~ Baju Luntur Warna.. Kisah Tak? ~

~ Baju Luntur Warna.. Kisah Tak? ~

Alamak… Baju mana yang luntur ni? Aduuiii… habis la baju aku.. Kene beli baru ni nampak gayanya… :P

Haaaaa.. Inilah bahananya bila basuh baju

1. tak baca care label

2. Main campur je baju-baju yang nak basuh. Konon nak jimat.

Sudahnya? Ada baju-baju yang luntur warna dan akhirnya kena kat baju yang lain. :( Masa tu, barula nak konon nangis sedih depan husband sebab baju dah tak cantik.. ( dalam hati tu.. yeay.. boleh beli baju baru.. Hahhahahhaha ). Sape kat sini penah kena macam ni? Sayaaaaaaaaaaaa….. Hehhehehhehehhehe

Ye.. baju saya ada la beberapa kali saya tak perasan ( malas sebenarnya nak asing-asingkan.. :P ) saya main masuk je baju baru especially dengan baju lama then basuh terus.. Bukak-bukak mesin basuh, nampak baju lain dah kena warna baju baru yang di basuh bersama-sama. Time tu baru nak menyesal baru nak nangis.. Kononnya.. :P Kenapa boleh jadi macam tu? Sebab tak ikut care label satu.. Dan satu lagi, memang kebiasaan baju baru ni macam-macam mana pun akan turun warna jugak. Especially yang melibatkan warna merah, dark blue, indigo atau mana-mana yang warna gelap la.. Yang jadi mangsa? Kesian warna putih suci murni.. Dah ternoda dengan warna lain. :D Selain daripada tu, baju yang senang luntur ni adalah daripada baju jenis-jenis t-shirt dan juga jeans.. Tapi kebiasaannya, bila dah basuh 2, 3 kali dah ok dah warnanya.. So, please do extra careful on this garment. :)

Adrinis_wearIni bukan baju saya.. Ini baju Khayra.. Comel tak? :)

Macam mana tak nak kasi baju-baju tu turun warna dan nak memelihara warna baju tu daripada tak cepat kusam? Atau pun kalau jenis tak kisah, takpela kan.. basuh je la 2, 3 kali.. then lepas tu dah ok dah warnanya.. Hehheh Tapi pada yang peduli? Ha… ini anta tips macam mana nak elakkan atau kurangkan warna daripada luntur.

1. Baca arahan label.

Ye.. Ini penting sebab tu la manufacturer tu letak kat setiap baju depa. Diorang suruh kita baca bukan takat tayang je.. Nak-nak baju mahal-mahal ni kan? :D Ada yang suruh basuh guna air sejuk je.. ada yang air suam.. Lepas tu ada yang suruh jangan tumble dry.. Macam-macam lagi la instruction kat label tu. Mungkin ada yang cakap, susah la kalau camtu. ada jugak la nanti kena basuh 1 1.. Hehhehehhe Kalau perasan, kebiasaannya, baju-baju ni instruction dia sama je. Based on material la. Kan kita ada banyak material. Cotton, Linen, Silk, Satin dan sebagainya.

2. Basuh baju warna gelap dengan warna gelap. Warna putih dengan putih.

Saya akan separate kan la baju-baju warna putih, basuh warna putih.. baju merah, warna merah.. baju lain.. campur-campur kan aje.. :P  Kenapa merah saya asingkan? Saya asingkan terutama sekali baju-baju baru. Sebabnya merah ni, warna yang paling senang nak luntur. Namun,  saya suka warna merah maroon ni.. :P

3. Terbalikkan baju masa membasuh.

Ha.. bukan masa nak sidai je terbalikkan.. Time nak basuh pun terbalikkan jugak untuk memelihara warna dia. So, dia tak cepat kusam la.. :)

4. Basuh dengan menggunakan air sejuk kecuali dinyatakan.

Ha.. kebanyakkan baju, memang disuruh basuh dengan air sejuk. Sebabnya, air sejuk memelihara warna. Mama saya pun suruh basuh dengan air sejuk kecuali tuala, guna temperature yang tinggi sikit. Sebab kain tak cepat rosak. Nak-nak baju Khayra, lagi la mama cakap jangan guna air panas.. Sebab tu la, baju Khayra yang dari lahir sampai sekarang masih ok lagi.. Hahhahahhahha Jangan tak caya ye, sape2 bagi Khayra baju, memang berbaloi2.. sebab sekarang ni Khayra still boleh pakai baju-baju age 3-6 months tau… :P

5. Tambahkan Cuka

Ha… sape penah dengar pasal ni? Masa basuh, masukkan cuka dalam basuhan. Walaupun bau dia kuat, cuka boleh dijadikan sebagai softener. Bau dia? Bila dah habis basuh, hilang dah bau dia.. Dont worry… :) Cuka ni, kegunaan dia sebagai bahan untuk mengekalkan warna. Cuka boleh membantu untuk mengelakkan baju daripada luntur.

