Archive for the ‘Tutorial’ category

~ Wordpress Plugin I/You Should Have ~

July 7th, 2010

Selepas saya cuba menggodek-godek plugin dan widget yang ada dalam wordpress ni, apa yang boleh saya katakan.. wow… sangat banyak sampai pening nak pilih. Saya rasa macam at certain category, benda dia lebih kurang sama je. Sampai rambang mata gak la tengok… Hehehhehehehe Oh, untuk pengetahuan ye, kalau kita menggunakan wordpress as a free blog, atau guna xxx.wordpress.com, kebanyakan widget dah sedia ada dah. Tu lebih mudah kalau nak compare dengan yang mempunyai hosting sendiri, makanya kene la cari-cari sendiri.

Jadi, saya nak kongsikan kat sini apa widget dan plugin yang saya gunakan dan bakal gunakan untuk blog wordpress saya ni. Kalau pengguna wordpress yang free pun, rasa ada antara plugin/widget ni yang takde, silakan… boleh guna list ni.. :) Antara widget dan plugin yang saya rasa berguna dan saya rasa patut ada adalah:

1. Ozh’ Admin Drop Down Menu
Ha… plugin ni untuk admin area sahaja. It doesn’t really offer anything from a end user standpoint because its more to admin side – but it saves me SO much time bila saya navigate dalam admin area especially bila saya gunakan berukband. So bila navigate guna default punyer navigator, ia adalah sangat lambat ok. Oleh itu, ini adalah antara plugin yang pertama saya gunakan masa awal-awal saya guna wordpress. Dan saya sangat suka kannya kerana memudahkan saya.. :)

default or classic menu for wordpressNi default wordpress menu. Setiap kali nak bukak setiap satu menu, kene tunggu loading.

ozh admin menu modern oneSelepas saya gunakan Ozh’ Admin Menu. Plugin ini membenarkan setiap menu yang mempunyai submenu just drop down all the submenu bila mouseover. So takde lagi loading time.

Sekarang dah tau kan kenapa saya suka guna plugin nih. :)

2. WP Super Cache
Plugin ini saya recomend kan sebab bila menggunakan plugin ini, ia akan membuatkan pages load akan jadi laju. Selain daripada tu, plugin ini jugak menggunakan less CPU processing. Saya tak dapat nak tunjuk perbezaan tapi saya baru je gunakan plugin ni lepas balqis bagitahu yang blog saya ni slow sikit dalam bab loading. :)

3. HeadSpace 2: WordPress SEO Made Simple
Sebelum ni saya menggunakan All in one SEO untuk membantu saya dalam Search Engine Optimization. Apa itu SEO? Insyaallah, nanti saya post entry tu.. :P Bila saya buat rujukan balik, headspace ni akan menguruskan all the SEO work yang blog kita perlukan. Saya baru lagi mencuba plugin ni.. Apa yang saya nampak setakat ini, bila kita buat sesuatu posting tu, bila kita nak publish, secara automatik dia akan suggest pada saya tag untuk saya letakkan. Selain dari tu, meh kita lihat macam mana nanti.. :P

3. Akismet
Ha.. Akismet ni plugin yang memang default dah ada dalam wordpress. Fungsi Akismet ni adalah untuk menghalang komen-komen yang spam tu. Ia akan automatic, detect mana-mana spam komen then asingkan.Memang berguna so that kita tak perlu lagi buat moderate comment. Mula-mula saya tak guna Akismet ni, makanya berlambakla spam komen yang ntah apa-apa. Kenapa saya tak activate? Sebabnya akismet ni kita kene masukkan API key :)

4. WPtouch iPhone Theme
Ha… yang ni saya tertarik. Kenapa? plugin ni membenarkan website kita di tukar viewnya bila dibuka di dalam handphone. Kan kekadang orang takde masa nak tgk kat laptop/pc so, diorang gunala handphone yang canggih-canggih tu kan.. So, plugin ni khas untuk mobile user access blog kita. Untuk tahun 2010 ni rasanya memang perlu sebab memasing dah ada iphone la.. blackberry la… :P

5. WP-PageNavi
Sebelum ni saya menggunakan ‘Older Posts’ and ‘Newer Posts’ links. Macam agak boring la especially bila kita search by category then kene click satu satu.  With WP-PaveNavi kita ada dapat page buttons, dalam bentuk 1, 2, 3, 4 dan seterusnya. Ia memudahkan readers untuk terus pergi ke page yang dikehendaki.

6. Subscribe to Comments

Plugin ni saya belum install lagi tapi bila tengok kegunaan saya tengok macam menarik. Apa yang menariknya? Plugin ini membenarkan reader untuk subscribe melalui email untuk mana-mana komen yang ada dalam post kita. Ini boleh membantu reader untuk datang kembali.

7.Top Commentators Widget

Ha.. widget ni dari dulu saya nak install tapi asyikla tertangguh. Plugin ini akan menyenaraikan siapa yang rajin beramah mesra. boleh gak buat sebagai indicate untuk beri hadiah, GA, cenderahati pada yang sudi menjadi top komentator. :)

8. Wordpress Related Posts

Ha.. ini ala-ala link within yang saya gunakan sekarang ini, Plugin ini akan menyenaraikan mana-mana post yang berkaitan dengan post kita. Ia membantu memudahkan reader kita untuk melihat lebih lanjut lagi untuk satu-satu topik tu.

