~ Lawak Di Petang Jumaat ~

Kali ni kisah lain pulak. :)

Pasangan suami isteri ini dalam perjalanan untuk pulang ke rumah. Mereka berada dalam keadaan ingin cepat yang super pantas. Makanya, pasangan ini memilih highway sebagai jalan alternatif untuk tiba sepantas yang mungkin ke destinasi. Berasa syukur kerana dikurniakan ( chewahhh.. ) smart tag, jadi dengan desup yang pantas, memasuki lorong smart tag. Tiba-tiba

Isteri :  Abang, kenapa palang tak naik?

Suami : Tu la.. takkan tak detect. Batery penuh, kredit pun banyak lagi. ( Dengan suara tension )

Maka, suami pun mengundurkan kereta. Kemudian, tiba-tiba suami pun mengeluarkan kad touch and go , dan terus touch di mesin yang sepatutnya.

Isteri : Hah? Abang masuk lorong touch n go ke? :-P

Suami : :-S

Luv,

UmmiKhayra

~ Even Parents Need A Break  ~

~ Even Parents Need A Break ~

Yes.. Hari untuk kami berdua menjelma akhirnya… :D Last monday, masa cuti wilayah tu, saya dan abang sama-sama cuti and Khayra pulak, tak cuti. I mean, taska Khayra duk selangor kan, mestila bukak. So, abang pun plan untuk kami keluar berdua je sebab since Khayra lahir, kami tak pernah lagi spend time berdua-duaan seperti couple yang sedang bercinta. Chewahhh… :P So, bila ada peluang tu, apa lagi gunakan la.. Kami nak cuba pulak macam mana rasa keluar berdua-duaan… :D

Lepas hantar Khayra ke nurseri, tu pun lambat dah dekat2 pukul 11 gitu, ( abang pun ingat kami tak jadi kuar dah tau.. ala-ala macam merajuk… hahhahahhaha jgn marah ye abang.. :P ) Lepas singgah rawang kejap, kami terus pegi The Curve. Manusia, ramai jugak hari tuh.. Mesti orang-orang KL yang cuti ni melepak kat sana kan? Sama macam kami. So, kami seperti belangkas pasangan bercinta, kononla, sama-sama dengan super pantasnya ke cineleisure untuk beli tiket muvee. Sampai kat kaunter tiket tu, terus orang kaunter tu kasi kami couple seat tanpa bertanya kami nak ke tak. Ada ke? Hahahhaha Mungkin sebab tengok kami kot dengan gaya macam pasangan baru bercinta. Huhuhuhu

Lepas beli tiket, kami pun cari-cari kedai makan. Mula-mula konon nak try kat tony roma’s tgk blog kak intan nampak sedap je, tapi last-last kami pergi italianese. Next time la try kat tempat tu.. :P

cozy Italianies

Kat sana kami order ceaser salad sebagai apertizer untuk 2 orang. Sampai-sampai je.. OMG

Ceaser Salad yang sangat delicious

Besar ok pinggan dia. Memula tu abang nak order untuk 2 orang sebab dapat lagi murah kalau beli satu-satu. Sekalinya… Terbeliak gakla mata tgk pinggan yang besar tuh.. hahahahhaahah Kami memang first time ok makan kat situ, harusla tak tahu portion dia cemana. Weol besa g gerai-gerai je.. hahahhahaahhaha Then, kami makan je la.. Nasib baik sedap tuh.. Hasilnya?

Supermodel Me...

hahhahahha inilah hasilnya.. gambar kami berdua… jangan marah ha.. saja nak enterprem sikit. Gambar pinggan kosong licin licau tu tak sempat nak amik. waiters tu tak menyempat2 nak cleankan table kitorang… :P Tapi betul tau, licin selicinnya.. :)

