Argghhh… Post ni dah lama duduk dalam draft… aish… betapa malasnya (takde masa sangat sekarang nih.. :P) nak update blog kesayangan saya nih…
Pejam celik, rupanya dah sebulan lebih dah usia Khaleel Adyan. 30/11/2010 hari tu saya ke hospital untuk ambil jab Hepatitis B untuk Adyan. Sebabkan abang dah tiada cuti langsung, saya kena pergi sendiri la.. Nasib ada abah tolong hantar and amik and jaga Khayra. Thank you abah…
Berat Adyan masa berusia sebulan adalah 3.5kg.. Naik 1 kg dari lahir.. Doktor cakap good improvement sebab time lahir comei lote je… huh, mana taknya, asyik menyusu je.. sampaikan dah douuble chin dah sekarang neh. Bagi saya banyakla tuh naiknya… hehehehe Saya tahu, ada yang naik lebih dari tuh… Hehehehhe
Adyan since lahir ada masalah sikit tang menyusu ni.. Tak sabar and bila tiap kali lepas menyusu je, mesti akan muntah balik even dah disendawakan. Time sendawa pun, dia akan muntah jugak. Jadi, masa check up tu, saya ada tanya doktor kenap a Adyan tiap kali lepas menyusu, dia akan muntah balik even dah sendawakan. Saya tak tahu sebab masa Khayra dulu, memang saya tak pernah alami masalah ni.
Kalau setakat mual sesikit kuar tepi mulut tu adalah. Tetapi dengan my little Adyan, muntah balik susu tu berketul-ketul and banyak. Doktor bagitahu saya, mostly baby especially yang baru lahir ni akan alami masalah ini. Nama dia refluks sebab saluran esofagus ke perut tak tertutup sangat. So, susu yang di minum, akan terkeluar balik. Kalau overfeed pun boleh menyebabkan susu keluar semula sama ada melalui mulut atau hidung. Doktor nasihatkan saya untuk sentiasa sendawakan Adyan dan tinggikan sikit bila tidurkan Adyan Letak bantal dan mengiringkan ke belah kanan.
Bila dengar yang masalah ni biasa di kalangan baby, saya jadi lega.. Tapi 2, 3 hari ni, Adyan kerap pulak muntah-muntah. Keluar tiba-tiba time tidur pun ada bila dia meneran-neran. So, saya pun calling-calling la mr google..
Simptom Refluk
- Muntah selepas sendawa
- Muntah terjadi sebaik minum susu
- Susu keluar lebih banyak especially bila dah overfeed
- Keluar secara effortless – keluar tiba-tiba je
- Ada hiccup yang sentiasa berulang.
Bila baca apa simptom yang point to refluk ni, memang semua tu cukup kat Adyan.. Then less la worried saya.
Kalau dah ada simptom, mesti ada cara atau tips untuk mengurangkan terjadinya muntah susu ni. Ini antara yang saya buat:
- Sendawakan Adyan lebih kerap, semasa dan selepas menyusu. Saya tahu 3 cara untuk burp kan Adyan, bila dudukkan kat paha tak boleh, saya try kat bahu, bila bahu pun tak boleh, saya tiarapkan.. sebab kadang-kadang bila saya keep on guna cara yang sama, Adyan dah tak burp dah.. Bila ubah cara, terus burp..
- Kurangkan tekanan pada perut- jangan berbekung atau memakai lampin yang ketat. Barut Adyan pun saya pakaikan longgar je.. Tu kekadang naik ke dada la.. turun ke bawah la.. hehhehehe
- Saya mengiringkan Adyan belah kanan time awal-awal nak tidurkan Adyan.
- Sometimes, saya baringkan je lepas dah burp. Cuma time baringkan tu, saya tinggikan sikit kepala Adyan.
- Adyan suka menyusu. Pantang celik.. So, saya kene kurangkan minum susu terlalu banyak dalam satu masa untuk elakkan overfeed.
- Apa yang selalu saya buat, saya akan sentiasa tengok-tengok Adyan sebab dia time tidur pun dia boleh muntah susu jugak…
Antara tips-tips lain yang boleh membantu adalah: (yang nih saya tak buat lagi… tapi boleh jugak saya cuba nanti. )
- Elakkan pergerakkan seperti membuai yang keterlaluan semasa dan selepas menyusu.
- Tegakkan badan bayi sebaik selepas menyusu. – secara tak langsung saya buat jugak la bila saya burpkan Adyan kat bahu.
- Elakkan daripada bouncing atau menghayun anak kita.
- Untuk breastfeeding mum, elakkan daripada memakan makanan yang boleh sebabkan refluk macam buah citrus, tomato, makanan berlemak, pedas, coklat dan minuman bergas atau ada makanan yang anak kita allergik. Then, sikit-sikit kita cuba balik makanan tu, tengok mana yang tak rasi dengan anak kita. – ni saya kena cuba nanti. Lepas habis pantang ni, selera nak makan semua benda seperti menggamit-gamit je… Hahahhahahhahaha
- Pastikan bayi tidak mengalami dihydrasi (kekurangan cecair badan) dengan memeriksa tanda-tanda dehidrasi seperti:
- Lampin- sekiranya lampin kerap kering bayi mungkin mengalami dehidrasi
- Periksa mulut: Lidah yang terlalu kering menunjukkan bayi dehidrasi
- Kulit: sekiranya nampak kering dan berkedut, mungkin bayi mengalami dehydrasi.
Ini antara tips yang boleh kita praktikkan. Tetapi kalau kita rasa macam teruk and risau sebab muntah banyak sangat, ataupun berat dia macam tak naik, sebab makan keluar balik ataupun dia asyik nangis-nangis je.. Saya rasa better consult terus dengan doktor walaupun kebanyakkan refluks ni boleh hilang sendiri. Baby ni, kita tak tau masalah dia kat mana.. Sebab dia tak boleh cakap kan…
Ni tips untuk menyusukan anak kita untuk membantu hindarkan muntah susu ni.
- Menyusu dengan kadar sedikit. Hadkan setiap susuan kurang dari 20 min sekiranya menyusu botol.
- Sekiranya menyusu badan, susukan pada sebelah buah dada sahaja dan perah yang satu lagi.
- Jarakkan susuan sekurang-kurang 2 jam kerana perut mengambil masa 2 jam untuk kosong semula.
- Pakaikan lampin dengan lebih longgar
- Susukan bayi dalam keadaan tegak sedikit
Saya nak tengok baby Adyan macam mana lepas ni. Mungkin sebab kecil sangat…. Walaupun anak dah 2 orang, tapi Adyan ni lebih kepada sensitif punya jenis.
Memang setiap anak/ baby tu unik… Lain-lain peel dia…
Nota: Khayra and Adyan sekarang ni macam dah jadi kembar. Adyan nak susu, kakak pun nak susu. Kekadang tu, saya tak boleh nak buat apa-apa.. Kakak nak perhatian lebih..
Luv,
UmmiKA
Sumber yang membantu:


















Recent Comments