~ Adyan @5Months ++ – Bersediakah Untuk Makanan Pejal Atau Growth Spurt? ~

Alhamdulillah, my little khalifah dah menginjak usia 5 bulan 7 hari ( 6 Apr 2011 ) ni. Anak yang kali ni lain keletahnya dengan kakaknya. Secantik namanya Khaleel – yang bermaksud sahabat,  suka benar menegur orang dan tersenyum-senyum.  Pantang jumpa orang, atau tengok ummi bercakap dengan sesiapa yang ada di depan mata, mesti akan sama-sama senyum sambil ternganga mulut. Budget orang nak agah dia la tu.. hihihihihihi

Mana-mana pergi, mesti kena cuit. Ayorrkkkk… Kene cuit kene agah… Macam semalam, time duduk2 kat Giant, Adyan mula bosan, start la dok merengek, bila ada awek cun tiba-tiba dok agah and main, start dah gelak2 and tak reti duk diam. Ambooiii…. Kecik2 dah pandai ye?

Kalau bawak jalan je, mesti nak tengok depan. Lepas tu mulala adegan kaki xnak berdiam. Adyan paling tak suka duduk dalam stroller. Nasibla ummi dah ala-ala expert gak la guna sling. Dari dulu berkenan nak babywearing, and dengan Adyan, ye.. saya baby wearing sbb adyan paling menyampah kot duduk stroller… LOL

Ramai jugak yang bertanya Adyan ni tak reti menangis ke sebabnya kalau saya bawak ke sana ke sini, Adyan senyap je.. Gelak2 je.. huh… Ada ke baby yang tak reti nangis? Hehehhehe Kalau lapar, poo poo lambat basuh, ngantuk and tak selesa, comfirm akan nangis. Kadang2 tu siap garu2 kepala cakap.. aihhhh ummi ni tak faham ke??? Hahhahahha Memang kelakar menengoknya bila Adyan dah marah sangat. So cute… Adyan memang akan nangis kalau benda2 tu tak dipenuhi. Sebab tu, kalau keluar bekerja mengangkut 2 budak comei yang sangat baik ni, memang kena ikut rentak depa la… Kalau tidak… Haru cek.. Boleh menjadi 2 2 mengamuk dalam kereta…. Stress2… Hahahahha

Haa.. Ni nak habaq mai la nih.. sampai lani.. Adyan tak pandai nak meniarap sendiri… hehheheheh Nasib baik jugak sebab takde risau dia tergolek dok.. Kita bantula macam mana sekali pun, kasi dia meniarap, dia baring jugak. Huhuhuh kalau duduk kan sangat suka… Kalau kita tiarapkan jugak, dah boleh pusing, ke depan sikit, ke belakang, and angkat punggung tu… Tapi xboleh lama, lepas tu mesti menangis sebab tak suka.. Mesti dia sembamkan muka dia kat lantai. Sabar je la…

Kalau ummi bukak laptop je, mesti dah tergelinjat2.. ingat nak kasi tengok DVD dia, or lagu dia or LR dia.. Kalau ummi buat tak tau je, tak lama lepas tu mesti dok merengek2.. Kalay orang tak layan je mesti merengek2… Kalau tidur, ummi turun bawah sidai baju ke apa ke, mesti terbangun lepas tu sambil menjerit. Adehhh… macam mana dia tau ummi takde sekeliling pun xfaham la.. Instinct kuat sangat ka? Kalau ummi buat kerja, sebelah atau sekitar Adyan, elok pulak nyenyak tidur nya.. AND, until now, adyan still tidur berbedung… Hahahhahahhaha See… sape kata adyan tak pandai nangis? Hehehhehe

Okeh.. sebabkan usia adyan dah menginjak ke 5bulan ++ memang adyan dah menunjukkan tanda-tanda berminat pada makanan. Kenapa saya cakap gitu? Sebabnya, setiap kali saya and family makan, daripada elok2 tidur boleh terjaga. Terbau masakan yang sedap kot… sape masak? Hehhehehehe Lepas tu, kalau duduk sekali, mata mesti meliar tengok ummi suap nasi dalam mulut, amik lauk and setiap kali mesti akan grab pinggan ummi kasi dekat kat dia. Mak aiii… sehinggala sampai jadi satu insiden, makan kat luar, ummi order lamb chop, sampai2 orang tu letak depan, Adyan dah terkinja2, terus dia nak amik makanan dalam pinggan tu. Lepas tu terus menjerit nangis.. Kenapa??? Sebab terpegang sos lamb tu yang tengah panas. Huhuhuhuhu Sabar je la anak ku ini…

Disebabkan tanda2 yang minat amat kepada makanan maka ada yang sudah beri cadangan untuk start solid food pada adyan. Hehehehe Saya dengan abang masih lagi mempertahankan tak nak bagi Adyan makan lagi. Kasi tunggu 6 bulan. Lagipun bukan lama lagi.. Tinggal 3 minggu je kan? kalau tengok pada tanda2 anak itu dah ready ke belum untuk start solid food, semua tanda-tanda tu, dah ada pada Adyan. Kecuali tang usia 6 bulan. :P


Apa tanda-tanda yang baby itu sudah bersedia untuk menerima makanan?

