~ Unifi HSBB – Setelah Hampir 2 Bulan ~

Hampir 2 bulan saya menggunakan unifi HSBB bila browse internet di rumah. Wahhh… untuk saya yang selama ini browse menggunakan broadband yang not reliable, saya merasakan yang unifi HSBB ni benar-benar memberi sinar baru dalam hidup saya. Hahhahahhaha ayat memang ayat masuk longkang agaknya… :P

Sebelum ni, saya memang berpengalaman dengan internet yang sungguh-sungguh tak reliable. Kalau ramai yang surf internet pada masa yang sama, internet akan jadi sungguh slow. Hinggakan tak payah surf la baru tak sakit hati. Nak tunggu page loading pun, mak aih… macam nak tunggu Khayra habis komplen nak buang air besar jek. :P Dengan kedudukan rumah yang berhampiran dengan uitm, unisel apalagi? Memang super duper lembab la kan. Kalau siang hari je internet bolehla. Tu berdasarkan pada kata-kata adik la. Hehehhehhe

Streamyx? Saya tiada experience menggunakannya. Sebab? Tak pernah ada streamyx. Biar betikk… :P

Ok… Sebab kan penah guna unifi HSBB ni je, makanya saya mampu untuk bercerita pasal unifi ni je la.

Sepanjang penggunaan unifi nih, boleh dikatakan saya berpuas hati la.. Sehingga tidak keluar sedikit complaint pun dari mulut husband saya especially. Oh, kami ni bukanla hardcore dalam bab download mendownload ni kan, but sometimes adala mendownload. opppsss… :P So far, sangat laju processnya. Hinggakan saya boleh cakap eh, dah habis ke? Lihat.. betapa lajunya… Hahhahahahhaha.. Ni memang khas untuk orang yang bukan hardcore bab download mendownload ni la kan. Kalau orang tu hardcore dalam mendownload, saya tak leh nak share experience tu sebab saya bukan kaki download. So anyone yang hardcore dalam mendownload? Boleh share experience kalau guna unifi ni? Hehehhehehhe

Dalam bab tengok you tube pulak, memang marvelous.. Saya suka.. sebab bila-bila masa Khayra nak tengok upin ipin la, pocoyo dia la, wordworld ke or any cerita yang saya memang kasi tengok, takde lagi terberhenti-henti. Smooth je perjalanan en. You tube ini.

Untuk unifi ni dia ada 3 package.

  1. Package VIP 5 – untuk 5mbps – RM149
  2. Package VIP 10 – untuk 10mbps – RM199
  3. Package VIP 20 – untuk 20mbps – RM249

Saya amik package yang paling murah sekali. :P Untuk 5mbps yang pada saya ok la.. Memadai untuk saya dan keluarga. Bukan nk buat apa pun kan. Lagipun kalau kira saya bayar untuk 1mbps = RM98 untuk broadband yang tak reliable tu, untuk saya its worth it. :)

Selain dari package yang harga gitu, pada masa yang sama, kami dapat extra channel. Hehhehe Dia ala-ala astro jugak la ada channel tapi tidakla banyak mana kalau nak compare dengan astro. Kalau point ada banyak, yang saya tak tau dari mana nak dapat kan point tu, kita boleh langgan movie untuk satu period yang panjang. So boleh tgk movie contohnya: Pirate of the carribean, untuk beberapa kali. Kalau untuk tv series, seperti CSI, Criminal Minds, bila beli dengan point tu, dia ada sampai certain date je. Bila habis date tu, dah habis la subscription kita. Kene subscribe baru la dengan point yang ada. Cuma saya tak pasti point yang diberi tu secara percuma atau pun kene bayar di kemudian hari. Tu saya tak pasti.

Untuk installation masa pasang kat rumah, semua free. Hehehhe tak perlu bayar satu sen pun. Sebab abang register and antara yang terawal. Sekarang saya masih menggunakan unifi ini secara percuma sehingga bulan 6 ni baru start bayar. So kene tunggu once dah bayar nanti apa pulak perubahan-perubahan yang dikenakan. Adakah service masih sama. Laju and best macam sekarang, atau sekalinya tiba-tiba dalam bil ada service caj untuk pemasangan pulak.. Tungguuuuuuuuuuu…..

Oh… Streamyx? Meh2 sesapa yang penah guna streamyx leh kongsi-kongsi pengalaman and buat comparison dengan apa yang saya experience. Sebab saya tak pernah guna streamyx.

Nota: Malangnya, unifi HSBB belum lagi diperluaskan ke seluruh Malaysia. Hanya certain tempat je yang ada. Mungkin untuk test market kot. Atau takut harga yang ditawarkan tu mahal, orang tak nak.

