Archive for the ‘Pregnancy’ category

~ Is It Safe to do Rebonding During Pregnancy? ~

November 11th, 2009

Lamanya tak update blog saya. Banyak yang nak dikongsikan. Hehehhe Insyaallah, satu-satu… :) Saya tulis entry pasal rebonding ni bukan apa, ada hari tu, one of my friend tanya, ok ke kalau tgh pregnant buat rebonding? Especially masa first trimester lagi? Mula-mula tu saya agak terkejut jugak la, ada jugak orang nak buat rebonding time preggy.. :P Alasan dia, nanti masa bersalin dah susah nak g rebonding. Rambut kusut masai pulak time pantang. Lagi serabut laki nak tengok. Sebab rambut kawan saya ni memang jenis yang kasar2. Mula-mula saya ingatkan dia belum buat lagi and nak tanya pendapat dulu. Kalau belum buat, saya akan suruh dia tunggu dulu. Sebab rebonding kan banyak bahan chemical yang terlibat. ( chewah.. macam penah buat je… ekekekkekek – dari pembacaan… :P ) Tapiii…. Dia dah buat dulu dah baru tanya ok ke tidak… Hahahhahahha Tak dapek la nak cakap pape.. :P

Saya pun apa lagi, nak hilangkan rasa takut dia and rasa menyesal dia, saya cuba cari info pasal rebonding ni. Memang ramai yang bagitau jangan buat sebabkan bahan kimia yang digunakan masa me’rebonding’ tu. Walaupun dia dekat kepala, tp dikhuatiri meresap ke dalam kulit. Secara logiknya, bahan kimia yang di’apply’kan ke kepala semasa membuat teknik reboding ini akan meresap ke dalam kulit kita. Kalau dah masuk ke badan ia akan ke mana? :D

Di sini, saya ada terjumpa dari BabyCenter mengenai rebonding ini.

Menurut Dr. Patricia Kho

    The chemicals used to curl or straighten hair have not yet been studied with regards to their safety during pregnancy. That said, it is generally recommended to avoid curling or straightening hair during pregnancy because of the strong chemicals used for this purpose — we still do not know if they cause side effects. The fumes that are emitted may be harmful when inhaled.

    While there are no real studies, it may be best to have some guidelines in place.

    • In general, chemicals that touch the scalp may not be safe. Once the chemical comes in contact with the scalp, there is the possibility that the chemical might be absorbed into the bloodstream via the blood vessels which are abundantly found in scalp tissue, and hence reach the fetus.

    • In general, chemicals that are applied only to the hair strands may be safe. Hair strands are dead tissue with no blood vessels. Therefore, the risk of these chemicals going to the bloodstream and reaching the fetus is smaller. Do try to avoid inhaling the fumes of these hair coloring or curling chemicals, so make sure the salon is adequately ventilated.

    • Hot oil treatments are generally safe. Hot oil formulations generally contain oil (such as soybean oil, almond oil, virgin coconut oil), water, and fragrances. These products do not have harmful effects to the fetus. You may have a hot oil treatment in a beauty salon or do it yourself at home. If you will DIY, be careful with the hot oil. Try to make the temperature hot but not boiling — you might burn yourself!

    • Hair rebonding uses harsh chemicals. So far, there have been no studies about its safety for pregnant women. However, in hair rebonding, the chemical is applied up to the level of the scalp so there is a chance it will be absorbed in the mother’s body. It is best to avoid hair rebonding if you are pregnant, just to be safe.

    Tiada lagi bukti-bukti yang kukuh atau research yang menunjukkan keburukan kepada wanita yang mengandung sekiranya mereka meluruskan rambut atau mengkerintingkan rambut. Kita hanya disarankan sahaja untuk mengelakkan daripada meluruskan rambut atau kerintingkan rambut kerana bahan kimia yang digunakan dalam process ini sangat kuat.

    Secara umumnya, bahan kimia yang menyentuh kulit kita adalah tidak selamat. Ada kemungkinan bahan kimia tersebut akan diserap ke dalam aliran darah melalui pembuluh darah di kulit kepala, dan kemudian akan sampai ke dalam fetus.

    Sacara umumnya, bahan kimia yang diterapkan HANYA pada helai rambut mungkin selamat. Rambut yang mati tiada pembuluh darah. Oleh kerana itu, risiko bahan kimia ini pergi ke aliran darah dan sampai ke fetus adalah lebih kecil. Cuma kene elakkan dari menghidu bau bahan kimia yang digunakan itu terlalu banyak. :)

    Penggunaan minyak panas generally, selamat. Sebab kandungan minyak panas ini, biasanya datang dari tumbuh-tumbuhan seperti minyak almond, minyak soya, air dan wangian.

