~ Nasi + Ayam + Celery + Kismis ~

Hari ni, menu untuk anak ummi yang demam itu adalah.. Nasi +Ayam+Celery+Kismis.. Hari ni pun, abah yang masak untuk Khayra.. Yes.. aku pun sbnrnya dah weng-weng gak ni… hehehhe Tapi sempat jugak tu nak berblogging… Isk.. Isk Isk….
1) Abang potong boneless chicken kecik-kecik…

2) Basuh celery.
3) Masakkan nasi and rebuskan ayam sekali.
4) Bila dah nak masak, campurkan celery and kismis.
5) Inilah hasil akhir bubur nasi + celery + Kismis.
6) Selepas di blend kasar.. Jeng-jeng jeng…
Nota: Pandaila bang masak… Bau pun sedap.. Bau sup ayam tuh.. =D

~ Bubur Nasi + Avocado + Kiwi ~

Menu Khayra untuk esok hari adalah…. Hehehhe Seperti tajuk entry di atas. :P Bubur nasi + Avocado + Kiwi. Kira spesel sikit. Sebelum ni biasa buat bubur+(buah/sayur) ataupun puree buah je. Tambah-tambah spesel lagi, kali ni abah Khayra yang masak sepenuhnya. Dari masak nasi hinggalah ke blend hinggala ke penyimpanan. Thank you so much.. =)
Mula-mula abang masak nasi dulu. Sambil-sambil tu, potong la avocado and kiwi.
Then, abang masukkan buah-buah tu dalam blender. Kemudian tunggu la sehingga nasi sudah menjadi bubur. =P

Lepas bubur dah masak, abang campurkan bubur tersebut ke dalam blender bersama-sama dengan avocado and kiwi. Kemudian blend. Tada…. inilah hasil bubur + Avocado + Kiwi hasil tangan abang… And aku dah rasa dulu makanan itu.. Yum yum yummm sedap… hingga menjilat sudu… :P
Lepas ni boleh buat lagi la ye abang.. :P

Nota: Pastikan buah avocado tu, masak betul ye. Kalau tidak akan rasa kelat-kelat sikit. Kalau nak tau buah tu dah masak betul ke tak, genggam dengan dua belah tangan and tekan dengan tapak tangan. Lembut ke tak. Ataupun susah-susah, potong je buah tu, then cuba korek. Kalau susah nak korek tu, tandanya muda lagi la tu.. :P
Nota: Jangan lupa Vote saya untuk pertandingan nursing wear tu ye.. Klik kat vote button kat top right corner tu ataupun, Taip VOTE je kat komen saya.. Undian anda sangat la dihargai..
Terima Kasih daun keladi..
Nanti Undi la lagi.. :)

~ Solid Food Khayra ~

Apa yang dah aku masak untuk Khayra sejak Khayra dah start solid food ye? Antara makanan yang aku dah bagi kat Khayra adalah nasi (of coursela kan :)), Nasi+Epal, Nasi+Pir, Pisang, Nasi+Carrot, Potato+Carrot, Labu, Nasi+Kurma, Nasi+Kismis, Nasi+ bayam, Nasi+avokado, etc dan yang terbaru sekali nasi + jus buah epal + Prune. =P
Aku applykan 4 days rule tu. Klik kat situ ye kalau nk tau lebih lanjut pasal rule tu. :) Cuma aku buat untuk 3 hari je. :) Sebabkan applykan rule tu, aku dapat tau yang Khayra alergik dengan buah pear. Sampai sekarang aku dah tak kasi Khayra pear lagi. Mungkin aku akan cuba beri lagi next time. :)
Feberet Khayra, yang aku notice, makanan-makanan yang manis-manis. Ni bukan manis sebab gula ye. Manis semulajadi makanan tu. Antara feberet Khayra, Labu, Carrot+Potato, Pisang, Nasi+epal. Kalau campurkan dengan sayur, Khayra kureng sikit. Mungkin sebab rasa dia kot tak menepati citarasa. (Baby dah tau rasa ke?) =P
Kalau avocado tu pulak, memang takde rasa kan? Kalau kasi kat aku, aku tak baper berkenan sgt. Kalau buat jus, mungkin bolehla kot.. Khayra? Suka pulak dengan avocado tuh. Ish.. tak faham gak aku dengan deria rasa Khayra nih. Hehehhehe
Semua makanan Khayra, memang aku masak tiap hari. Lepas habis makan malam, bermula la projek memasak makanan Khayra. Tak lama mana pun kalau nak masak. Betul tak?Alhamdulillah, sampai hari ni, memang akan ada bekalan untuk Khayra kat nurseri.
Cara aku masak senang je.
Mula-mula, aku akan bersihkan beras tu. Then tanak la. Kalau nak cepat lagi masak, kita boleh blend siap-siap. Dulu aku blend siap2, sekarang ni je dah tak. Aku masak cenggitu je.
Lepas tu, fikirla nak campurkan nasi tu dengan apa kan. Apa-apa je. Cuma aku akan masukkan buah-buah, sayur-sayur tu, bila nasi tu dah hampir-hampir masak. Takut jugak hilang nutrien kalau lama sangat merebusnya. :) Macam semalam, aku masak nasi biasa je. Lepas dah masak sume, aku campurkan bubur tadi tu dengan jus ini. Heheheh Ekceli tu untuk diminum kan? Tapi aku saja nak test. Hasilnya? Khayra suka.. :) and jus ni, aku n abang pun suka gak. And memang takde gula or apa. From the taste, aku n abang setuju memang takde gula. :)
Bila nasi dah lembut, buah/sayur pun dah lembut, aku pun blend la.. hehehehhe Then masukkan dalam bekas, letak dalam peti ais, untuk dibawa keesokan harinya. :)
Ini la cara aku masak tiap hari untuk bekal Khayra. Kalau aku tak sempat masak malam tu, aku buat time pagi-pagi la. Yang tu, amik je makanan yang paling mudah, cepat and pantas. Contohnya: Pisang. Hehehehehhehehehe
Tak leceh ke sebab masak tiap malam?
For u my dear little princess, i dont mind. :) Lagipun, kalau boleh aku nak la dia rasa air tangan ummi dia tiap hari kan? Its up to masing-masing. Untuk menjadikannya leceh atau tidak.. =)
Nota: Tak sangka kan, biskut bayi yang jual tu, semuanya ada gula. Macam mana diorang leh cakap yang biskut tu untuk bayi 6 months and above? Gula and garam bukan ke tak boleh dicampur dalam masakan untuk baby below 1 year?
Related Posts with Thumbnails