Main course kami order salmon grill apa ntah dengan lasagna beef. Sebabkan salad tadi tu besar pinggannya, and kami budget hidangan kami tu pun sure besar punya. Lebih-lebih lagi sementara menunggu tu, ada satu group kat depan meja kami tu, dah sampai hidangan diorang. And diorang pun terkejut sebabnya portion dia memang banyak. Lepas tu diorang order sorang satu plus pizza lagi.. hahahhah amik ko… terbeliak mata laki tu bila spagetti meat ball dia sampai. :D Meatball dia pun besar2.. jeles pulak tak order… :P okeh2, tu time tgh lapar la kan.. So, tak lama lepas tu, order kami pun sampai…

lasagna yang super yummilicious Salmon grill yang super duper menjilat tekak

Kami order lasagna beef dengan salmon grill. Sedappppppp hingga menjilat tekak ok… :D Lasagna dia cheese dia pun sangat banyak. gravy dia pun, just nice. Cuma portion dia macam untuk 2 orang. :D Memang besar la.. Salmon tu pulak, dia grill memang superb la.. Bau salmon tu pun hilang jugak. Takde bau. Quality jaga.. cuma kami ni pulak terbalik kod. hahahha Kami nak salmon tu ada bau salmon. baru terasa sedapnya.. So, kalau complaint kan, agak-agak chef tu pening tak? hahahhahahah Ni semua gara-gara ada couple duduk belakang kami, dok complaint sebab udang dia ada berbau sikit. Chef tu datang sendiri jumpa and bagitau yang udang tu memang fresh bla2. So diorg nak masak kan 1 lagi. Lepas tu, makanan udang tu, diorg dapat free je. Giler best.. Tu yang kami pun konon-konon nak complaint la nape salmon tu takde bau. Aci tak? :D Serius saya cakap, portion kitorang tu memang untuk 4 orang la kot. Share-share. hahhahahahha Time makan salmon tu teringatla budak kecik tu.. Khayra memang suka makan grill salmon nih. pastu dah la ada carrot, kentang, lagila dia suka makan.. :D Dalam banyak-banya ( besar portion) tu pun, inila akhirnya…

Yummilicios yang dah settelicious

Hah.. amik.. licin….. hahahhahah cuma tang kentang tu je la saya tak mampu nak habiskan. Kenyang sangat-sangat dah. Sayur semua dah licin.. Habis je makanan tu, kami memang tersandar macam ular kekenyangan.. hahhahahhahahhaa Air? of course la ada kan, air, besa-besa je.. Takdela superlicious sangat.. Hehhehehe Kami order mango yang sangat pekat and terasa… sedap.. dan air teh je.. :D

Lepas habis makan, kami bergegas ke surau sebab muvee kami dah nak start. Saya pun pam kejap, sementara tunggu abang habis solat. Apa movie yang kami tengok? Hehheheh Nanti saya bagitahu. boleh? Hahahhaha Cerita tu memang kelakar la.. Suka saya tengok. Dari awal sampai abis, memang gelak je keje… ekekkekekeke Sukaaaaa… Agak-agak apa cerita yang kami tengok ek? :P

Lepas habis muvee, kami jenjalan kejap ke ikea dan kawasan-kawasan yang sewaktu dengannya. Time tu teringat lagi kat Khayra. Kalau dia ada, mesti dia suka main tu, main ni.. lari sana, lari sini.. hahahahha But bila kami kuar berdua, takde dah la adegan kejar mengejar dan lari-lari nih.. :P

Dalam pukul 6 macam tu, weol decide nak balik la.. sebab dah lama kan, so, dalam keta saya pam lagi.. hehehehehhe well, even memasing tak cakap pun rindu kat Khayra, but, still saya rasa saya rindu kat Khayra time tu.. Ala.. abang pun mesti gitu gak.. Kalau tak, takdenya kuar cerita Khayra… Hahhahahhahha

Sampai rumah, tgk Khayra tengah happy-happy and bila nampak saya, lagi la, terus nak susu. Dah la time tu mama baru je panaskan susu untuk dia. Aduhai… membazir je susu 1 botol tu.. :( Malam tu, kami jenjalan kat jusco bukit raja pulak dengan Khayra.. Kasi dia happy sikitt… End of story… :)