    Oleh itu, melakukan hair rebonding/meluruskan rambut sangat tidak digalakkan untuk wanita yang sedang mengandung walaupun tiada kajian atau research yang menyatakan bende ini bahaya. Kenapa? Kerana bahan kimia yang digunakan. Bahan kimia yang digunakan itu dikenakan sehingga ke kulit kepala yang mana boleh diserap oleh badan. Sebab itula, para ibu-ibu yang mengandung, disarankan untuk tidak melakukannya.

    Itu mengikut daripada dari searching-searching saya. Banyak gak jumpa semua cakap bende yang sama. Sebabkan bahan kimia tu. Jadi, sape2 ada pendapat lain tak? Mana tau boleh share2.. Sharing is Caring kan.. :)

    Luv,

    UmmiKhayra

    ~ Pentingnya Asid Folik Untuk Ibu Mengandung ~

    November 3rd, 2009

    Siapa-siapa yang dah beranak satu dan juga yang planning nak anak, mesti penah dengar mengenai asid folik. Betul tak? Especially untuk ibu-ibu yang sedang mengandung, asid folik ini sangat penting untuk mereka. Asid folik ini juga salah satu daripada keperluan utama untuk ibu-ibu yang mengandung. TETAPI ada ibu-ibu yang pregnant ni, kadang-kadang amik remeh je bende ni. Betul tak? Ada yang makan selang sehari, ada yang makan kadang-kadang bila teringat and ada juga yang tak makan langsung. Alasan? Terlupa, malas and tak boleh nak makan. Betul tak? :D Saya ni dikategorikan dalam golongan pelupa. Ecehhh.. :P Masa saya pregnantkan Khayra dulu, nasib baik ada husband yang sentiasa mengingatkan daku, dah makan ubat ke belum? Kenapa tak makan lagi? Bila nak makan ubat tu? Bla.. Bla.. Bla… ( mcm mak nenek pun ada.. :P ) Apa pun, thank you honey for remind me that time.. :) Alhamdulillah,  sebabkan ada suara-suara dibelakang itu la saya makan asid folik ni setiap hari. Lagipun, alhamdulillah, nasib saya baik ketika tu. Saya tak perlu makan banyak ubat. Setiap bulan, doktor hanya beri saya asid folik sahaja. Takde ubat-ubat lain. Tu yang senang je hati makan… :P Bulan-bulan terakhir je saya dah amik obimin. :)

    Kenapa nak kisah sangat pasal asid folik ni? Penting sangat ke? Perlu ke? Sebenarnya perlu tau… Asid Folik ni untuk memastikan pertumbuhan janin/fetus/bayi seiring dengan pembesarannya. Asid folik ni penting untuk perkembangan saraf, pembinaan sel-sel otak, tulang belakang, organ, kulit dan tulang bayi kita semasa dalam kandungan. Ada kajian yang menyatakan, dengan memakan asid folik, dapat membantu mengurangkan risiko kecacatan pada saraf tunjang dan tempurung kepala atau dipanggil “Neural Tube Defect” atau NTD.

    Asid folik ini juga elok di makan sebelum kita pregnant lagi. Mana-mana pasangan yang plan nak pregnant, doktor mesti akan beri asid folik pada pasangan itu. Apatah lagi kalau dah pregnant. Itu pun, ada yang malas and tak suka makan asid folik ni. :)

    Di Amerika Syarikat satu kempen dijalankan untuk memberikan kesedaran kepada wanita kepentingan asid folik bagi bakal ibu dan ibu yang sedang mengandung. Keperluan asid folik boleh didapati sama ada dengan memakan makanan yang diperkayakan dengan asid folik atau dengan pil asid folik. Jumlah yang disyorkan adalah sekitar 400 Microgram (400mcg) atau 0.4mg setiap hari, 2 ke 3 bulan sebelum merancang mengandung dan semasa mengandung. Pemgambilan asid folik adalah perlu namun dapatkan nasihat dan pemeriksaan doktor untuk pengambilan asid folik dan apa-apa penambahan makanan dan vitamin.

    Asid Folik ini merupakan ahli kumpulan vitamin B. Oleh itu, antara sumber makanan yang membekalkan asid folik adalah: barli, daging lembu, membran, ragi yang ditapai, beras perang, keju, ayam, BUAH KURMA ( saja saya highlightkan sebab Kurma memang banyak Khasiatnya- and saya ada buat post pasal kurma nih… :) ) , sayuran berdaun hijau, daging kambing, hati, susu, cendawan, oren, sayuran berubi, ikan salmon, tuna, gandum, dan bijirin.

    Sekiranya kita kekurangan asid folik ini boleh menyebabkan :

    • Sakit disekeliling mulut.
    • Sakit lidah.
    • Tumbesaran yang lembap, pada kanak-kanak.
    • Anemia.

