua orang dah makan, so saya and abang pun pegila cari kedai makan dulu. Oh, kami duduk di Genting View Resort. Kat bawah je, bukan kat atas Genting highland tu. So kami ke Gohtong Jaya untuk cari kedai makan. Mak aihhh… Semuanya kedai cina and jual bak kut teh. Sabar je la.. Yang ada Hotel Seri Malaysia.. ( Takkan la nak makan kat hotel situ lak kan.. Huhuhuh ), Kedai mamak… ( tu pun kami tak perasan sebab tiba-tiba ternampak kedai jual burger tepi jalan), Then jumpa la satu kedai melayu, Restoran KK nama dia. Makanan kat situ not bad la.. tapi memang sangatla frust sebab tak banyak choice.. Huhuhuhu
Habis makan je, kitorang balik and pertandingan karaoke dah start. Semuanya berjalan kat CRV club di Genting View. Habis pertandingan karaoke, memasing barula sibuk nak berkaraoke.. sabar je la.. Saya? hehehhe saya malu nak nyanyi.. Kalau ada bilik tertutup and saya je, mungkin saya nyanyi la kot.. hahhahahahahha g karaoke pun tak pernah.. konon ada hati nak nyanyi..
Hari Kedua
Pagi-pagi sarapan disediakan. Kemudian kami ada perlawanan futsal keluarga, perlawanan badminton keluarga and sukaneka untuk kanak-kanak. Di Genting View ni, ada disediakan court untuk badminton, futsal, tenis and other games. Jadi sangat convenience untuk kami bila choose untuk beraktiviti macam ni.
Inilah gaya Khayra tiap kali suruh senyum.. Ada ka??
So, pagi tu, lepas makan banyak, breakfast kami ada nasi lemak, mee goreng, roti bakar, sup, buah, salad etc which mean, memang patut bersenam lepas tu.. hehehhehe kami berkumpul di dalam dewan untuk meneruskan aktiviti yang dirancang.
Khayra and abah tengah nonton atuk-atuk and pakcik-pakciknya main badminton.
Khayra di kerusi tepi kolam mandi sebelum kejadian. Kejadian??
Kejadian? Yep, hari tu, masa semua tengah main futsal kat dalam dewan, time tu semu auntie-auntie dia dah habis sukaneka kanak-kanak, so semua dok pakat nak mandi la. Khayra pun apa lagi, nak jugak mandi and main air kat kolam renang tu. Air nya sangat la sejuk.. Huhuhu and grand finale began… Khayra tiba-tiba time tengah duduk and makcik dia tengah pegang ( makcik Khayra baru berusia 5 tahun gitu.. )
tiba-tiba Khayra terbaring and tinggal muka je atas air and sempat diselamatkan. Hampir lemas.. Really putus semangat saya masa tu.. Terkejut sampai tergamam kejap nasib baik terus angkat Khayra cepat-cepat. Then terus dia nak naik.. Tak jadi nak main dah. Saya tukar baju dia, kemaskan khayra, tengok ok je.. Tak banyak ragam. Cuma nak dengan saya je, yang saya rasa common.
Habis je semua aktiviti tu, kami menghadap lunch then aktiviti bebas.
So, kami sekeluarga memilih untuk naik atas Genting dengan menaiki???
yep.. Cable car…. Again abang kene naik..
Sebelum naik atas tu, memasing tidur sekejap sebab penat sangat kan. Khayra lak, tidur terkejut-kejut. Tangan tergapai-gapai and nak orang peluk dia je. Mama takut Khayra trauma/teringat pasal kes hampir lemas tadi je.. Tapi masa jenjalan kat genting tu, Khayra ok je..
Sampai sana, jalan kejap, round-round then balik.. Kat Genting tu, wow… ramai giler orang. And kedai pun, of course la banyak kedai cina kan? hehehe siap ada jual frog leg poridge lagi. Hahhahahahahha Jalan kejap je kat sana sebab bukan nak masuk park apa pun. Just nak jalan-jalan je..
Kami kena balik sebab malam tu ada dinner pulakk.
Dinner kali ni ada fesyen show kanak-kanak dan penyampaian hadiah untuk perlawanan yang berlangsung pagi tadi and sambutan father’s day too…
Malam tu, Khayra dah start demam tiba-tiba. Panas sangat badan dia and i know my mistakes sebab tak bawak preparation apa pun macam ubat demam, termometer dan lain-lain. Jadinya, fesyen show malam tu yang sepatutnya Khayra masuk, me pun kene bawak dia sekali. Fesyen show trend baru, berdukung sambil berplaster. Hahahhahahahha
Antara peserta and kalau nak tau, tu semua adalah makcik and pakcik Khayra kecuali yang pakai baju melayu hijau tu. hehehheheheh
Malam tu Khayra pakai cheongsam. Habis hilang keayuan..
Inilah family Haji kadis dan hajah Musirah. Anak, Cucu and Cicit…
Nasib baik cousin adha ada bawak ubat demam. Malam tu bersengkang jugakla sebab Khayra tidur terkejut-kejut and tak boleh tidur sangat. Sian anak ummi… Next time kene more careful ye sayang…
Inilah kenapa saya tak update blog lama.
Luv,
UmmiKA
Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung


















Malam tu, kami jenjalan kat jusco bukit raja pulak dengan Khayra.. Kasi dia happy sikitt… End of story… 