Nota: nanti saya bagitahu saya nonton citer apa.. agak-agakla citer apa ek? :P

Luv,

UmmiKhayra

~ Bekerja Bukan Alasan ~

Hehehhehe ye, bekerja bukan alas an untuk saya

Untuk tidak breastfeed anak saya

Walaupun saya bekerja, alhamdulillah, saya masih boleh untuk menyusukan anak saya. Walaupun saya tahu, cabaran ibu yang memilih untuk breastfeed ni sama, tapi untuk ibu yang bekerja, kita kena tambah satu cabaran lagi. Cabaran untuk mengekalkan produktiviti susu. Biasa orang dengar dan baca, konsep demand and supply untuk susu. So, untuk mengekalkan supply, saya dan ibu-ibu yang bekerja perlu adakan demand secara olok-olok dengan cara? Ya.. Mengepam.

Untuk tidak meluangkan masa dengan anak saya.

Tidak… walaupun saya bekerja dalam bidang IT, senang cakap saya seorang programmer, yang most of the time, memang kerja balik lambat.. ( nak siapkan project dan coding-coding yang memeningkan.. )saya akan pastikan saya cuba untuk spend quality time dengan anak saya. Main dengan Khayra, membaca dengan Khayra, menonton dvd dengan khayra and itu juga menjadi salah satu alas an kenapa saya memilih co-sleeping dengan anak saya.

Tidak menghabiskan masa saya dengan suami

Hehehehhe sebabkan masing-masing bekerja, then penat lepas tu suami tak layan.. takde kan bang? :D

Bekerja juga bukan alas an untuk saya

Untuk tidak membuat kerja-kerja rumah.

Ya.. rumah saya tiada maid dan saya pulak memang sejak kawin duk dengan mentua. Jadinya harusla merajin-rajinkan diri untuk buat segala macam house chores.. Lucky my MIL ni baik alhamdulillah, dan dia pun bekerja, jadi dia faham macam mana orang bekerja ni nak cope dengan kerja-kerja rumah nih. Aduh.. kekadang bilik saya pun bersepah dengan baju yang bertimbun tak sempat nak basuh sebab tak lekat duk umah.. :P

Mengelat tak nak masak sebab penat.

Hohoho kalau itu la alas an, then kene pegi makan kat luar, gaji 10k sebulan pun tak cukup nak tanggung… Lagi pulak, masakan isteri kan penambat suami.. chewahh.. ( macam masak sorang-sorang je kat rumah tu ha.. :P saya masak dengan my mil ye.. )

Berjoli sakan dengan duit gaji saya.

Serius tidak.. Sebab utama saya bekerja bukan cari duit untuk diri sendiri. Tetapi tujuan utama saya bekerja adalah untuk menolong keluarga saya sendiri. Zaman sekarang duduk di KL ni, kalau gaji 2k-3k cukup ke? Dengan living cost yang tinggi, dengan tol lagi.. minyak lagi.. Jadi suami memberi izin untuk bekerja bagi meringankan beban dan sekiranya dah mampu untuk saya tidak bekerja, yes.. saya akan berhenti sebab tugas dan tanggungjawab saya adalah di rumah.. hahahha ( ayat yang harus muntah.. ;p )

Bekerja juga bukan alas an untuk saya

Tidak mengupdate blog kesayangan saya ni

Hahhahha saya tahu kadang-kadang disebabkan bekerja, dan kerja terlalu banyak, memang saya tak sempat untuk update new entry kat blog ni. Kadang-kadang kalau tetiba saya free….. sebab kerja takde.. (sape keje bidang IT mesti tau, kalau dapat time free, sampai tak tahu nak buat apa.. ) barula bertubi-tubi entry saya.. Namun, saya sedang menuju ke arah yang positif. Nak update tiap hari kalau diizinkan.

Ha…. tengok, kan akhirnya saya dapat update lagi satu entry untuk hari ini.

Okeh.. itu saja untuk hari ini… Terima kasih kerana sudi membaca repekan saya hari ini.

Nota: Saya sekarang tengah dalam process belajar new language.. tp saya bosan… :D

Luv,

UmmiKhayra

Related Posts with Thumbnails