    Jadi kepada semua kengkawan saya yang tengah pregnant tu, rajin-rajinkan la diri ye untuk makan asid folik. Selain untuk diri sendiri, ia juga elok untuk bayi dalam kandungan kita tu. :)

    Nota: Setuju tak? :D

    Sumber

    Luv,

    UmmiKhayra

    ~ Ghilah -Menyusukan Anak Ketika Hamil ~

    August 1st, 2009

    Kali ni cerita basi ku jugak.. 2 minggu lepas.. heheh Dah 2 minggu berlalu, and aku baru nak post pasal menyusukan anak ketika hamil.. atau dalam erti kata lain, menyusu ketika mengandung. Kenapa tiba2 aku buat satu entry pasal ni? Hehehhe No No No.. Bukan bukan bukan… Mesti korang ingat Khayra nak dapat adik kan? Sebab tu dok kecoh nak buat topik nih.. :P Sebenarnya aku terpanggil tuk buka topik ni sebab cerita 2 minggu lepas. Mula-mula aku percaya yang kalau time mengandung pun, kita boleh menyusukan anak kita.

    Kenapa aku sangat nak tau pasal mengandung and menyusukan ni? Aku agak confius sikitla pasal ni sebabnya ikut pembacaan aku yang tak seberapa, aku tau boleh kalau kita sambil pregnant, kita menyusukan anak kita. Tapi ramai la pulak yang cakap tak boleh. Dan ada sorang kakak ni bagitau kalau kita pregnant, tak elok kalau kita menyusukan anak. Alasannya, susu kita tu tidak lagi mempunyai khasiat yang sepatutnya untuk anak kita. Dengan bagi susu kita ni jugak boleh mengundang perkembangan otak yang tidak sihat kepada anak kita. Anak kita boleh jadi lembab… Aku masa tu agak terkejut jugak. Bila aku tanya balik pasal tu, kakak ni cakap yang memang dah ada research bagitau pasal khasiat susu tu dah tak sama and ikut hadith pun cakap tidak elok. Memang lepas tu, dia nasihatkan pisahkan anak kalau dia menyusu badan dengan kita.Sebab kn kakak ni dok kaitkan dalam hadith pun ada tulis, membuatkan aku rasa nak cari lebih detail lagi pasal menyusukan anak ketika hamil nih. Tu yang lama gak post ni aku baru post sebab aku mencari info bagai.. :P
    Mula-mula meh aku kongsikan pendapat orang tua kalau tiba-tiba kita mengandung and still menyusukan anak ni.. Kalau orang tua dulu2 memang tak kasi. Even nurse pun akan cakap suruh berhenti kalau menyusukan anak ni. Betul tak? Banyak sangat yang bagitau tak elok menyusukan anak ketika mengandung. Ada yang cakap, kalau mengandung lagi nanti, tak elok bagi anak susu badan sebab anak kita tu dah tak minum susu dah.. Dia dah minum darah, bukan susu lagi. Hehehhehe yang ni, memang aku tolak terusla alasan ni. Walaupun ada yang bgtau, susu ni memang asal-asalnya darah. Sebab aku ni kureng sikit bab2 yang macam ala-ala tak logik ni…. :D Aku senyap je.. Tak nak komen lebih2… Ahaks.. Lepas tu, ada yang cakap susu tu dah jadi hak adik. Bukan hak kakak/abang dia lagi.. Ada jugak yang bagitau nanti badan kita pulak takde nutrisi. Anak dalam kandungan tak cukup zat dan sebagainya. And semestinya, semuanya negatif belaka.. :) And aku percaya sekiranya la kan… In casela… kalau la Khayra dapat adik.. IN CASE tau… family aku sendiri akan bantah.. Hahahhahaha Sebab tu aku rasa tak salah tambah ilmu ni… At least aku ada pengetahuan and boleh defend diri aku bila tiba saat tu. Macam aku memperjuangkan kebaikan BF di mata diorang… :P

    Lepas tu aku mulakan pencarian aku… Sebab aku nak tau lebih detail lagi, aku memang bercinta sakan la dgn mr. google. Heheheh sakan konon… lepas tu amik masa lebih 2 minggu… ekekkekeke Amik masa yang agak lama jugak sebab hubungan kami hanya mampu sekejap2 je.. Sebab aku sangat busy dengan keje aku… :D Aku ada jumpa kat hamid arshad punye website. kat link ni.. Ada sorang kakak ni bertanyakan pasal mengandung sambil menyusu. Ni tahun 2006. Dah lama jugakla.. Mungkin tak releven, tapi biarla kita kongsi bersama.. :)

    Soalan:

    assalamualaikum dr..
    saya berusia 26 tahun dan mempunyai seorang anak berusia 14 bulan. saya baru saja disahkan hamil 7 minggu. untuk pengetahuan dr, anak sulung saya masih menyusu badan. saya pernah terbaca bahawa menyusu semasa hamil adalah merbahaya. kenapa? saya merancang untuk mengurangkan penyusuan badan secara beransur-ansur sebelum berhenti sepenuhnya. adakah ia akan menjejaskan kandungan saya sekiranya saya terus menyusukan anak sulung saya untuk tempoh sebulan lagi? harap dr dpt memberi penjelasan dan nasihat yang sebaiknya.
    terima kasih atas kerjasama dr.