Ermm… Dah 8 dah… Ni yang saya dapati menarik. Kawan-kawan ada sugestion lain nak tambah? Macam tambah rate untuk post ke.. Hheheheh Tapi saya tak tau mana plugin yang ok. Sebab banyak sangat.. Hehehhehe So, ada sugestion lain? ^_^

Luv,

UmmiKA

    ~ Difference Between Plugins and Widgets in Wordpress ~

    June 26th, 2010

    What is the difference between plugins and widgets? This 2 words are very familiar among wordpress’s bloggers.  Hehehhehe Dalam entry saya sebelum ni, kan saya ada mention yang saya nak memperbaiki blog saya ni kat sini. Salah satu daripadanya adalah untuk mengemaskinikan widget dan plugin saya. Nadiah pun ada sugest saya susun sikit sidebar saya tu dan hanie suh saya try gunakan widget yang bersesuaian.. Hehehhe so, sebelum saya mengemaskinikan semua tu, meh saya share dengan kawan-kawan apa perbezaan widget dan plugin ni. :)

    Apa itu plugin?
    Plugins merupakan satu function yang membuat sesuatu dalam website kita. Biasanya plugin ni serve a back-end purpose. Transparent from the public dan juga kita. Plugin meliputi keseluruhan blog/website kita.

    Widget?
    Widget pulak kalau dalam wordpress, mewakili plugin yang kita letak dalam blog/website kita dalam bentuk yang orang luar boleh nampak.. Kira macam interface la widget ni. Selalunya, widget ni kita akan letak di sidebar. Dalam erti kata lain, Widgets memerlukan plugin tetapi plugin pulak tidak semestinya mempunyai widget.

    Contoh
    Sebagai contoh, top comentator widget. Bila kita install widget untuk top comentator,secara automatik kita akan install sekali plugin untuk top comentator dan kita akan paparkan di blog/website kita untuk visitor kita tengok. Macam mana pulak dengan plugin? Sebagai contoh, Akismet. Ia adalah plugin yang bertindak untuk menghalang spam-spam comment. Bila mana akismet detect ada spam comment, dia akan kumpulkan dan masukkan dalam trash. Plugin ini tidak dipaparkan di interface blog/website kita. Itulah antara contoh plugin dan widget.

    Adakah penerangan saya ini jelas? Hehehheheh Nanti saya bagitahu apa plugin yang saya letak untuk blog saya ini bagi memperbaiki performance dan nampak better sikit. :)

    Luv,

    UmmiKA

    Kedai Online adrinis.com – Nursing Inner, Nursing Tops, Nursing Dress, Nursing Baju Kurung

    ~ Tahukah Anda, Image Sebenarnya….. ~

    February 11th, 2010

    Hari nih, saya nak tulis pendek je. Hari ni lain dari tajuk biasa.. Hehehhehe Korang tahu tak,  image atau gambar yang kita letak banyak-banyak kat blog nih, sebenarnya tak dapat di kesan oleh google crawler? Maksud saya, search engine, tak leh index searching atau rankingkan pages kita kalau blog kita hanya ada gambar sahaja. Sebab crawler/engine search ni, cuma boleh buat carian dalam bentuk text sahaja.

    Jadi macam mana nak buatkan image ni visible?

    Macam mana nak buat image ni visible bila search engine buat carian? Ha.. Caranya mudah sahaja, Yang paling penting, masukkan text atau apa-apa je kaitan dengan gambar di dalam ALT attributes.  Apa tu ALT? ALT attributes adalah salah satu attributes yang penting dalam <img> tag. Ia adalah basic yang ada dalam code html untuk <img>. Macam mana nak tulis alt nih dan kat mana? Meh, saya bagitahu untuk blogspot dulu. Memandangkan ramai pengguna blogspot nih. :)

    Blogspot

    Untuk pengguna blogspot, kita kena tambah sendiri kat dalam code html tuh. Lepas upload gambar, pegi pada edit HTML. Kemudian, cari perkataan alt=”" macam kat gambar yang saya highlightkan kat gambar bawah nih. Pada attributes tula, kita boleh tambah kan ayat apa nak letak contoh kalau gambar ikan. alt=”Ikan yang sangat comel” atau gambar korang, tulis “awek cun” pun boleh. :)

    Dan seelok2nya, gambar tu letakla nama fail yang berkaitan. Jangan letak DC20001, atau picture1.jpg.. :)

    How-to-make-image-visible-for pro

    Wordpress

    Untuk pengguna wordpress, lagi mudah. Tak perlu buka coding ke apa. Semuanya dah tersedia. Seperti gambar di bawah. Macam yang saya kotakkan kat bawah tu. Alternate Text = alt attributes dalam code html. Selain alt attributes, title=image title juga dapat membantu. Kita boleh letak image title untuk setiap gambar.

    How-to-make-image-visible

    Kenapa kena letak benda ni semua?
    Ok, alt attributes ini kegunaan dia adalah sekiranya gambar tu belum muncul sebab lambat loading ke apa, alt attributes dapat membantu pembaca untuk mendapat gambaran terlebih dahulu gambar yang nak kita tunjukkan. Contohnya, kalau kita letak gambar orang tua, then kita tulis “Hot babe” mesti orang sanggup tunggu punya… :D. Gurau je ek.. :P Selain daripada tu, sebab yang utama adalah untuk SEO kita. Untuk naikkan ranking web kita, SEO merupakan perkara yang penting. Benda-benda kecil macam ni pun sangat penting untuk optimizedkan ranking webpage kita.

    nota: Harap info saya ini berguna untuk semua :)

    ishh.. macam dah panjang je kan? :P

    Luv,

    UmmiKhayra

    Related Posts with Thumbnails