Daun Pucuk Kaduk
Beberapa tangkai daun sirih tekan dengan jari hingga mengeluarkan lendirnya, kemudian sapukan pada batang hidung bayi. Cara ini akan melegakan selsema dan pernafasan menjadi mudah. (Sumber) Daun Pokok hati-hati
Yang ni aku yang praktikkan lepas Khayra kua hospital dulu.. ramas2 daun dia.. letak kapur sirih + air sikit… lepas tu sapukan kat dada and belakang Khayra.. Mama yang suggest cara ni untuk redakan kahak n batuk…
Gambir
Yang ni kalau selesema..
Ibu Kunyit
Untuk selesema jugak..
Kapur sireh
Untuk baby batuk..
Madu
Ada gak yang suggest kasi madu.. Yang ni aku xsuggest untuk baby below 1 year especially.. sebab dia ada spora apa ntah.. botulism kot.. yang tak elok untuk baby… Kalau bagi untuk org besar, memang berkesan.. ( Tak berkesan gak tuk org yang elergik dgn spora.. ;P ) Bunga Raya
Bunga ini mempunyai khasiat yang amat mujarab untuk menghilangkan batuk. Tumbuhan ini mengandungi sejenis lendir atau mucin yang memberikan rasa sejuk pada kerongkong dan rongga paru-paru. Selain itu bunga raya juga mengandungi hebiscetin iaitu satu bahan yang amat berkesan untuk meredakan batuk dan menghilangkan kahak. Daun bunga raya juga digunakan untuk menghitamkan dan melebatkan rambut. ( Yang ni kalau tak silap aku, aku penah dengar gak.. bunga dia ramas2 pastu sapu kat dada….
)
Lobak Putih
Selain daripada masalah ketidakhadaman makanan, lobak putih juga baik dimakan oleh mereka yang menghidap bronkitis, sakit tenggorok, asma, batuk dan selesema.Ia bertindak menentang bakteria, menguatkan limpa serta mempunyai kesan-kesan antipiretik.Berasal dari keluarga crucifera, lobak putih sesuai dimakan sebagai ulam terutamanya di kalangan mereka yang mengalami masalah kencing tidak lawas.
Sengkuang Cina
Dalam dunia perubatan tradisional, sengkuang cina merupakan penawar bagi melegakan penyakit bronkitis yang kronik.Rasanya yang manis dan menyejukkan elok dimakan untuk meredakan demam, selesema dan batuk. ( Yang ni pun tak sure dah boleh ke bagi baby makan? )
Actually banyak gak info2 yang aku dapat, tapi aku letak kat sini yang aku rs sesuai tuk dipraktikkan for baby je… Yang 3 bawah tu pun aku xpasti boleh apply kat baby ke tak.. hehehehhe
Nota: Kalau ada petua2 tradisional yang boleh dikongsikan bersama, amatla dialu2kan… sesiapa ada tak petua2 or pape cara la berkaitan dengan batuk, batuk berkahak, selesema ni? =)
Nota: Cukupla sekali Khayra admitted aritu.. dah tak nak… Kesian Khayra…






Recent Comments