    Jawapan:

    Menyusu semasa hamil boleh menyebabkan keguguran terutama jika seseorang mempunyai kes sejarah keguguran yang tinggi. Ini kerana hormon prolactin menyebabkan pengecutan rahim dan ini boleh menyebabkan janin sukar melekat.

    Jika anda menyusu sewaktu anda hamil anda mendedahkan diri kepada risiko keguguran walaupun terdapat kes di mana ia tidak berlaku.

    And aku ada jumpa satu soalan daripada seorang hamba Allah ni mengenai dia terjumpa dengan satu fatwa yang menyatakan kita tidak dibenarkan menyusukan anak ketika hamil. Boleh baca kat sini ek :)

    Soalan beliau adalah :

    I heard that there are many Hadeeth saying breast feeding during pregnancy is not allowed. I managed to find only this: Partial Sunan Abu Dawood, Book 28, Number 3872: Narrated Asma, daughter of Yazid Ibn as-Sakan: I heard the Apostle of Allaah (peace be upon him) as saying: ‘Do not kill your children secretly, for the milk, with which a child is suckled while his mother is pregnant, overtakes the horseman and throws him from his horse.’ Please clarify.

    And jawapan untuk soalan ini,

    A pregnant woman is permitted to breastfeed her child if this breastfeeding does not cause her, her child, or the foetus she has in her womb any harm. This harm could be known by experience or by being informed about it by a trustworthy doctor. The Prophet  sallallaahu  `alayhi  wa  sallam ( may  Allaah exalt his mention ) said:I was about to forbid Al-Gheelah (having intercourse with one’s wife while she is breastfeeding), and then I remembered that the Romans and Persians did so, and it did not harm their children.[Muslim]

    The scholars may  Allaah  have  mercy  upon  them differed in opinion when interpreting the meaning of Al-Gheelah in the above narration. Some interpreted it by a husband having sexual intercourse with his wife while she is breastfeeding. Some others interpreted it by a woman breastfeeding her child while pregnant. Anyway, in both cases, this is not forbidden if there is no real harm or when one is pretty sure that this does not cause any harm. For more benefit, please refer to Fatwa 87785.

    As regards the narration which is mentioned in the question, it is reported by Ahmad and Abu Daawood may  Allaah  have  mercy  upon  them and it is a weak narration.

    Allaah Knows best.

    Bila aku jumpa pasal info ni, lagila menambahkan keyakinan kepada aku yang kita memang boleh menyusukan anak kita walaupun kita hamil. Kebanyakan yang aku google pun banyak yang bagitau kita boleh menyusukan anak kita ketika hamil.

    Aku ada baca pasal Mommy Lyna, still BF kan anak dia, hafiy walaupun dia sedang pregnant. :) Kalau tak silap aku, mula-mula aku baca kat e-book dia rasanya. Dalam blog Mommy Lyna sendiri ada satu topik pasal ghilah ni. Search je word ghilah. Hehehhehe Aku dah baca and aku dapati hadith yang mommy lyna dapat tu pun sama dengan hadith yang aku dapat tu.. Okeh, ni translator dia.. Mommy Lyna, saya kepilkan sikit kat sini ye.. :)

    Terdapat hadis di dalam soheh Muslim di mana Rasulullah s.a.w. bersabda; “Aku pada mulanya berhasrat menegah al-Ghilah hinggalah diberitahu kepadaku bahawa orang-orang Rom dan Parsi melakukannya dan tidak ada kesan mudarat pada anak-anak mereka (maka aku tidak jadi menegahnya)” (HR Imam Muslim dari Judamah binti Wahab al-Asadiyyah r.a.). Menurut ulamak, al-Gilah mempunyai dua maksud; (maksud pertama mensetubuhi isteri ketika ia sedang menyusukan anak (dibimbangi ia akan mengandung pula dan memudaratkan anak yang sedang disusui). (Maksud kedua seorang wanita menyusui anak ketika ia sedang hamil/mengandung. Hasrat Nabi s.a.w. menegah perbuatan tersebut ialah kerana dibimbangi perbuatan tersebut akan memudaratkan bayi yang sedang menyusu. Menurut tabib-tabib Arab di zaman Nabi; susu wanita hamil adalah penyakit dan orang-orang Arab tidak menyukainya dan mereka akan menjauhkan anak-anak mereka darinya. Kerana itu, Nabi berhasrat melarangnya. Namun apabila Nabi mendapati orang-orang Rom dan Parsi telah biasa melakukannya dan tidak ada sebarang kesan tidak elok pada anak-anak mereka, maka baginda menarik semula hasrat baginda. Imam an-Nawawi menegaskan; “Di dalam hadis ini terdapat keharusan al-Ghilah kerana Nabi tidak menegahnya dan baginda menjelaskan sebabnya” (Lihat; Syarah Soheh Muslim, juz. 10, kitab an-Nikah, bab Jawaz al-Ghilah…)
    Kemudian, dalam blog kak fid pun ada jugak bagitau pasal menyusukan anak ketika pregnant ni. Ia tidak menjadi kesalahan agama kalau kita tetap nak teruskan untuk menyusukan anak kita walaupun kita preggy. Ingatkan aku ada mention pasal orang tua-tua dulu, mesti akan cakap, tak elok sebab amik hak adik? Ustaz Ahmad Adnan Fadzil, ni pulak cakap, takde istilah abang/kakak minum susu adik dia.. Sebab hak adik tu, adalah masa saat dilahirkan. :)

