Mengenangkan saya dah hampir nak bersalin, ( ikut due la… Kuasa Allah, kita tak tahu kan? Hehehehehhe ) teringat saya kisah saya semasa saya melahirkan Khayra. Saya setuju kita tidak boleh nak compare dengan kelahiran yang sebelum ini, mungkin dipermudahkan dan mungkin juga akan mengalami rintangan. Semasa kelahiran anak pertama, serius saya tidak tahu apa-apa pun pasal teknik pernafasan untuk bersalin or apa perlu saya buat. Kenapa?? Sebabnya saya tidak mencari info berkenaan process bersalin ni. Lagi satu, saya terasa ngeri nak tonton video-video bagaimana process bersalin itu. Dan saya akui sampai ke hari ini, saya masih tidak mampu lagi untuk menonton video saat-saat kelahiran.
Sebab itu, time Khayra entah berapa kali push baru keluar my little princess. Hehehehehe Untuk kali ni, saya nak lengkapkan diri dengan pengetahuan bagaimana mengawal dan mempelajari teknik pernafasan ketika ingin bersalin. Sebabkan kali ni saya ada angin M, saya malas nak explain dengan cara saya sendiri. Saya copy paste je la. Boleh dak? Mestila tidak.. heheheh Kalau gitu better saya bagi link je kan? hehehehhehehehe
As conclusion dari apa yang saya baca, memang teknik dia lebih kurang sama je. Cuma cara dia dipersembahkan je lain. So saya pulak nak tulis ikut cara saya.
1. Masa kita rasa start nak sakit. ( awal-awal la )
Time ni kita tarik nafas dalam-dalam ikut hidung, then keluarkan nafas ikut mulut.
2. Then bila dah rasa kontraksi makin kerap and semakin sakit
Time tu cuba tarik nafas pendek and cepat then lepas. Pendek-pendek je. Tarik nafas pendek ikut mulut, lepas pun ikut mulut.
3. Bila rasa macam nak meneran tetapi belum tiba masanya lagi.
Time ni tarik nafas 2 kali terus ikut hidung, then keluarkan ikut mulut. Tarik nafas and hembuskan tu pendek-pendek je. Ala-ala ‘sniff’, ‘sniff’, ‘fuhhhh’. Bila takde rasa nak meneran, hembuskan nafas yang lembut and macam biasa.
4. Bila tiba masa meneran
Time ni cara pernafasan dia adalah tarik nafas dalam-dalam melalui mulut, sebab oksigen masuk lagi banyak ikut mulut compare ikut hidung.. Then baru push sambil lepas nafas perlahan-lahan dengan satu nafas supaya baby tak tersekat dan betul-betul keluar.
Teran tanpa mengeluarkan suara dan sekiranya kehabisan nafas semasa meneran, jangan lepaskan kesemua nafas, terus tarik nafas semula. Ini bagi mengelakkan bayi masuk ke dalam semula. Time meneran tu dua-dua tangan pegang pada buku lali then masa meneran tu, kita tengok perut kita masa angkat kepala dan dagu cecah dada. Ini untuk elakkan dari kita angkat punggung.
Oh… saya ada jumpa dari mana saya tak ingat, huhuhu lupa la… adeh… macam mana posisi suami ( kalau suami ada masa process kelahiran tu ) dalam membantu isteri. Ha, ni saya baru pertama kali tahu tau. Nak tahu cara dia?
Sebelah tangan pegang bahu isteri untuk dijadikan sebagai tempat menyandar (isteri boleh bersandar dilengan suami supaya terasa lebih selesa). Dan sebelah tangan lagi tekan lutut isteri untuk mengelakkan isteri mengangkat punggung semasa meneran (elakkan koyakan)
Ha… ni perkongsian saya hari ni. Nanti saya nak suruh abang buat gitu gak la. Cuba ingatkan saya and cuba parktiskan…
Actually saya nervous sebenarnya ni.. Walaupun dah ada pengalaman, tapi sakit bersalin tu…. Hanya Allah SWT yang tahu dan hanya wanita yang tahu. Betapa besarnya anugerah yang Allah beri pada kita kaum wanita ni kan?
Lagi satu, ni hanya sekadar panduan pada kita sahaja untuk mencuba dan usaha agar diri kita tenang. Keadaan sebenarnya macam saya cakapla, hanya Allah SWT yang tahu. Everyone ada different experience. Walaupun kita dah cuba hafal and ingat and berlatih, mungkin kita akan lupa jugak bila sakit tu menyerang. Sebab tu saya nervous.. Hehehhehe Semoga dipermudahkan proses kelahiran saya kali ni olehNya. Amin
Nota: Kalau saya bawak nota masuk labor room tu aci dak? Hehehehehhehehehe
Luv,
UmmiKA
Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung






Recent Comments