~ Happy 7Months Old KHALEEL ADYAN ~

~ Happy 7Months Old KHALEEL ADYAN ~

Memang lama saya tak update blog saya.. Kalau waktu kerja dulu, sangat mantap menghupdate blog. Almost every day blog saya berupdate. Sekarang? Aduhai… Sian blog saya yang semakin bersawang ni.. Sape nak jadi writer tuk blog saya? writer jemputan. Hihihihihi

Alhamdulillah… Adyan dah berusia 7 bulan… Teringat time Khayra saya bersungguh-sungguh update milestones and aktiviti.. Pilih kasih kah saya? Hehehe tidak sama sekali… Walaupun ummi tidak selalu update mengenai Adyan, compare dengan Kakak suatu ketika dahulu, tetapi ketahuila.. Adyan sangat beruntung sebab sejak dari lahir, Adyan ummi yang jaga.. Ummi jugakla yang bagi susu, ummi jugakla yang basuh kan poo poo, ummi jugakla yang layan Adyan, ummi jugakla yang geletek Adyan.. Tengok Adyan membesar depan mata, tengok segala perkembangan Adyan. Tiada yang lebih sebab ummi dan abah sayang Khayra dan Khaleel.. Muaaahhhhhh

Alhamdulillah, kalau ikut kan badge yang breastfeeding tu, saya dah meraih diploma kot.. ( betul ke diploma eh? ) saya main taram je nih.. Ikutkan target kali ni, nak reach 2 year. Kakak sampai 1 tahun 8 bulan kalau tak silap, then start campur.. sbb susu dah takde time tu.. Time berhenti,kalau xsilap preggykn Adyan 5 bulan. Pam pun memang tak jalan. ( ni la gunanya stok susu kalau ada… boleh guna time-time gini. At least panjang sikit… :) ) Ok.. berbalik kepada Adyan, budak wangi and cool lagi macho ini, sangatla panjang akal sekarang ni.

Perkara paling di sukai:

1. Senyum

Benda ni la paling suka Adyan buat. Buat sekian kalinya, mungkin sebab nama Khaleel = Sahabat, membuatkan Adyan sangat ramah dan mudah bergaul dengan sesiapa sahaja. Walaupun dah kenal orang, but still, Adyan nak dengan orang. Kalau orang agah-agah or bercakap dengan ummi, mesti dia yang terhover gelak-gelak and sengih-sengih ingat orang cakap dengan dia.

Lagi satu yang membuatkan Adyan suka gelak adalah Kakak Khayra. Kakak je, mesti nak gelak.. Bila dah start nak rengek-rengek, kalau kakak tunjuk muka, nyanyi ke, or main lompat-lompat kat katil mesti dah start senyum nganga-nganga mulut. Kalau kakak bercakap and lari-lari pun nak gelak. Kalau kakak main ball, main kejar-kejar dengan kakak pun, mesti nak gelak mengekek…

Aduhai… sejuk hati ummi ni kalau tengok Adyan senyum..

2. Mandi atau main air

Ni lagi la.. pantang… pantang jumpa, menggeletek kaki, badan, tangan kepala segalanya la nak kena air tu. Tunggu chance je masuk bilik air.. Dari menangis, bila ummi bukak baju and angkat masuk bilik air je, dah tergeliat-geliat, menganga mulut senyum2. Adeh mak… Kalau mandi lagi la, tak reti nak duduk diam.. Nak berpusing je kejenya mengejar air tu turun mana.. Air tu sejuk ke, panas ke, tidak di kiranya… Asalkan air.. Kadang2 ummi takut and for sure, ummi kena mandi lagi sekali kalau mandikan Adyan. Ke nak kene duduk dalam bath tub ni? :P

Hari tu dapat mandi swimming pool.. Mak aihs….. Macam orang jakun kot… Sengih je manjang.. otot2 muka tu tak penat ke? Hehehehhe apala ummi ni, tu namanya awet muda… LOL

3. Tengok laptop/tgk dvd/tgk LR/tgk lagu kegemaran

Hah.. ni siap boleh berebut dengan ummi part ni. Boleh ke dia lak yang nak lebih-lebih? Pantang ummi pegang laptop dia dah tergelinjat-gelinjat nak tengok jugak. konon ingat ummi nak pasangkan musik kegemaran, cerita (LR/phonic song/baby khalifah song/ etc) kegemaran dia la tuh. Since ummi dah xder dvd driver ni, dah tak dapat tgk dvd sangat. Sbbnya takde external. nantila ummi cari kan ye sayang.. Berebut tengok dengan kakak. Yang kakaknya pun, saja je xnak kasi adik tengok sekali.. :P