1. Berat mesti 2x ganda daripada berat semasa lahir. – Yang ni memang dah lepas time 3 bulan aritu.. :P

2. Boleh menyokong berat kepala dan boleh duduk dengan sokongan. – yang ni memang terer walaupun sampai la ni tak nak meniarap… Duduk dah tegak dah… :)

3. Menunjukkan tanda-tanda lapar walaupun telah disusukan lapan hingga sepuluh kali. – Ni sentiasa.. hehehehe kadang2 nangis-nangis, then bila dah bagi susu, duk menyusu dengan suara yang bising macam lapar lepas tu lepas balik.. Tak nak… nangis balik… then masuk balik mulut… hehehhe then last sekali boleh muntah balik susu tu..

4. Menunjukkan minat terhadap makanan yang dimakan oleh orang dewasa. – ni macam yang saya cerita kat atas, and kadang2 dia tarik tangan saya ke muka bila saya pegang makanan. Dah susah dah kalau makan sambil pegang Adyan/susukan Adyan. Dia dah distract sangat2.. :P

5. Bayi anda juga mungkin akan cuba untuk mencapai makanan yang sedang anda makan.

6. Boleh kawal lidah. Macam tak tolak lidah tu bila suakan something. – Ni boleh tengok bila dia tonyoh teether masuk mulut or kalau saya bagi jari saya, dia boleh menghisap terus. takde tolak2 nyer jari saya atau teether tu…

7. Sudah berusia 6 bulan - Hahahhaha yang ni belum lagi. Adyan baru 5 bulan lebih. :P

Memang tanda-tanda tu, dah ada pada Adyan, and ada jugak terfikir adakah Adyan sekarang tengah alami growt spurt? Sebabnya, kita mudah keliru dengan growt spurt dan tanda anak kita tu dah bersedia untuk makan ke tidak. :) Apa yang saya tahu mengenai growth spurt ni,

1. Growt spurt biasanya berlaku semasa anak kita berusia 3-4bulan. – Adyan sekarang dah 5 bulan ++.

2. Kerap jaga malam. Then merengek, meragam… – Alhamdulillah, Adyan tidurnya nyenyak sampai ke pagi. Time nak susu tu je la dia akan merengek kasi kejut ummi dia.. :P

3. Biasanya growth spurt ni buatkan anak kita tu asyik nak menyusu je.. Sebab tu kita cakap dia lapar. And rasa dia dah bersedia untuk solid food :) – tanda di atas, semuanya takde pada Adyan.

Dalam hati ni, memang nak tunggu jugak 6 bulan. Kejam tak? Hahahhaha Saya tak kesian anak ke? Walaupun naluri saya ni dah terasa Adyan dah bersedia, tapi, sebabkan saya sayang anak saya, saya nak tunggu 6 bulan. Hahhahahhaha Kenapa? Nak kasi sistem penghadaman dia superb and bersedia sepenuhnya dulu. Itu untuk kebaikan dia jugakkan… :P

Mungkin ada yang cakap saya degil and ego.. Nak jugak tunggu 6 bulan.. Kadang2 demi anak kena mengalah atau buang sikit ego nak jugak tunggu 6 bulan tu… :) Jangan extreme… Mungkin… Mungkin saya start awal, mungkin saya tetapkan hati saya. Saya tak tahu… Who know….  Hanya Allah yang tahu dan setiap sesuatu kejadian itu ada hikmahnya. :) Sebab tu saya rasa macam………. Wait and see la… :P

Nota: Kawan-kawan rasa bagaimana? Ada pendapat atau pandangan yang boleh kita kongsi bersama? :)

Nota lagi: Opss… hutang part 2 saya… Insyaallah coming soon… :D

Luv,

UmmiKA

~ Rice cereal may not be the best first food? ~

Betul ke? Hari ni aku nak share something yang aku dapat dari my husband pasal makanan anak kita nih. Mula-mula aku agak terkejut jugak la bila my hubby bagitau pasal bende nih. Sebabnya, rata-rata suggest bagi bijirin/nasi bijirin beras kosong for first food. Salah satu best first food kan? Rata-rata yang aku baca memang bgtau cenggitu.. Ekceli aku tak bagi kosong.. Time tu tak tau banyak suggestion kasi bubur kosong.. Aku introduce bubur+carrot terus.. =) Bila tau, rasa macam wahh… kenapa tak kasi bubur kosong je awal-awal? Aishh.. yang sudah tu sudah la.. =P

Reason kenapa bijirin/nasi tu not the best first food?