Luv,

UmmiKA

~ Mengimbau Kenangan Badminton Dalam Diri Saya ~

Kalau nak tahu, suatu ketika dahulu saya sangat menggemari sukan. Ketika saya masih sekolah rendah lagi, saya suka baca surat khabar hanya di bahagian sukan. ( Oh, saya dah start baca paper since 5 tahun. Tu daripada apa yang makcik-makcik dan ibu bapa saya bagitahu la kan.. :P ) Minat saya dalam sukan tak tau nak cakapla.. Memang saya akan baca satu persatu perihal dunia sukan. Especially badminton. Serius.. saya masih ingat lagi idola-idola pemain badminton saya yang sudah semestinya la keluarga Haji Sidek. Kalau nak tau, masuk sekolah menengah, setiap kali ujian atau exam untuk pendidikan jasmani, saya mesti score. Paling rendah dapat 94 macam tu. Itu pun sebab soalan jasmani.  Sebabnya, paling banyak cikgu saya letak dalam soalan adalah berkaitan sukan. Bila piala ini berlangsung. Bila sukan ini berlangsung. Siapa pemenang. Siapa olahragawan. Kebanyakkannya mesti saya jawab dengan senang hati. Serius saya tak tipu… :)

Badminton? Memori paling saya tak boleh lupa adalah pada zaman kegemilangan Piala Thomas 1992. Kenapa piala thomas? Sebab ini je perlawanan as pasukan yang paling popular la. Yang lain, kebanyakkannya perseorangan. Serius walaupun saya masa tu baru darjah 4, tapi memori permainan yang ditunjukkan oleh pemain negara masa tu, sangat mengujakan. Serius saya tak lupa nama-nama seperti rashid sidek, foo kok keong, jailani/razif sidek dan cheah soon kit/soo beng kiang. And sorang lagi perseorang ketiga malaysia, saya dah lupa.  :P Time tu  semasa perlawanan akhir melawan pasukan indonesia. Yang saya ingat, ardy wiranata, alan budi kusuma, rexy manaiky/ricky subagja. Sape lagi bergu pertama ek? saya lupa yang tu.. :p

Permainan yang ditunjukkan masa tu, memang meresap dalam jiwa saya. Sebab serius, saya masih ingat lagi kemenangan itu. Bagaimana berdebarnya hati saya.. Dengan sorakan nyanyian fikirkan boleh oleh penyokong malaysia, memang sangat mengujakan. Tambah-tambah time tu saya memang minat sukan kan? :P Dengan semangat juang yang ditunjukkan.. saya rasa pasukan tahun 1992, memang layak untuk menang piala thomas tu. Untuk tahun-tahun seterusnya, walaupun Malaysia berusaha gigih, tapi rezeki bukan di tangan Malaysia.

Sekarang? entah kenapa, bila masuk erra millenium, minat saya masih ada but makin berkurangan. Saya masih tengok tapi tidak la menjadi kegilaan sangat. Kelakar kan? Masa saya tengok Piala Thomas 2010 baru-baru ni, lagi membuatkan saya teringat-ingat tahun 1992. Masa saya begitu teruja dengan badminton. Mungkin pasukan lain dah menjadi semakin handal hinggakan malaysia menjadi kecil. :) Saya tertunggu-tunggu bilakah masanya saya akan alami sekali lagi perasaan itu. Mungkin 2 tahun lagi? :)

Luv,

UmmiKA

~ The Spy Next Door – My Review ~

So, kengkawan, Inilah cerita yang saya tengok last monday hari itu… :D

Ecececcec first time nak review movie. Al-maklumla, jaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaranggggggggggg sangat pi nonton movie ini. :D So, paling akhir movie yang ditengok adalah, ermmmm tak hengat okey.. hehehhehehhe so, inila movie yang dapat kami tengok setelah sekian lama tidak menghabiskan duit untuk filem. Kali ni, kami pilih nak tengok movie yang santai and boleh bergelak ketawa. Abang sugest citer hantu, of coursela saya tak nak kan? Saya memang tak bleh la tgk cerita macam tu. Tak seronok n tak berbaloi.. ( Ni jawapan orang penakut.. ekekekkeke )

The Spy Next Door superb okeh

Okeh, cerita spy next door ni pelakon utama dia adalah jacky chan. Dengar je Jacky Chan, korang rasa cerita dia cemana? Mesti cerita aksi lawak komedi kan? Yep, dari dulu sampaila sekarang, jacky Chan memang akan berlakon dalam movie-movie yang macam nih. I like… :D Selain jacky Chan, ada 3 orang kanak-kanak turut berlakon dalam cerita ini.

Cerita ni mengisahkan tentang Jacky Chan yang jatuh cinta dengan jirannya sendiri, Gilian. Diorang memang saling menyintai tetapi mendapat halangan daripada anak-anak Gilian. Dalam pada masa yang sama, Jackie Chan ni merupakan seorang perisik rahsia yang dah nak berhenti. Tapi di depan semua orang, dia dikenali sebagai peniaga pen. :)

Bila Jackie dah berhenti dari bekerja sebagai perisik, makanya, dia nak tumpukan untuk men’tackle’ anak-anak Gilian ni la supaya diorang sukakan dia. Kebetulan, ayah Gilian, sakit dan masuk hospital. Jadi Jackie mencadangkan supaya anak-anak gilian ni, dia yang jaga. Maka bermula episod yang menarik itu.

Masa saya tengok cerita ni, dari awal sampaila akhir, memang takde rasa kosong or takde rasa boring. Sebab saya tengok je then lepas tu, tup-tup dah habis dah. Aisehh.. cepatnya habis.. Tu la yang saya rasa. And of course la saya takkan ceritakan sampai abis cerita dia cemana, cuma saya suka tengok adegan-adegan tak jadi. Kalau cite Jackie Chan mesti ada. Part tu lagi lawak… :D :D

Sesapa nak tgk cerita yang santai, lawak komedi kasi gelak-gelak sesikit, silakan tengok cerita ini. Tak rugi… :D

Luv,

UmmiKhayra

Related Posts with Thumbnails