~ Don’t Know What To Write ~

Banyak yang saya nak tulis pasal Khayra. Keletah dia.. Perangai dia… heheheh kekadang terasa sangat kelakar. But i dont know what to write. Maybe because i lost my writing skills already. Hehehheheh serious i really dont know how to write and cannot make up my mind with good articles because in my mind only appear logic, yes or no. Huhh… Macam apa je kan? Hehehheh Currently, i’m polishing my skills back. Try to make my entry as interesting as top bloggers.. hahhahaha Dream on… :P

I believe when comes to their children, every mummy and daddy will feel proud of their children. Aren’t we? Hehheheh Most parents felt their children is gift and everything they do, we do feel peace, happy and no worries. Me too.. My husband and even my parents and my PIL. Sehari tak tengok keletah Khayra, rasa macam tak lengkap hidup ni sehinggakan kadang-kadang saya rasakan yang semua orang terlalu manjakan Khayra. Ok.. saya sekali la. :P Tak elok kan gitu? Tapi kalau Khayra buat salah ke, memang saya akan marah la.. especially abah khayra. Kalau Khayra nak something like toys pun, kalau benda tu kami tak rasa diperlukan, kami tak beli and kalau nak tau, khayra tak banyak sangat permainan. Kalau yang ada pun hadiah dari makcik-makcik dia and orang lain. Dari kami? Boleh dibilang dengan jari sebab Khayra akan cepat bosan dengan sesuatu permainan tersebut. Khayra lebih suka gunakan apa yang ada kat rumah tu. And lebih suka baca buku dan menulis. Kalau baca buku kadang-kadang saya biarkan je ( sebab malas.. hehehhehe ) and masa tu dia akan bercerita menggunaan bahasa yang saya tak faham langsung. Hehehehehhe

Saya teringat baru-baru ni, semasa maghrib, selepas sama-sama dengan Khayra ambil wuduk, khayra berlari keluar ke bilik atok and wan. Jadi kami sembahyang je la dulu. Sekalinya, bila Khayra masuk balik, ajak kami solat balik. Mesti nak ummi sekali, abah sekali and dia kat sebelah. Mula-mula just buatla dummy kan.. Tanpa baca apa-apa sekalinya Khayra marah kami and cakap olat-olat.. sambil tunjuk-tunjuk and marah. Terus saya suruh abang baca kuat-kuat macam biasa. Khayra macam biasa, akan ikut and sebut perkataan terakhir je la… yang lain terkumat kamit mulut je la…  Bila abang buat 1 rakaat je, then terus bagi salam, Khayra mengamuk lagi.. sambil cakap olat-olat… Sudahnya kena buat betul2 tiga rakaat. Alhamdulillah… Sejuk hati ni bila tengok Khayra macam tu even kami gelak-gelakkan dia la time tu… :P Saya ada amik video tp dalam mp4 plak. lappy ni takde converter.. Nantila saya cari.. :p

Kalau nak tidur pulak, kene tepuk atau peluk badan khayra. Then rutin harian bacakan al-fatihah dan surah tiga Qul. Khayra akan ikut bacaan saya especially surah al-fatihah. Kadang-kadang dia akan suruh saya ulang balik sampai puas.

Rasa macam khayra dah ready kot untuk potty training. ehhehehe yela, dah besar dah pun.. :P Setiap kali nak buang air je, Khayra akan bagitau. Kalau diapers dah tak selesa pun, Khayra minta tukar diapers. Kami ada beli penutup toilet tu je la.. tak berkesan sebab khayra takut tinggi.. ehheheheh tengah cari masa untuk cari benda tu.. :P

Bab bercakap.. Tu rasanya semua baby sama kot.. Dah mula sambung perkataan.. Dah tau apa nak.. dah tau nak minta apa.. Dah kenal bintang and barang-barang. Cuma Khayra tak kenal warna sangat lagi. Ermmm… kene ajar lebih lagi part ni.. :)

Oh.. bab cari kasut Khayra paling cerewet. Ada je yang khayra tak suka and tak nak. Hari tu, jenuh mencari selipar untuk Khayra. Tahu pulak tu mana kasut yang sakit.. mana yang kecik.. mana yang tak cantik. Sudahnya kasut yang di pilih kasut macam orang besar tu.. Yang ada heel… Hahahhahaha kami memang gelak la dengan pilihan Khayra tu.. Last-last jumpa jugak kasut kesukaan.. Silap.. selipar kesukaan.. yang ada bunyi-bunyi tu… Huhuhuhu.. Tang kasut kalau kami beli je, kalau tak kene dengan kaki Khayra, dia akan minta bukak and komplen-komple sakit. So better ikutkan je daripada membazir.. Nasib baik tak kisah selipar giant ke.. selipar tesco ke.. :P

Bab nampak duit memang No.1.. Tak tau la mana dia belajar tentang duit ni tapi Khayra tau kalau nak beli something kene ada duit sebab hari tu, dalam tangan Khayra ada RM1 and khayra nak air soya. Masa beli tu, dia bagi saya duit RM1 untuk air soya tu. Suprising me.. And satu lagi yang mengejutkan saya, dah tau duit banyak.. and kalau nampak duit hari tu masa kat rumah makcik time kenduri akikah.. masa cousin saya nak bayar duit apa ntah kan, boleh Khayra cakap ’00000 uit anyak… ‘ Ayooooooooooooo…. So kami pun ajar la duit yang dia dapat masukkan dalam tabung.. Huh…

