~ Khayra @Malam Pertama Solat Terawih – Salam Ramadhan Buat Semua ~

Salam Ramadhan buat Semua Kawan-kawan bloggers dan seluruh umat islam di dunia. Saya pohon ampun dan maaf atas segala salah dah silap. Semoga bulan ini penuh dengan keberkatan.

Ha…. Malam pertama solat terawih saya berakhir dengan hanya solat Isyak sahaja. Hehehhehehe Ini semua gara-gara ke’excited’an anak kecik ummi ni setiap kali masuk masjid. Masjid wilayah, masjid negara, masjid shah alam? bila masuk je, suka sangat. Siap berlari-lari sebab kawasan lapang kot. Tiap hari kalau nampak kubah je, mie, yat…. mie jid…. abah yat… abah jid.. Jadi malam tadi, memang kami dah lama plan nak bawak Khayra sama-sama solat terawih (kononnyala.. ). Time pergi tu, dia yang excited terlebih. Kitorang pun bagila nasihat sikit-sikit, semua di iakan.. Sudah nya? Hehhehehehhe Saya tengok je la orang solat terawih. Nasib saya sempat isyak sekali tu pun dah kira baik la tuh. :P

Apa Khayra buat? Mungkin sebab ramai sangat orang yang ada kat masjid tu, buatkan si kecik ni more excited. Tengok semua orang pakai bertelekung ramai-ramai jalan. Bila masuk kawasan solat, boleh la dia nak pegi saf depan. Nak ikut wan. Sudahnya awal-awal tu wan kene duduk dengan khayra sekali kat belakang. Bila dah start, baru wan dia boleh ke depan. Masa solat isyak tu, ok la… Khayra pun sekali solat. Sujud, rukuk semua tapi 2 rakaat je la pun. 1 rakaat awal, 1 rakaat akhir. Yang tengah-tengah tu, boleh dia duk berlari kiri kanan depan belakang. Time tu, saya tawakal je, jangan dia pergi jauh-jauh sudah. Lepas tu tak boleh nampak budak, mesti nak main jugak. Saya tengok anak orang lain, duduk diam je dengan mak dia. Tapi si Khayra, tak reti takut langsung. Bahaya sungguh… Sebab tu, bila solat terawih nak mula, saya tengok Khayra xleh dah di control sebab bila saya beralih ke belakang sekali, lagi ramai budak yang membuatkan dia berlari dari hujung kiri and kanan. Konon suruh orang kejar dia. Last-last dia nampak pintu terbuka, terus lari keluar.

Mak aih… Nasib saya perhatikan dia and buat keputusan hold dulu solat terawih saya. Dah la ramai yang solat kat pintu sampai betul-betul sentuh pintu lak tu. Sebabkan terpaksa, saya mohon maaf sebab saya lalu depan jemaah tu. Bila keluar je, tak nampak dah si Khayra ni kat mana. Kecut dah perasaan time tu. Yela, dengan ramai orangnya, takut gak la. Time tu dah fikir manala anak aku ni… Sekalinya dia tengah berlari-lari keseronokan sambil tersenyum-senyum. Bila nampak saya je, terus dia lari dari saya, and main turun naik tangga kat area hall masjid tu. Terus saya berkampung kat situ pulak tengokkan Khayra. Malam tu, memang nampak keseronokan dia bila tengok ramai orang dan ramai budak. Saya la penat dok mengejar dia. Ada saya biarkan, sudahnya sampai ke tangga besar nak turun bawah tu konon nak turun. So, terpaksa ikut mana dia pegi. Masjid-masjid pun, dengan kes macam-macam sekarang, saya takut sangat.

Maka, berakhirla malam pertama solat terawih saya. Hehehhe Abang cakap, takpela kalau sunat ni dapat 2 rakaat pun ok dah… Hehhehehe 2 rakaat apa, 1 rakaat pun tak dapat. Namun, saya rasa seronok.  Dah kata budak-budak kan.. Main tu dah jadi perkara biasa diorang. Time ni la kita nak biasakan dia untuk ke masjid. Dia dengar orang baca al-quran, tengok jemaah ramai-ramai.  Inila masa untuk mendekatkan anak-anak kita ni dengan masjid dan sukakan masjid. Insyaallah :) Bila lagi dia nak tengok ramai orang berduyun-duyun ke masjid kalau tak masa bulan ramadhan ni je. :P

oh, pihak masjid shah alam  ada sediakan nurseri untuk jaga anak-anak ni bila kita nak solat. Saya tak sure nak hantar ke tak. Mama suruh letak kalau susah sangat. Tapi saya macam tak nak. Kalau hantar nurseri tu, macam sama je saya solat kat rumah. Ermmm…

