~Penyusuan Ketika Ramadhan ~

1 Ogos 2009 hari tu, aku menghadiri kelas penyusuan yang dianjurkan oleh sarakids. Kenapa aku nak pegi kelas penyusuan ni? Sebabnya? Tajuk tuk kelas ni amat menarik minat aku. Penyusuan ketika ramadhan. Sebenarnya entry ni dah lama dah dalam draft box tu.. CUma tak berkesempatan je nak menghabiskankannya… huhuhu

Memandangkan ini la ramadhan pertama untuk aku hadapi lepas ramadhan lepas memang tak puasa 1 bulan sebab aku dalam pantang, jadinya harusla aku gabra. Sibuk memikirkan boleh bertahan ke aku ni time puasa nanti.

Aku memang takde pape ilmu tuk menghadapi bulan ramadhan ni. Sedangkan kalau sehari puasa pun susu merundum.. inikan pula puasa 1 bulan direct… Amat menakutkan.. Nak2 bila ramai la pulak kawan aku ni ha dok cakap, “bila habis puasa je, mesti susu kering…” “AKu tak leh continue susukan anak aku sebab time puasa aku puasa, lepas tu kering.. ” Memang ramai yang jadi gitu. Bila dengar, aku pun agak seriau jugak la.. nak2 aku ni bukanla jenis susu banyak.. selama ni, alhamdulillah, cukup2 je untuk Khayra. Stok? hehehe skrg ni aku cuma mampu kumpulkan 20++ oz je.. Sikit kan? Walaupun sepatut2nya aku kene ada +-60oz (ni untuk Khayra je… lain baby, lain jumlahnya and mcm mana aku blh tau? nanti aku citer), tapi daripada takde, betterla sikit.. :)

Aku pun join la kelas penyusuan yang dianjurkan oleh sarakids pada 1 Ogos hari tu.. Best tau join kelas tu. Walaupun aku tak kenal sesapa pun, except Farah, tapi terasa warm welcome from everybody. Hehehhehe Yela, sama2 nak timba ilmu kan? Hehehhehe Banyak jugak info2 tambahan yang aku dapat dari sessi tu especially tang makanan yang bagus untuk kita makan time bulan puasa and apa yang kita patut elakkan.

Antara makanan yang patut kita elakkan adalah

  • Caffeine,
  • Chocolate ( aku suka chocolate ni.. ermmm Farah cakap boleh makan sikit2.. Kasi lepas gian ekekekke ),
  • Citrus fruits ( orange, grape ),
  • Carbonate drinks ( ni macam minuman bergas… even bukan BF mom pun elakkan tau.. not good for our health and body.. ),
  • Makanan pedas.. ( wahh.. ni aku pandang je abang hahahha sebab kat rumah, dah biasa makanan pedas2 nih… adehh… ),
  • Kurangkan edited(Elakkan) makan daging sebab daging mempunyai banyak lemak. ( HEheheh ni aku paling ingat sebab time ni, memang abang highlight kan besar2… Sebab tak nak kasi aku makan daging and dia je yang boleh… Sabar je la aku… ) – Updated : Sorry ye bukan jangan makan langsung, tp kurangkan… Inila bahana tak check balik.. main taip je… :P
  • Elakkan kobis and telur sebab makanan ni menghasilkan gas.. :)

Semasa puasa and time sahur banyakkan makanan2 yang memberi khasiat. Antaranya

  • Banyakkan minum susu.. ( wahh.. ni aku memang cmfrm la tak boleh kan? Sebab aku tak suka susu.. )
  • Amik alternatif lain, banyakkan makanan2 yang berkalsium seperti kacang, brokoli, sayur2 hijau, Yogurt, ikan, soya, tofuu, cheese dan lain2.
  • Makan makanan yang boleh tambah darah macam bayam. ( ni feberet sayur aku nih.. )
  • Kurma.. ( my feberet.. almost everyday kalau boleh nak makan.. :)
  • Jus Buah-buahan ( buah yang fresh.. datang dari pokok.. ehhehehhe takdela… )
  • Nasi/mee/kuey teow ( makanan ruji kita nih.. )
  • and air masak… :) Oh.. jangan minum terlebih2 sangat pulak dalam 1 hari tu.. Sebab kalau minum banyak air sangat pulak, susu pun akan kurang jugak… Kira minum sedang2 gitu… Kalau tak silap aku, ada Farah sebut, jangan lebih daripada 80Oz sehari. Dalam +-2500ml gitu… :)
  • Sebelum tidur malam tu, kita boleh makan makanan berfiber. Untuk membekalkan tenaga.. :)

Selain tu, kita teruskan makan-makanan yang membantu menggalakkan susu. Senang citer makan makanan yang berkhasiat setiap hari. Untuk elakkan badan kita daripada dehidrasi.. :) AND JANGAN TINGGALKAN SAHUR. Sahur tu pulak, bukan pukul 12, 1 pagi… :D