Ha… tajuk dont know what to write.. Tapi ni macam dah berjela je.. heheheh baik saya stop sini… Khayra ni milestone terkumpul Khayra yang ummi dah tak buat tiap bulan macam dulu… :P

Nota: alhamdulillah, syukur kami dikurniakan anak seperti Khayra. Walaupun ada anak-anak lain yang lebih advance lagi dari Khayra, apa pun perkembangan anak ummi ni, tetap membuatkan kami bangga. Seperti ibu bapa lain bangga dengan anak masing-masing.. hehehehhe Ummi and abah gembira dengan kehadiran Khayra and next, bakal adik Khayra… :P

Luv,

UmmiKhayra

~ Happy 16 Months Old Khayra ~

~ Happy 16 Months Old Khayra ~

Hari ini, 25 December 2009, Khayra dah masuk ke usia 16 bulan. 1 tahun 4 bulan. Wooooo… Dah semakin membesar ini gegirl ummi… :D Macam2 peel dah Khayra ni buat. Macam-macam sampai ummi and abah tak larat nak layan. Kalau bab manja and mengada-ngada tu, toksah nak cakapla.. Terlalu manja sangat. Kalau terkuat suara sikit pun dah mencebik menangis. Tak pun merajuk… Ayorkkkk…..

Khayra dah pandai nak solat dengan ummi, abah, atok, wan and anyet dia.. :) Kalau orang nak solat je, or dengar azan je, Khayra akan cakap ‘allobat’ = Allahuakhbar. Khayra akan takbir, letak tangan atas perut, rukuk and sujud. Tapiiii… bukan dalam gaya perempuan. Gaya lelaki… Hehhehehhe Mungkin sebab lagi nmpk apa yang abah and atuk dia buat kot compare to ummi or wan. Sebab terlindung dengan telekung. Mulut akan terkumat kamit ntah baca apa… Lepas tu rukuk and sujud.. Hehehehhe

Sempat amik gambar ni je. Time Khayra tgh sujud. Time tu Khayra baru dengar azan. Ummi baru nak siap-siap solat, dia dah solat dulu. :)

Kalau nak makan je, mesti akan cakap mamam.. Lepas dapat makanan, makan sikit dulu, baru tadah tangan nak baca doa. Lepas tu sambung makan lagi. Time makan, Khayra tak akan nak sesapa suap. Mesti nak buat sendiri semua. Lepas tu suka makan sepah-sepah nak-nak kalau guna sudu. Khayra akan ikut kitorang, kalau makan guna tangan, dia akan guna tangan, kalau guna sudu, akan guna sudu. Kadang-kadang la kalau mood Khayra datang, dia nak ummi suapkan makanan kat dia. Kalu idak…. di geleng-gelengkan kepala.

Lepas tu, makanan yang dia suka, nasi kosong + sup. Tu je… Letak ayam, dibuangnya.. Ayam la paling Khayra tak suka. Ikan salmon suka pulak. Tp yang grilled je.. brokoli still suka, tauge pun suka.. tofuu pun suka.. yang lenlain, kalau campur dalam nasi, tak dimakannya langsung. Dengan nasi-nasi tu sekali. Pelik betul suka sangat makan nasi kosong + sup. Oh.. lepas tu suka makan cornflakes.. Bila buatkan cornflakes letak susu, suka pulak dia.. Khayra suka biskut baby bites tu. Biskut tu je la sekarang ni satu-satunya biskut yang Khayra akan makan sampai habis.

Kalau tak nak, Khayra akan cakap ‘nanak’. Kalau nak susu Khayra akan tunjuk umminye B sambil cakap ‘Nak’… Dah tau apa yang dia nak, apa yang tak nak.

Kalau ummi ke wan ke abah ke or sesapa cakap no no no, Khayra akan buat jugak no no no, dengan mulut nganga je, tangan gerak-gerak. :D

Khayra dengan cheongsam wan beli..

Kalau barang jatuh ke, Khayra terjatuh ke yang dia tahu tu memang salah dia, Khayra dengan suara dalam akan cakap, Ayorrkkk….

Khayra sukerrrrr tolong ummi… hahhahaha suker dari kontek yang berlainan ok… Kalau dapat bukak lemari tu, habis dibongkarkannya kain2 tu.

Khayra dah tau sebut dog. Bila tanya macam mana bunyi dog, Khayra akan buat wooo… Kalau sebut duck, bila tanya bunyi duck, Khayra akan sebut pek pek pek, Kalau cat Khayra sebut tat, suruh bunyik, Khayra akan sebut mauuu…. Khayra suka sangat dengan binatang.. Ummi tak sabar nak bawah Khayra ke stadium weekend ni insyaallah. Nak tengok hari peladang. Ada binatang… :)

Bila dengar lagu eensy weensty spider je, khayra automatik akan buat gaya spider panjat, hujan wash out all the spider. Lepas tu kalau dengar lagu-lagu yusuf islam, Khayra akan gerak-gerakkan badan macam orang berzikir tu sambil terlentok-lentok kepala. Khayra suka tengok cd baby can read.. malangnya, set cd tu semua hilang time laptop kena curik. :( Lepas tu, suka tengok wordworld, little einstein, and mickey club house dalam playhouse disney.