Nota: Maaf ye kawan-kawan, saya tak berkesempatan nak membalas komen kawan-kawan. Insyaallah, dalam waktu terdekat ni… :)

Luv,

UmmiKA

Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

~ Kelebihan Solat Terawih – Benar atau Palsu? -

.:: Updated ::.
Maafkan saya sekiranya maklumat mengenai kelebihan solat terawih yang saya postkan semalam, ada yang menyatakan ia adalah palsu. Semalam, dengan masa yang suntuk, saya cuma search sikit2 sahaja berkaitan solat terawih ini. Tidak seperti sebelum2 ini. Saya akan cari info dengan banyak mengenainya sebelum saya publish. Ini kesilapan saya sendiri…

Info tersebut mendatangkan kekeliruan kepada saya bila saya cari-cari pagi ini selepas bersahur akan kesahihannya. Menurut link ini
Hadis yang menyatakan mengenai solat terawih ini, ini dapat dipastikan dari mana datangnya. Dalam kitab induk hadis seperti Sunah Sittah dan lain-lain kitab hadis lagi, ianya tidak ditemui. Begitu juga dalam kitab-kitab hadis palsu (maudhu`aat) sendiri pun tidak didapati hadis ini.


Antara ciri-ciri hadis maudhu`(rekaan) dari segi zahirnya selain dari meneliti sanad perawinya ialah :

1. Kelebihan yang disebutkan menyamai atau mengatasi kelebihan yang terdapat pada para sahabat nabi kita Muhammad s.a.w. atau orang yang berjuang bersama dengan nabi yang lain apatah lagi untuk menyamai atau mengatasi kedudukan nabi-nabi kerana umat yang datang kemudian walaupun setinggi-tinggi wali sekalipun tidak akan dapat mengatasi atau menyamai kedudukan sekecil-kecil sahabat apatah lagi untuk menyamai kedudukan seorang nabi.

2. Kelebihan yang terdapat didalamnya tidak sepadan dengan amalan yang dilakukan sedangkan ia menyalahi apa yang terdapat dalam syariat sebagaimana tersebut dalam Al-Qur’an dan hadis-hadis sahih.

3. Kandungannya serta ertinya rapuh, tidak menyerupai kalam Nabi Muhammad s.a.w. dan lafaznya tidak sesuai keluar dari mulut Nabi seperti yang terdapat dalam hadis-hadis sahih.

4. Dalam sesetengah risalah yang terdapat hadis ini, ianya dimulai dengan “Ya Ali” sedangkan ulama hadis sudah mengatakan bahawa hadis yang dimulai dengan kata-kata ini hanya dua atau tiga sahaja yang sahih. Yang lainnya palsu.


Inilah hadis yang dinyatakan palsu itu. Hadis ini telah tersebar dengan meluasnya melalui media elektronik, akhbar2, mahupun risalah mengenai kelebihan solat terawih ini. Kalau tidak silap saya ia mendapat liputan yang meluas pada tahun 2007. Kemudiannya, hadis ini didapat tidak benar.

Sayidina Ali Abi Talib ra. meriwayatkan sebuah Hadis (yang panjang) daripada Raulullah s.a.w, iaitu jawapan baginda ketika ditanya oleh para sahabat mengenai fadhilat dan kelebihan solat Tarawih pada setiap malam di bulan Ramadhan.

Baginda bersabda bahawa:

Malam ke 1
Diampuni dosa-dosa orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Malam ke 2
Diampunkan dosa orang-orang yang beiiman yang mengerjakan solat Tarawih, serta dosa- dosa kedua ibu bapanya.

Malam ke 3
Para malaikat di bawah ‘Arasy menyeru kepada manusia yang mengerjakan solat Tarawih itu agar meneruskan solatnya pada malarnmalam yang lain, semoga Allah akan mengampunkan dosa-dosa mereka.

Malam ke 4
Orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih akan memperolehi pahala sebagaimana pahala yang diperolehi oleh orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al- Quran.

Malam ke 5
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala seumpama pahala orang- orang yang mengerjakan sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.

Malam ke 6
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seumpama pahala malaikat-malaikat yang bertawaf di Baitul Makmur serta setiap batu dan tanah berdoa untuk keampunan orang-orang yang mengerjakan tarawih malam itu.

Malam ke 7
Seoalah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa a.s serta menolong Nabi itu menentang musuhnya Fir’aun dan Hamman.