Ni pun aku dapat dari sessi tu. Amalkan Surah al-Baqarah ayat 60 dan Surah Hujurat. Baca lepas tu sapukan kat B kita. Selain tu, masa dah nak imsak, kita baca Surah Al-Kauthar, minum seteguk air.. Sambil berdoa minta kurangkan dahaga dan beri tenaga. Insyaallah… :)

Inilah gambar kami… ehheheheh Credit to Farah.. :)

Lepas je habis kelas, kitorang ada sessi support group. Best join sebab time ni la nak memperdengarkan masalah kita secara lebih dekat kan.. Lebih senang camni. Masalah aku? Dari dulu lagi la, takde stok susu. Almost 1 year, aku survive tanpa stok. Paling banyak aku boleh simpan pun dalam 20oz macam tu je, itu pun tak sampai seminggu, habis.. Lepas tu, kosong balik.. Apa yang aku pam hari ni, ngam2 and cukup2 untuk kegunaan Khayra esoknya. Bila ada stok sikit, tiba2 Khayra nyusu lebih dari biasa… atau pun aku banyak keje, and balik lambat.. stok guna, tp topup balik takde.. What to do? Lately ni pun sama.. tiba2 la pulak banyak si Khayra ni menyusu.. so stok yang aku simpan untuk bulan puasa tu tak bertambah2 pun.. Huhuhuhu Adala tu dalam 20-25oz… Farah cakap kene kumpul kan dalam 60oz untuk bulan puasa nih.. wahh… memang banyak berhutang susu ( ni kalau kira nak simpan 3 oz tiap hari ) dalam list tu… Hehehehhe

Aku tak nak stress kan mind… aku just let it be… Still aku akan berusaha untuk berjuang… Chewaahh… Hehehehhe Insyaallah, ada rezeki untuk Khayra nanti.. Amin…

Nota: Sama-samalah kita berdoa untuk yang terbaik.. :)

~ Apa-apa je la Labu ~

Hari ni aku puasa.. Huh.. pagi2 lagi dh turun bawah sensorang, panaskan lauk untuk makan sahur.. Kali ni abang tak nak teman.. Sebelum2 ni dia teman je.. Kali ni duk tidur je.. Letih la tu kononnya.. ekekkekeke Ikutkan aku nk cuba idea and cadangan dari mama qaisara. Puasa time sabtu ahad.. So, less pumping session but still feeding the baby.. Tapiiiiiiiiiiiiiiiii… tak boleh… huhuhu sabtu ada kenduri, and ikutkan ahad lepas ada kenduri jugak.. Last2 tak jadi pegi… So, mission nk try tak berkesempatan lagi… Mungkin aku akan cuba jugak next 2 weeks.. =) Nape next 2 weeks? sbb this week dah penuh jugak jadual aku.. =P

Alhamdulillah, hari ni aku takde la rasa seperit macam hari first day aku puasa… Pagi tadi aku makan Kurma 3 bijik, sup ayam (lauk mlm semalam), carrot, celery, dengan air 5 gelas… Bagi aku berkhasiat la tuh… And alhamdulillah pagi tadi pam(sampai kat opis) dapatla 5Oz.. Tengahari lak, dapat 3Oz. petang ni? sat lagi.. dalam pukul 5 lak… hihihihihi

Nota: Sekarang aku dah rasa dahaga gila.. Dah rasa tekak ni kering sgt2.. moga2 hadapinya untuk hari ini.. dan seterusnya… amin….

p/s: Tajuk entry takde kene mengena langsung kan? hahahhahahha

~ Puasa dan Penyusuan ( cukup tak susu? ) ~

Macam mana dengan projek aku tu kan? Disebabkan banyak lagi hari yang tak di qada’, aku pun tryla cari2 kat internet macam mana nak hadapi saat2 sekiranya susu merundum( in-case) disebabkan berpuasa ni… Which is, aku tgk agak kurang la sedikit.. tapi belum lagi mencapai tahap kritikal.. =) Bila aku cari, aku jumpa satu statement ni kat link ni.

Saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), jumlah kalori yang diperlukan seseorang ibu yang menyusu adalah sebanyak 2,700 kcal setiap hari untuk enam bulan pertama dan 2,950 kcal selepas bayi berusia enam bulan ke atas.

Wahh… banyaknyer… ( correct me if i’m wrong, keperluan kalori kita yang biasa untuk perempuan dalam 1800 ke 2000 kcal je… )… Memang banyak tenaga diperlukan… Oleh itu, disarankan agar kita bersahur dan makan makanan yang berkhasiat serta minum air yang banyak untuk menampung keperluan satu hari kita… makanan yang harus dititikberatkan semasa sahur adalah makanan yang memberi tenaga karbohidrat dan lemak macam nasi dan roti, makanan yang memberi protein seperti ikan dan daging dan sayur-sayuran serta buah-buahan. Kira makanan sahur aku semalam agak mencukupila… ( nasi+ikan+kurma+air).

