~ Air Soya Buatan Sendiri – Untuk Berbuka Puasa ~

~ Air Soya Buatan Sendiri – Untuk Berbuka Puasa ~

Semalam saya buat air soya sendiri. Hehehehhe Air soya buatan tangan sendiri. Asyik dok nak membeli air soya je kan, baik kita buat sendiri. Betul tak? Lagipun abang dah siap-siap beli kacang soya. Apakah maknanya itu?? Hehehehhe

Okeh, Tanpa membuang masa, meh saya kongsikan bersama cara-cara nak buat air soya.

Bahan dia senang je:

1. Kacang soya

2. Gula atau Gula melaka ( ikut suka)

3. Daun pandan

4. Kain kasa / kain jarang / penapis teh yang bersih pun ok.

Cara-cara untuk membuat air soya:

1. Mula-mula basuh dan rendam dulu kacang soya tu sepenuhnya dalam bekas semalaman. Ataupun pagi-pagi tu pun boleh jugak. At least 8 jam. Atau sampai kembangla.

Soya yang sedang direndam

Ni kacang soya yang dah kembang.

2. Bila dah kembang, toskan kacang soya tu dan buang kulit soya tu. Kemudian, kisarkan kacang soya tu dengan blender/mesin pengisar bersama dengan air. Saya guna blender je… :P

blend kan kacang soya sehingga hancurNi baki je sebab saya dah perahkan dah kacang soya tu buat air soya. :)

3. Lepas dah kisar, tuangkan ke dalam kain kasa/kain yang jarang, kemudian perah kacang soya tu untuk menghasilkan air soya. Sisa-sisa kacang soya yang selepas di perah tu boleh la di buang. :)

kacang soya yang di perahSaya perah kacang soya tu guna kain jarang je.. Asalkan boleh keluar air dia, dah ok… :)

4. Bila habis semua kacang siap dikisar dan di perah, masukkan daun pandan ke dalam periuk yang berisi air soya tu, kemudian masak dengan menggunakan api yang perlahan. Kena tengok2 sebab semalam saya guna api kuat, dia membuak ke luar. Nasib sempat perasan. Hehehhehehhe Boleh masukkan gula masa tu, atau pun bila dah siap nanti.

Air soya yang sedang di masakAir soya yang tengah di masak

Bila dah menggelegak, boleh la dihidangkan untuk berbuka. Sama ada nak panas atau sejuk. Saya lagi suka panas kalau time berbuka. Terasa puas sangat. Oh, sebabkan ni first time saya buat air soya sendiri ni, adalah cacatnya.. Saya letak terlebih gula masa masak tu. Heheheh Tak pandai budget lagi. So, next time saya dah siap masak baru saya letak gula. Hehehehehe

Kalau simpan dalam peti ais, boleh tahan 2-3 hari… So, apa lagi… meh cuba buat sendiri air soya yang berkhasiat tanpa bahan pengawet. Puas hati pun ye sebab takde la terasa tawar je soya dia.. :P

Luv,

UmmiKA

Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

~ Resepi Nasi + Salmon + Raisin + Asparagus + Carrot + Avocado ~

Inilah bekalan Khayra untuk hari ini.. Hehehehe Aku masukkan macam2 dalam bubur Khayra kali ni. Sebabnya? Khayra minggu lepas langsung tak nak makan.. Sampaikan berat Khayra dah turun. Memang terukla demam Khayra kali ni. Kalau sebelum2 ni, demam macam mana sekali pun, selera makan and menyusu, tip top.. Kali ni? Sian anak ummi… Tak pe ummi masakkan makanan yang sedap2 untuk Khayra… Hehehehhe enough pasal Khayra.. Kali ni pasal resepi Khayra.. =)

Hari ni, Menu Khayra adalah… Nasi + Salmon + Raisin + Asparagus + Carrot + Avocado… Banyakkan? Hahahhahahaha…

1) Potong-potong Carrot, Asparagus, and Ikan Salmon. Lepas tu amik 7 biji kismis.


3) Masak beras terlebih dahulu.

4) Agak-agak dah nak masak, masukkan carrot, asparagus, salmon and kismis.

5) Tunggu sejuk sikit.. Masukkan dalam blender.. And blend sekali dengan Avocado….


5) Tara.. dah siap.. Bau salmon tu memang menusuk kalbu la.. Hehehehhe


Nota: Menu ni aku ada letak avocado, sebab tu hijau sikit. My suggestion, dont put avocado along with salmon. Sebabnya, rasa ada agak pelik sikit. Sedap memang sedap, tapi ada rasa pelik yang tak leh nk describe.. Hehehehehhehe

~ Nasi + Ayam + Celery + Kismis ~

Hari ni, menu untuk anak ummi yang demam itu adalah.. Nasi +Ayam+Celery+Kismis.. Hari ni pun, abah yang masak untuk Khayra.. Yes.. aku pun sbnrnya dah weng-weng gak ni… hehehhe Tapi sempat jugak tu nak berblogging… Isk.. Isk Isk….
1) Abang potong boneless chicken kecik-kecik…

2) Basuh celery.
3) Masakkan nasi and rebuskan ayam sekali.
4) Bila dah nak masak, campurkan celery and kismis.
5) Inilah hasil akhir bubur nasi + celery + Kismis.
6) Selepas di blend kasar.. Jeng-jeng jeng…
Nota: Pandaila bang masak… Bau pun sedap.. Bau sup ayam tuh.. =D
Related Posts with Thumbnails