Ini la antara tips-tips yang saya tahu macam mana nak memelihara baju dari cepat luntur warna nih. Sesapa ada tips lain? Meh kita share kan.. :)

Nota: Saya tak pernah kisah pasal baju luntur.. Anda kisah? :P

Luv,

UmmiKhayra

~ Khayra Admitted @ KPJ Selangor Specialist ~

SELINGAN Sekejap : Mula-mula sekali, saya ucapkan terima kasih kat kawan2 semua sebab concern pasal Khayra. Maaf ye sebab tak berkesempatan nk membalas komen-komen dari kawan2 semua. Hadah untuk contest romantik get-away tu pun, belum setel2 lagi. Sebab ada beberapa orang yg belum beri saya alamat mereka. Nanti saya bagi nm anda2 semua ye. Sementara tu, mana yang dah hantar, saya proceed dulula. Kesian pulak kengkawan menunggu lama nanti. :) Maaf ye.
Rentetan daripada demam dan batuk-batuk yang Khayra alami lepas kejadian rabu malam khamis hari tu, Khayra kene admitted semalam sebabkan kahaknya dah masuk lung. Poor my lil baby… :( Pulak tu, minggu ni adalah minggu busy sedunia, ( again LOL) yang boss saya pun dah bagi notis awal2, balik paling awal pukul 8 malam sebab ada kerja-kerja urgent. Sian kat boss saya.. mesti dia kelam kelibut tuh. Dalam hati saya, of course la happy giler sebab tak payah balik lewat, ( but yet sedih sebab Khayra warded :( ) tapi macam tak patutla pulak.. so, saya request buat keje kat hospital je.. Baikkan saya? Hahahhahhaha
Semalam pagi tu, time nak pegi keje, batuk-batuk Khayra still tak baik lagi. Risau jugak sebab dah lama. Nak-nak kes H1N1 nih, so, saya dengan abang decide nak g check. Doktor check, memang ada wheezing kat peparu tuh ha.. Lepas tu, paed Khayra cakap la, nak buat test tuk H1N1 jugak sebab simptoms dia lebih kurang jugak.. Lepas buat test tu, doc kasi 2 option yang bagi saya bukan option langsung la sebab dua-dua kene duk hospital jugak. Huhuhu Satu, tu, kalau positif H1N1 ( minta dijauhkan la… ) kene isolated dengan pesakit2 tuh jugak. No visitors only me je yang boleh jaga. Kalau negatif, baru boleh ada bilik sendiri. Tu pun insisted jugak nk blik single sebab nanti susah pulak abang nk duduk sekali. Tambah-tambah dengan Khayra yang sangat aktif walaupun sakit.
Alhamdulillah, test untuk H1N1 negative. But, doc still cakap nk pantau sebab test tu cuma 50-50 je. Dalam hati doa banyak2 minta dijauhkanla dari Khayra. Amin.. Sudahnya, berkampungla saya di sini untuk berapa hari yang tak pasti. Pagi tadi dah buat fisio. Kali ni, si baby ummi ni, time tepuk belakang and dada pun menangis-nangis sambil sebut lapar. Sebabnya, doc lmbt naik. Khayra puasa dari pukul 7. Pukul 9 belum boleh pegi lagi. Tu yang mengamuk tak hengat. hihihihi Sampai nurse tu cakap, pompuan tapi tenaga lelaki..
Biasanya budak yang berusia bawah 5 tahun memang mudah terdedah dengan jangkitan bronkitis ni. Punca awalnya, batuk and selesema je. Saya ada baca satu artikel dari link ni. Sumber dari utusan malaysia. Dari artikel tu, kalau kita ada sedikit ilmu dalam fisioterapi, kita boleh praktikkan pada anak kita untuk membantu anak kita agar tak mudah kene jangkitan lain. Kalau start batuk and dengar wheezing tu mula la risau kan? Kalau kita biarkan lama-lama, ia akan jadi jangkitan sama ada jangkitan bakteria or jangkitan virus. Macam saya la. Sudahnya bawak ke hospital.
Bila saya baca artikel ni, rasa macam boleh dipraktikkan nanti. Sebelum batuk and selesema Khayra merebak ke jangkitan bronkitis, better saya cuba teknik yang mereka ajar nih. Teknik dia sama je dengan teknik sebelum mulanya fisio. Teknik tepukan ini dinamakan percussion.