Dalam link ni lak, aku amik sikit je

Punca kekurangan susu tidak boleh dikaitkan sepenuhnya dengan puasa kecuali berlakunya dehidrasi. Dalam banyak keadaan, kerisauan ibu yang takut letih & kekeringan susu menyebabkan mereka kurang menyusukan bayi mereka semasa puasa. Kurangnya rangsangan kepada payudara membawa kepada kurangnya susu.

Ini kerana konsep utama breastfeeding ini adalah demand and supply. Lagi banyak demand, lagi banyak supply yg dihasilkan. Badan kita memahami demand untuk menyusu ini bila bayi kerap menyusu (8-12 kali sehari semalam). Inilah satu-satunya cara secara fisiologi (fitrah fungsi badan) yang paling penting untuk memastikan penghasilan susu yang berterusan.

Di samping hormon prolaktin (berfungsi untuk membuat/menghasilkan susu) dan oksitosin (berfungsi untuk mengeluarkan susu dari payudara), terdapat satu lagi substance penting yang dinamakan Feedback Inhibitor of Lactation (FIL).

FIL adalah sejenis protein yg terdapat di dalam susu yg berkumpul di payudara ibu itu. Ia memberi negative feedback kepada proses penghasilan susu tu. Jika banyak susu tidak dikeluarkan dari payudara (sebab kurang penyusuan dari bayi/kurang diperah keluar), maka banyaklah FIL ini berkumpul dalam payudara. Level FIL yang tinggi ni akan memberi signal supaya kurang susu dihasilkan (negative feedback). Jika perkara ini dibiarkan berterusan, maka lama kelamaan payudara itu akan mengecil.

Sebaliknya, jika susu sentiasa dikeluarkan dari payudara (bayi kerap menyusu / kerap diperah keluar), maka kurang FIL dalam payudara. Level FIL yang rendah ini akan memberi signal supaya lebih banyak susu dihasilkan.

Maka, penyusuan berterusan samada puasa ataupun tidak amat penting supaya payudara tidak terputus menghasilkan susu.”

Apa yang dikatakan tu betul.. Even kita tak puasa sekali pun, kalau kita kurang menyusukan baby kita and mengepam(kalau yg kerja), susu kita akan cepat kering… More demand, more supply kan?

Dalam link ni pun ada juga disertakan kajian2 yang dah dibuat pasal puasa and BF ni… Antara hasil daripada kajian tu, kurangnya susu lebih merupakan kepada kepercayaan atau fikiran negatif individu itu sendiri… Senang citer… Kalau fikir takut kurang susu.. so, tak nak bagi susu kat baby kita… Maka, kurangla susu kita nanti… =P .. ( Kalau mind dah set positive, kita lak mengalami dehidrasi, tok leh nk buat apa la kan… memang susu akan kurang la walau pam or kasi anak susu.. Betul tak?)

Kalau nk tau lebih lanjut lagi pasal kajian2 tersebut.. boleh la baca kat link ni…

And bila aku search kat susuibu.com aku jumpa ni…. Ada sorg hamba Allah ni mencadangkan beberapa petua…

Quote dari mama@susuibu.com

1. Sepanjang waktu malam (iaitu ketika kita boleh makan dan minum) susukanlah bayi kita semaksimum yang mungkin. Ini dapat mengurangkan permintaannya terhadap susu ibu di siang hari.
2. Minumlah lebih air di malam hari. Makan makanan yang berkhasiat serta amalkan sunnah nabi iaitu buah kurma. Kandungan khasiat di dalam buah kurma amat tinggi dan dapat membantu ibu menyusu.
3. Apabila telah hampir waktu imsak, bacalah ayat Al-kauthar dan minumlah seteguk air kosong sambil berdoa agar dikurangkan rasa dahaga sepanjang waktu berpuasa.(kerana lazimnya ibu menyusu akan berasa dahaga selepas menyusukan bayi)
4. Jika perlu, ambillah vitamin dan makanan tambahan untuk sepanjang bulan puasa untuk memastikan badan kita mempunyai tenaga yang mencukupi untuk menjalani ibadah puasa serta meneruskan tanggungjawab sebagai ibu.
5. Seterusnya berdoalah agar kita diberikan kekuatan dan dipermudahkan untuk melakukan kedua-dua ibadah ini kerana susu ibu adalah rezeki yang dikurniakan Allah terhadap anak kita dan jika telah ditentukan rezeki untuknya, pasti ada jalan untuk rezeki itu sampai kepada bayi kita dengan apa cara sekalipun.

Kalau still risau jugak susu kurang tapi kita still nak puasa, ada jugak yang mencadangkan kaedah pump pada sebelah malam dan menyimpan susu tersebut untuk keperluan bayi keesokan hari.

Wallahualam… Kita boleh mencuba.. Allah juga yang menentukan.. =)

Moga2 berjalan lancar la projek ku ini… amin….

Related Posts with Thumbnails