    And aku ada baca dalam forum susu ibu tentang nutrien flow bila kita menyusu dan mengandung ni. Mana yang didahulukan dan mana yang dikemudiankan. Keperluan yang paling utama ketika mengandung sudah semestinya anak dalam kandungan kita tu kan? so, semua nutrien akan ke fetus dulu. Lepas tu baru la ke anak yang sedang kita susukan and last sekali barula kita. :) Betulkan kalau info saya ni salah ye… :)

    Dan banyakla lagi info-info yang aku dapat dari pencarian aku nih. Apa yang dapat aku simpulkan dari pencarian aku tu, Islam tidak melarang sekiranya kita ingin menyusukan anak kita walaupun ketika itu kita sedang mengandung dengan SYARAT kita mampu dan tidak memberi kesan buruk terhadap diri kita, anak dalam kandungan dan anak yang sedang menyusu.

    Untuk memastikan yang kita berkemampuan untuk menyusukan anak kita walaupun kita hamil, mula-mula kita kene consult dengan pakar or doktor yang bertauliah. Minta nasihat daripada mereka. Ini kerana kalau kita pernah mengalami keadaan seperti:

    • Ibu berisiko atau pernah melahirkan bayi pramatang
    • Pernah keguguran
    • Mengalami pendarahan semasa hamil
    • Positif GBS carrier
    • Atau kehamilan yang berisiko tinggi seperti mengandung berusia lebih dari 35 tahun atau kurang 17 tahun, ada penyakit kronik seperti diabetes dsb.

    Biasanya kita tidak boleh meneruskan niat kita untuk BF anak kita. Dikhuatiri akan memudaratkan diri kita sendiri.

    Bagi yang memilih untuk meneruskan niat suci murni kita ni, kita perlu pastikan yang kita bertenaga dan berkemampuan. Kita juga perlu tahu semasa kita mengandung, puting susu kita akan lebih sensitif. Penghasilan susu juga akan berkurangan. Oleh itu, kita perlu

    • Ambil kalori dan khasiat tambahan. Minta nasihat pakar pemakanan atau pakar kesihatan untuk panduan pemakanan. Pemakanan yang sihat boleh membantu dalam menjayakan niat kita tu. :D
    • Dapatkan rehat secukupnya sebab kita mudah untuk terasa penat.
    • Pastikan anak kita menyusu dengan betul kerana puting akan menjadi lebih sensitif sewaktu hamil.
    • Semasa usia kandungan mencecah 4 bulan, penghasilan kolostrum akan bermula. Ini mungkin menyebabkan susu badan berkurangan dan rasanya sedikit berlainan. Ada bayi yang dengan sendirinya menolak susu dari ibunya.
    • Kita juga tidak perlu bimbang anak kita “mencuri” kolostrum untuk adiknya sebab badan ibu dengan sendirinya akan tahu yang mana patut didahulukan. :D
    • Sekiranya bayi yang disusukan berumur kurang dari setahun, berikan perhatian kepada berat badannya. Ibu mungkin terpaksa menambah susu Formula sekiranya perkembangan berat badannya tidak mengikut graf yang sepatutnya. Dinasihatkan minta nasihat pakar berkaitan sebelum memberikan susu Formula kepada bayi.
    Ermm.. rasa dah panjang sangat post aku kali ni.. :) Aku pun rasa dah clear pasal topik ni. Walau apa pun, pilihan adalah terletak ditanga kita sendiri. Sama ada kita nak pilih cara yang bagaimana. Yang penting, kita tahu apa yang kita nak. Semuanya bergantung pada niat. Tidak kira apa je pilihan yang kita buat, yang penting, kita bahagia dan gembira. Betul tak? :D

    Antara sumber-sumber:

    Korang suke makan buah kurma tak?

