Pejam celik pejam celik, dah 10 hari berakhirnya bulan syaaban and bermulanya bulan ramadhan . Tahun ni senang nk tau brape hari kita dah puasa, sbb bermulanya bulan september, bermulanya ramadhan… Dengan bermulanya Ramadhan, iaitu bulan yang penuh rahmat dan keberkatan lagi mulia buat semua umat islam, maka bermulala ibadah puasa yang wajib kita laksanakan… dengan bermulanya puasa, bermulanya la ujian untuk setiap umat islam di dunia ini.. bermula jugala bazaar ramadhan, iaitu tempat untuk umat islam mahupun bukan islam membeli berbagai-bagai jenis makanan yang dijual untuk juadah berbuka bg umat islam dan untuk makan malam bg yang bukan islam…. Masa ni jugakla kita akan dapat lihat, semua orang akan berlumba2 untuk balik awal ke rumah… al-maklumla, kalau boleh mestila xnak berbuka di dalam kereta… betul x? Dah la penat bekerja 1 hari, jadi kalau boleh, nk cepat je sampai rumah… bile dah semua orang nk balik awal… kesesakan jalan raya semakin meningkat… tahap kesabaran kita akan teruji… keluar je perkataan xelok, dah kurang pahala puasa kita… biasanya, mulut ni boleh tahan dari pagi dr mengeluarkan kata2 makian and kata2 kesat, tapi bile tibe saat menempuh trafic jammed, pahala puasa kita terbuang macam tu je… so, sabar2 kan la diri kita.. peringatan untuk aku jugak ni… ekekkekekeke
Secara jujur, aku rasa, walaupun bulan ramadhan ni bulan untuk umat islam beribadah dan beramal, tapi ada jugak yang lain tanggapan… yang mana, bulan ni adalah bulan untuk berbelanja and bulan untuk membazir… apa taknya, kalau kita pegi kat bazaar ramadhan, apa je yang kita beli? kalau bukan mcm2 jenis makanan.. semuanya ikutkan nafsu.. sudahnya, bile berbuka, banyak makanan yang tak habis… pastu apa lagi, makanan tu di jamu la dalam tong sampah… Selain tu, pada bulan ramadhan ini jugak la petanda untuk kita menyambut raya.. raya adalah hari yang ditunggu2 oleh semua orang… terutamanya kanak2…. jadi, bulan ramadhan ni jugakla masa untuk ibu2… bapa2 berbelanje membeli baju raya anak2, perabot raya, kasut raya.. barang kemas raya dll….. and semuanya kalau boleh nk serba baru…
Oleh itu, apakah makna ramadhan buat kita semua?
Walau apa-apa pun, dengan kesempatan ini, aku nak ucapkan, selamat menyambut ramadhan al mubarak kepada semua kengkawan dan juga seluruh umat islam di dunia ini… =)





Recent Comments