Malam ke 8
Allah S.W.T mengurniakan pahala orang yang bersolat tarawih sebagaimana pahala yang dikurniakan kepada Nabi Ibrahim a.s.

Malam ke 9

Allah S.W.T akan mengumiakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hamba-Nya seperti Nabi Muhammad s.a.w.

Malam ke 10
Allah SWT mengurniakan kepada kebaikan dunia dan akhirat.

Malam ke 11
la meninggal dunia didalam keadaan bersih dari dosa seperti baru dilahirkan.

Malam ke 12
la akan dibangkitkan pada hari kiamat dengan muka yang bercahaya-cahaya.

Malam ke 13
la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman sentosa dari sebarang kejahatan dan keburukan.

Malam ke 14
Malaikat-malaikat akan datang menyaksikan mereka bersolat Tarawih serta Allah S.W.T. tidak akan menyesatkan mereka.

Malam ke 15
Semua malaikat yang memikul Arasy dan Kursi akan berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam ke 16
Allah S.W.T. menuliskan baginya dari kalangan mereka yang terlepas dari api neraka dan dimasukkan ke dalam syurga.

Malam ke 17
Allah S.W.T menuliskan baginya pahala pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam ke 18
Malaikat akan menyeru: Wahai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha denganmu dan dengan kedua ibu bapamu (yang masih hidup atau yang sudah mati).

Malam ke 19
Allah S.W.T akan meninggikan darjatnya di dalam syurga firdaus.

Malam ke 20
Allah S.W.T mengurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang soleh.

Malam ke 21
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga yang diperbuat dari cahaya.

Malam ke 22
la akan datang pada hari kiamat di dalam keadaan aman dari sebarang huru-hara pada hari tersebut.

Malam ke 23
Allah S.W.T akan membina untuknya sebuah bandar di dalam syurga daripada cahaya.

Malam ke 24
Allah S.W.T akan membuka peluang untuk dua puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Malam ke 25
Allah S.W.T akan mengangkat seksa kubur darinya.

Malam ke 26
Allah S.W.T akan mengurniakan pahala empat puluh tahun ibadat bagi orang-orang yang mengerjakan solat Tarawih pada malam tersebut.

Malam ke 27
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya kemudahan untuk melintasi titian sirat sepantas kilat.

Malam ke 28
Allah S.W.T akan menaikkan kedudukannya seribu darjat di akhirat.

Malam ke 29
Allah S.W.T akan mengurniakan kepadanya pahala seribu haji yang mabrur.

Malam ke 30
Allah S.W.T akan memberi penghormatan kepada orang yang bertarawih pada malam terakhir dengan firman-Nya (yang bermaksud): Wahai hambaku!, makanlah segala jenis buah-buahan yang Engkau ingini untuk dimakan di dalam syurga dan mandilah kamu di dalam sungai yang bernama salsabil serta minumiah air dari telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad s.a.w. yang bernama Al-Kautsar.

Namun, hari ini saya cuba search di dalam laman web majlis agama islam dan saya terjumpa artikel ini masih ada dan dipublish lagi di dalam link ini.
Artikel ini bertarikh 14 Oktober 2008. Itu yang membuatkan saya keliru. Adakah hadis ini palsu atau benar? Wallahulam. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Nota: Kita beramal adalah kerana Allah. Banyak lagi fadhilat-fadhilat yang boleh kita dapat di bulan ramadhan ini. :)


~ Kelebihan Solat Terawih ~

This is sticky note for the whole of Ramadhan. :)
New Entry, Please Scroll Down. Thank You :)

Pagi tadi dapat email dari abang pasal kelebihan solat terawih di bulan Ramadhan. Mesti ramai yang dah tau. Namun, saya tetap nak berkongsikan jugak untuk semua. Entry ni lain sikit. Kira macam short note je. Tiap hari saya akan update mengenai kelebihan solat terawih setiap malam. Memandangkan hari ini, merupakan malam pertama kita bersolat terawih, Saya share kan untuk malam pertama je dulu. Okeh tak? Kiranya, tiap pagi saya akan update new info untuk kelebihan solat terawih ni la… :) Untuk hari ini..


1.Kelebihan Solat Tarawih Malam Pertama
Diampuni dosa orang-orang yang beriman sebagaimana keadaannya baru dilahirkan.

Sumber:
http://hsnlife.com/?p=299
http://ibnismail.wordpress.com/2008/09/06/puasa-dan-kelebihan-solat-terawih/

Related Posts with Thumbnails