    August 21st, 2008

    Korang suke tak makan buah kurma? Selalunya, kita akan makan buah kurma ni, time2 bulan puasa… lagipun time tu la paling senang nak dapat kan? hehehehhe… Aku buah kurma ni antara feveret… tak kire bulan puasa ke, bulan tak puasa ke.. kalau ada aku beli and makan… hehehehhe pastu bile dah preggy ni, aku dah start bukak website2 pasal ibu mengandung.. pemakanan ibu mengandung… dll lagi… banyak gak info yang aku dpt dr situ… hehehhehe ni aku paste kan artikel dari :
    http://permatahati.wordpress.com/2006/09/26/kebaikan-kurma-ketika-mengandung-dan-bersalin/

    pasal kebaikan makan buah kurma ni….

    ” Sabda Rasulullah s.a.w., “Berilah makan buah kurma kepada isteri-isteri kamu yang hamil, kerana sekiranya wanita hamil itu memakan buah kurma, nescaya anak yang bakal dilahirkan itu menjadi anak yang penyabar, bersopan santun serta cerdas pemikirannya.”

    Kebaikan Kurma Ketika Mengandung dan Bersalin

    Adalah amat baik sekali jika puan mengamalkan memakan buah kurma semasa mengandung kerana ini akan memudahkan bersalin nanti. Semasa bayi dilahirkan, buah kurma juga dicalitkan sedikit di lelangit bayi. Ingat tak kisah dimana Maryam hanya memakan buah kurma semasa melahirkan nabi Isa a.s. Buah kurma tidak mengandungi gula yang merbahayakan malah ia merupakan makanan Rasullullah s.a.w. Janganlah risau kerana takut diserang kencing manis, apa yang harus dibuat, hanyalah menjauhkan makanan manis2 yang lain.

    Buah kurma tidak merbahayakan kesihatan kerana ianya mengandungi banyak khasiat.
    Kurma juga ada banyak kelebihan, antaranya:

    • Kaya dengan zat besi — sangat sesuai dimakan, terutama bagi wanita sedang haid dan orang yang mengalami masalah anemia (kekurangan sel darah merah).
    • Boleh dimakan pada bila-bila masa kerana ia tidak mengandungi kolesterol.
    • Kaya khasiat: Protein (1.8 hingga dua peratus), serat (dua hingga empat peratus), glukosa (50 hingga 57 peratus), Vitamin A dan C, sodium dan potassium.
    • Kandungan gulanya mudah diserap badan dan memberi tenaga segera apabila berbuka puasa. Berbuka dengan kurma membuatkan kita berasa cepat kenyang dan secara tidak langsung mengelakkan kita makan secara berlebihan.
    • Kandungan potasium penting untuk sistem saraf yang merangsang daya ingatan, membangkit nafsu kelamin (aprodisiak) dan meningkatkan sistem pertahanan badan khususnya untuk mencegah barah buah dada dan rahim.
    • Kurma diberikan kepada bayi boleh mengurangkan kesakitan dan kadar degupan jantung.
    • Kurma juga boleh membantu memudahkan proses bersalin dan mengecutkan rahim kerana ada bahan boleh membantu proses berkenaan, sebagaimana dilakukan Maryam as yang memakan buah kurma selepas melahirkan Nabi Isa as.

    1. KURMA

    kurma

    Abu Abdillah a.s. bersabda: “Buah kurma adalah salah satu buah yang berasal dari syurga dan dapat mensirnakan pengaruh sihir”.

    Abu Abdillah a.s. bersabda: “Orang yang memakan 7 buah kurma yang baik sebelum sarapan, maka pada hari itu dia tidak akan tertimpa racun, sihir dan tidak diganggu setan”.

    Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 7 buah kurma yang baik, maka cacing-cacing yang ada di perutnya akan mati”.

    Nabi Muhammad SAW bersabda: “Rumah yang tidak ada kurma di dalamnya, akan menyebabkan penghuninya kurang sehat”.

    Nabi Muhammad SAW bersabda: “Berilah makanan kurma pada wanita yang hamil sebelum dia melahirkan, sebab yang demikian itu akan menyebabkan anaknya menjadi seorang yang tabah dan bertakwa (bersih hatinya)”.

    2. KISMIS

    Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.

    Imam Ali a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.

    Imam Ali a.s. bersabda: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa”.

    Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa”.

    Nabi Muhammad SAW bersabda: “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (hempedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.

    3. MADU

    Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Rasul saw sangat menyenangi madu”.

    Dari Imam Ja’far Ash-Shadiq a.s., beliau bersabda: “Biasakanlah dirimu memperoleh dua ubat yaitu meminum dan membaca Al-Quran”.

    Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasehat Al-Qur’an, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit”.

    Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu”.

    Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada”.

    Dari Imam Ali a.s. beliau bersabda: “Madu adalah ubat dari segala penyakit tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.

    Nabi Muhammad SAW bersabda: “Allah SWt telah meletakan berkah di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi”. “

    Apa tu Kontraksi Braxton Hicks (BH) ?

    August 19th, 2008

    ok… hari ni aku paste kan mende ni lak… sbbnyer? post sebelum ni aku ada mention pasal false alarm or bracton hicks ni kan..
    Untuk tambahkan pengetahuan… aku paste kan la kan sini pasal istilah ni… untuk first time mum mcm aku comfirm tak tau… hehehhee

    Kontraksi Braxton Hicks (BH)

    • Apabila kehamilan anda semakin sampai kepenghujungnya, anda akan mula perasan ketegangan pada perut anda. Ia dipanggil kontraksi Braxtons Hick dan salah satu simptom kehamilan yang kerap terjadi kepada wanita hamil.
    • Ia selalunya terjadi 2-3 kali setiap jam dan dalam 1-2 min setiap kali. Braxton Hicks dinamakan sempena pakar perubatan yang mula menjumpainya pada tahun 1972.
    • Ia terjadi seawal 6 minggu kehamilan akan tetapi ramai wanita tidak menyedari kewujudan kontraksi ini kerana ia sangat ringan dan singkat.
    • Apabila kandungan anda semakin berusia, kontraksi ini akan menjadi semakin kerap dan kuat dan kadang-kadang ia menyakitkan. Ia sebenarnya menyediakan ibu hamil kearah kelahiran dengan menolong melembutkan serviks dan menyenangkan ia untuk terbuka semasa proses bersalin.

    Bagaimana rasanya kontraksi braxton hicks ini?

    • Sesetengah wanita tidak merasa sakit langsung namun ada segelintir yang berasa BH yang lebih kuat. Selalunya ia tidak menyakitkan, atau wanita mungkin merasa sedikit tidak selesa dan memberi gangguan pada mereka. Semakin dekat kepada tarikh jangka bersalin, semakin kuat BH ini berlaku.
    • Kontraksi BH tidak teratur dan datang sekali-sekali dan selalunya dengan tiba-tiba. Ia datang dalam masa yang singkat dan jarang berterusan selama beberapa jam.
    • Semasa kontraksi BH ini, perut menjadi tegang dan keras kadang-kadang ibu mungkin terasa sakit pada tengah perut hingga ke ari-ari. ( yang ni aku selalu rasa… nak2 time dah dekat due ni… hehehhehe )

    Anda mungkin perasaan yang kontraks ini lebih kerap terjadi apabila

    • Bayi bergerak dengan aktif
    • Semasa senaman atau membawa barang berat
    • Mengurut perut
    • Semasa hubungan seks
    • Dehidrasi

    Apa yang membezakan BH dan Kontraksi Kelahiran sebenar?
    Ramai wanita bimbang yang mereka tidak dapat membezakan BH atau tanda-tanda kelahiran. Walaubagaimanapun, terdapat perbezaan antara BH dan tanda sebenar kelahiran. Antara perbezaannya ialah:

    • Kontraksi BH tidak menjadi semakin kuat berbeza dengan sakit bersalin. Sakit bersalin menjadi semakin kuat dan kerap manakala BH akan hilang akhirnya.
    • BH tidak teratur dan berlaku sekali-sekala. Sakit bersalin berlaku dengan lebih teratur dan semakin kuat.
    • Kontraksi BH tidak menyebabkan kesakitan cuma berasa tidak selesa tidak seperti sakit bersalin yang menyebabkan kesakitan yang kerap dan makin kuat.

    Tips untuk kekal selesa semasa kontraksi BH

    • Tukar aktiviti atau posisi sekiranya anda merasa yang kontraksi BH akan datang.
    • Rehat lebih lama. Minum air dan baring pada sebelah kiri badan.
    • Minum air secukupnya. Dehidrasi menyebabkan otot mengecut dan menyebabkaan kontraksi BH.
    • Buang air kecil dengan lebih kerap. Pundi kencing yang penuh boleh menyebabkan BH.
    • Amalkan teknik pernafasan. Pernafasan yang dalam dan berirama akan mengurangkan ketidakselesaan.

    Sumber:
    http://www.alamhamil.com/

    Tanda-tanda Hampir Bersalin

    August 19th, 2008

    errm…. aku dah 38 minggu pregnant rupenyer… heheheh dah nak bersalin dah ni… ada org yang dah bersalin dah pun… tapi aku belum lagi… tgh tunggu hari je ni… aku apa pun xtau pasal tanda2 bile nak bersalin ni.. al-maklumla, anak first… minggu lepas g check.. doc dah bgtau secara am tanda2 kita ptt g hospital.. sama ada, kuar lendir and darah, perut mengeras 10 minit sekali dalam masa 1 jam and pecah air ketuban…. so far, 3 tanda2 tu xde lagi aku rasa… bile aku nak rasa ek? hehehehhehehhe sbbkan aku ni cetek ilmu pasal mende2 ni, aku pun apa lagi… g la google kan kat internet and aku jumpa la artikel pasal mende ni… aku copy paste kan kat sini….

