~ Persediaan Saya Untuk Bersalin ~

Entah kenapa mood saya untuk menulis di blog sejak akhir-akhir ni macam air yang letih lesu. Tiada idea, tiada mood, tiada passion, hampir dikatakan tiada apa pun nak saya tulis. Sedangkan saya rasa, banyak yang boleh kita tulis dan kongsikan bersama. Hehehhe Mungkin sebab saya malas nak mengadap laptop kot atau sebab sekarang ni, Khayra memang tak kasi langsung saya mengadap laptop kalau dia ada. Dia akan ajak saya mainla, buat itu la ini la.. semua kena sama-sama. Dari sekecil-kecil perkara hingga kan sebesar-besar kerja, semua kena saya yang buat. Ye ye… Ummi tahu, mesti Khayra nak manja puas-puas dengan ummi sebelum adik Khayra keluar kan? Yep, memang macam tu sebab lagi dekat saya nak bersalin, lagi macam-macam kehendak Khayra and semua benda mesti saya yang buat untuk dia. No abah, No atuk, No wan, No one… Hingga kadang-kadang saya penat melayan kerenah dia.. Apa sahajala kakak… :)

Since saya dah nak cecah 37 weeks esok hari, sepatutnya saya dah siapkan persiapan saya untuk ke hospital. Alhamdulillah, semalam saya dah completekan beg untuk adik dan ummi. Akhirnya… Hehehhe Baju-baju adik dah siap basuh wangi-wangi, dah siap letak dalam bekas, tinggal nantii pindahkan ke bilik bawah je. Time pantang, duduk bawah ye.. Macam Khayra dulu. Hehhehehhe Baju-baju saya? semua nursing wear saya dah masukkan dalam beg. Senang.. Cuma kalau tak silap saya DEMC ni belum lagi jadi hospital rakan bayi. So, nak kene bagitahu doktor saya nak breastfeed anak saya dan-dan lepas saya bersalin. Oh, saya dah dapat sample susu formula untuk infant tau… :P Sape-sape nak? saya boleh bagi free… :P So, check list insyaallah dah lengkap.. Tunggu masa je lagi..

Barang-barang adik tak banyak sangat beli.. Kecuali baju la.. Insyaallah, baju adik banyak yang ummi and abah beli baru sebab expected boy.. Baju-baju kakak ada, tapi kebanyakkannya pink.. Abah tak nak adik pakai pink.. Hehehehheh So, kali ni, memang banyak biru. Barang-barang besar lain guna kakak punya je.. Masih elok dan boleh guna lagi.. :) Sekarang tinggal benda-benda kecik je yang boleh beli kemudian nanti. :)

Barang-barang ummi pulak? Set bersalin tak beli lagi. Mungkin guna set bersalin HPA je kot. Macam yang lepas. Urut, mama kata kene cepat2 cakap dengan jiran kami. Dia banyak dah di book. Nanti kena ingatkan diri sendiri untuk bagitahu mama. Benda-benda lain, insyaallah dah lengkap.. Guna apa yang ada.. Hahhahahahha oh, saya ingat nak beli tungku moden. Ok ke ek? sebabnya saya pantang sendiri.. Mungkin minggu-minggu awal je ada orang jaga.. Hehehhe Kala ok, boleh difikirkan.. :)

Keadaan badan saya sekarang ni, alhamdulillah. Letih-letih tu rasanya semua akan rasa kan? Hehhehe saya belum lagi alami bengkak kaki tapi ikutkan check up sabtu lepas, kepala adik dah turun. Ermmm.. patutla asyik sengal-sengal je especially bila banyak jalan and angkat Khayra. Oh, saya masih mendukung khayra sampaila sekarang ni.. Dia tak nak orang lain jugak.. Hehehhehhe Exercise orang kata. Kadang-kadang memang tak larat sangat-sangat dah. Oh, ikutkan check up minggu lepas, dr cakap, adik dah 2.3Kg. Ermmm.. berat saya pulak baru 50Kg. Everything so far ok.. So, sepatutnya jumpa seminggu sekali, doktor suruh 2 minggu lepas ni. Alhamdulillah, so far takde masalah pape.. Doakan saya agar saya melahirkan adik dengan selamat ye. Tak sabar nak jumpa little caliph ni.. Hehehehehe

Oh, nama…….. hehehhe Dah ada dalam fikiran nak letak nama apa cuma abang suruh cari lagi untuk ada lebih pilihan. Ermmm… saya macam dah suka nama tu.. Tu yang macam malas je nak cari.. Hhehehehhehe Sekarang ni, saya banyakkan buat kerja rumah, turun naik tangga.. Kasi konon-konon nak cergas la.. Kalau dulu keje, banyak jalan gak, kali ni tak nak la terjelepuk je kan? Hehhehehe

Okeh…. ini sahaa update saya buat masa ini.. Saya nak g masak sat. Kejap lagi mesti Khayra bangun, lambatla kerja-kerja saya nanti sebab Khayra akan ikt masak sama-sama dengan saya.. :)

Nota: Perut dah sentiasa mengeras…

Luv,

UmmiKA

~ Me @ 36 Weeks Of Pregnancy ~

Pejam celik hari ni saya dah masuk 36 minggu. Cepatnya masa berlalu… Perasaan ni tak tau nak cakap macam mana. Kadang-kadang takde perasaan langsung, kadang-kadang risau, kadang-kadang excited, kadang-kadang takut.. Ntahla tapi most of the time saya ignore je apa yang ada dalam hati saya. Buat macam saya tiada perasaan. hahahhaha kejam giler ummi ni kan adik.. macam takde perasaan je…