Menurut Dr. David Ludwig of Children’s Hospital Boston, a specialist dalam pediatric nutrition, some studies suggest rice and other highly processed grain cereals actually could be among the worst foods for infants. Kenapa worse? Sebabnya, kalau kita bagi bijirin beras kepada baby kita, samala macam menambah gula dalam makanan. Nasi kan sumber karbohidrat. Karbohidrat pulak akan ditukar kepada bentuk gula ringkas sebelum diproses menjadi tenaga. Walaupun ia merupakan sumber gula semulajadi, badan kita tidak dapat membezakan antara gula asli atau yang diproses kerana semuanya memberi kesan sama.

Dalam artikel tu jugak menggalakkan kita untuk beri anak kita makan tanpa mengikut guidelines sangat. Sebabnya ia hanya sekadar panduan, bukan peraturan. And panduan nk avoid food alergics macam limitkan hanya makan makanan tawar sahaja, elakkan makan citrus, nuts and certain seafood hanya memberikan kebaikan kepada baby yang family histories dia ada food allergics kat certain food. Kalau nak baca lebih lanjut, boleh pegi kat link ni.

Jadi, kita boleh introduce dengan apa jua makanan yang kita rasa tidak menimbulkan alahan. Even dia cakap, kasi daging pun bleh as a first food. Cuma, kunci utamanya, kita memberi masa yang cukup untuk melihat tindakbalas makanan tersebut pada anak kita. Check untuk tengok alergik ke tidak.. =) Menarikkan? Hehehehehe

Oh, lagi satu yang menariknya, kalau kita suka makan makanan pedas start dari kita preggy and lepas tu time kita breastfeed, kita suka makan pedas etc, baby kita pun berkemungkinan suka makan makanan pedas or makanan yang kita suka tu. Sebabnya, baby kita dah develop a taste for whatever yang kita makan nih. Sebabkan articles ni la, abang suh aku masukkan sikit black pepper kat makanan Khayra. Sebabnya time preggy dulu feberet aku makan pedas2.. Hahahhahaha

Of course la for me, memang boleh bagi makan apa je kat anak kita. Tapi kene tengok jugakla yang macam mana. Takdela kasi hantam terus je kan? Heheheh macam garam and gula tu, memang tak elok kalau kita kasi kat baby kita nih. Garam n gula still forbidden in Khayra’s meal ok.. =) Nak2 yang below years. Tapi bab makanan-makanan yang aku rasakan berkhasiat, aku rasa kita boleh kot bagi je kat anak kita. =)

Apa pendapat kengkawan?

Sumber

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jika kawan-kawan suka nursing wear idaman saya, Undila saya ye.. =)
post a comment kat mysuperkid.net. Taip Vote no. 7
Terima Kasih kawan-kawan yang mengundi saya.. =)

MSK-Chantek2
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

~ Resepi Nasi + Salmon + Raisin + Asparagus + Carrot + Avocado ~

Inilah bekalan Khayra untuk hari ini.. Hehehehe Aku masukkan macam2 dalam bubur Khayra kali ni. Sebabnya? Khayra minggu lepas langsung tak nak makan.. Sampaikan berat Khayra dah turun. Memang terukla demam Khayra kali ni. Kalau sebelum2 ni, demam macam mana sekali pun, selera makan and menyusu, tip top.. Kali ni? Sian anak ummi… Tak pe ummi masakkan makanan yang sedap2 untuk Khayra… Hehehehhe enough pasal Khayra.. Kali ni pasal resepi Khayra.. =)

Hari ni, Menu Khayra adalah… Nasi + Salmon + Raisin + Asparagus + Carrot + Avocado… Banyakkan? Hahahhahahaha…

1) Potong-potong Carrot, Asparagus, and Ikan Salmon. Lepas tu amik 7 biji kismis.


3) Masak beras terlebih dahulu.

4) Agak-agak dah nak masak, masukkan carrot, asparagus, salmon and kismis.

5) Tunggu sejuk sikit.. Masukkan dalam blender.. And blend sekali dengan Avocado….


5) Tara.. dah siap.. Bau salmon tu memang menusuk kalbu la.. Hehehehhe


Nota: Menu ni aku ada letak avocado, sebab tu hijau sikit. My suggestion, dont put avocado along with salmon. Sebabnya, rasa ada agak pelik sikit. Sedap memang sedap, tapi ada rasa pelik yang tak leh nk describe.. Hehehehehhehe

Related Posts with Thumbnails