~ Happy 7 Months Khayra ~

Happy 7 months Khayra Amirah… Apa Khayra dah boleh buat time setakat ini?

Dah nak mula start belajar merangkak… Buat pondok2 and sekarang ni kalau nak menyusur ke depan, mesti angkat badan dulu baru ke depan.. dah macam ulat bulu la pulak aku tengok… haahhahahha

Bila aku balik keje je, mesti nk aku dukung… Senyum2… sambil berbunyik2 excited.. rindu kt ummi kn?hihihihi kalau aku buat tak tau je, mesti Khayra akan mencebik dan menangis..

Khayra suka sgt tgk ikan…. menjerit2 tgk ikan.. Gambar ni masa first time Khayra tengok ikan kat rumah suzy… Next JJCM, Aquaria KLCC… Hoyey….. =)
Khayra suka post depan kamera.. Kamera dalam fikiran Khayra buat masa ni, HP aku je la… Kalau kamera betul, tak dipandangnya… Kalau depan HP aku ni je, cmfrm dia akan senyum…


Kalau tidur, sampai sekarang Khayra still suka dibedung… Ingatkn dh tak suka, tp pengasuh Khayra bgtau, kalau bedung j, br Khayra nk tidur…. tidur dengan nyamannya.. Mungkin sebab kalau mlm2 aku akn selimut Khayra dgn selimut dia, lepas tu dgn selimut aku jugak.. kasi warm je… hihihihihi


Benda yg Khayra paling suka adalah kertas dan buku… Kalau buku bergambar tu suka sgt tgk.. perati satu2.. Kalau kertas, of coursela masuk mulut… hihihihi permainan yg Khayra suka, anything yg pnjg n bertali.. mcm wayar mouse, tasbih, anything yg pnjg2…


Khayra paling suka kalau part bukak baju.. tapi paling tak suka bab pakai baju… kalau bukak baju je mesti happy semacam je… hehehehe ingat nk mandila tu sebab dgn air feveret Khayra jugak tu… Kalau mandi, air tu mesti dia nk tadah dgn tgn…

Khayra dh boleh sebut sikit2… mcm.. ayikkk (ni time balik dr nurseri-mama bgtau..), anyettt (ni time marah nyenyet a.k.a paksu dia), ayerrr (ni time nk susu-dulu enggee), mmmeeeee (ummi diala kn…hihihi) and mcm2 bunyik lg la…..

Khayra seorang yg peramah… suka senyum dgn orang.. tapi dgn wan, dia sengaja je masam2 kn muka… kalau dgn atok, cmfrm senyum n gedik2…. (cucu atok la khayra ni)

Khayra klu lmbt bg B, kaki akn tendang2 mcm nk start motor… very funny… kadang2 aku sj je ks lmbt2… hahahahahaah

Khayra sgt suka berjalan.. tak kirala pegi mn… senang sgt bwk khayra… ni mesti sbb dr kecik lg dh biasakn khayra berjalan…. aku blum hbs pantang lagi kami sudah berjalan… (time raya).. dulu sbb lm sgt tak berjalan, tiap kali msk kete j mesti happy n siap buat bunyik mcm nyanyi2 tu….

Khayra dah suka mkn… hari ni first time bekalkn makanan kt nurseri..(Khayra start solid lmbt sbb dia refuse awal2 dulu) aku buatkn bubur nasi+epal… Licin Khayra mkn.. sampai pengasuh Khayra bgtau Khayra suka sgt.. esok buatknla lg… insyaallah,memang tiap hr aku nk ks bekal kt Khayra.. =)

errmmmmmmmmmmm, apa lg ek… tu je la kot for now…. =P

~ Happy 6 Months – Congratulations…. ~

Happy 6 Months Khayra… ho yey.. ho yey… Syukur alhamdulillah, aku berjaya dengan jayanya exclusive breastfeeding Khayra for 6 months… wowww… perasaan aku? bangga bangat seh… tak sangka aku berjaya sampai stage ni.. hahaahhaaha feeling tu tak dpt ku gambarkan.. terasa seperti sekejap je masa tu berlalu.. Dugaan, cabaran, onak duri, semak, belukar, dapat ku tempuhi dgn tabah n sabar… tak sangka aku ni tabh jugak orgnyer ek :P

Thanks to all yang menyokong aku selama ini… especially to my love… my everything, my soul, my heart my apa2 lagi la… Mr. Khairul Adha.. my great2 husband… yang menyokong sepenuhnya untuk breastfeed Khayra… hehehehhe n thanks to kak alyn, suzy, shima and midah (ex-friends mengepam kat pantai dulu.. ), sbb suppot me… and semua2 yang menyokong secara senyap atau terang-terangan… hehehehhehe… macam menang award apa je kan? ekekekkeke tak kisahla.. janji ku puas… lepas ni, khayra dh boleh start her solid food… tapi bukan sume makanan la…. and my azam after this, continue breastfeed Khayra until she’s 2 years old… keep on pumping… hehehehehehhehe

p/s: Syukur alhamdulillah, terima kasih kepadaMU ya Allah, kerana membantu hambaMu ini dalam menjalankan tanggungjawab hambaMu ini, dalam menempuh semua dugaanMu ya Allah..

Happy 3rd Month Khayra

Hari ni Khayra genap berusia 3 bulan… dah besar anak ummi ni rupanya….mmmmuaaahhhh…. sayang Khayra..


Khayra with her new cloth from her wan

ummi: I love u Khayra…..

Related Posts with Thumbnails