~ Khayra and Me Accident ~

Rabu malam Khamis(ish… boleh lupa pulak.. time sedara tanya, khamis malam jumaat.. :P ), masa nak keluar dari bulatan masjid di shah alam tu, tiba2 kereta saya bergegar and berbunyi kuat. Astagfirullah… Saya tibe-tibe rasa menggeletar and tengok Khayra kat car seat belakang. Masa tu nak amik abang kat KL. Abang ada buka puasa dengan division abang kat KL.
Time tu, Khayra tidur.. Sebab terkejut, Khayra menangis malam tu. Lepas saya angkat je, baru Khayra senyap. Macam biasala, sape nak mengaku kan sape salah. Hehhehe Time tu saya dalam bulatan nak susur keluar bulatan and hamba Allah tu nak susur masuk bulatan. Dipendekkan cerita, report polis and memang terbukti hamba Allah tu yang salah. Alhamdulillah, kerosakan kereta saya, akan di claim kat kereta hamba Allah tu la. :)
Malas nak cerita panjang pasal kejadian tu, sebab bila ingat, rasa sakit hati sebab bila dengan saya, hamba Allah tu cakap tak tau nak pegi mana, tak nampak saya bagi signal, saya bagi signal, tak semestinya boleh main masuk je.. sampai nak tengking saya. Kawan lelaki dia tu, senyap je tak cakap pape. Lepas tu boleh cakap dia sendiri tak tau nak pegi mana and teragak2. Bila kt polis cakap lain pulak. Hihihi tapi kebenaran akan keluar jugak. Dah ada dalam undang2, kita kene beri laluan kt orang dalam bulatan, boleh hamba Allah tu cakap bagi signal tak semestinya boleh masuk.. Siap boleh suruh saya pusing 1 roundabout tu balik. Bila cakap tau tak konsep bulatan, terus ditinggikannya suara cakap bulatan la pulak. Ayok… minah ni memang takleh buat kira la.. huhuhuhu bila suruh report mula2 tak nak. Bila saya cakap saya nk report je, baru dia nk report.
Kalau dia tanak pegi, saya tak kisah. Saya pegi je. Sebab semua detail hamba Allah tu saya dah dapat awal2 lagi. Minta masa tak panas… :D Lepas setel kat balai, terus bawak kete ke workshop.
Malam kejadian tu, Khayra start demam. Semua cakap demam terkejut. Tapi Khayra bukan takat demam je, batuk and berkahak sekali. Mungkin sebab Khayra kene angin malam kot malam tu. Yela, dah saya dengan Khayra je malam tu. Bila bawak kat doktor, doktor cakap biasanya kalau terkejut demam je. Jarang sekali dengan batuk, kahak and selesema. Mungkin sebab kene angin malam tu kot. Sampai hari ni, Khayra tak baik2 lagi. Batuk pun macam susah giler. Kesian bila saya tengokkan Khayra. Kat nurseri and kat rumah pun dah tak aktif macam biasa. Dah lama Khayra tak sakit, kali ni teruk pulak.. Dengan H1N1 ni, memang risau sebab sistem badan Khayra tgh lemah. Moga2 Khayra tak de pape.. :)
Semalam sambut birthday Khayra kat rumah sepupu. Tak jumpa lak cable nak transfer sikit video malam tadi. Sebab kelakar sambutan kali ni. Birthday girl menangis lepas orang nyanyi selamat hari lahir kat Khayra. Hehehhehehehhe Mungkin Khayra tak suka kot.. :P
Kepada semua.. Selamat Hari Merdeka…. :)

~ Khayra’s New Look ~


Tau kan rambut Khayra dah panjang? Ni gambar kat gymboree Q hari tu. Rambut dah nak cecah mata dah… Adui.. Rimas gak mata aku memandangnya.. sudahnya….

Jeng
.
.
.
.
.
jeng
.
.
.
.
jeng
.
.
.
.
Tadaaaaaaaaa
Rambut Baru Khayra….

Amik…. ni dari sudut pandangan depan sikit la… Tau compang camping sikit rambut Khayra tuh… Hehhehehe tak kisahla.. asalkan sedap mata aku memandang.. Bila panjang sikit, ala-ala layer gitu… Hehehhehe Susah nak tangkap gambar Khayra sekarang nih. Dia tak reti nak duduk diam. Dalam highchair pun berdiri-diri… hehhehehehe

Ni pulak dari tepi. Pendek kan? hahahhaha Inilah hasil guntingan abah Khayra. Sekarang tgk Khayra macam boy la pulak. Semua cakap cenggitu. Ada hari tu kua kejap, tokei kedai tu boleh cakap Khayra ni boy.. Sebab aku pakaikan t-shirt n seluar panjang je. Lepas ni tak leh la pakaikan baju unisex. Comfirm kene tanya lagi macam dolu-dolu… hehehhehe
Cantik tak rambut baru Khayra auntie? :)

~ Tragedi ~

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jika kawan-kawan suka nursing wear idaman saya, Undila saya ye.. =)
Terima Kasih daun keladi, silakan kawan-kawan, undila lagi.. =)
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Hari ni aku sangatla busy sampaikan nak update blog ni langsung tak berkesempatan. Yang dapat cuma reply komen2 yang ada je. Tu pun, tulis dalam notepad ++ dulu, baru publish.Tak sempat langsung nak menjengah blog kengkawan apatah lagi nk update entry… Biasanya pukul 6 – 630, aku dah cabut dah, berkejar-kejar nak balik (nak jumpa permata hati.. =P ), hari ni? dekat2 pukul 9 baru aku kuar dari opis.. Esok, nak balik awal.. Sebab esok malam Jumaat…Seperti biasa…. Hari membaca yasin bersama keluarga.. Hehehhehe Oh, korang fikir apa tuh? Hahahahhahaha 
Oh.. Aku nak bercerita pasal tragedi yang menimpa aku pagi tadi. Bukan aku je la, sekali memberi kesan pada Khayra. Time nak siap2 kan susu Khayra pagi tadi, tiba-tiba abah bagitau yang peti ais pintu atas tak tutup. Hah!!! Aku terkejut la.. Sebab? Takut stok yang aku kumpul tu cair.. AND… Memang dah cair… Semua sekali dah cair. Adoii… Aku pun apa lagi, suruh abang guna susu tu je tuk Khayra kat nurseri.. Sebabnya? sayang gilerrrrrrrrr…. Dah la aku tak banyak stok, baru je nak kumpul dah jadi cenggini. Betul-betul tragedi nih.. Cuma, aku tak pasti, boleh ke susu yang dah cair tu (cair sebab peti ais tak tutup), diguna pakai semula? Aku nk google pasal tu, tapi tak sempat jugak.. Al-maklumla.. me sangatla busy hari ini.. Huhuhuhu Boleh ke ek? =)
Related Posts with Thumbnails