Kalau tengok benda-benda ni, dapatla ummi buat keje sekejap.. Macam siapkan sarapan kakak, lunch kakak, atau kemas-kemas rumah sesikit. kalau tidak? Asyik nak berkepit and kita layan dia ajer… Main sendiri tak nak… Banyak macho punya muka? :D :D

4. Makan….

yeay… Since dah boleh makan ni, memang favourite Adyan la tuh.. Nak-nak memang pantang tengok orang makan. Dia pun mesti nak makan. Kalau dinner ke, takde makanan dia, start la dia buat perangai. Duk ngamuk nak makan. Adeh mak… tidur pun dah start lambat. lepas maghrib tidur, bila tiba je orang makan, boleh dia bangun balik. lepas bagi makan, baru tidur balik.. Amboi2…. Awak tu baby lagi cik abang oiii… Kena la tidur banyak sikit… :P

Makanan kegemaran adyan adalah carrot, sweet potatos, rock melon. Paling tak berapa suka avocado. Hari ni, baru bagi sweet potatos tu.. Suka lak tu makan. Nak-nak kalau bagi carrot.. Lagi la… Nak jadi macam kakak kot… Suka makan carrot… :D

UPDATE: Adyan dah kurang makan sikit. Mungkin sbb nak start merangkak ko. Hari ni, 3 jun, afyan berjaya melangkah ke hadapan setapak. Hihihihi

5. Berjalan

Hah.. tang ni tidak dapat dinafikan lagi. Kalau dapat keluar berjalan, even kat luar rumah sekali pun, dah happy dah. Dah hilang dah tension dia rasanya. Kalau saya bawak jenjalan, biasanya sorang-sorang sbb saya banyak keluar sana sini, Adyan ok je duduk dalam car seat tu, kecuali nangis nak susu. Kalau saya sorang, Adyan memang sangat behave dalam kereta. Boleh siap tertidur sendiri lagi. Lagi-lagi ada kakak yang melayan.

Kalau dapat gi tengok tempat orang, perangai yang tak suka tidur tu hilang.. Boleh la pulak tidur lama kalau dalam kereta time siang. CUba kalau kat rumah? Haru.. sehari tidur 1-2 jam je… Sebab tu la kot ada tahi lalat besar kat kaki tu.. Lahir-lahir je dah ada tahi lalat tu.. Time lahir doktor terus tunjuk, wah, besar tahi lalat kat kaki ni.. Ermmm… time preggy ummi dia suka jalan.. anak pun mengikut la.. hehehheheheh

6. Kalau marah atau ada benda yang tak puas hati..

Apa adyan buat? Nak tau apa? menjerit lepas tu garuk-garu kepala. Mak aih… Kalah orang tua.. Macam tension sangatla tu kalau tak ikut apa yang dia nak.

Inilah antara perkara yang menjadi kegemaran little khalifah ni. Nak tau apa yang dia tak suka pulak? Hehehehhe

Perkara yang paling tidak disukai adalah:

1. Poo pooo

Hah.. yang ni, memang paling anti sekali. Tak boleh ada sekejap pun. Kalau baru je poo poo, then terus ngamuk-ngamuk sebab tak selesa bontot tu dah. Konon bersih sangat la tuh.. Tapi ummi tau, tujuan Adyan adalah nak masuk bilik air… Hahahahhahahaha tu yang nak cepat2 basuh so that boleh main air kan? taktik dah diketahui… :P

Bab poo poo ni, Khaleel Adyan dengan Khayra Amirah mesti sama. Kalau adik poo poo pagi, kakak mesti poo poo gak.. Kalau adyan poo poo petang , kakak mesti poo poo jugak. So, memang kalau Adyan poo poo, pergila check Khayra tu.. Mesti seangkatan.. Macam kembar lain tahun je…

2. Tidur

Ini adalah perkara yang paling di elakkan oleh little Khalifah ni. Kalau boleh, memang tak nak tidur. Nak berjaga and main je. Lepas tu, mata dah merah-merah mengantuk.. Lepas tu mulakan adegan tak puas hati.. garu-garu kepala, nak tidur.. Bila susukan banyak nau bunyik omelan.. Then lepas tu, bila dah terlelap, saja je keraskan badan, lepaskan susu nak bangun balik. Lepas tu, memang ummi kepenatan la satu hari… Kalau badan tu macam kakak dulu ok la jugak… :P

3. Meniarap

Hehehehehheh meniarap adalah aktiviti yang Adyan tidak gemar sangat. Ummi pun xtau la kenapa. Bila dah meniarap, tak boleh lama.. Mesti nak nangis lepas tu minta kita amik. Start meniarap dekat2 umur 6 bulan. Tapi sekarang dah boleh undur, pusing, ke depan sikit and dah boleh beraksi macam nak merangkak. kalau nyanyi ‘pondok-pondok” mulala goyang kan bontot tu… Dah boleh buat dengan jayanya cuba tak boleh nak merangkak ke depan je lagi.