Caranya macam ni. Mana yang penah tengok anak mereka di tepuk2 sebelum fisio, mesti dah tau macam mana caranya. Kita boleh guna cara itu untuk melonggarkan
  1. Pastikan bayi dalam posisi meniarap dan letakkan bantal di bawah perut, pastikan bantal itu tidak terlalu tebal.
  2. Kemudian condongkan sedikit posisi bantal dengan kedudukan kepala bayi ke bawah dan kaki di atas, pastikan kaki lurus.
  3. Bentukkan tapak tangan seakan cupping (lubang di tengah) dan gunakan kekuatan dari pergelangan tangan untuk menepuk perlahan di belakang bayi.
  4. Tepuk selama lebih kurang 15 minit dan beralih di kiri dan kanan tubuh bayi pula. Tujuan menepuk ini adalah untuk melonggarkan kahak di dalam paru-paru dan 15 minit selepas selesai menepuk, biasanya bayi akan batuk atau bersin dan sekaligus mengeluarkan kahak dalam bentuk muntah. Jika tertelan, tidak mengapa kerana kahak tersebut akan keluar menerusi najis mereka.
PERINGATAN : Untuk menggunakan teknik ini, pastikan anak kita tidak menyusu / makan selama sejam untuk mengelakkannya muntah. Ala-ala puasa la… :P
Rutin Khayra, amik ubat, buat nebulizer pastu pagi-pagi buat fisioterapi. Macam dulu tu… MOga anak ummi tabah ye.. Cepat2 sembuh ye sayang.
Bila anak kita start hidung sumbat and batuk berkahak je, boleh la kita praktikkan teknik ni disamping menggunakan petua-petua tradisional yang pernah saya post kan sebelum ni kat sini, untuk mengurangkan selesema, batuk and kahak. :)

~ Sakit Mata ~

Minggu ni Khayra kene sakit mata. Gara-gara berjangkit kat nurseri. Mula-mula Khayra demam. Ni mungkin sebab tumbuh gigi belah atas kot. Siap 2 batang sekali. Lepas tu, sabtu lepas, tiba-tiba mata Khayra bertahi mata and sepet sebelah and nampak bengkak. Tengok2 mata Khayra merah. Bawak gi jumpa doktor, doktor bagi ubat titis.

Sambil guna ubat titis tu, ada jugak kengkawan yang suggest letak air susu ibu kat mata yang sakit tu. Insyaallah sembuh. Annddd… Alhamdulillah, hari ni mata Khayra dah semakin ok. Semalam aku letak sekali je.. Ingat letak sekali sehari je.. :P Rupanya 2/3kali sehari.. Hihihi

Rupa2nya, sakit mata ni ada banyak jenis.

Mata merah tapi tak sakit
Keadaan yang biasa menyebabkan mata merah tanpa merasa sakit ialah konjunktivitis, pendarahan subkonjunktiva, pterygium, konjunktivitis alahan dan episcleritis.

Mata merah dan sakit
NI petanda masalah mata yang serius. Boleh sebabkan buta. Penyebab mata merah dan sakit ni termasukla, ulserkornea, glaukoma akut dan uveitis.

Sakit mata tapi tak merah
Boleh disebabkan macam-macam sebab. Sebab utama, lapisan kornea luka.

Mata berair
Disebabkan oleh konjunktivitis, Ektropian, Entropian, Galukoma kongenital

Konjunktivitis
Disebabkan oleh jangkitan virus. Mata berair, gatal, sensitif dengan cahaya, pedih dan mata merah.

( Ni aku amik yang berkaitan dengan mata merah je.. Ada banyak lagi macam katarak and glaukoma yang macam selaput putih tu.. :P ). Kalau nak tau lebih lanjut lagi pasal sakit mata ni boleh rujuk kat sini ye.. :D )

Nota: Memang berkesan petua titiskan susu ibu pada sape2 yang sakit mata nih.. :D Thank you friends… :D

Related Posts with Thumbnails