Saya sebenarnya tak tahu macam mana situasi yang bakal saya hadapi nanti. Bak orang kata, setiap kelahiran, setiap kehamilan itu pasti berbeza. Dan memang ye,kehamilan pertama dan kehamilan kedua ni memang sangat-sangat berbeza. Saya dapat rasakannya baik dari segi fizikal dan juga mental. Fizikal sudah semestinya kehamilan kali ini lebih memenatkan dan saya tidak secergas masa kehamilan pertama. Dari segi emosi pula, kali ni saya lebih beremosi and cepat stress. Compare my last pregnancy, saya rasa lebih tenang. Mungkin situasi yang berbeza menjadikan saya berbeza. Hehehhehehe

Apa tidaknya, kali ni ada my princess Khayra yang sangat menuntut perhatian daripada saya. Lebih-lebih lagi bila saya dah start berhenti kerja, Khayra dengan saya macam pasangan kembar siam. Dan bila dengan saya perangainya sangat-sangat manja sehingga asyik nak menangis kalau saya buat tak layan. Tapi bila dengan orang lain, ok je.. Boleh tak? Lagipun Khayra rasanya tengah melalui fasa untuk membesar dan tidak suka kalau orang beritahu apa yang perlu dia lakukan sebabnya bila kita suruh dia buat something or larang buat something, time tu la Khayra mula jadi budak yang sangat la ‘baik’. Tantrum Khayra dah start. Kena cepat2 cari solution dengan perangai dia. Hehehehhehe

Sabtu ni ada checkup saya. Abang la dah tak sabar nak pergi. Siap dia yang ingatkan saya bila saya tanya sabtu ni ada apa-apa tak. Hehehe ni mesti gara-gara saya menyakat dia bila last time checkup dapat tengok muka adik jelas. Hahahhahahhah Abang nak tengok jugakla tu kan? Nanti kita minta doktor letak scanner tu kat muka adik ok? Kasi abang and Khayra tengok pulak. Ummi pun tak sabar nak tengok jugak sebenarnya.. :P

Okeh.. aktiviti sabtu ni, walaupun raya sepatutnya dah habis, still ada lagi jemputan untuk open house raya. Hehehehhe Pagi kena checkup, tghari ada lunch with family, then akikah rumah makcik di Klang, then ada jemputan akikah jugak rumah kawan saya since matriks. Ni kena tengok dulu, kalau sempat saya datang. Ni yang boleh saya comfirmkan. Takut kawan abang pun ada jemputan jugak hari tu. Makan puas-puas ye pn. sharini… Hehehehhehehe

Nota: siap 2 entry saya hari ni… :p Maklumla, dah lama tak pegang laptop… :P

Nota: Sape nak beli baju nursing??? Sila lawat website online saya :D http://adrinis.com

Nota: Saya belum siapkan beg untuk saya dan adik lagi… Baju-baju adik pun belum basuh lagi.. Adeh… apa ummi ni ye sayang? :D

Luv,

UmmiKA

~ Me @ 34 Weeks Of Pregnancy ~

25 September lepas adalah hari check up saya. Hehehhe Dah 34 minggu baru saya pergi checkup kat hospital. Adeh.. Sian anak ummi ni.. Even macam tu, still ummi and abah taking very good care kat adik tau.. Kali ni saya buat check up kat DEMC dengan doktor Mazita. Tu pun, buat appointment sebelum raya, and semua slot dah penuh kecuali ada satu slot dr. mazita. Hah, macam dah ditakdirkan je.. Hehehehhehe Tu yang 25hb baru appointment sebab penuh untuk hari sabtu.

Ingatkan abang boleh temankan hari tu, tu yang pilih hari sabtu, sekalinya abang ada workshop pulak kat Pan Pacific KLIA. Tak dapatla nak pergi sesama hari sabtu tu. Kesian abang sebab kali ni, doktor pergi scan kat muka adik.. Wahhhhhh sangat cute ok… Saya nampak mata dia kelip2, mulut siap menguap-nguap, dengan hidung adik.. Abang dengan perasaan jeles tanya adik nampak macam mana. Hahahhahahaha So far, semua ok.. Adik dah 1.9KG.. Ermm… Kalau nak compare dengan Khayra, adik macam kecik sikit. Tapi tak tau la kan, kalau selepas ni adik bertambah besar pulak. Hehehhehhe

Berat saya baru 49Kg. Mungkin sebab saya sekarang ni kurang sikit makan sebab saya takut saya senak perut and sakit belakang. Tapi nafsu makan saya asyik nak makan je.. Cuma sekarang ni macam tak puas sangat sebab minggu ni buah dah habis kat rumah. So, saya tak rasa puas makan. Hehehehhehe Ingat semalam nak membeli, tapi sebabkan berjalan satu hari, malam tu saya tak larat langsung. Lepas maghrib Khayra dah tidur, saya pun tidur gak, Isyak saya pukul 2 pagi. Hehehehhehe

Ok.. lately ni sangat penat. Apa pun tak buat sangat. Saya terasa macam tak produktif langsung. Blog pun tak update sangat. Sebabnya bila nak tulis je something, Khayra akan kacau, kalau bukan Khayra, saya lak dah pening2… Sabar je la….

Nanti saya nak merajinkan diri lepas ni… :)

Ok.. Nanti la saya update lain.. Rasa macam saya update ntah apa-apa je…

Related Posts with Thumbnails