UPDATE: since dah boleh buat mcm2 bila meniarap,adyan asyik nak meniarap je. Apala. Hihihihihi

Itu je la buat masa ini tentang Adyan. Gambar Adyan? hehehheheh nak tengok? Saya kasi yang latest last month.. Yang this month tak upload dalam lappy ni lagi…

 

Apa pun, ummi dan abah LOVE you both KA so much. Nothing can change it. Even kadang2 ummi nak lari jaih la. Hihihihihi

Update pasal khayra next entry. Panjang benor dah ni.

Luv,
Ummi KA

~ Khaleel Adyan @4 Bulan Setengah ~

~ Khaleel Adyan @4 Bulan Setengah ~

Alhamdulillah, anak ummi yang no. 2 ni membesar dengan sihat walafiat. Adyan sangat berbeza dengan kakaknya. Setiap baby itu adalah unik.. Saya suka guna phrase ni masa time Khayra dulu sebab saya memang percaya, setiap pencapaian dan perkembangan untuk setiap baby/anak tu berbeza dengan yang lain. Dulu, kalau ada yang tanya saya kenapa Khayra dah setahun tak boleh jalan lagi, and compare dengan anaknya yang 9/10 bulan dah boleh jalan, jawapan saya senang je, each baby is unique. We never know yet their potential. So, tak perlu risau sangat kalau anak kita lambat atau cepat untuk buat sesuatu benda itu. Cuma kita perlukan pantauan dah observation kepada anak kita. :)

Khaleel Adyan.

1. Sekarang Adyan dah 4 bulan lebih. Masa timbang berat umur 3 bulan, berat Adyan dah 5.2kg. Compare berat masa lahir yang hanya 2.5kg, peningkatan yang baik. Hehehe

2. Adyan sampai la ni, tak nak pusing and tak nak meniarap sendiri. Kalau kita tolong tiarapkan, semua boleh dah. Kepala dah tegak, tangan dah boleh siap tolak badan and akan terkebelakang and lepas tu boleh dah berpusing. TAPI bila suruh tiarap sendiri, tak nak. Sabar je la… heheheheh

3. Alhamdulillah, Adyan masih eksklusif breastfeed. Suka keadaan begini sebab saya tak perlu runsing2 nak siapkan makanan untuk Adyan lagi especially on travelling. :P Kata ummi yang malas.. hahahaahahh

4. Walaubagaimanapun, sudah menunjukkan minat yang mendalam kepada makanan. Siap kalau time dinner, dia yang tarik pinggan ummi… Tengok orang makan dok mengicap2… Sabar ye sayang.. Tu teruja nampak benda baru kan? :P

5. Adyan, still sampai sekarang masih suka berbedung. Cuma lately ni, saya kurangkan and hasilnya, Adyan takmo tidur lama.. Adeh… So,kena kembali kepada bedung ye nak… Kalau tidak ummi tak leh buat apa.. hehehe

6. Mr. Adyan ni pulak jenis yang tak suka kalau orang tak layan dia. Suka bercakap dengan orang dan suka senyum-senyum dengan orang. Cuba kalau buat tak tau.. Mula-mula senyapla, lelama melalak dengan suara garau dia tu minta perhatian.

7. Paling suka masuk bilik air sebab dia tau yang dia akan main air. Sengih sampai ternganga2 mulut. Lepas tu dok melompat2… Adeh… Kena berhati-hati je sebab takut terlepas sebabnya budak ini sangat aktif melompat.