Cerita paling feberet sekali adalah upin ipin… Yeayyy itu paling feberet tuh.. Boleh benti nangis tu kalau dapat tgk. Khayra dah siap hafal dah lagu tema and bila upin sebut HI, Khayra pun akan hi jugak…. Khayra akan sebut upin ipin ni, ‘papin’.. Obses ok… :P

Khayra dengan slide

Khayra tau kalau sampah kena buang dalam tong sampah. Cuma, kita kena tunjukkan mana tong sampah tu. :)

Khayra dah jadi kedekut… Kalau barang dia, jangan harap nak share. Benda paling suka adalah ball dan balloon. Sebut 2 2 benda tu sama je. Belll… Hahahahahaha

Khayra dah faham apa yang orang cakap. Dah boleh disuruh buat benda-benda ringan.

Kalau bangun pagi lebih awal dari ummi or abah, happy sangat. Ingat dia tak perlu pegi school. Time tu la boleh tgk muka cheeky and suka kejut abah bangun dari tidur. Tapi cuba kalau ummi and abah bangun dulu dari dia, comfirm akan nangis macam kena tinggal.

Apa lagi ye? Ohh… Khayra sangat gemar melukis dan menulis. pantang tengok ummi amik pen, mesti nak juga. Elok-elok main, kalau nampak crayon, mesti nak.. sambil minta ummi amikkan kertas. hehheheh sweet la Khayra…

Inilah lukisan Khayra

Apalagi ye? tu je kot buat masa nih.. :) Tak sangka anak ummi ni dah besar. Lately ni pulak makin manja and mengada-ngada… Semoga Khayra membesar menjadi anak yang solehah. Amin…

Si comel Ummi…

Luv,
UmmiKhayra

~ Alhamdulillah, Khayra Dah Discharged And Khayra is 15 Months Already ~

Just a quick update.. :) Alhamdulillah, Khayra dah discharged selasa lepas. Once time fisio tu, small amount of phlegm je yang dapat disedut, Doktor dah benarkan Khayra balik. I’m so happy sebab dah tak perlu duduk kat hospital tu lagi.

Mama ada suruh cuba check kat hospital lain pulak untuk get second opinion. Sebabnya kami memang dari Khayra kecik sampaila umur sekarang, Khayra memang pegi jumpa doktor yang sama je. Sebab pada kami, better gitu sebab dia dah tau history Khayra. Lepas tu bila abang’s cousin pun suruh try hospital lain untuk dapatkan 2nd opinion, kami memang berfikir jugak, mungkin kami nak cuba tempat lain pulak. Anyone ada suggestion tak mana-mana doktor untuk di refer? :)

Semalam Khayra dah masuk 15 Bulan. Yeayyy… Dah jadi semakin besar dah anak ummi ni… Dah pandai malu-malu dah bila ada orang yang tak kenal, dah tau untuk tidak ikut sape je yang Khayra rasakan tak familiar. Bila orang yang tak kenal je sekarang ni akan take time untuk start bercakap atau beraksi. Bila dah lama orang tu ada dengan ummi or abah… Dah lama cakap-cakap, baru la Khayra akan tunjukkan perangai sebenarnya. Kalau tidak duduk je la diam and berkepit dengan ummi. Lega gak gitu.. kiranya takdela dia senang2 je nak ikut stranger. :)

Mulut pun dah pandai cakap macam-macam perkataan keluar dari mulut comel tu. Kalau tau buat salah, mesti cakap ayak… ( untuk kita, cakap ayokkkk… ha ha.. ) sambil tunjuk or tenung je… Lepas tu suka duduk kat sudut rumah kalau ada bende yang dia pegang and tak nak kita amik dari dia sambil senyum2 and sorok2 tangan kat belakang. :P

Suka main dengan flash card dia sambil sebut macam-macam at certain things. Akan sebut tat untuk Cat. Dok untuk dog. Kalau ummi sebut bunyi dog or bunyi cat mesti akan ikut jugak.

Kalau makan, dah pandai tadah tangan untuk baca doa. Kadang-kadang orang dah makan, barula si kenit ummi ni tadah tangan sendiri then sapu kat muka untuk baca doa. Ikut dan dia la bila-bila dia nak buat. :D Kalau nak tidur, dengar ummi mengucapkan kalimah dua syahadah, then bacakan al-fatihah and surah 3-Qul, Khayra akan angkat tangan untuk baca doa sekali. :)

Itu je la kot untul kali ni.Saya sebenarnya tengah tunggu mama siap. Kami nak g jenjalan sat beli barang.. Hehhehehe Nanti saya masukkan gambar Khayra.. :)

Luv,

UmmiKhayra

Related Posts with Thumbnails