    Tanda-tanda bersalin berbeza bagi kebanyakan wanita.

    Bayi turun ke bawah

    Perut menjadi ringan sekitar dua minggu sebelum kelahiran kerana kepala bayi sudah pun ‘turun’ ke dalam kawasan rangka tulang pelvis. Anda mungkin terasa:

    • sakit di bahagian kelangkang kerana bayi menekan.
    • kerap membuang air kecil semasa ini kerana bayi menekan pundi kencing
    • sakit perut, memulas
    • kerap buang air besar
    • kerap terkentut

    ~ bayi turun bawah tu aku dah kot… sbb doc pun dah ckp baby dah turun sikit… mama and ibu pun ckp perut ku dah jatuh…. =)

    Keluar lendir pekat atau keluar darah bercampur lendir

    • Lendir pekat seperti gam lekang dari laluan pintu rahim apabila pintu rahim mula menipis.
    • Lendir bercampur darah pula keluar apabila pintu rahim mula membuka. Boleh berlaku beberapa jam atau beberapa hari sebelum bersalin. Segera ke hospital.

    ~ yang ni aku xder lagi… hehehehhe

    Sakit belakang

    • Bayi beralih dan menekan tulang belakang anda.
    • Untuk mengurangkan sakit belakang anda, posisikan diri anda seperti merangkak (tapi jangan merangkak ke depan!), dan angkat atau tinggikan badan anda ke atas, tunggu kiraan 5 dan rehatkan badan anda. Ulangi lagi.
    • Anda juga boleh mengurangkannya dengan banyakkan berjalan. Ia juga akan mempercepatkan kelahiran anda.
    • Jika sukar untuk anda berjalan, minta suami anda urut belakang anda dengan kuat semasa anda berbaring mengiring.

    ~ sakit belakang tu mmg dah rasa dah… tp xder la kerap… kekadang je… tu nama dia false alarm.. dr yang aku bacala…. hehehehehe

    Pecah air ketuban

    • Air ini biasanya keluar dengan banyak dari vagina. Warnanya jernih, tanpa bau. Segera ke hospital.

    ~ belum gak lagi… tp ikutkan dr pembacaan aku, jarang pecah air ketuban ni dulu… selalunya kuar darah… nnt baru doc yang pecahkan… errmmm…. tapi tu ikut nasib gak la… ada je yang pecah air ketuban dulu… so, kene cepat2 g hospital sbb takut baby lemas…. =)

    Pintu pangkal rahim terbuka dan menipis

    • Doktor akan melakukan pemeriksaan vagina. Pembukaan di bahagian pangkal rahim atau servik dikesan dengan skala 1 hingga 10.

    ~ ni kalau dah admit ward ni aku rasa… =P

    Kontraksi yang tetap dan berterusan

    • Kira kontraksi atau pengecutan otot rahim anda. Buat jadual. Baca seterusnya di artikel “Kontraksi, Kelahiran Sebenar atau Palsu”

    ~ haa…. yang ni pun aku xder rs lagi… sbb contraction ni ada yang betul ada yang palsu… yang palsu tu xtetap… xsilap aku, simptom braxton hicks… nnt aku post pasal mende ni… =P (ermmm… patut2 nyer aku letak yang ni dulu… hehehehhe xperla… )

    Bila Perlu ke Hospital?
    Segera ke Hospital untuk kepastian doktor bila:

    • kontraksi 5 minit sekali selama 1 jam. (datang lebih cepat jika anda tinggal jauh. Anda pasti tak mahu bersalin dalam kereta. :-) )
    • keluar air ketuban.
    • pergerakan bayi menjadi kurang kerap.
    • keluar darah dari vagina.
    • apa saja masalah yang dialami.

    Sumber:

    • When Labor Begins, babies.sutterhealth.org
    • Labor Signs, webmd.com
    • Ingin Tahu Tanda Bersalin, hmetro.com.my
    • http://ratuhati.com


    p/s : As a conclusion, kalau dah rasa sakit sgt.. and rasa mcm xleh tahan je tu….. gi je la hospital… as a precaution…. =P aku pun tgh alert2 ni gak… and harap2 tanda tu aku dapat time aku kat rumah la… sbbnyer aku xamik cuti awal pun… tkt rugi cuti ku 2 bulan… hehehehhehehehe

    Related Posts with Thumbnails