8. Paling tak suka kalau bontot basah and kalau poo poo, kena cepat2 basuh. Kalau tak…………. hah.. macam sekarang ni… Jap.. nak cebok budak wangi… :P

9. Suka menjerit.. Hahahhaha Bukan nangis ye, tapi suara yang sangat kuat dok arrr arrr arrr….

10. Suka sangat kakak cium or main-main. Kalau kakak lompat2 ternganga2 mulut suka.. Kalau kakak tindih2 pun rileks je, siap boleh gelak and tarik rambut kakak lagi… Tak nangis pun.. Tapi limit la.. kalau lelama, bosan and kuarla suara boy dia tu.. Hehehhe

11. Adyan kembar dengan kakak atau kakak kembar dengan Adyan? Sebabnya semua almost sama. Kalau Adyan poo poo, tak lama lepas tu, kakak pun sama. Especially time pagi dan petang. Time tengahari, kakak tidur, adik tidur tapi biasanya kakak la lama sikit tidur tengaharinya compare dengan Adyan yang sekrang suka berjaga siang. Kalau tidur, kakak boleh peluk2 and adik boleh tertidur, Mungkin berkat awal-awal dulu susu bersama-sama kot… :)

12. Suka kalau ummi pegang buku. Kalau ummi alihkan, mata tu ikut mana buku tu pegi. Suka tengok benda bergerak, especially DVD. Kalau tengok DVD dengan kakak, daripada bising2, senyap terus.

13. Kalau ngantuk sangat, boleh tidur sendiri after kita bedung. Kalau tak bedung, ini budak akan ngamuk2 bila mata dah ngantuk.

14. Semua mesti akan tanya mana pergi suara Adyan. Adyan menangis bila kena tinggal sorang, bila boring, bila poo poo and nak poo poo, bila bontot basah, bila tak mand, bila lapari dan bila ngantuk. Nmpk gaya macam setiap masa je kan? Hahahahahahha

15. Favourite adalah berjalan. Kalau keluar jalan, tak tidur pun takpe.. Tertidur atas bahu pun boleh. Time lahir2 je dah ada tahi lalat betul2 kat kaki. Dr pun cakap ni kuat jalan ni.. And memang betul pun… Kalau dapat keluar jalan, senyap je… kecuali sebab2 yang dnyatakan di atas. :P Lagi satu Adyan tak suka duduk stroller.. Suka berdukung. So kalau ummi guna ring sling, Adyan tak kisah asalkan bukan baring.

my two precious darling… :)

Okla.. Adyan dah melalak nak attention again.. Nak tidur rasanya.. Dari tadi main.. Nanti sambung balik… Memang lately ni, jarangnya dapat update blog.. Jarang jugak dapat blogwalk.. Huhuhuhu

Luv,

UmmiKA

~ Khaleel Adyan Dan Khayra Amirah ~

~ Khaleel Adyan Dan Khayra Amirah ~

Salam semua… Lama saya tak bercerita dan berceloteh kat sini kan? :) blog dah bersawang sana sini.. Saya hampir bersedia untuk kembali aktif di dunia blogging. :D cecececeece.. Untuk introduction,meh saya bercerita pasal anak-anak saya. Lama dah rasanya tak cerita pasal puteri dan putera saya ni.. :) meh saya mulakan dengan my little princes.

KHAYRA AMIRAH.

Suka bergaya.. Kalah ummi dia tau… :P

2 hari lagi, 25 febuari, Khayra dah masuk usia 2 tahun 7 bulan. Serius, saya tak perasan kalau ikut tahun, khayra dah 3 tahun. Hehehe ingat masih baby lagi anak ku ini. Perkembangan? Macam-macam dah boleh buat..

1. Suka tolong ummi dan wan masak kat dapur. Bawak stool kayu tu ke hulu ke hilir kalau kitorang kat dapur semata nak tengok apa kitorang buat. Lepas ni kami nk rileks je tgk Khayra masak tuk ummi n wan boleh? hihihihi

2. Sekarang ni dah jadi sangat2 manja. Kalau dulu, blh lg abah mandikan, atuk pakaian baju, abah dukung, tidur dgn abah, cebuk dgn abah… Sekarang? Semuanya ummi… Dari sekecil-kecil dan seremeh-remeh benda macam alihkan pinggan, sudu semua nak ummi.. Adeh.. makin slim la ummi dia lagi.

3. Sangat sayang adik.. Walaupun kejelesan tu terlihat nyata, tapi still she love her brother very much. Ummi boleh tau.. Cuma yela, cara sayang tu agak kasar sikit. Yang peliknya, adik dia pun ok je… Nampak kakak je senyum terus. Kakak peluk biar je unless bila dah rimas sangat baru bersuara.

4. Kalau ummi tengah solat, kakak bangun dari tidur, nangis2 nak solat sekali dengan ummi.. Habis je ummi solat, ummi terpaksa solat lagi sekali sebabnya Khayra nak solat dengan ummi. Tak pernah di buat orang… Apala Khayra ni.

5. Kalau nak tidur, ummi mesti peluk dia. Tak kisahla kalau saya tengah baring susukan Adyan ke, dia pun mesti nak berkepit. Dapat belakang saya sambil tgn saya peluk dia pun cukupla… Hehehehhehehhe

6. Sekarang suka nangis and suka buat orang marah.. aduhai…. lemah bila mendengar princess ni menangis. Memang saja nak tarik perhatian orang kat dia.. Ni ala2 gaya jeles kat adik la tu kot.

7. Still menyusu dengan saya lagi walaupun tidakla setiap masa. Lately ni seperti dah memahami yang susu ni adalah untuk Adyan. Asyik dok bagitahu ni susu Adyan ni.. Adyan minum susu je.. Adyan tak bleh makan lagi… Dok ngomel2 sendiri, last2 minta kat ummi, nak susu nee boleh? Hahahahahahahhaha Lawokla yang…

8. Mulut dah jadi macam berteh goreng. Tak berdiam walau seminit pun. Ada je benda yang nk dicakapnya.. Suka main masak2 and cakap-cakap sendiri. Sekarang ni, since saya duduk rumah, dah tak nak saya kerja dah.

Macam-macam lagi la yang Khayra buat sampai kadang-kadang saya hilang sabar jugak. Rasa nak menghilangkan diri pun ada jugak… Hahahahhahahahaha But still, kalau Khayra takde, saya lak rasa semacam.. Terasa kosong.. Akan tertanya-tanya Khayra mana, buat apa… Heheheh Especially bila saya tinggalkan dia di rumah bila saya kua buat kerja.

KHALEEL ADYAN

Seminggu lagi Adyan dah masuk 4 bulan. Wah wah wah wah.. Sekejapan dah 4 bulan… Hehehehhe Keletah makin menjadi-jadi.. Apa yang Adyan dah buat sekarang?

1. Adyan belum lagi boleh meniarap.. Hahahahhaha agak “rajin” sikit compare to his sister. Ummi bukan nak compare, tapi bila dah 2 orang ni, memang menguatkan lagi fikiran yang setiap baby itu sangat unik and ada keistimewaan tersendiri.

2. Until now, kalau Adyan nak tidur, mesti kena bedung.. Baru nyenyak tidur… Kalau tidak… huhuh tak boleh buat kerja ummi dia… tak sampai 5 minit, jaga balik… Bila nangis-nangis, susu tak nak, tak poo poo, ci ci tak penuh, bedung kan aja, terus senyap… tak lama lepas tu hanyut dalam alam mimpi… Hhehehe Alhamdulillah, senang nak jaga anak ummi ni…

3. Adyan sangat suka mandi, bersihkan badan, cebuk, basuh ci ci, basuh berak or any kind yang related dengan air and bukak baju. Bila ngamuk-ngamuk, the ummi bukak kan je stokin ke, ala-ala nak bersihkan badan dia, mula la dah ternganga senyum and happy. Lepas tu, guna la air apa pun, sejuk, suam.. semua bedal.. Asalkan air…

4. Adyan lahir 2.5kg je… Kalau banding kakak yang lahir 3.2kg.. Tapi semangat mak aih.. tiap bulan naik 1 kg… huhuhu Dari segi badan, memang kalah la si kakak.. Tapi atuk Khayra sume cakap, okla perempuan kecik2.. bagus… lelaki takpe besar2… adeh.. besor2 ummi la yang tak larat nak hangkut adyan nanti… :D

5. Adyan suka senyummm… Suka nganga besar2 mulut tu kalau di agah… Kalau ajak borak pun, mulut ada je bunyik yang lain2.. Macam faham je… Suka tengok objek yang bergerak2.. Boleh siap gelak mengekek lagi kalau tengok DVD dia. Tak pun citer kakak dia…  so sweet…

Time ni sama-sama berusia 3 bulan… :)

6. Suka sangat bila dgn kakak… Boleh senyum2… tp awas, jgn la kakaknya peluk lama2… rimasssss… hihihihihi

Apalagi? Saya tak leh recall… Banyak sangat keletah dan kerenah 2 org putera puteri hati ummi and abah ni.. :) Adyanla untung, sebab ummi dah tak kerja.. Mungkin sbb tu jugak Khayra sangat attach dengan saya hinggakan semua benda nk saya yg buat untuk dia. Nak tebus masa 1 tahun setengah yang saya kerja hari tu kot.. :P

oklah.. Adyan dah bangun.. tak leh lelama, nnt Adyan bising… :P chow dulu… Jumpa lagi… Insyaallah dgn yang berinfo sedikit.. :P

p/s: Datangla idea…..

Luv,

UmmiKA

Khayra dan adyan….

Related Posts with Thumbnails